ads

Selasa, 28 Januari 2014

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


ESSCOM laksana bancian <b>di Sandakan</b> 15-17 Februari <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 01:35 PM PST

Bancian untuk kaji jumlah rumah, penduduk, demografi

SANDAKAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan melaksanakan operasi bancian di empat perkampungan air di sini selama tiga hari bermula 15 Feb depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Mentek berkata empat perkampungan tersebut adalah Mangkalinau, Cahaya Baru, Muhibbah dan Forest.

Katanya bancian dilakukan bagi mengetahui jumlah rumah, penduduk, keluarga, demografi penduduk warga-negara dan bukan warga-     negara dengan mengenal pasti jenis dokumen yang dipegang mereka.

"Operasi bancian ini dilaksanakan tidak melibatkan penguatkuasaan dan tangkapan biarpun sedang berjalan Operasi Bersepadu pada masa sekarang.

"Anggota polis dan tentera yang menyertai operasi bancian ini bertujuan memasti-kan keadaan keselamatan terkawal khususnya keselamatan pembanci," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pemimpin Masya-rakat perkampungan terlibat, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Au Kam Wah, Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan Mej Jen Datuk Mohd Noor Osman dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Awam Rahim Isyak.

Mohammad berkata dianggarkan sebanyak 160 pembanci terdiri daripada penduduk tempatan Sandakan akan terlibat dalam operasi bancian berkenaan agar dapat memudahkan komunikasi dengan penduduk di perkampungan air itu.

Menurutnya berdasarkan statistik bancian Majlis Perbandaran Sandakan di empat perkampungan air tersebut terdapat 3,164 rumah dan daripada jumlah itu 1,688 diduduki warganegara dan 1,476 diduduki bukan warganegara yang memiliki dokumen.

Katanya jumlah penduduk adalah seramai 12,501 orang dan pada masa sekarang jumlah itu dipercayai bertambah antara 20 dan 30 peratus.

Beliau turut menasihatkan penduduk di empat perkampungan air berkenaan agar  menyediakan dokumen mereka ketika proses bancian dilakukan.

Mohammad berkata kaedah operasi bancian akan ditambah baik selepas operasi pertama dilakukan di Kampung Simunul, Semporna.

Katanya Sandakan merupakan satu daripada tiga daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang dipilih sebagai projek perintis program itu selepas Semporna dan Lahad Datu.

Beliau berkata hasil maklumat bancian itu akan membantu pihaknya dan kerajaan merancang program penem-patan semula penduduk dengan lebih baik.

Kawasan ESSZONE me-rangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

ESSCOM ditubuhkan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari tahun lepas. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di tenom</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jan 2014 07:05 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di tenom</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 07:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Hari kedua aku <b>di Tenom</b> - Blog Eridy

Posted: 17 Dec 2013 09:29 AM PST

Sudah dua hari aku di tenom..bukan bercuti..tapi sebab tugas..orang selalu cakap outstation.
Hari pertama, tiada apa yang diceritakan…belum sempat untuk discover apa yang ada di tenom ini.

Sebabnya team kami sampai disini pun sudah jam 3 petang…so masuk ofis kejap..check in.. pastu tido.
Penat.. dari KK ke Tenom ini tidak macam kita p Sandakan yang makan masa paling kurang 5 jam.. dari KK-Tenom ambil masa tiga jam saja..
Tapi sebabkan jalan dia yang mencabar sikit..boleh tahan juga rasa takutnya…disini embun tebal,banyak corner..kalau di Semenanjung..macam Genting Highlands punya jalan..

**

Sampai di Tenom, aku bercadang pertama untuk check in di Perkasa Hotel .. Hotel atas bukit .. gambar tak ada..nanti aku gambar hotel tu besok…tapi.. disebabkan.. ada cerita-cerita kurang menyeramkan.. maka aku pun decide untuk tinggal di Orchid Hotel saja..

Hotel dalam town, jalan 10 saat jumpa 7-Eleven, 10 saat lepas tu jumpa KFC .. betul2 strategik..
Rate dia..kira oklah..aku ambil single..RM38.00/nite.. mau juga aku ambil twin tapi untuk apa? aku seorang saja.. bos aku pun tidak mau stay Tenom..sanggup ke Keningau stay di Hotel Juta sebab takut stay di Hotel Perkasa.

Aku faham..sebab bos aku kan gegirls dan dia tak akan take risk selagi ada option :)

***

Hari kedua aku disini, aku tengok..kebanyakan kedai sini kedai Cina .. tapi itu tidak heranla..mana2 town di Sabah pun begitu.. dan gegirls dia semua pendek2..

Hehe..

***

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Kejadian Tsunami <b>di Keningau</b>, Sabah pada 9 Januari 2014 <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 07:56 PM PST

     

Lagi cerita yang dihebahkan tentang ramalan tsunami yang didakwa akan melanda Pantai Timur Sabah dalam temph 36 jam bermula dari tarikh 8 Januari 2014, 10.30 malam. Kononnya, ramalan itu dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) melalui surat rasmi kepada KPD Keningau.

2

4

Sekadar Gambar Hiasan

Berikut ialah surat penafian Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) pernah mengeluarkan sebarang amaran tsunami bakal landa Keningau, Sabah dalam tempoh 36 jam lagi.

2Sumber


10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jan 2014 11:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BeautyFrenz <b>Di Kinabatangan</b>, Sandakan Sabah!

Posted: 13 Dec 2013 12:16 AM PST

Negeri Sabah memang terkenal kaya dengan Flora dan Faunanya yang memang dipelihara untuk mengawal kesinambungan alam.

Alhamdulillah.. Produk BeautyFrenz kini sudah berada di sana untuk memudahkan lagi pada warga Sabah amnya, juga pada warga Kinabatangan khasnya untuk mendapatkan produk ini di lokasi berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Cik Puan Norhayati Mardan,
019-850 1735 / 013-867 1647
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100004482884629&fref=ts

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 09:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Projek PMR SLDB bawa harapan kepada pekebun kecil <b>di Nabawan</b>

Posted: 01 Sep 2013 04:21 PM PDT

September, 2, 2013 - 7:21 am

Juvarri02KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.

Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.

Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.

Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.

"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.

"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.

Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.

"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.

SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


&#39;Awan kuda&#39; muncul <b>di Kota Kinabalu</b> - wartawan rasmi laman <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 02:00 AM PST


Kedatangan Tahun Baru Cina setiap tahun membawa makna yang besar bagi masyarakat Tionghua seluruh negara.
Namun di Kota Kinabalu tahun ini, ia adalah sesuatu yang unik berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila seorang jurugambar secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan berbentuk seakan-akan seekor kuda.
Jurugambar tersebut, Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.
Menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut.
Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang.
Dalam ruang Facebook beliau Jimmy menafikan penggunaan sebarang aplikasi komputer seperti Photoshop atau penggunaan sebarang kesan khas dan menegaskan ia adalah gambar asli.
Malahan beliau turut mengakui sebagai bertuah kerana dapat menangkap gambar imej tersebut.
Setakat berita ini ditulis, gambar ini telah mendapat 469 'likes' serta dikongsi sebanyak 263 kali hanya beberapa jam selepas gambar ini disiarkan.
Manakala kebanyakan pengunjung rata-rata turut memberikan komen serupa melihat bentuk awan tersebut seperti seekor kuda.
Imej kuda di langit ini adalah sesuatu yang unik dan ianya mungkin berlaku secara kebetulan.
Bagaimanapun, ia adalah suatu kebetulan yang amat bermakna kepada masyarakat Cina kerana mereka akan menyambut Tahun Kuda dalam Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved