ads

Selasa, 17 April 2012

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


:: SAHABAT BLOG SABAH ::: Bob Lokman <b>di Kota Belud</b>

Posted: 27 Mar 2012 09:54 PM PDT

Sumber: http://islamreturn.blogspot.com/

Salam perjuangan..

Semalam aku dan teman-teman pemuda PAS Sepanggar telah menghadiri majlis Makan Malam bagi mengutip dana banggunan PASTI Al-Firdaus di Kota Belud. Perkembangan PASTI di Sabah tidak dapat lagi dinafikan oleh banyak pihak. Sekalung tahniah kepada sahabat di KB terutama ketua pemudanya, saudara Jumat Sakmat yang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan Majlis Makan Malam tersebut.

 Antara tetamu yang hadir memenuhi ruang dewan

 Bob Lokman sedang berucap dan menceritakan kisah hidup beliau

 Terbaik dari Bob Lokman

Bob Lokman sebagai tetamu khas yang dijemput telah merasmikan pelancaran Dana Wakaf Banggunan PASTI Al-Firdaus. Aku sangat tertarik dengan kisah beliau yang telah kembali ke fitrah Islam dan tekad beliau menghantar semua anak-anaknya ke aliran agama bermula dari tingkatan satu walaupun anak-anaknya telah berusia 17, 18 dan 19 tahun. Ini kerana menurut beliau, sebelum ini beliau telah tersalah memilih jalan dengan menghantar anak ke sekolah hanya semata-mata kerana untuk kemegahan dunia, tetapi bukan untuk mengenali Allah. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Aminudin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Ust Farhan (Pendakwah Bebas) dan En. Lahirul Latigu (Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah).

Untuk Sumbangan Dana Wakaf Banggunan PASTI Kota Belud, boleh menghubungi En. Ahmad Fauzi (019-8096640) atau terus bank-in ke Akaun Agro Bank (1001941000053319) atas nama PASTI Al-Firdaus.

Sekali lagi tahniah PAS Kota Belud.. Terbaaeekk,,,

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


PSS <b>TUARAN</b>: KRIS <b>TUARAN</b> KALI KE-6: ADA APA DENGAN KRIS?

Posted: 10 Apr 2012 08:02 AM PDT


Ya KRIS Tuaran ke-6, 2012 telah berlalu pergi menjadi sejarah seperti juga KRIS pertama. Sejarah kita bersama. Kisah kita bersama. Satu arah tujuan. Kerana tujuan itu kita sanggup bersengkang mata, sanggup mengerah tenaga dan fikir, sanggup berkeringat, sanggup menyumbang wang ringgit dan harta yang ada, sanggup datang menghulur bantu, sanggup mengirim doa dari kejauhan, sanggup menjenguk walau cuma seketika dek komitmen dengan program lain. Mengapakah begini kesanggupan kita? Kerana tujuan itu sungguh murni. Ibarat usaha Sang Burung menyiram api yang sedang marak menjulang memamah jasad Nabi Ibrahim. Walau tampak kecil, namun butir bicara Sang Burung menembusi hati nurani. Membangkit sedar penciptaan kita jauh lebih hebat daripada Sang Burung.
Di Tuaran kita bermula atau lebih spesifik lagi di SMK Badin, Tuaran. Kini, KRIS semakin mekar melakar sejarah masing-masing. Bercambah mencipta keunikan pembentukan komuniti KRU dan PSS di tempat masing-masing. KRU dan PSS Tuaran punya keunikan tersendiri. Jika ditinjau, warga PSS Tuaran majoriti terdiri daripada individu-individu yang berasal dari pelbagai latar tempat. Meskipun begitu, keinginan mereka untuk berbakti di Bumi Tuaran tidak pernah mengenal perih. Bumi Tuaran bertuah didatangkan insan seperti mereka. KRU Tuaran pula, menjadi insan-insan yang lebih menghargai, cuba berdikari, kental semangat juangnya dan sentiasa menyemai prinsip 'what you give you get back', 'what you get you give back'. Itulah tarbiyyah yang diterima lewat pengalaman. Gabungan mantap PSS dan KRU Tuaran terus mengukir lanskap dakwah di Bumi Tuaran dengan kerjasama sabahat sahabiah sekalian. Jangan jemu.
KRIS berlalu, tugasan masih belum berhenti setakat itu, terutama fasilitator dikalangan KRUT. Ukhuwwah yang telah terjalin dengan adik-adik peserta jangan dibiarkan layu kemudian mati begitu sahaja. Apa yang perlu dibuat? Bagaimana? Fikir dan bertindak. Adik-adik peserta sayangilah abang-abang dan kakak-kakak fasi kalian. Kasih yang sudah bersemi sirami dan bajai dengan ikatan ukhuwwah islamiyyah. Sehingga ketemui lagi di lain program. Program terdekat Qiamullail Bulanan pada 21-22 April 2012. Jom datang ramai-ramai mengimarahkan rumah Allah, Masjid An-Nur, Tuaran.
Sekalung terima kasih buat semua sahabat sahabiah yang membantu menjayakan KRIS Tuaran '12. Baik dari dekat mahupun jauh. Warga Politeknik Kota Kinabalu, IPG Keningau, IPG Kent merangkap ahli PSS Tuaran, KRUKK, PSS Sipitang, UNITAR, tidak ketinggalan pembantu AJK Makanan Adik Hasrul yang sangat rajin dan cergas sekali dan semestinya krew-krew KRUT. Tahniah kepada adik-adik peserta seramai 141 orang dari SMK Badin, SMK Telipok, SMK Tamparuli , SM ST John, SM ST James, SMK Tenghilan, SMK Sri Nangka dan dari jauh SMA Mohamad Ali Ranau (Tahniah Ain & Mina).
Tugas tidak pernah berakhir. Hujung minggu ni berkampung di SMKT pula. KRU Muslimat terutama lepasan SMKT sila turun padang. Sambil lalu boleh lihat rumah terbalik.




Kuliah Subuh: Contohi Sultan Muhd. Al-Fateh

 Pengendali Malam Kesenian Islam
Siapa yang berminat ambil pelakon watak 'pembuli'?




Nilah Adik Hasrul, KRU Tunas

Tu dia, masak nasi......Boleh jadi calon ni....Calon MasterChef
Masak sedap-sedap. Halalan toiyibah











Perubahan positif. Teruskan ^_^
Sentiasa ceria walau keletihan

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


VIDEO UCAP[AN ANWAR IBRAHIM <b>DI</b> KG.LOHAN <b>RANAU</b>

Posted: 14 Apr 2012 06:17 PM PDT

Sambutan rakyat Sabah dalam setiap ceramah yang diadakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin bertambah.Walaupun pada dasarnya ia bukanlah satu petanda total akan penerimaan rakyat Sabah keatas PKR dan PR di bumi borneo itu, tetapi sudah kelihatan semacam satu Trend baru rakyat Sabah bahawa mendengar isu dan penjelasan secara bersemuka dari ketua pembangkang itu berkaitan isu semasa dan keadaan politik dan ekonomi negara mula digemari.
Sebab itulah tidak heran jika setiap ceramah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sambutan dan kehadiran sangat-sangat luarbiasa. Di Kampung Lohan Ranau pada 13.04.2012 yang lepas, ceramah Anwar Ibrahim dihadiri oleh lebih kurang 6000 orang. Sebagai rekod kes rampasan tanah adat juga ada berlaku di Ranau. Apakah ini puncanya kehadiran rakyat sebagai protes kepada kepimpinan sedia ada yang gagal menyelami kehendak permasalahan dan denyut nadi mereka?Saksikanlah video sedutan  ucapan Anwar ini dan anda nilailah sendiri kebenarannya.
video

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » RM56,000 bantu miskin tegar <b>di Penampang</b>

Posted: 16 Apr 2012 04:03 PM PDT

PENAMPANG 16 April – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini memperuntukkan sebanyak RM56,000 bagi membantu masyarakat berstatus miskin tegar di sini.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, terdapat tiga jenis bantuan yang disalurkan kepada masyarakat yang terpilih iaitu bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan perniagaan dan bantuan bakul makanan serta sumbangan wang tunai.

Katanya, sebanyak 15 keluarga yang berdaftar di bawah e-kasih layak menerima bantuan ini dan kebanyakan mereka merupakan golongan miskin tegar iaitu pendapatan di bawah RM590 sebulan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved