ads

Jumaat, 23 November 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


<b>kota marudu</b> bakal jadi hab ekonomi utara sabah - i love marudu

Posted: 11 Nov 2012 05:26 PM PST

KOTA MARUDU BAKAL JADI HAB EKONOMI UTARA SABAH

Bernama Media.

KOTA MARUDU, 11 Nov (Bernama) -- Pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan untuk menjadikan Kota Marudu sebagai hab ekonomi utara Sabah, dan banyak lagi projek dalam perancangan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata mesti ada kesinambungan bagi pembangunan dan program transformasi yang dijalankan untuk manfaat rakyat.

Ongkili yang juga anggota Parlimen Kota Marudu berkata kerajaan telah memulakan rancangan pembangunan yang serius untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar dan usaha itu hanya berkesan dengan kesinambungan.

Ongkili berkata demikian pada majlis pelancaran Pesta Jagung Ke-12, yang dianjurkan setiap tahun di daerah itu untuk memperkenal dan mempromosikan jagung
dan produk pertanian lain oleh petani di Kota Marudu.

Katanya salah satu projek ekonomi utama yang dalam perancangan ialah projek akuakultur ternakan udang di Pitas, projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Katanya kilang itu yang akan mengeksport udang ke Korea, Jepun dan China, memerlukan 1,000 pekerja dan ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Marudu. Projek ini juga menggunakan jagung sebagai sumber protein untuk makanan, dan ini turut memberi satu lagi punca pendapatan bagi petani di daerah itu, katanya.

Ongkili berkata agensi di bawah kementeriannya, Technology Park Malaysia,juga telah membangunkan mesin perahan minyak kelapa dara yang boleh digunakan
oleh petani dan memulihkan industri kelapa di Kota Marudu.

Selain itu, terdapat juga rancangan untuk memperkenalkan pelbagai jenis jagung dari China untuk meningkatkan pengeluaran di Kota Marudu.

"Pertanian masih lagi menjadi ekonomi utama di Kota Marudu, yang menyumbangkan 70 peratus daripada aktiviti ekonomi dengan minyak sawit, getah dan padi adalah tiga produk pertanian utama.

Beliau berkata kerajaan prihatin tentang keperluan rakyat, termasuk keperluan penduduk luar bandar Kota Marudu yang menerima peruntukan RM230 juta untuk sistem retikulasi air bagi pelaksanaan pada 2011 dan 2012.

Selain itu, 18 kampung telah disambungkan kepada grid tenaga elektrik tahun ini.

Kota Marudu juga telah menyaksikan pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan sekolah dan projek jalan raya utama.

"Terdapat juga rancangan untuk mewujudkan laluan berkembar bagi Kota Marudu memandangkan jalan raya sekarang tidak lagi dapat menampung jumlah trafik yang meningkat di kawasan bandar. Pengambilalihan tanah untuk tujuan ini dijangka dibuat tahun depan," katanya.

"Inilah sebabnya mengapa kita memerlukan kesinambungan dalam pentadbiran supaya kita boleh memastikan matlamat kita untuk pembangunan dan transformasi yang kita perkenalkan akan terus dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kota Marudu akan bermula 15 Jan tahun depan.

Pelbagai aktiviti menarik sempena penganjuran Pesta Jagung itu diadakan dan turut membabitkan penyertaan orang ramai.

Ia termasuk pertandingan memasak makanan berasaskan jagung, persembahan kebudayaan, Ratu Jagung dan pertandingan fesyen, pertandingan melukis dan membaca, kraf tangan bertemakan jagung, pertandingan tanglung dan sukan tradisional seperti tarik tali.

Turut diadakan gerai pameran oleh agensi kerajaan dan sektor swasta.

-- BERNAMA

NT ZUB KLS

SUMBER: Bernama

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


[bharianmutakhir]_dua Lelaki Diculik <b>Di Lahad Datu</b>

Posted: 15 Nov 2012 01:31 AM PST

Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

11-15-2012, 05:31 PM

[bharianmutakhir]_dua Lelaki Diculik Di Lahad Datu
Dua lelaki diculik di Lahad Datu

KOTA KINABALU: Dua lelaki rakyat tempatan dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata api di sebuah ladang sawit, kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai berhampiran FELDA Sahabat 15, Lahad Datu, petang semalam.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

http://www.bharian.com.my/articles/Duale...u/Article/

Forum Jump:

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Online Users
There are currently 87 online users.
» 2 Member(s) | 85 Guest(s)
taqi5007

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Insight Sabah - Klinik Pergigian <b>Tenom</b> - <b>Tenom</b> akan ada klinik <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2012 02:00 AM PST

Tenom akan ada klinik pergigian serba lengkap

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Infrastruktur

Sebuah Klinik Kesihatan dengan lima kerusi pergigian akan diwujudkan di Tenom dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Tiga pegawai pergigian akan mengendalikan klinik berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai mendedahkan ini di Parlimen pada Khamis lalu ketika menjawab  soalan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (BN-Keningau), yang juga adalah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, mengenai keperluan mendesak supaya ditempatkan doktor gigi di Daerah Tenom.

Menteri Kesihatan itu berkata, sementara menunggu pembinaan kemudahan pergigian itu di Tenom,  penjagaan kesihatan pergigian di Tenom disediakan oleh kunjungan pegawai kesihatan pergigian dari Keningau di Klinik Ibu dan Kanak-kanak Tenom, tiga kali seminggu. - Insight Sabah

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


ZAKRI ALI: LUNYAI... Umno Tumbang Lagi <b>Di Kinabatangan</b>! 400 <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 08:30 PM PST



Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.
Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk  kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.
Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.
Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno.
Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu.
"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.
Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.
"Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya. Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan pilihanraya," ujar Azmin sambil berseloroh.
Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan.
"Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu," ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.


Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net

Jalan Pulang

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved