ads

Isnin, 14 April 2014

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Pelancong China, pekerja resort dilarikan <b>di Semporna</b>

Posted: 02 Apr 2014 08:01 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat sini, Rabu malam.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.

"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, Khamis. - Bernama

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


it&#39;s about us.: Berkampung empat hari <b>di</b> kompleks sukan <b>Kota Belud</b>.

Posted: 10 Apr 2014 05:45 PM PDT

Assalammualaikum. Hi.

Empat hari bertugas di luar sekolah.

Sempena sukan balapan dan padang MSSSAbAH kali ke-46.  Ok, hari ini sudah masuk hari ke-3. Saya dibagi tugas JK Induk - bahagian blog kejohanan. Saya dapat tugas ini pun macam 'mengejutkan'. itulah tidak pernah peka kan. kahkahkah. satu hari saya datang sekolah tiba-tiba cikgu syukri bilang "rosfarina, kamu tolong buat blog ah untuk sukan balapan dan padang peringkat negeri". erk.

maka pada saat itulah saya mula dilantik secara officiallynya.

masa sekolah dulu, memang muka saya suka betul jadi sukarelaterleralawan sukan. pok sijil katakan. maka cuma di sipi-sipi padang ah makan ekskrim lagi. kemudian macam melekat sama saya atau mungkin sebagai balasan sebab dulu tidak pernah bertugas dengan betul. asal sukan mesti tiba-tiba ada muka saya. wee,  atau juga barangkali petanda supaya saya harus fit macam pelari gitu. LOL.

tapi ini kali pertama saya bertugas di bilik urusetia yang semua orang dia adalah gentelman. hanya ada 2 orang cikgu perempuan urus bahagian statistik dan saya. ba bila lelaki yang memonopoli sungguh sempoi oi. dengan ayat sembarangan durang ni nda kering la gusi.

sukur juga kerja saya ni bukan la susah. tidak harus berada di tengah panas bapalan. hanya relek-relek ah di bilik urusetia. sebab saya hanya update blog. dan tolong cikgu syukri - oleh sebab dia tahu saya pandai guna corel draw automatik saya tolong dia apa yang patut. dan lain-lain tugas urusetia. eh multifunctional bangat ya.

mahu tengok result terkini sukan ni cek saja DISINI.



banyak-banyak gambar sukan yang saya pegang ni, saya sangat tertarik dengan satu gambar ini. sangat cantik jo. kredit sama en mirza syawal ah. mentop tuan gambarmu! ps:
saya suka semangat sukan oleh satu kontinjen ni. pom betul bila kawan durang lari.
'juaraku juaraku, kaulah juaraku oh oh. juaraku' instead of yang lain-lain cuma teriak teriak saja. sudah tu siap hentak kaki dan tangan atas astaka. HEBAT.

pst:
tahniah kepada yang pecah rekod kebangsaan itu.

pstt:
empat hari ini saya balik lewat. sampai kk dekat jam 7 lebih. memang makan luar kami. kahkahkah.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2014 01:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lawatan Banjir <b>Di Sipitang</b> - Parlimen Sipitang - Blogger

Posted: 21 Jan 2014 03:35 PM PST

 PRIHATIN…Sapawi  bersama Pemimpin kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh (tengah) telah bertemu dengan mangsa banjir ketika melawat pusat pemindahan banjir di dewan serbaguna Sipitang malam kelmarin.
  TUTUP…Sapawi bersama Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat (tiga dari kanan) sedang berbincang sesautu dengan Zainal Abu Bakar (kiri) Guru Besar S.K Banting yang di tutup akibat di tenggalami banjir.
 CERIA…Sebahagian kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah mereka yang ditenggelami air di kampung siputol, Sipitang.
 DERAS…Sebahagian kampung di kampung Banting, Sipitang yang ditenggalami air.


TINJAU…Sapawi bersama Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat (kiri) sedang menunjukkan jalan menuju ke Kampung Banting yang di tenggalami air sejauh 2 Kilometerr

               

SIPITANG: Kecekapan jawatankuasa bencana alam dalam menangani banjir di Sipitang mendapat penghargaan daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
            Sapawi melahirkan penghargaan itu selepas melawat mangsa banjir di pusat penempatan mangsa banjir di dewan serbaguna Sipitang yang dibuka malam kelmarin.
            Hadir sama pada lawatan itu termasuklah wakil rakyat Sindumin Datuk Ahmad Bujang di mana seramai 71 orang daripada 16 keluarga dari dua buah kampung di sini di tempat di pusat tersebut.
            Kesemua mangsa banjir tersebut dipindahkan pada jam 8.00 malam kelmarin oleh pihak berkuasa keselamatan.
            "Saya berpuas hati persediaan yang dibuat oleh jawatankuasa bencana alam dalam menangani banjir yang melanda," kata Sapawi.
            Jawatankuasa bencana alam itu diketuai oleh Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat di mana antara ahli jawatankuasa itu termasuklah polis dan juga bomba.
            Sapawi berkata beliau berterima kasih dan menghargai usaha yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa itu seperti polis dan juga bomba.
            Katanya tindakan pantas mereka dalam membuat pemindahan dan pemantauan banjir membolehkan kesemua mangsa banjir itu dapat dipindahkan segera.
            Dalam pada itu Sapawi menasihatkan agar mangsa banjir tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang mungkin disebarkan oleh pihak tertentu.
            Katanya jawatankuasa tersebut akan sentiasa membuat pemantauan khususnya di kampung-kampung yang mudah dilanda banjir.
            "Maklumat sebenar boleh diperolehi menerusi jawatankuasa bencana alam dan saya meminta penduduk kampung yang terbabit turut mengambil langkah persediaan." Katanya dan menambah penduduk kampung yang terbabit perlu juga mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut.
            Menurutnya apabila diarahkan untuk berpindah,penduduk yang terbabit hendaklah mematuhi arahan tersebut.
            Katanya sikap ambil mudah terhadap arahan yang dikeluarkan boleh mendatangkan sesuatu musibah yang tidak diinginkan.
            "Arahan pemindahan yang dibuat oleh jawatankuasa adalah berlandaskan kepada pemantauan paras air sungai dan semua itu dibuat demi keselamatan penduduk kampung sendiri," katanya lagi.
            Beliau juga menasihatkan agar mangsa banjir mendaftarkan diri mereka dngan pihak jabatan kebajikan masyarat bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
                Sementara itu semua mangsa banjir di pusat penempatan sementara di dewan serbaguna sini telah kembali ke rumah masing-masing dan sebahagiannya menumpang di rumah keluarga.
                Semasa tinjuan awal pagi kelmarin sebahagian tempat masih ditenggelami air antara kampung Tanjung Nipis, Sindumin Baru, Patarikan, Siputol, Banting, Luagan, Kawang Tali Air, Pantai, Seri Skim Sindumin, Bahagia, Ranau-ranau, Seri menanti dan Bahagia.
                Dalam masa yang sama juga dua buah sekolah lagi di tutup akibat ditenggalami air iaitu Sekolah Kebangsaan Banting dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Boon, Sindumin.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved