10 di kota belud - Google Blog Search |
BN abaikan projek kecil <b>di Kota Belud</b>? - Malaysians Must Know the <b>...</b> Posted: 15 Sep 2013 06:14 AM PDT Sebuah jambatan laluan traktor terlalu uzur perlu diganti untuk kegunaan awam. KOTA BELUD : Masyarakat tempatan di Kadamaian, Kota Belud, Sabah meminta kerajaan menukar atau membina semula projek-projek kecil yang sudah terlalu uzur tetapi masih terpaksa digunakan rakyat sehingga kini. Seorang penduduk tempatan Jannice R. Gingging dari Kelawat memberi contoh sebuah jambatan laluan traktor (gambar) yang sudah terlalu uzur di Kampung Sukang, Kelawat. Katanya jambatan itu pernah dibaiki sekali lebih 10 tahun yang lalu tetapi jangka hayat kayu dan papan jambatan berkenaan sudah lama berlalu dan perlu diganti untuk kegunaan awam. "Bayangkan rakyat terutama sekali warga tua dan kanak-kanak tiap hari melalui jambatan yang sudah berlubang sana sini itu amat membahayakan pengguna," katanya dalam satu kenyataan. Jannice berkata rakyat tidak faham kenapa para pemimpin kerajaan atau Barisan Nasional gagal memantau keselamatan rakyat. "Tolonglah kami bina jambatan laluan pejalan kaki pun memadailah, kalau tidak dapat laluan traktor ke sawah kami," katanya sambil menambah banyak lagi kemudahan serupa sudah uzur di Kadamian terus dibiarkan. Kadamaian, salah satu dari tiga kawasan dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Kota Belud, berpenduduk hampir semua Dusun. Dua lagi kawasan DUN di sini ialah Tempasuk dan Usukan. Minggu lalu FMT menyiarkan keadaan balai raya Kampung Tinata yang sudah timbuni semak-samun kerana bangunan sudah reput dan tidak lagi selamat digunakan sejak beberapa tahun lalu. Penduduk Kampung Tinata itu khasnya merayu Ahli Parlimen mereka, Datuk Abdul Rahman Dahlan, turun padang dan membantu membina sebuah balai raya baru. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |