ads

Selasa, 29 Oktober 2013

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


330 biji telur penyu dirampas <b>di Sandakan</b> | The Borneo Insider

Posted: 25 Oct 2013 02:50 AM PDT

October, 25, 2013 - 5:50 pm

telur25SANDAKAN: Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) merampas 330 biji telur penyu dalam operasi terhadap penjaja haram, di sini hari ini.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan MPS Sairin Abd Rahman yang mengetuai operasi itu bersama 10 anggotanya berkata operasi ditumpukan di kawasan Pasar Am Sandakan dan kedai berhampiran.

Katanya telur penyu yang dirampas itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dijual secara haram di daerah ini.

Turut dirampas dalam operasi pada 9.30 pagi itu, ialah 281 kotak rokok seludup. Tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau berkata telur penyu berkenaan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah manakala rokok diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Seseorang yang memiliki telur penyu di Sabah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41(2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara lima bulan, jika sabit kesalahan.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Juhar officiates at <b>Kota Belud</b> Tamu Besar | The Borneo Insider

Posted: 27 Oct 2013 10:07 PM PDT

October, 28, 2013 - 1:07 pm
Juhar receives a memento from Kota Belud MP, Rahman Dahlan (left)

Juhar receives a memento from Kota Belud MP, Rahman Dahlan (left)

KOTA BELUD: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin and wife  Toh Puan Datuk Norlidah Jasni officiated tamu besar here on Sunday morning. Both were welcomed by a team of Bajau people who clad in traditional costumes, and multicultural dance.

Among other activities held on that day include Ratu Serimpak and betitik contests, handicrafts and cultural exhibition,  as well as horse-riding performance by the bajaus.

Also present were Kota Belud member of parliament cum urban wellbeing, housing and local government minister Datuk Abdul Rahman Dahlan, State tourism, culture and environment assistant minister Datuk Kamarlin Ombi and organiser chairman Norsafi Haji Dukah.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Murid Tahun 6 mati lemas <b>di Tawau</b> ABN News | BM

Posted: 19 Oct 2013 05:16 AM PDT

TAWAU – Seorang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, Pulau Sebatik mati lemas ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di tepi laut berhampiran Jeti Kg Sungai Tongkang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Madun berkata, mangsa yang dikenali sebagai Gusti Mohmin Badrul Ezam Amin Mokhtar, 12, lemas kira-kira pukul 5 petang ketika air sedang pasang.

"Mangsa dipercayai tidak pandai berenang dan tenggelam lalu lemas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jenazah mangsa telah dituntut keluarganya dari hospital dan dikebumikan di Kampung Bergosong pada pukul 11 pagi tadi. – Bernama

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Banduan Filipina Disiasat Ada Kaitan Pengganas Sulu <b>Di Lahad Datu</b>

Posted: 04 Oct 2013 01:25 AM PDT

Gambar Hiasan/Pic:malaysianreview.com Gambar Hiasan/Pic:malaysianreview.com KOTA KINABALU: Seorang banduan warga Filipina, yang kini menjalani hukuman penjara kerana menceroboh hutan simpan di Sabah sedang disiasat, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Sulu dalam pencerobohan di Lahad Datu pada Februari lalu.

Lelaki berusia 43 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada 9 September lalu kerana menceroboh hutan simpan di daerah pantai timur Lahad Datu di Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata, perkara tersebut didedahkan apabila mahkamah memerintahkan rumah yang diduduki lelaki itu sebelum penahanannya supaya dirobohkan.

"Semasa proses perobohan itu, pegawai-pegawai menemui dokumen mengesan suspek sebagai tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), serta kelengkapan ketenteraan termasuk beret dan lencana Komando," katanya.

SAC Omar berkata, polis masih menentukan sama ada banduan itu adalah sebahagian daripada kumpulan dan pencerobohan.

"Kami juga mengetahui apakah motif beliau berada di negara ini," katanya.

Omar berkata, kertas siasatan baru mengenai lelaki itu telah dibuka pada 25 September lalu, dan pihak polis mencadangkan kepada Peguam Negara untuk menahan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

-mStar Online
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/10/4/mstar_berita/20131004153731&sec=mstar_berita

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


fbookirc : Rahsia Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah

Posted: 21 Sep 2013 07:18 PM PDT

Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.

Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari

pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.


Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.


di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


BAJET 2014 : Intipati Belanjawan Untuk <b>Negeri Sabah</b> | Khabar <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2013 05:37 AM PDT

Bajet 2014 baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri pada petang tadi. Semestinya warga Sabah Di bawah Bayu ternanti-nanti, apakah 'habuan' yang bakal dinikmati oleh rakyat negeri ini. Berikut Khabarkinabalu senaraikan beberapa intipati penting Bajet 2014 yang berkaitan dengan Negeri Sabah :-

1. Dalam bidang minyak dan gas

- Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang Sabah

- Projek Pembangunan Bersepadu Pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan

- Projek Loji Regasifikasi, Lahad Datu

2. Sebahagian daripada peruntukan 1.6 Bilion Ringgit dikhususkan untuk pembangunan projek agropolitan, industri berasaskan kelapa sawit di Wilayah Pembangunan Sabah.

3. Sebahagian daripada 312 juta Ringgit digunakan untuk menaiktaraf Lapangan Terbang – Kota Kinabalu, Sandakan.

4. 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak 1.5 bilion ringgit untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar (termasuk Sabah).

5. 850 Juta ringgit diperuntuk untuk penyambungan Kabel Dasar Laut yang baharu dari Semenanjung Malaysia (dalam tempoh 3 tahun) melibatkan Sabah & Sarawak menggunakan Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia.

6. Projek ternakan lobster atau udang kara di Semporna, Sabah (kerjasama syarikat multinasional) untuk menghasilkan sebanyak 18 ribu tan metrik yang dijangka mewujudkan 20 ribu peluang pekerjaan dan membantu lebih 6000 pengusaha tempatan pada jangka panjang serta meningkatkan pendapatan sehingga empat ribu ringgit sebulan

7. 500 juta Ringgit Projek Lebuhraya Pan Borneo

8. 265 Juta Ringgit diperuntuk untuk  mengatasi bekalan elektrik di Sabah. Bagi mengukuhkan sistem penjanaan dan penghantaran seperti menaiktaraf Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, Pembinaan talian penghantaran elektrik Kimanis dan pembinaan stesen usis utama di Sandakan

9. 50 juta ringgit kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak pemilikan tanah adat (bumiputera Sabah Sarawak

10. 75 juta ringgit untuk mantapkan operasi ESSCOM

11. 331 juta ringgit diperuntukkan Sabah & Sarawak untuk program penyeraman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan untuk tampung perbezaan harga barangan keperluan  dengan Semenanjung Malaysia.

itu adalah sebahagian daripada perkara yang melibatkan Sabah. Beberapa intipati yang lebig bersifat nasional akan dikupas lebih lanjut lagi oleh Khabarkinabalu dari masa ke semasa.

Apa kata anda?

bagaimana pula dengan kenyataan di perkara 204 dalam teks ucapan bajet 2014 ini?

Apa pula komen anda untuk itu? Maksud yang tersirat? atau…

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved