ads

Jumaat, 28 September 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


myMetroSeorang nelayan ditemui mati, seorang hilang <b>di Kudat</b>

Posted: 25 Sep 2012 04:48 AM PDT

thumbnail

PILIHAN raya kampus yang berlangsung sepanjang minggu ini di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam negara dijangka bakal membawa pelbagai pembaharuan berbeza.

»

LAGI . BESTARI
  • Berubah cara fikir, emosi

    SIKAP sukar diubah dan itulah kepercayaan di kalangan masyarakat kita selama ini.

  • Suntik pembelajaran praktikal

    MENJALANI kehidupan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur ( KLMUC) bukan sekadar menuntut ilmu atau hanya lulus peperiksaan.

  • Buat penilaian betul, tepat

    TIMBALAN Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) yang bertanggungjawab memantau perjalanan penuh pilihan raya kampus juga melahirkan harapan supaya proses berkenaan berjalan lancar tanpa insiden yang mencemarkan keharmonian warga kampus.

thumbnail

JELINGAN mata penunggang motosikal lain, sudah cukup untuk menggambarkan jentera dua roda daripada ...

»

LAGI . VROOM
  • Tingkat prestasi enjin

    KEBERKESANAN E-Booster dari segi menjimatkan penggunaan bahan api hingga 50 peratus menyebabkan alat itu kini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna dari seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

  • Pameran kereta lama

    KEMUNCULAN kenderaan canggih berbentuk futuristik dengan kelengkapan teknologi terkini yang lebih mesra alam tidak sedikit pun menggugat peminat kereta lama atau antik.

  • Cuci kereta hindari cat luntur

    KESAN air hujan, embun, pancaran matahari dan pencemaran alam sekitar antara faktor semula jadi yang menyebabkan kereta kotor serta tidak berseri.

thumbnail

JIKA ada bertanyakan masa depan telekomunikasi di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang, ...

»

LAGI . it@METRO
  • Produk Baru: Kuasa fon telinga sebenar

    PENGELUAR set fon telinga yang menjalin kerjasama dengan jenama terkemuka Beats By Dr Dre, Monster menghasilkan tiga peranti tersendiri menerusi Inspiration, Vektr dan Nergy In-Ear yang mula dipasarkan di negara ini.

  • Produk Baru: Telefon Windows Phone 8 HTC

    HTC melancarkan telefon dengan sistem operasi Windows Phone 8 pertama mereka yang direka berdasarkan rekaan bahan polikarbonat dinamakan 8X.

  • Telefon ambil bacaan ECG jantung

    DI kalangan pesakit jantung, istilah Eloktro Kardiogram (ECG) memang sinonim dengan mereka kerana bacaan itu mampu mengesan gejala ritma jantung yang tidak teratur setiap kali munculnya beberapa simptom utama.

thumbnail

MALAYSIA bertuah kerana dikurniakan Allah pelbagai bentuk muka bumi yang landai, berpantai, hutan ...

»

LAGI . SANTAI
  • Nikmati keindahan bandar raya

    BERCUTI di ibu kota Kuala Lumpur memang menarik jika mempunyai penginapan yang selesa, dekat dengan tempat membeli-belah dan tumpuan pelancong.

  • Kolam mandi setiap bilik

    GRAND Lexis Port Dickson (dulunya dikenali Hotel Legend International Water Homes) antara lokasi percutian unik kerana menyediakan kolam mandi peribadi di setiap bilik.

  • Ultra Light ringan, tahan lasak

    GAYA dan warna yang menarik sering menjadi perhatian golongan masa kini dalam memilih pemakaian terbaik untuk sepasang kaki.

thumbnail

UMAT Islam di negara ini sudah lama mengamalkan Islam berasaskan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah ...

»

LAGI . AD-DIN
  • Wajah berseri dengan ayat Quran

    WAJAH cantik berseri adalah idaman setiap wanita, malah mereka sanggup berbelanja besar termasuk menggunakan botox untuk mendapatkan kecantikan itu.

  • Solat berjemaah satukan ummah

    JIKA setiap umat Islam mampu mempraktikkan segala yang dituntut agama, sudah tentu hubungan utuh mampu dihasilkan.

  • Provokasi melampau

    PELBAGAI insiden muncul memperlekehkan Rasulullah yang menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Islam.

thumbnail

KESINAMBUNGAN seni kraf ternyata menyimpan seribu satu keindahan nilai estetika hingga ...

»

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kancil 8349: Catatan Peristiwa Berdarah <b>Di Semporna</b>, Sabah

Posted: 28 Sep 2012 02:20 AM PDT


Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349
Kancil ingin berkongsi cerita mengenai sejarah pahit yang pernah dilalui oleh penduduk - penduduk Semporna. Sumber nie Kancil ambil dari Facebook Habbal Min Simpulna. Jomlah membaca sedikit...
Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa. Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu. Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.
"Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan." En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
"Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ", katanya.
"Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".
"Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".
L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai. "Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan".
Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.
Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.
"Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata", kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.
En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.
Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.
Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya. Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.
"Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung", Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. "Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".
"Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi. Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).
Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.
"Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya," ceritanya lagi.
L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.
Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.
Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.
Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.
Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.
Sumber: Berita Bukit Aman, 1983.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Saya Ready: Tugu Peringatan Pahlawan Embo Ali <b>di Kota Belud</b> <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 10:44 AM PDT

Sejarah kepahlawanan Embo Ali (Sharif Ali) dalam masyarakat Kota Belud, merupakan satu catatan kronologi silam lagenda perjuangan penentangan penjajahan British di Sabah. Penentangan Embo Ali terhadap penjajah British itu tercetus dalam Peristiwa Perang Pandasan yang berlaku pada tahun 1915. Perjuangan tersebut dianggap amat tinggi nilainya.

Mesejnya di sini ialah, sebagai memperingati perjuangan Embo Ali yang menentang penjajah British itu sehingga gugurnya beliau dimedan juang dalam Peristiwa Perang Pandasan seharusnya menjadi teladan kepada semua pihak dan masyarakat Kota Belud. Sejarah kepejuangan tokoh tersebut semangkin lama semangkin pupus dan dilupakan terutama sekali dalam minda masyarakat generasi muda daerah ini yang tidak langsung mengenali dan mengetahui, siapakah Embo Ali sebenarnya.

Dalam hal demikian, 'Tugu Peringatan Pahlawan Embo Ali dan Pengikutnya' sewajarnya dibina bagi memperingati sejarah perjuangan Embo Ali menentang penjajah British. Dengan terbinanya tugu berkenaan, sudah tentulah sekali dapat menjana ekonomi daerah Kota Belud dalam industri pelancongan.

SR rasa terpegun dan terharu, bila melayari laman sosial FB Datuk Masidi Manjun beberapa hari lalu. Terpapar dengan gahnya beliau menyempurnakan acara perasmian Tugu Peringatan Pahlawan Dusun Bukit Lahawon bertempat di Kg Narambai, Mininsalu, Ranau.

Justeru itu, satu persoalan yang SR tinggalkan di sini.. Apakah sumbangan serta peranan kita dan pemimpin-pemimpin di daerah Kota Belud ini terhadap pejuangan Embo Ali menentang penjajah British..??


Sekiranya di alam maya ini juga tercatatnya Peristiwa Perang Pandasan yang membuktian bahawa Embo Ali itu adalah seorang pejuang dan pahlawan Kota Belud.. Apakah perlu kita berdiam diri, tanpa memperingati serta mengenang jasa-jasa perjuangan Allahyarham Sharif Ali..??

SUMBER:-

Bukti sejarah penentangan terhadap penjajah yang dipelopori oleh Embo Ali sekitar tahun 1915.

Sejarah perjuangan Sharif Ali atau lebih dikenali dalam masyarakt Kota Belud sebagai Embo' Ali, merupakan catatan penting dalam lipatan sejarah daerah ini.

Tapak Bersejarah Perang Pandasan Perlu diwartakan.
 
Embo Ali adalah ikon pejuang.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Cincalok!: 1 BORNEO MegaMall kini <b>di TAWAU</b>!!!!

Posted: 12 Sep 2012 10:11 AM PDT

Hangat di perkatakan yang 1borneo (the largerst hypermall in south asia) kini akan berada di Tawau.. xcaya? check this out broooo!!!!
hahaha.. percaya x?

1BORNEO HYPERMALL, TAWAU 1 BORNEO,

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Dia buat dah: Video <b>papar</b> pencuri <b>di</b> majlis kahwin dicekup

Posted: 20 Sep 2012 04:35 PM PDT

         
KUALA LUMPUR: Satu adegan video berdurasi 59 saat mengenai seorang wanita ditangkap ketika dipercayai mencuri barangan berharga RM6,000 milik keluarga pengantin dalam satu majlis perkahwinan di Johor dimuat naik dalam YouTube, Selasa lalu.

Rakaman video bertajuk 'Tertangkap Mencuri Di Rumah Pengantin' itu memaparkan seorang wanita yang dikatakan mencuri dipegang dengan kasar supaya wajahnya jelas diambil menggunakan telefon bimbit.

Lelaki yang memegang wanita dipercayai warga asing itu mengarahkan sesiapa yang mahu mengambil gambar wanita segera berbuat demikian.

Berdasarkan rakaman itu, wanita terbabit dilihat beberapa kali cuba menutup wajahnya daripada dirakam serta merayu tidak diaibkan.

Rakaman yang dimuat naik Selasa lalu itu sudah ditonton 14,063 orang dengan lebih 100 komen daripada pelayar Internet yang memberi maklum balas negatif termasuk mengutuk perbuatan itu.

Keterangan video itu mengatakan wanita itu ditangkap ketika mencuri ketika keluarga pengantin sibuk melayan tetamu.

Dia dikatakan membawa anak sebagai perisai ke majlis yang berlangsung pada 15 September lalu.

Pengunjung video itu bagaimanapun mengutuk tindakan beberapa lelaki yang dilihat merakam wajah wanita itu secara paksa kerana dilihat cuba mengaibkannya.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Menginap <b>di</b> Hotel Shangri La Rasa Ria, <b>Tuaran</b>

Posted: 27 Sep 2012 11:00 PM PDT


Ok…..sambung lagi kisah di Sabah…. hik3…

Selepas makan tengahari di Restoran Kak Nong, masing-masing dah keletihan….. ialah.. sumer dah mengantuk la.. maklum la dah kenyang kan? Jadi bertolak la kami ke Hotel penginapan di Shangri La Rasa Ria, Tuaran.

Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit….

Akhirnya sampai juga Hotel Penginapan kami…… ishk. kabur pula.. maklumla.. sampai-sampai masih pisat-pisat… jadi kelam kabut kuar kamera la…hik3

Sampai jer di Hotel, kami di sambut dengan paluan gong menandakan mereka sedia menerima tetamu…

Terus masing-masing bergegas mendaftar untuk mendapatkan kunci bilik masing-masing…

Sementara masing-masing mendapatkan kunci bilik, kami diberikan TUALA SEGAR untuk menyegarkan muka…

maklum la.. letih kan…cuaca pula sangat panas ketika itu….

Sambil-sambil segarkan muka… kami di hidangkan juga air minuman untuk menyegarkan tekak pula…..

Pergh…. lepas dapat air minuman tu. segar la sikit rasa nya….. hehehe

Setelah sumer selesai…. masing-masing dah masuk bilik…. tetiba bilik saya lak lambat lagi nak dapat kunci. Sebab kami di pecahkan dengan 2 kumpulan.

Mungkin nama saya termasuk dalam kumpulan no 2.. jadi mereka jangkakan akan tiba malam tu… sedihnya…. kene la tunggu bilik siap….

Tapi tak lama pun. adalah dalam 30 minit gak..huhuhuh……… dan saya pun dapat kunci bilik…..

Okla… nak menuju ke bilik lak…. so.. moh tengok bagaimana la rupa bilik saya tu..hik3

Tapi buakan entry ni la… entry seterusnya….. sabar yek kengkawan………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Sumijelly, has written 2137 articles for Sumijelly.com

Pemilik blog 'Sumijelly.com'. Untuk maklumat lanjut sila usha sini. Jangan lupa follow sumijelly di twitter.

If you liked this post, you will definitely enjoy others too. Subscribe to the feed via RSS to get instantly updated for those awesome posts soon to come.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


AHMAD MASLAN RASMI MESYUARAT UMNO <b>KENINGAU</b>

Posted: 14 Sep 2012 01:55 AM PDT


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Keningau pada Sabtu ini, akan dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan.
   Bermula seawal jam 7 pagi, mesyuarat itu akan diadakan di Dewan Perpustakaan Wilayah Keningau.
   Memberitahu perkara itu kepada akhbar ini pada Jumaat di keningau, Setiausaha Bahagian parti itu Hadimin Jumburi (gambar) menjelaskan, Ahmad yang merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan menyentuh pelbagai isu semasa ketika berucap diperasmian itu.
   Menteri Luar Malaysia Datuk Anifa Aman merupakan pemerhati negeri di mesyuarat terakhir parti itu sebelum pilihanraya ke-13 diadakan.
   Hadimin berkata, selepas perasmian mesyuarat itu Ahmad bersama Anifa menjadi tetamu khas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Umno Bahagian Keningau, yang akan bermula kira-kira jam 12 tengahari pada Sabtu ini.
   Orang ramai yang tinggal di daerah Keningau adalah dijemput untuk menghadiri rumah terbuka itu. 

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Gambar Awan Pelik <b>Di Kota Kinabalu</b> | aku si JEBAT

Posted: 12 Jun 2012 07:40 PM PDT

Berikut beberapa gambar awan pelik sebelum kejadian ribut yang melanda bandaraya kota kinabalu dan kawasan pantai barat sabah tengah hari kelmarin.


Sumber: facebook

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Kejadian Awan Pelik <b>di Negeri Sabah</b> 12/06/2012 | Journal of My <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 12:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kejadian Awan Pelik di Negeri Sabah 12/06/2012. Okay, awal pagi tadi, saya nampak strange clouds.. but sia lupa gambar, but thanks to Facebook, the power of sharing kunun (This morning, I witnessed strange clouds ...

Macam <b>Di</b> KK...: Kerajaan <b>Negeri Sabah</b> : Sokong Penubuhan RCI <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 05:09 PM PDT


Parti-parti politik di Sabah dinasihati supaya menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersabit dengan pendatang tanpa izin. Ini melibatkan soal bangsa atau agama, tidak sekali, tetapi ianya difokuskan kepada soal undang-undang Negara, peraturan dan kedaulatan negara kita Malaysia. Apa yang penting sekali jangan sesiapa berani membuat kenyataan untuk menakut-nakutkan rakyat negeri ini tentang penubuhan RCI. Ini hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata. Jadi jangan mengunakan kesempatan ini untuk kepentingan peribadir. Ini selalu dibuat oleh pihak Pembangkang.

Mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah perkara baru. Berkenaan dengan ini telah diusahakan sejak beberapa tahun yang lalu. Perkara ini sudah menjadi masalah universal di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia atau di Sabah khasnya.

Kerajaan dan penduduk Sabah telah menandatangani surat rayuan (petition) untuk merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) demi untuk menyelesaikan masalah PTI yang sudah sampai jumlah ratusan ribu di Sabah. 
Surat rayuan tersebut telah pun disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sesiapa sahaja berhak memohon Kad Pengenalan (I.C) melalui proses-proses yang sah dan telus menurut Undang-undang yang diaktakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Maka jika benar kerajaan persekutuan serius, maka laksanakanlah perkara ini secepat yang mungkin. Kerana jika berterusan tertangguh akan menjejaskan sokongan kepada kerajaan Negeri Sabah sendiri nanti. Semoga yang terbaik akan dilaksanakan.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Video Kecurian <b>Di</b> Donggongon Square <b>Penampang</b>

Posted: 13 Jul 2012 09:09 AM PDT

Kecurian ini berlaku di sebuah kedai runcit King Seng di Donggongon, Penampang Kota Kinabalu Sabah..perhatikan pada minit ke 3:40, bagaiamana lelaki berjaket hitam itu mengambil kesempatan mencuri bag tangan dibawah cashier yang sibuk melayan perempuan yang juga partner kepada lelaki berkenaan..
Menurut sumber, pasangan ini memiliki sebuah kereta Viva SAA935X, dan jika ada antara anda mengenali kereta dan pasangan ini sila hubungi Charlie Aloysius melalui facebooknya..atau klik disini..
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved