ads

Khamis, 13 Disember 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


MAMPUKAH PKR TEWASKAN SHAFIE <b>DI SEMPORNA</b>?

Posted: 04 Dec 2012 10:29 PM PST


REBUT…Nazmahwati (kanan) Vs Dr Zamri (kiri) bakal 'berebut' Calon Parlimen Semporna untuk menentang Shafie Apdal.
KEMUNCULAN muka-muka baru dalam dunia politik Pakatan Rakyat, terutama Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Semporna agak mengelirukan kepada para penyokong setempat.
Mengimbau sejenak senario politik di Semporna yang pernah menggemparkan ahli-ahli UMNO dan penyokong parti-parti komponen BN apabila muncul wanita muda berusia 30-an yang bercita-cita besar untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Parlimen Semporna pada PRU-13.
Cita-cita yang begitu tinggi telah menjadi tandatanya di kalangan rakyat Semporna kerana mereka curiga bagaimana wanita muda ini mampu menumbangkan Naib Presiden UMNO yang menjadi 'Qarun; di zaman pemerintahan UMNO setelah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang menjadi lubuk emas dan telah menjadi Ahli Parlimen Semporna selama tujuh penggal itu.
Wanita muda yang dimaksudkan itu ialah Nazmahwati Walli iaitu Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang menawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 atas tiket PKR bagi menentang 'suami' artis terkenal, Shafie Apdal.
Kemunculan Nazmah dalam arena politik, khususnya PKR Cabang Semporna memang mendapat sokongan 70 peratus daripada penduduk-penduduk yang tinggal di pesisiran pantai dan kepulauan yang telah diabaikan oleh ADUN-ADUN BN/UMNO dalam segala segi termasuk prasarana dan hak asasi.
Penulis yang terus mengikuti perkembangan dan perjalanan politik PKR di Semporna menyaksikan sendiri kenapa semangat Nazmah membuak-buak setelah melihat kecurangan yang dilakukan oleh semua Wakil Rakyat UMNO di Semporna.
Namun semangat Nazmah mungkin terhalang kerana muncul beberapa pesaing yang menawarkan diri untuk mewakili Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai niat yang berlainan kerana walaupun tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.
Antara calon yang digelar pengacau daun termasuklah Dr Zamri Habi yang cuba menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan sehingga berusaha untuk meminggirkan mereka yang telah berjuang mengorbankan wang ringgit, masa dan kesetiaan selama ini seperti Nazmah.
Dalam hal ini, sebaiknya Zamri mengelakkan perpecahan berlaku dalam PKR Semporna dengan menawarkan diri bertanding menentang Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlie Marhaban atau Datuk Herman; dan membiarkan Nazmah bertanding menentang Shafie Apdal.
Mungkin rakyat Sabah curiga dan bertanya mampukah Zamri atau Nazmah menumbangkan Shafie yang sudah terlalu banyak menabur bakti dan 'wang' kepada seluruh rakyat Semporna selama 7 penggal; terutama agehan projek pembangunan yang menjadi buruan Ketua Cawangan, kontraktor dan majoriti pengundi?
Majoriti pengundi tidak yakin Zamri akan menolak tawaran jutaan ringgit yang mungkin ditawar Shafie agar menarik diri (sudah menjadi lumrah kepada calon pembangkang di Semporna); tetapi mereka cukup yakin Nazmah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau projek oleh Shafie.
Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi Semporna sama ada mahu mengekalkan BN/UMNO terus bertapak di Semporna sehingga beberapa generasi 'Sikubung' akan datang atau menukar baju baru?

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


ROSMERAHPUTIH: ~KENANGAN <b>DI KOTA KINABALU</b>~

Posted: 11 Nov 2012 10:07 PM PST


Hajat hati nak meng'upload' gambar-gambar ketika berada di Kota Kinabalu pada 13-19 September lalu hanya dapat dilaksanakan hari ini. 

So, serentak dengan itu teringin nak mencoret pengalaman tersebut di sini untuk tatapan semua. 

Sebenarnya, perancangan untuk ke KK telah dibuat anak buah kami, Fakhrul Anuar dan tunangannya Bibi Safinah sejak awal tahun lagi. Bukan sekadar bercuti makan angin kata orang, malahan kembara kami kali ini membawa hajat paling besar buat pasangan Anuar dan Bibi yang bergelar suami isteri pada 15/09/2012. Bibi berasal dari Tuaran. Anak kacukan Pakistan di sebelah ayah dan Bajau di sebelah ibu. Kami difahamkan majlis perkahwinan itu nanti penuh adat budaya yang berbeza dari Semenanjung.


Ahli rombongan yang seramai 25 orang tak kurang seronok kerana pengantin lelaki menaja 2 tiket penerbangan bagi setiap family. Selebihnya, kenalah bayar sendiri! Kalau tidak, pokailah pengantin!!! Mana nak siapkan duit hantaran, mas kahwin, jamuan makan dan lain-lain lagi....betul tak?

Kami sekeluarga dapat pergi walaupun si anak bujang terpaksa 'dipontengkan' selama 3 hari. Flight dari LCCT jam 4.30 ptg dan tiba di KKIA jam 7.05 malam. Semasa dalam flight, si Intan Payung dan ayahnya sempat makan nasi lemak. Manakala aku dan anak bujang berpuasa (ummi temankan anak bujang habiskan puasa sunat Syawal).



Aktiviti pertama sebaik tiba di KK ialah mencari tempat makan. Kami berkumpul di Tanjung Aru untuk makan malam. Menunya ~ ikan bakar, tomyam, sotong goreng tepung dan macam-macam lagi....






Ini sebahagian ahli rombongan kami. Dua buah Urvan yang selesa muat untuk mengangkut kami ke mana-mana. Pasal supir jangan susah....ada ramai jejaka tampan di kalangan ahli rombongan yang boleh diharap! ...hehehe



Okey, sekarang nak cerita pasal tujuan utama kami ke KK. Majlis pernikahan anak buah kami. Ini itinerari nya~ Sabtu jam 2 ptg: majlis pernikahan. Malamnya pulak: majlis berinai. Tengahari Ahad: majlis bersanding. Padat jadual kami!


 

Pengantin dalam persalinan suku kaum Bajau.


 Cuba tengok gamabar di atas. Kata juruacara majlis, inilah cara masyarakat suku kaum Bajau menyambut menantu lelaki mereka. Pengantin lelaki tidak dibenarkan memijak tanah sebaliknya dia akan di usung oleh dua orang ahli keluarga terdekat pengantin perempuan untuk dibawa ke pelamin. Menurut mereka, adat ini juga sebagai simbolik bahawa mereka 'menghormati' menantu di dalam keluarga mereka.
...owh, lucky abang Fakhrul!!!...hehehe
Sekarang mari kita cerita pasal aktiviti 'jalan-jalan' pulak..... 
Isnin 17/09/2012 awal-awal pagi kami bergerak ke Kinabalu Park. Tapi, kami sempat singgah di ~ Rumah Terbalik. Bukan setakat senibina luarannya sahaja terbalik, sebaliknya semua barangan di dalam rumah kecuali air-cond (kalau terbalik, ia tak dapat berfungsi dan pengunjung akan berasa panas) juga terbalik. Tandas pun up-side down.....bahaya, ni! ...hahaha

Malangnya, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar bahagian dalam rumah tersebut. So, kenalah berkunjung ke sana untuk mengalaminya, ya!

Dari Rumah Terbalik, kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park.


Then, kami ke Sungai Moroli Kampung Luanti, Ranau. Cari apa? 
Ikan kelah, bah.... Jinak-jinak belaka. Bila diberi makan semuanya datang dekat kaki kita. Geli!


Lepas penat layan kelah, kami menuju ke hot spring. Namanya Poring Hot Spring. Sesuai namanya, mesti ada kolam air panas. Tapi kolam air sejuk pun ada. Sejuk macam air dalam peti ais. Tapi takde gambar....kena sensor lah!...hehehe

Aktiviti 'must do' ......shopping!
Entah berapa kali kami keluar masuk Pasar Philippine. Sekejap cari brooch, sekejap cari gelang....esok cari buah-buahan, ikan masin...the next day pulak cari kuih cincin, amplang, biskut angry bites dan macam-macam lagi... Pendek kata, ada-ada sajalah! 

Penat bershopping, cari makan pula....

Actually, ada beberapa aktiviti lain yang belum diceritakn di sini. 
Lain kali lah ye... 
Tangan dah naik letih ni....


Gambar yang terakhir ni....saje-saje je letak. 
Mengimbau kenangan masa dolu-dolu....hehehe 
Lagipun, bukan senang nak ajak hubby bergambar berdua!

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


kebakaran kilang papan <b>di</b> jalan <b>nabawan</b>, keningau-500

Posted: 15 Aug 2012 05:45 AM PDT

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KENINGAU: 500 pekerja sebuah kilang papan di sini, hilang tempat tinggal setelah kebakaran memusnahkan kira-kira 100 buah kuarters rumah pekerja itu, di Batu 5 Jalan Nabawan, pada Rabu.

Tragedi yang dianggap terbesar dalam sejarah kebakaran di daerah ini, berlaku pada 1.45 tengah hari.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata dua jentera bomba dan penyelamat bersama 15 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2.03 petang.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, meskipun menghadapi masalah bekalan air pada pili bomba dan mencari sumber air di kilang untuk disalurkan ke lokasi kebakaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebahagian besar daripada pekerja kilang terbabit berada di tempat kerja yang terletak kira-kira 200 meter dari kuarters yang terbakar itu.

Tiada sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan sebahagian daripada penghuni unit kuarters itu, sempat menyelamatkan barang dan harta benda mereka, katanya.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, tambah beliau. -BERNAMA

Incoming search terms:

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


punca kehilangan maruah kepimpinan suluk <b>di negeri sabah</b>

Posted: 17 Oct 2012 11:50 AM PDT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, October 17, 2012

GILIRAN DATUK SRI NAJIB TUN RAZAK PAKAI KANDIT SULUK/TAUSUG DI LEHER. GAMBAR LAWATAN KE SABAH SEBELUM BELIAU BERLEPAS KE MANILA UNTUK MENJADI SAKSI MENANDATANGANI PERJANJIAN DAMAI MILF-FILIPINA.- Foto ehsan dari posting sahabat-sahabat PUSAKA.



SULUK/TAUSUG DI SABAH DAN GELARAN PTI
Di negeri Sabah, salah satu suku kaum yang terbiar dan tersisih pada hari ini ialah yang dipanggil suku kaum Suluk. Padahal sebelum Sabah menyertai Persekutuan Malaysia 16 September 1963, suku kaum Suluk ini adalah yang terkenal dominan dalam kelas pentadbir dan terkenal sebagai suku bangsa pahlawan serta bangsawan. Selama beberapa dekad disepanjang puluhan tahun selepas 16 September 1963, kelihatan suku kaum ini terbelenggu dan menjadi pasif disebabkan beberapa peristiwa yang berjaya menekan mereka ke tahap "tiada nilai".


PERTAMA:
Kehilangan nilai itu berpunca dari berlakunya perang Moro vs Manila 1972 yang kelihatannya pemimpin tertinggi Suluk di North Borneo atau Sabah seperti Tun Datu Mustapha ketika itu terlibat secara tidak langsung menyokong dan mendokong pejuang Moro melawan Filipina. Perang berterusan yang sudah barang tentu memakan korban yang bukan sedikit menyebabkan penduduk kepulauan Sulu mula berhijrah beramai-ramai membanjiri negeri Sabah.

Kebanjiran pelarian ini tidak hanya berhenti disitu, tapi ia berterusan dengan kedatangan fasa kedua para pelarian yang terkemudian. Kali ini lebih kepada pelarian ekonomi kerana perang yang berterusan, perang saudara, hutang piutang, kesukaran mendapatkan sesuap nasi di sana menyebabkan Sabah menjadi destinasi utama untuk mereka meneruskan kehidupan berkeluarga. Hal ini berterusan dan kerajaan Negeri Sabah diletak dalam keadaan serba salah, terutama Tun Datu Mustapha yang ketika itu turut dilanda masalah politik dalaman. Kesibukan Tun Datu Mustapha dalam polemik politiknya menjadikan keadaan Pelarian Perang dan Pelarian Ekonomi dari kepulauan Sulu berada dalam keadaan huru-hara dan terbiar. 

Dari sini muncullah perkataan baru dan asing buat pelarian ini iaitu istilah PENDATANG TANPA IZIN atau PTI. Sedangkan rata-rata para pelarian ini 98% adalah dari kepulauan Sulu yang menganggap North Borneo adalah sebahagian dari wilayah nenek moyang mereka.


KEDUA:
Kehilangan nilai kepimpinan Suluk ini masuk ke fasa seterusnya iaitu Tun Datu Mustafa berjaya diperdaya oleh orang Melayu dari Semenanjung Malaysia untuk membubarkan Parti USNO dengan menukarnya kepada Parti UMNO. Dalam fasa kedua ini, kegembiraan Tun Datu Mustapha dan pemimpin-pemimpin Suluk lain hanya sementara kerana janji dari membawa Parti UMNO masuk ke Sabah. Seperti biasa dalam permainan politik, komplot dan pengkhianatan adalah wajib tanpa mengira sahabat dan keluarga. Disebabkan politik segalanya telah bercerai berai kerana "Fulus". Dalam hal ini kemudiannya Tun Datu Mustapha telah dipersalahkan oleh veteran Suluk-Bajau kerana membawa UMNO masuk ke Sabah dan membuang USNO.

Beberapa waktu kemudian Tun Datu Mustapha telah dianggap gagal sehingga diri beliau sendiri tidak berjaya merebut jawatan yang sepatutnya berada dalam tangan beliau. Sehingga muncullah Parti PBS dan menjadi penguasa baru menggantikan kepimpinan Suluk. Ketika PBS memerintah mereka mula memadam jejak-jejak kepimpinan Suluk hinggakan legasi Tun Datu Mustapha sendiri di mata rakyat hampir-hampir pupus. Kejayaan PBS sangat mengagumkan, dalam masa singkat parti PBS berjaya mengangkat maruah suku bangsa mereka KADAZAN-DUSUN-MURUT (KDM) ke persada dunia sebagai bangsa dominan menggantikan suku kaum Suluk yang sudah dianggap PELARIAN PERANG atau PTI.


KETIGA:
Kehilangan nilai pada fasa ketiga ini adalah disebabkan oleh kemunculan PBS mengambil alih tampuk pemerintahan yakni meneruskan legasi perjuangan Tun Fuad Donald Stephen (beliau sebelum memeluk Islam adalah salah seorang pemimpin gereja di North Borneo). Mereka mula melestarikan budaya dan bahasa mereka dengan memperkenalkan pesta KAAMATAN dan memasukkan bahasa KDM dalam surat khabar harian mereka sendiri, satu perkara terpenting yang tidak dilakukan oleh Tun Datu Mustapha untuk kaum Suluknya selama beliau memerintah ketika dulu.

Kebijaksanaan PBS adalah kerana mereka mendapat khidmat nasihat gereja dari Eropah dan pelbagai penjuru dunia. Maka jangan hairan mereka lebih berjaya dan terurus. Berbanding Suluk yang dikatakan berani tidak tercabar tapi dari segi kepimpinan mereka tertinggal 100 tahun ke belakang oleh PBS yang berorintasikan Kristian. Kejayaan PBS sebenarnya selain bantuan luar di pihak gereja, mereka juga pandai mengendalikan Yayasan Sabah dan dari sana mereka dapat modal besar untuk memacu menjayakan setiap agenda mereka. 

Satu kejayaan besar PBS lagi yang tidak dapat dimungkiri ialah mereka berjaya membina gereja di setiap kilometer di seluruh tanah negeri Sabah. Berbanding ketika pemimpin Suluk memerintah sebelumnya, yang hanya berusaha mengislamkan KDM tapi tidak memberikan dakwah susulan apatah lagi mendirikan masjid atau surau disetiap kilometer tanah negeri Sabah. Sehingga hari ini, Suluk tidak lagi dikenali sebagai suku bangsa yang sangat bermaruah dan berintegriti sebagai bangsawan di Negeri Sabah. Kepimpinan Suluk yang ada sekarang walau pun mencuba menaikkan nama Suluk namun masih gagal kerana tiada sokongan dan dokongan dari masyarakat Suluk sendiri. 

Hal ini berlaku disebabkan majoriti orang Suluk di Sabah malu dipanggil Suluk atau Tausug lagi. Mereka lebih suka dipanggil Bajau, Sungai atau Melayu (kerana menganggap Suluk/Tausug itu adalah Pelarian atau PTI). Mengaku Melayu sahaja sangat janggal dikalangan Suluk atau Tausug dan menjadi bahan lawak jenaka kepada generasi yang mengetahui sejarah. Kerana ketika Sabah sertai Persekutuan Malaysia dulu tiada satu pun nama suku kaum yang ditulis nama MELAYU dari Sabah. Melayu hanya masuk ke Sabah setelah dibuka pejabat-pejabat Kerajaan Pusat, Polis dan Tentera yang pekerjanya ramai didatangkan dari Tanah Melayu, sehingga itu barulah ada nama Orang Melayu di negeri Sabah.


KESIMPULAN
Kesimpulannya mudah dan pendek. Pemimpin Suluk di Sabah jangan malu meniru kejayaan PBS kerana mereka berjaya melestarikan bangsa, budaya dan agama mereka sampai tidak tercabar dan menjadi penentu kepada kuasa politik di negeri Sabah. Kemungkinan besar Datuk Shafie Apdal berjaya melestarikan Pesta Lepa-Lepa dengan mencedok Budaya Sambulayang Suluk menjadi miliknya sehingga pesta Bajau itu terkenal dipersada Glokal adalah kerana meniru kejayaan PBS.

Kita ucap tahniah kepada Datuk Shafie Apdal yang lebih berasa mulia berbahasa Bajau di hadapan orang-orang Suluk dalam mana-mana pertemuan politik, kerana seperti yang saya jelaskan di atas, Suluk telah kehilangan nilai sehingga orang Bajau pun tidak lagi memandang mereka sebagai Suluk malah bagi orang Bajau Semporna Suluk adalah dari Suku Bajau. Pandangan sinis ini sepatutnya dilihat oleh Suluk sebagai cabaran untuk maju dan berusaha menjadi yang terbaik mendahului suku kaum KDM yang diperjuangkan PBS dan Bajau yang diperjuangkan Datuk Shafie Apdal. Sekurang-kurang seiring dengan mereka.

Adalah satu perkara yang sangat memalukan buat Suluk dan keluarga mereka serta keturunan mereka sehingga qiamat, yang bukan sahaja mereka kalah dari semua bidang kepada kaum-kaum lain, malah kalah dari memajukan diri dari segi pendidikan agama. Sepatutnya setiap daerah dan perkampungan Suluk tanpa mengira PTI dan tempatan seharusnya ada sekolah agama rakyat atau lebih canggih lagi sekolah Pondok ala Pondok Pattani. Sudahlah Pesta Sambulayang pun tidak mampu mengadakannya, bahasa Suluk pun tidak dilestarikan sehingga menjadi bahasa surat khabar harian di Sabah sebagaimana yang dibuat KDM. 

Sepatutnya pengundi SULUK di negeri Sabah dan di semenanjung Malaysia meminta Datuk Sri Najib membantu melestarikan bahasa dan budaya Suluk di Sabah. Kalau Datuk Sri Najib enggan atau mahu tak mahu, persatuan Suluk seharusnya menghantar isyarat kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim dan suarakan keinginan anda sebagai SULUK Sabahan yang bermaruah.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved