ads

Rabu, 22 Januari 2014

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


GERAI KAMI <b>DI</b> KOMPLEKS SUKAN <b>TAWAU</b> - CuteToe your online <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2013 08:43 PM PST

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Wah.. 2 hari kami berkampung di Kompleks Sukan Tawau sempena pertandingan KING OF BANDS 2013 anjuran Kelab Pemuzik 1 Malaysia Tawau. Kami  taklah ikut pukul drum atau main gitar kat situ.. kami bergerai di luar Dewan Tertutup kompleks tersebut. Kalau nak tau pertandingan ni disertai oleh 38 band dari seluruh Sabah dan mereka berentap untuk merebut gelaran King Of bands 2013 peringkat Sabah. Pertandingan ini turut dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang pada malam final beliau turut memperlihatkan bakatnya bermain biola untuk lagu Kehilangan (Firman) dan 2 lagu yang saya kirang pasti tajuknya. Memang best.

Bah.. enough about that.. kami mula bergerai seawal pukul 10 pagi hingga 11 malam. Gerai kami yang menghidangkan Ayam Goreng Tepung Magik (dalam menu Ayam goreng Cheese), Cheezy Wedges, kentang putar, minuman ringan dan nasi lalap, mendapat sambutan hebat dari para pengunjung. Memang sibuk kami menggoreng ayam & kentang wedges ya. Ni dapat tangkap gambar ni pun.. masa semua pengunjung masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan acara.  Masa time rehat.. memang tak menang tangan. 

 Kat belakang tu orang kuat hot kitchen kami.... anak sedara yang memang pandai masak..
 Kentang baji (wedges) & ayam Tepung Magik yang baru di goreng
 Kentang putar dalam bekas double boil dan gravy dalam termos hijau.
Hidangan ni dikuasakan oleh i-MUKMIN Mashed Potato & Gravy 250g... che..
Jangan tak tau, kami cuma bancuh 1 pek sahaja untuk memenuhkan bekas hidangan tu.. memang berbaloi.
 Ni lah rupa Ayam Goreng Tepung Magik. Yang ni telah diperap semalaman bersama Tepung Magik & kemudian di double coated sekali lagi dengan Tepung Magik.
 Menu kami... Amacam? harga best tak?
 Cheezy Wedges... Hidangan paling mendapat sambutan kanak2 & remaja (mak bapak dorang pun ikut sekali.. hahahaha)
 Selain dari harum gorengan ayam, banner magik ni lah yang menarik pengunjung bertandang ke gerai. Terbaiklah. 
 Rehat kejap.. semua dah sedia.. lunch break sekejap lagi. Sorrylah.. kami hanya mampu sediakan 1 meja makan sahaja.
 Tu dia.. saiz ayam goreng kami.. RM3.50 je tu..
Yang baju merah tu nama dia Nana. Dia ni ipar saya & salah sorang team leader dalam HNM Trading (penaung CuteToe Online Shop). Masa event tu, dia juga bertugas sebagai Urusetia pertandingan. Tapi bila masa rehat.. dia pasti muncul di gerai untuk membantu. Best kan team work kami. masa ni sorang lagi team leader kami bergegas mengambil stok ayam di rumah serta stok ais batu yang kian surut dek panas mentari. Saya memang takda dalam gambar2 ni sebab bila ada peluang snap gambar.. sayalah reporter itu.. hahahah.
Awal bulan ni kami turut mendapat undangan untuk bergerai di Kunak. Nak tengok wajah2 orang disebalik CuteToe Online Shop? Meh saya perkenalkan..
 Ni lah Team Leaders dan pemilik HNM Trading (penaung CuteToe Online Shop).. so kami memang benar2 berniaga di alam nyata ya..
Bertudung hitam & "peace" tu.. Hidayati Mohamed (saya lah tu)
Tidak bertudung dan bercekak pinggan tu Nana
Duduk ayu tu Noraini Mohamed
 Sambil niaga offline... kena check juga order online.. 
Ni salah sorang crew team kami. Masa ni kami bergerai di Kunak semepna Hari Sukaneka Belia anjuran PUSPANITA, Pentas Belia Kunak & Persatuan Mualaf daerah Kunak.
Ni lah adik saya.. Noraini.. salah sorang Team Leader yang memang tugasnya sebagai site casher & akaun. Pengalamannya dalam akaun department MISA Tawau (MISC) selama 16 tahun sangat membantu pengurusan wang company kami sendiri. 
Bah.. sampai sini sajalah.. lapar tengok ayam goreng tu.. nak ke dapur & goreng ayam Tepung Magik.. hehehehe... 
Sapa2 yang nak order tu boleh isi borang order ye. atau email pertanyaan anda ke bluebelluv@gmail.com 

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Pengalaman <b>di</b> Sabah - Bandar Kota kinabalu 2 <b>...</b> - memmetlenggeng

Posted: 23 Dec 2013 05:22 PM PST


Sampai di K.K hari masih pagi, jadi kami ke Pasar Filipina dulu, saya tak beli sangat kerana sudah selalu ke sini. Hanya beli sedikit jajan seperti Amplang dan ikan bilis. Saya ada buat entry tentang Pasar Filipina di sini. Lepas itu, kami menonton wayang cerita Hunger Games Cathcing Fire di Centre Point K.K. Bukan apa, saya dah baca novelnya, jadi teringin nak tengok dilayar pula. Ok juga, tapi sudah pasti ada perbezaan yang dilayar dan didalam novel. Centre Point sama dengan mana-mana pusat membeli belah dibandar-bandar lain, dikunjungi ramai muda-mudi kaki lepak dan banyak kedai menjual cenderamata. Ia sangat dekat dengan Pasar Filipina dan Pasar Besar Kota Kinabalu.

Saya hanya beli sebungkus kopi tenom di sini. Seperti yang dikenali ramai, Tenom adalah pusat pengeluar utama kopi di Sabah. Ada berbagai jenis dengan pelbagai gred. Memang saya suka kopi, sebab dulu pernah kerja di cafe delifrance. Jadi sudah biasa dengan minuman Latte dan Cappucino. Tiga jenis kopi yang popular di dunia ialah Arabica, Liberica dan Robusta. Kalau sebut kopi luwak pula, ia bukan jenis kopi, ia adalah biji kopi tidak hadam diambil dari tahi musang yang sengaja dibela. Harga kopi luwak boleh mencecah ratusan ringgit. Entah dimana sedapnya tak tahu, tak pernah cuba. Ada label halal, tapi saya tetap tak berani. Banyak kedai yang menjual khas kopi di Kota Kinabalu. Tapi saya paling suka kopi tenom tanpa gred yang biasa sahaja, di beli di Pasar Filipina. Ia lebih pekat, macam kopi kampung, cuma kali ini saya tidak beli kopi itu, kerana nak mencuba kopi gred tinggi, kononnya.

Malam itu kami ke pasar malam Kampung Air. Ia taklah jauh sangat dengan hotel, cuma dalam beberapa ratus meter. Pasar malam ini hanya menjual barangan cenderamata, mutiara dan kain-kain. Tidak ada makanan dijual. Ada orang kata mutiara disini lebih murah, tapi saya tak pula membandingkannya dengan pasar Filipina kerana kurang berminat membeli kali ini. Pasar malam itu tidak jauh sangat dengan Centre Point, lebih kurang 300-400 meter sahaja, tapi haruslah melalui celah-celah bangunan. Ia dibuka setiap malam dan sama seperti pasar Filipina, kena pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang terbaik.  Berhampiran pasar malam Kampung Air, di seberang jalan menghala ke Pasar Filipina, dicelah-celah bangunan, terdapat satu lagi pasar malam yang menjual kain-kain bundle dan lain-lain cenderamata. Entah apa nama pasar malamnya, saya tak pasti.
Hotel Horizon Kota Kinabalu

Tentang penginapan pula, kali ini saya menginap di Hotel Horizon. Mulanya saya cadangkan pada kawan pilih La Meridien sahaja, tapi hotel itu sudah penuh pula, jadi mereka pilih tempat ini. Ia sebuah hotel yang agak mewah dan cantik, namun saya  tidak berpuas hati kerana dalam bilik saya ada Bible. Sebagai sebuah negara Islam, apa relevannya meletak Bible dalam bilik hotel. Walaupun untuk pengunjung asing atau penginap yang beragama Kristian (etnik Sabah ramai yang beragama Kristian), tetapi ia masih tak sesuai. Bagi saya, lebih baik Bible itu di simpan di receptionist, siapa yang nak, boleh request, macam tu lebih menghormati penginap Islam yang lain. Entahlah, lain orang mungkin lain pendapat dengan saya. Tak tahulah pula kalau kegunaan Bible itu supaya orang Islam boleh bandingkan isinya dengan Al-Quran (tak salahpun). Saya hanya sempat telek sikit-sikit, kerana terlalu sibuk. Siapa yang rajin membaca tafsir Al-Quran, pasti akan faham, mengapa kitab untuk kaum Nabi Muhammad itu tidak terbanding dengan mana-mana kitab ciptaan manusia ini.

Berdekatan dengan hotel itu ada Tugu Peringatan Malaysia dan Petagas War Memorial. Di belakang hotel pula ada jambatan yang boleh berhubung terus dengan pasar Filipina dan Pasar Besar Sabah. Di atas jambatan ada ramai peniaga berjualan mutiara dan manik-manik. Perjalanan jalan kaki mengambil masa kira-kira 15 minit. Tapi kalau beli barang banyak, lebih baik ambil teksi, kalau tak, jenuh nak berjalan. Sebab itu saya lebih cadangkan hotel-hotel berdekatan Centre Point sahaja untuk si kaki membeli-belah. Walau bagaimanapun hotel ini lebih dekat dengan pangkalan Jesselton untuk ke tiga pulau serangkai (Sapi, Manukan dan Mamutik). Ia juga amat sesuai dengan pasangan yang hendak berhoneymoon, kerana ada bilik yang ada jakuzi! Cuma harganya...Emmm...Boleh check di internet. Kalau mampu apa salahnya. Tentang sarapan pula, masih tidak boleh lawan hotel Promenade, Concorde Inn dan kebanyakan hotel 5 bintang lain. Hotel inipun punyai kemudahan untuk mengadakan bengkel dan mesyuarat.

Pengalaman di Sabah - Kudat, tempat menarik sepanjang perjalanan dan tempat membuat Gong (akan datang)
Pengalaman di Sabah - Kudat - Tips of Borneo -Tanjung Simpang Mengayau (akan datang)

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2014 01:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2013 01:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 01:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SADIS : [18SG] Keadaan Mangsa Samun <b>Di Sipitang</b>, Sabah (2 <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 12:00 AM PDT

Mangsa Samun di Sipitang, Sabah. Kejamnya penyamun itu. Sesungguhnya penyamun / pencuri wajar dihukum dengan hukuman yang berat.

Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang.
1. Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak suspek. Suspek hanya syak suspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Suspek telah berjaya melarikan dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 11 malam.
2. Lebih kurang jam 8 pagi, KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.
3. Suspek disyaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.
4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


2 Kanak Kanak Maut Dalam Kemalangan <b>Di Ranau</b>, Sabah <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2013 12:00 AM PDT

Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

kemalangan mati kemalangan 3Dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Ranau, kira-kira 108km dari sini awal pagi Ahad.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Ketua Polis Daerah DSP Abd Rahman Kassim mengesahkan seorang daripada kanak-kanak itu ialah penumpang lori berumur 10 tahun dikenali sebagai Hafzan Dullah. Seorang lagi kanak-kanak dikenali sebagai Marcella Christianus, berumur empat tahun, penumpang kereta Kancil – iaitu sebuah dari tiga kenderaan yang dirempuh lori tersebut. "Pemandu lori berumur 27 tahun itu sedang membawa muatan baja dari Kota Kinabalu ke Sandakan, hilang kawalan lalu merempuh kenderaan Toyota Hilux, Kembara dan Kancil sebelum terjunam ke dalam Sungai Liwagu, Ranau," kata Abd Rahman ketika dihubungi di sini.

Beliau juga berkata tiga orang cedera parah dalam kemalangan pada kira-kira pukul 11 pagi itu iaitu pemandu lori terbabit dan adiknya berumur 15 tahun yang turut menaiki lori tersebut.

Turut cedera bayi berumur enam bulan dalam kereta Kancil.

Abd Rahman berkata, lapan orang lagi iaitu empat dari kereta Kembara dan empat termasuk pemandu dari kereta Kancil mengalami cedera ringan.

Pemandu Toyota Hilux melarikan diri dari tempat kejadian. -BERNAMA

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


sedang rakyat <b>kinabatangan</b> bergumpal untuk hidup a... - Omak Kau!!!!

Posted: 17 Jan 2014 08:36 AM PST

Instagram akaun Izette isteri muda wakil rakyat Kinabatangan Bung Mokhtar, yang memberitahu satu dunia bahawa beliau kini sedang bercuti di Las Vegas MGM Grand Hotel & Casino.

Inilah dia perangai wakil rakyat UMNO/BN ... rakyat sedang tercekik sukar nak bernafas kerana terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi .. dia dengan isteri seronok sakan bercuti di Las Vegas syurga tempat judi.

Rakyat dikerahkan agar ubah cara hidup .. tapi pemimpin UMNO anak bini sedikit pun tidak pernah berubah malahan bertamabh teruk lagi ada.

Tidak mau membuat tuduhan liar yang kedua laki bini ini pergi berjudi ke casino yang disediakan tetapi mengapa ketika rakyat sedang sukar menghadapi kehidupan seharian wakil rakyatnya tanpa ada perasaan boleh sanggup pergi akan angin dengan isteri mudanya.

DGFC mulakan program pulihara harimau akar <b>di Kinabatangan</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 05:09 AM PDT

September, 24, 2013 - 8:09 pm
Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.

Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.

SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) memperkenal satu program khas di sekolah untuk memupuk kesedaran kanak-kanak tentang harimau akar Sunda dan karnivor lain.

Program ini merupakan komponen utama projek harimau akar Sunda dan karnivor simpatrik yang mendapat sokongan penuh Yayasan Sime Darby. Ia juga mendapat sokongan dan latihan pelajaran daripada Point Defiance Zoo of the United States.

Pegawai pendidikan DGFC Clarice Kelly Samih berkata program penerangan pertama itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Suan Lamba awal bulan ini.

"Melalui program penerangan ini, kami harap kanak-kanak akan lebih memahami dan menyokong usaha untuk memulihara harimau akar kita yang cantik dan karnivor lain, terutama di kawasan Kinabatangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens berkata sasaran program itu untuk tahun ini ialah mewujudkan kesedaran tentang haiwan berkenaan di dua sekolah di kawasan Kinabatangan.

"Syukurlah, kami berjaya mengadakan program pendidikan ini hasil sumbangan yang diterima JHLS dan DGFC daripada Yayasan Sime Darby sebagai sebahagian daripada skim Big 9 yang dilaksanakan.

"Amat penting bagi yayasan itu memasukkan komponen pendidikan dalam program pemuliharaan harimau akar Sunda," katanya.

Goossens berkata kanak-kanak yang terlibat dengan program itu perlu berada selama dua hari di DGFC untuk membolehkan mereka mengalami suasana hutan, melihat haiwan liar dan berjumpa dengan saintis tempatan dan dari luar Negara untuk menimba pengetahuan.

"DGFC bukan sahaja memainkan peranannya untuk mendidik pelajar muda tempatan dan antarabangsa, tetapi juga memberi peluang kepada generasi muda Malaysia di Sabah untuk belajar tentang alam semula jadi yang ada di sekeliling mereka dan pentingnya kewujudan hidupan liar," katanya.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Sekurangnya 25 Premis Rosak <b>Di Kota Kinabalu</b> - Tv3

Posted: 11 Jan 2014 06:22 AM PST

Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

11 Jan 2014, 10:22pm by Syuhada Rais



Sekurang-kurangnya 25 premis di sekitar Kota Kinabalu, mengalami kerosakan dipercayai angkara sekumpulan individu nakal yang melepaskan tembakan rambang menggunakan senapang angin.

Kejadian menjelang awal pagi tadi dipercayai dilakukan lebih enam individu yang menaiki tiga kenderaan dengan sasaran pintu kaca premis-premis terbabit.

Polis turut menolak kaitan kejadian itu dengan pengganas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Daripada 25 premis yang terjejas, 13 terletak di sekitar Karamunsing, 9 Di Luyang Dan 3 Di Inanam.

Antaranya 5 bank, 3 hotel serta restoran, pejabat dan pusat membeli belah.

Setakat ini, 19 laporan polis dibuat oleh pemilik premis berhubung kejadian itu.

Polis menerima laporan pertama pintu kaca premis yang dipecahkan kumpulan terbabit di inanam jam 11.45 malam, manakala yang terakhir jam 12.45 tengah malam.

Kumpulan itu dipercayai melepaskan guli ke arah premis terbabit menggunakan senapang angin dari dalam kereta.

Ia berikutan siasatan mendapati tiada sebarang bunyi tembakan kedengaran pada malam kejadian dan tiada sebarang kelongsong peluru ditemui.

Satu pasukan khas ditubuhkan Polis Kota Kinabalu untuk menyiasat kes ini.

Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup, CCTV di premis terbabit dalam usaha mengesan pelaku.

Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.

Jumlah keseluruhan kerugian akibat insiden itu juga belum diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian-talian tertera.


di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Amaran Bencana <b>Di</b> Beberapa <b>Negeri</b> Termasuk <b>Sabah</b> <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2013 01:35 AM PST

Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.

Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj berlaku di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.

Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga awal petang ini. – BERNAMA

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 01:14 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kemalangan Lori Jatuh Dalam Sungai <b>di Penampang</b> | Blog Roms

Posted: 18 Dec 2013 01:52 AM PST

Kemalangan ni berlaku pagi kelmarin (17 Dis 2013) di laluan jalan inobong penampang atau laluan ke jalan belakang ke Lok Kawi. Kemalangan ni telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas waktu pagi dan kesesakan paling teruk pada sebelah petang ekoran kerja2 menaikkan lori yang terbenam ke dalam sungai. Di katakan lori terjatuh dengan melanggar pagar jambatan dan terus terjunam ke dalam sungai. Di katakan juga pemandu tidak pandai berenang dan telah menemui ajal…

image

image

image

Sumber gambar diperolehi daripada rakan FB.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved