10 di semporna - Google Blog Search |
KAMATO: Catatan Perjalanan <b>di</b> Tawau dan <b>Semporna</b> Posted: 12 Sep 2011 08:36 PM PDT Kami mendarat di airport tepat jam 11.25 pagi seperti yang dijadualkan. Seperti yang telah dirancang kereta sewa pandu sendiri telah menunggu di airport Tawau. Selepas menerima kunci kereta kami terus memulakan perjalanan ke bandar Tawau. Lokasi awal kami adalah ke Bibiq conner untuk menikmati sop payau, tapi sayang restoran tersebut tutup. Mungkin masih cuti raya. Seterusnya kami menuju ke Maskor soup house dihadapan Giant Tawau, juga masih tutup. Terlepas hajat kami untuk menikmati sop payau. Seterus kami singgah di restoran nelayan di bandar itu untuk menikmati makan tengahari. Kami check-in di hotel King Park, hotel ini merupakan salah satu dari dua hotel yang mempunyai sijil halal di Tawau. Kami bermalam dua malam di hotel ini. Malam pertama kami menikmati makan malam di restoran sea food sri pinang, manakala malam kedua kami menikmati makan malam di restoran Wakaf Thai Seafood. Memang Tawau syurga bagi penggemar makanan laut. Sebelah siang kami menjalankan lawatan ke tempat-tempat seperti yang dirancang. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Keadaan bandar Tawau dari King Park Hotel Bandar Tawau pada waktu malam Suasana petang di tepi laut di Tawau Jam 6.30 pagi matahari dah naik di Tawau Hari ke tiga kami mulakan perjalanan ke Sempurna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna memakan masa 90 minit. Sepanjang perjalanan hanyalah kelihatan ladang-ladang sawit di kiri dan kanan jalan. Terdapat kaum Cocos yang mendiami satu kawasan di pertengahan Tawau Semporna. Asal usul keturunan ini adalah pendatang dari Australia yang di bawa oleh British semasa zaman penjajah. Mereka beragama Islam. Anak gadis kaum ini memang putih-putih dan lawa-lawa. Sampai di Semporna kami terus ke tempat yang di tuju bagi menyelesaikan tugas yang diamanahkan. Tengahari kami ke Tampi-Tampi. Di sinilah tempat lokasi penggambaran filem dugong lakunan Saipul Apek dan Awie dilakukan. Kami menikmati makan tengahari di Semporna Holiday Resort bersama pegawai-pegawai dari Giatmara. Restoran resort ini merupakan restoran terapung. Ikan yang dimasak merupakan ikan fresh yang disauk dari sangkar di laut di bawah restoran tersebut. Kami memilih ikan putih masak tiga rasa. Ikan putih ni memang sukar didapati di Semenanjung. Kami juga dihidangkan dengan siput masak halia, tomyam seafood, udang butter dan sayur campur. Menikmati makanan laut fresh begini memang sedap. Di sini la tempat Awie mengurung duyung dalam filem duyung Sebenarnya bandar Semporna adalah satu bandar yang kecil. Jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan Tawau. Rakan aku ada berpesan, kalau memandu di Semporna perlulah berhati-hati. ramai pemandu di sini tak adalesen memandu. Mereka boleh memberhentikan kereta mengikut suka mereka. Malah dia berpesan kalau terjadi apa-apa kemalangan terus saja ke balai polis. Kami memilih untuk bermalam di Dragon Loating Resort, sebuah resort terapung yang dibina di atas air. Duduk di resort ini seolah-olah seperti duduk di kampung air. Dinding setiap bilik dibuat dari kayu nibung, manakala atapnya dibuat dari kulit kayu. Bilik standard hanyalah berharga RM 77 termasuk sarapan pagi, memang berbaloi. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tv, aircond dan water heater. Laluan dari bilik ke bilik di Dragon Resort Suasana Malam di Dragon Resort Keadaan bilik yang berlantaikan kayu dan berdindingkan kayu nibong Koridor depan bilik yang aku sewa Ikan Kerapu berat melebihi 50 kilo akan berlegar-legar di kawasan ini Hari ke empat kami ke Pulau Mabul. Perjalanan dari Semporna ke Pulau Mabul memakan masa 1 jam menggunakan speed boat. Mabul merupakan pulau yang kecil. Untuk mengelilingi pulau itu dengan berjalan kaki cukup hanya memakan masa satu jam. Pulau ini didiami oleh penduduk dari kaun Sulu dan Bajau. Ekonomi mereka berasaskan nelayan. Melihat dari keadaan rumah-rumah mereka, ramai dari mereka yang hidup dalam kedaifan. Rumah-rumah mereka seperti pondok-pondok, walaupun dikelilingi resort bertaraf lima bintang. Tidak kurang ramai yang saiz rumah mereka hanyalah sepuluh kaki persegi. Walau tinggal dalam rumah sekangkang kera dengan anak yang ramai, mereka kelihatan gembira. Anak-anak mereka kelihatan sihat-sihat belaka. Aku menggunakan kesempatan yang ada untuk menjalankan aktiviti snookling di perairan Mabul. Ternyata hidupan dasar perairan Mabul tidak begitu menawan seperti yang diharapkan. Hanya beberapa jenis ikan yang kelihatan. Perairannya juga terdapat banyak landak laut yang bahaya jika tersentuh. Aku pernah menyelam di perairan Manukan dan Sapi tahun lepas. Ternyata hidupan dasar pantai Manukan jauh lebih cantik jika dibandingkan dengan Mabul. Pekerja resort tempat kami berlaboh ada memberitahu, kalau hendak melihat hidupan laut perlu pergi jauh dari pantai. Walau macamanapun ada di antara kami yang kali pertama menjalankanaktiviti snookling. Agak bahaya untuk menjalankan aktiviti tersebut di kawasan dalam. Perjanan balik agak membahayakan, bot sering melambong disebabkan ombak yang agak kuat. Selepas satu jam perjalanan bot berlaboh di satu perhentian untuk kami menyambung perjalanan ke Semporna dengan jalan darat menggunakan kenderaan yang telah disediakan. Rumah-rumah sebegini masih banyak terdapat di Pulau Mabul Dunia kanak-kanak ini hanyalah laut Hari terakhir kami di Semporna, kami bertolak awal pagi selepas memenuhkan kotak ikan dengan berbagai jenis ikan di pasar Semporna. Aku sempat juga menyambar ikan jenahak, kerapu, ikan merah, ikan cermin, ikan putih, udang, ketam dan sotong. Ikan paling besar adalah ikan merah iaitu seberat tiga kilo seekor. Dalam perjalanan balik dari Semporna ke Tawau kami sempat singgah di tengah jalan sempadan Semporna/Tawau untuk membeli buah salak dan tembikai susu. Kami minta penjual memotong tembikai tersebut di situ. Ternyata buah tembikai susu di kawasan tersebut begitu manis sekali. Sebelum sampai ke airport Tawau kami singgah di Bibiq conner. Kali ini nasib kami baik, kami dapat rasa sop payau, lepas hajat kami untuk menikmati daging yang sukar didapati di Semenanjung. Bagi yang belum mengetahui payau adalah sebutan di Sabah bagi rusa. Jam 3 petang kami berlepas ke KL. |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |