ads

Ahad, 4 September 2011

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


KC UMNO AKUI PKR BERPENGARUH <b>DI TENOM</b>

Posted: 23 Jun 2010 07:05 AM PDT

Share

 

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.

PENGALAMAN politik orang veteran seperti Datuk Halik Zaman akan menggoncangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) di kawasan Tenom di akhir-akhir ini, kata salah seorang Ketua Cawangan Umno Pansailon, Basir Basuti.

Setiap kehadiran pemimpin pembangkang veteran itu di Tenom, ada saja ahli dari umno dilihat menemuinya untuk tujuan menyertai Parti Keadilan.

"Halik menggunakan startegi luar biasa mendekati masyarakat. Dia tidak memilih bulu, keturunan dan faktor usia, serta status kedudukan telah mengamit hati rakyat berpusu-pusu datang berjumpanya," jelas Basir kepada Sabahkini.net

Basir, pesara tentera menubuhkan cawangan UMNO di kampung Pansailon di masa kepimpin Datuk Rizalman Abdulah sebagai Ketua UMNO Bahagian Tenom.

Bagaimanapun, Basir kecewa kerana kempimpin yang baru dalam Bahagian Datuk Rubin Balang dirasainya selah-olah penglibatan beliau dalam UMNO tidak diperlukan lagi.

Menurutnya, Halik Zaman adalah idola beliau sejak pemerintahan BERJAYA dan amat mengetahui startegi beliau memujuk individu untuk boleh berfikir dan pada akhirnya menerima penjelasan, kemudian masuk turut berjuang atas nama parti.yang diperjuangankan oleh Halik itu sekarang iaitu PKR.

Halik, kata Basir, merupakan anak watan di Tenom yang tidak asing lagi kerana ramai rakan-rakan seperjuangan beliau dalam parti BERJAYA menemuinya bukan sekadar untuk bersembang-sembang di kedai kopi ketika beliau berada di Tenom setiap minggu, malah menyertai PKR secara sukarela.

Perubahan ketara, dalam PKR di sini, tambah Basir lagi, kesanggupan Halik Zaman mengorbankan kewangan beliau untuk mengwujudkan Pejabat PKR di Tenom bagi memudahkan rakyat berurusan berkaitan dengan politik, berbanding pada sebelum ini PKR tiada pejabat.

Menjawab soalan lain dari Sabahkini.net, Basir masih menganggap peribadinya berada dalam UMNO, namun beliau tidak menidakkan sebarang kemungkinan perubahan dari semasa ke semasa akan berlaku kerana sebagai manusia yang boleh berfikir secara positif dan negatif akan bertindak ketika masanya.


10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gambar UFO <b>di Tuaran</b> Beach Resort, Kota Kinabalu? | Blog.4.Dead

Posted: 18 Jul 2010 12:00 AM PDT


KOTA KINABALU : "Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.
"Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau," kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Korang percaya ka kewujudan UFO?

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Wanita ditemui mati <b>di</b> rumahnya | my Sarawak – News coverage <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 05:25 PM PDT

PENAMPANG:  Tindakan seorang wanita yang menolak pelawaan rakan-rakannya untuk beraya di Keningau rupanya membawa petanda buruk apabila dia ditemui mati di kediamannya di Bundusan Villa di sini petang Rabu lepas.

Norjanah Mulut, 26

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, teman lelaki mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata dia pada mulanya membuat keputusan untuk melawat mangsa, Norjanah Mulut, 26, kerana mangsa sebelum ini memberitahunya bahawa dia tidak sihat.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat dia (mangsa) dalam keadaan tidak sedarkan diri.  Saya cuba mengejutkannya tetapi gagal lalu saya terus menghubungi ambulan," katanya sambil menambah salah seorang kakitangan ambulan yang tiba kira-kira jam 6.15 malam kemudiannya memberitahu bahawa mangsa sudah tidak bernyawa lagi.

Menurutnya, mangsa sebelum ini membuat keputusan untuk berehat di rumahnya kerana mengadu tidak sihat dan terpaksa menolak pelawaan rakannya yang lain untuk beraya di Keningau.

Sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu turut berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mayat mangsa juga telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Pengalaman di Hotel Yaho <b>di Kota Kinabalu</b> | Aku Seorang Blogger <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2011 06:13 AM PDT

Hotel Yaho? Mula-mula aku dengar nama hotel ini, aku terus terfikir "adakah hotel ini milik Yahoo.com? " Malah aku pun ada terfikir," adakah nama hotel lain, Hotel Google? " Tapi sebenarnya Hotel Yaho bukannya milik Yahoo.com ye… Hehe.

Gambar kat bawah ni aku jumpa kat Google Image.

hotel-yaho-building-2

Gambar bangunan Hotel Yaho di waktu Siang

Hotel-Yaho-Kota-Kinabalu-Malaysia

Gambar bangunan Yaho Hotel pada waktu malam

Kenapa aku nak tulis tentang Hotel Yaho ini? Sebenarnya meeting di Kota Kinabalu yang lepas, aku stay kat hotel tu. So aku nak bagi sedikit review la pasal hotel tu dan pengalaman. So, sapa-sapa nak cari salah satu hotel yang boleh jimat budget, so boleh pilih Yaho Hotel.

Bagi aku, hotel ni not bad lah juga. Harga pun murah, siap ada harga government rate lagi. Tempatnya pun selesa juga.Lagi satu, Hotel ini terletak di Jalan Sembulan, Kota Kinabalu dan jaraknya lebih  dekat dengan dengan Rumah Persekutuan, iaitu tempat aku meeting, so that's why juga aku pilih hotel ni. Hotel Yaho ini dekat dengan pusat bandar KK dan juga dekat dengan airport Kota Kinabalu, lebih kurang 5 minit perjalanan kenderaan.

Harga untuk Standard room adalah RM88, tapi aku hanya perlu bayar RM83 sebab aku penjawat kerajaan. hehe. Tapi kita kena bayar deposit money RM150 dulu, bila check out, diorang akan pulangkan baki bayaran.

Korang boleh tengok gambar-gambar bilik yang aku sewa tu, Gambar tak clear sangat sebab guna Iphone je. Takda DSLR lagi.

Room at Hotel Yaho

photo-hotel-yahoo-room

toilet-hotel-yaho

Dalam standard room di Hotel Yaho, disediakan beberapa kemudahan seperti telefon, heater, TV plasma dengan Astro, dan air condition. Harap maklum, untuk standard room ini, makanan tak disediakan.

Nombor Telefon Yaho Hotel : 088-221 669 ‎

Hopefully aku dapat beri sedikit informasi pada rakan-rakan yang nak cari hotel yang boleh jimat budget skit di Kota Kinabalu. Selamat mencuba. :)

Related Posts with Thumbnails
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved