di negeri sabah - Google Blog Search |
ALAM REALITI...: Adakah Pulau Labuan Terletak <b>Di Negeri Sabah</b>? Posted: 28 Dec 2012 10:54 PM PST Mungkin ramai yang keliru terutamanya orang luar Sabah tentang status Labuan samada ia terletak di Sabah atau tidak? Pulau Labuan bolehlah diibaratkan seperti Kuala Lumpur…kenapa? Kuala Lumpur dari segi geografi memang terletak di dalam negeri Selangor (malah Kuala Lumpur asalnya adalah wilayah selangor sehingga bulan Januari 1974). Bermula 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan dan tidak lagi dianggap sebagai milik Selangor. Berbalik kepada Labuan, kita telusuri sedikit sahaja sejarahnya seperti berikut: Nama Labuan berasal daripada perkataan labuhan dan pulau ini terletak tidak jauh daripada pantai negeri Sabah. Sekitar tahun 1840an, Labuan dilaporkan sebagai sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan ianya merupakan wilayah Negara Brunei. Menurut sejarah, pada tahun 1846, Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin II menyerahkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil di sekitarnya kepada pihak British. Jumlah luas Pulau Labuan dan pulau-pulau sekitarnya adalah 91.64 km persegi Labuan pernah ditadbir oleh Raja Putih yang pertama, James Brooke dari Sarawak, pada tahun 1890 ianya dibawah pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara dan kembali kepada pihak British pada tahun 1904. Pada tahun 1906 pula, Labuan diletakkan di bawah Negeri-Negeri Selat dan dikawal dari Singapura. Pulau ini juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penaklukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945. Akhirnya pada 15 Julai 1946, Labuan menjadi sebahagian daripada Borneo Utara yang akhirnya dikenali sebagai Sabah. Semasa Sabah menjadi sebahagian Malaysia pada tahun 1963, Labuan adalah milik negeri Sabah sehinggalah pada tahun 1984 apabila satu perjanjian dibuat antara Kerajaan Negeri Sabah (Ketua Menteri Sabah ketika itu adalah Harris Salleh) dan kerajaan pusat. Perjanjian yang kontroversi itu menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang kedua pada 16 April 1984 hinggalah sekarang ini. Jadi..jawapan bagi tajuk artikel ini adalah…Labuan tidak terletak atau berada di dalam negeri Sabah TETAPI tidak jauh..cuma 8 km je jarak Labuan dan Sabah. Peta Labuan dari Google Maps. |
TEMPAT2 BERHANTU <b>DI NEGERI SABAH</b>. : Mystery, Paranormal <b>...</b> Posted: 14 Dec 2012 12:00 AM PST JV_O wrote:di kampung mama sy sana papar ada satu tempat kami panggil ladang. sy sendiri pun kurang pasti knp tempat tu kena panggil ladang. tapi kawasan tu mmg xda pokok. kawasan berair tapi bukan paya mahu pun tasik. mungkin bekas sungai dulu2 atau bekas sawah. kalau lalu kawasan ni tgh mlm, mmg boleh nmpak bebola api. Kalau bernasib baik (utk org yg minat benda seram2, nasib buruk utk guntalou), boleh nmpak atau terserempak dengan hantu kelambu. Hantu kelambu ni dikatakan "spisis" hantu yg suda jarang kenampakan oleh org2 sabah, jd tidak hairan kalu byk generasi baru tidak tahu jenis hantu ini & generasi lama pula mungkin suda lupa dgn jenis hantu ni. tapi hantu kelambu ni, kononnya memerangkap mangsa atau manusia utk d mkn rohnya. siapa yg langgar atau limpas secara direct kearah hantu kelambu akan mati on the spot. sy tidak tau sejauh mana kebenaran crita ni sbb sy belum pernah dan tidak akan berniat pun mau p tarai. |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan