ads

Sabtu, 29 Disember 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Z-o-o-m!: Mayat bayi dibuang di belakang kedai <b>di Sandakan</b>

Posted: 12 Nov 2012 04:34 AM PST

MAYAT seorang bayi perempuan ditemui di belakang kedai di Jalan 2, Bandar Sandakan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mayat bayi berkenaan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.

"Mayat yang cukup sifat itu ditemui di dalam sebuah plastik yang diletakkan di atas lantai di kawasan belakang kedai berkenaan," katanya.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mayat bayi itu supaya tampil membantu siasatan.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Z-o-o-m!: Seminar diabetes <b>di Papar</b>, 22 Nov

Posted: 17 Nov 2012 11:53 PM PST

PAPAR: Orang ramai, khususnya pesakit diabetes, dipelawa menghadiri Seminar Diabetes yang akan diadakan di Hospital Daerah di sini Khamis ini, (22 November).

Seminar tersebut akan diadakan di Bilik Orkid, Hospital Daerah Papar dari jam 10 pagi hingga 1 petang di mana ceramah-ceramah mengenai penyakit diabetes akan disampaikan oleh pegawai perubatan, ahli farmasi dan pakar pemakanan dari hospital itu.

Sesi kaunseling juga diadakan dari jam 2 hingga 5 petang.

Seminar itu merupakan salah pengisian sempena Minggu Diabetes Hospital Papar anjuran Unit Promosi Kesihatan, hospital berkenaan yang akan diadakan bermula 19 November hingga 23 November.

Selain seminar tiga jam itu, pameran turut diadakan sepanjang program itu berlangsung.

Pada 20 November, senaman Zumba akan diadakan di ruang legar hospital berkenaan dari jam 4 – 5 petang. Penyertaan dalam senaman Zumba ini adalah percuma.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Kembar Seiras: PATI DAN SUASANA KRISMAS <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 25 Dec 2012 04:57 AM PST

Sumber : Sabahkini
BEBAS.....Penjaja haram bebas berniaga pada Hari Krismas dan hari-hari biasa; manakala pembeli tidak segan silu walaupun diperhati dan dengan megah memakai baju berlogo UMNO membeli daripada PATI di khalayak ramai.
PERAYAAN Hari Krismas seolah-olah tidak memberikan sebarang makna kepada warga Lahad Datu kerana masing-masing sibuk dengan urusan; terutama Warga Penyu yang berniaga di sekitar Pasar Ikan Lahad Datu; melainkan beberapa penganut agama Kristian tempatan, tetapi sebahagian besarnya warga Indonesia dan Filipina yang sibuk berbelanja di awal pagi.
Kemeriahan Krismas tidak langsung dirasa di Lahad Datu kerana dipenuhi Warga Penyu yang begitu sibuk menjual segala barangan terlarang, daripada rokok sehinggalah kepada syabu tanpa sebarang larangan.
Paling menarik, walaupun RCI Sabah sudah ditubuhkan, namun seolah-olah tidak memberikan sebarang makna atau kesan kepada Warga Penyu; ada di antaranya masih memegang IMM13, MyPR (IC Merah), MyKad Projek, MyKAS, MyKad Palsu dan majoritinya tidak memegang sebarang dokumen.
Namun mereka hidup dengan bebas di Sabah dan boleh berniaga kerana mendapat galakan dan suaka politik daripada Yang Berhormat dan koloni mereka dalam Majlis Daerah Lahad Datu serta Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK; tanpa segan silu kepada pihak berkuasa. 
RELA......Anggota Rela ini secara selamba berjalan di hadapan penjaja haram di Pasar Ikan Lahad Datu.
CANGKUNG.....Tanpa segan silu, Anggota Rela ini duduk mencangkung di hadapan PATI dan memilih pakaian di kaki lima Pasar Lahad Datu. Di sebelahnya penjual rokok.
 HEBAT.....Mereka berlagak samseng di atas Hilux selepas keluar daripada gereja di Batu 1, Lahad Datu dengan berdiri tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.
Suatu kejadian yang agak menakjubkan, ketika menunggu ibu mertua saya membeli ikan dan sayur di Pasar Ikan dan Pasar Besar Lahad Datu; mata saya terpaku melihat seorang ahli RELA yang sambil lewa sahaja melintasi penjaja haram yang 'berkrismas' di kaki lima, lalu duduk dan membelek pakaian kanak-kanak dan terus membelinya.
Ahli Rela berkenaan kemudiannya bersama tiga anggota polis, seorang anggota Pertahanan Awam beredar daripada bilik gunasama di hadapan Pasar Ikan Lahad Datu untuk menjalankan rondaan biasa di Bandar Lahad Datu.
Penjaja Haram berpesta sakan di Lahad Datu kerana Penguatkuasa Majlis Daerah Lahad Datu bercuti Krismas; sehingga mereka tidak segan silu menjual barang dagangan mereka termasuk buah-buahan, pakaian dan sayur-sayuran dari tangga pasar sehinggalah ke dalam pasar.
Dengan bangganya seorang lelaki memakai baju-T merah berlambang UMNO membeli langsat daripada penjaja haram yang berniaga di hadapan Pasar Lahad Datu seolah-olah tidak mempedulikan bahawa Era RCI sedang berada di kemuncaknya dan tidak merasa bersalah membeli buah daripada PATI dan terus memakmurkan PATI.
Dalam perjalanan pulang, saya melihat sekumpulan Warga Indonesia berbangsa Timor merayakan Krismas dalam keadaan paling berbahaya dengan berdiri di atas pick-up yang sedang laju dan hampir terpelanting ke atas jalan raya ketika pemendu membrek kenderaan jika tidak berpaut antara satu sama lain.
Jika pada hari ini 25 Disember 2012, Warga asing masih mendominasi Lahad Datu, maka pada masa 10 tahun daripada sekarang Lahad Datu akan menjadi FIJI dan ketika itu anak negeri sudah kehilangan tanah untuk berdiri; apatah lagi jika RCI membolehkan mereka melakukan 'Reverse Take-Over'.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


REZAB Tanah Melayu: FASHA SANDA sambut TPM <b>di Keningau</b>

Posted: 29 Dec 2012 03:19 AM PST


PERSIDANGAN Perwakilan Ke-15 Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang berlangsung di Dewan Masyarakat Keningau, SABAH hari ini menerima suntikan semangat dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.
TPM yang menyampaikan ucapannya selepas Presiden PBRS, menyatakan penghargaannya kepada PBRS serta rakyat Sabah umumnya yang terus setia bersama kerajaan Barisan Nasional membangunkan negara dan mengharungi cabaran politik negara masa kini. Rakyat turut dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan mereka yang datang merosakkan pemikiran rakyat, menipu serta memecahbelahkan perpaduan penduduk.












di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


ALAM REALITI...: Adakah Pulau Labuan Terletak <b>Di Negeri Sabah</b>?

Posted: 28 Dec 2012 10:54 PM PST

Mungkin ramai yang keliru terutamanya orang luar Sabah  tentang status Labuan samada ia terletak di Sabah atau tidak? Pulau Labuan bolehlah diibaratkan seperti Kuala Lumpur…kenapa?
Kuala Lumpur dari segi geografi memang terletak di dalam negeri Selangor (malah Kuala Lumpur asalnya adalah wilayah selangor sehingga bulan Januari 1974).
Bermula 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan dan tidak lagi dianggap sebagai milik Selangor.
Berbalik kepada Labuan, kita telusuri sedikit sahaja sejarahnya seperti berikut:
Nama Labuan berasal daripada perkataan labuhan dan pulau ini terletak tidak jauh daripada pantai negeri Sabah.
Sekitar tahun 1840an, Labuan dilaporkan sebagai sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan ianya merupakan wilayah Negara Brunei.
Menurut sejarah, pada tahun 1846, Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin II menyerahkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil di sekitarnya kepada pihak British.
Jumlah luas Pulau Labuan dan pulau-pulau sekitarnya adalah 91.64 km persegi
Tujuan penyerahan ini dikatakan untuk menjadikan Labuan sebagai pangkalan British menentang lanun. Selepas penyerahan kepada British, Labuan mengalami banyak pertukaran pentadbiran.
Labuan pernah ditadbir oleh Raja Putih yang pertama, James Brooke dari Sarawak, pada tahun 1890 ianya dibawah pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara dan kembali kepada pihak British pada tahun 1904.

Pada tahun 1906 pula, Labuan diletakkan di bawah Negeri-Negeri Selat dan dikawal dari Singapura. Pulau ini juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penaklukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945.
Akhirnya pada 15 Julai 1946, Labuan menjadi sebahagian daripada Borneo Utara yang akhirnya dikenali sebagai Sabah.
Semasa Sabah menjadi sebahagian Malaysia pada tahun 1963, Labuan adalah milik negeri Sabah sehinggalah pada tahun 1984 apabila satu perjanjian dibuat antara Kerajaan Negeri Sabah (Ketua Menteri Sabah ketika itu adalah Harris Salleh) dan kerajaan pusat.
Perjanjian yang kontroversi itu menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang kedua pada 16 April 1984 hinggalah sekarang ini.
Jadi..jawapan bagi tajuk artikel ini adalah…Labuan tidak terletak atau berada di dalam negeri Sabah TETAPI tidak jauh..cuma 8 km je jarak Labuan dan Sabah.
Peta Labuan dari Google Maps.

View Larger Map

TEMPAT2 BERHANTU <b>DI NEGERI SABAH</b>. : Mystery, Paranormal <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2012 12:00 AM PST

JV_O wrote:di kampung mama sy sana papar ada satu tempat kami panggil ladang. sy sendiri pun kurang pasti knp tempat tu kena panggil ladang. tapi kawasan tu mmg xda pokok. kawasan berair tapi bukan paya mahu pun tasik. mungkin bekas sungai dulu2 atau bekas sawah. kalau lalu kawasan ni tgh mlm, mmg boleh nmpak bebola api. Kalau bernasib baik (utk org yg minat benda seram2, nasib buruk utk guntalou), boleh nmpak atau terserempak dengan hantu kelambu.

Hantu kelambu ni dikatakan "spisis" hantu yg suda jarang kenampakan oleh org2 sabah, jd tidak hairan kalu byk generasi baru tidak tahu jenis hantu ini & generasi lama pula mungkin suda lupa dgn jenis hantu ni. tapi hantu kelambu ni, kononnya memerangkap mangsa atau manusia utk d mkn rohnya. siapa yg langgar atau limpas secara direct kearah hantu kelambu akan mati on the spot. sy tidak tau sejauh mana kebenaran crita ni sbb sy belum pernah dan tidak akan berniat pun mau p tarai.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved