ads

Jumaat, 8 Julai 2011

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Jalan raya yang teruk <b>di</b> antara <b>Kinabatangan</b> – Sandakan | Aduan <b>...</b>

Posted: 15 May 2011 10:39 AM PDT

Salam sejahtera kepada pihak tuan,

Setiap masa jalan ini menjadi laluan utama antara Sandakan – Rawau – Semporna. Jalan raya yang di harungi amatlah sedih sekali. Bulan lepas jalan jaya baru sudah di post d facebook oleh pengunjung yang memang tidak puas hati. Selepas ahli parlimen Bong Mokhtar terkene tempiasnya baru lah di ambil tindakan.

Itu baru satu sahaja. Yang lain banyak lagi. Sepanjang jalan dari Kinabatangan ke Sandakan, keadaan jalan amatlah menyedihkan. Lopak dan lubang yang sangat banyak mengganggu konsentrasi pemanduan. Pengguna yang membawa 4wheel drive tiada masalah tetapi pengguna kereta sedan yang lain amatlah perit.

Laluan utama tetapi bagaikan laluan ladang yang sangat menyusahkan. Banyak kes kemalangan yang membabitkan ramai kematian. Tetapi berita ini tidak disampaikan dalam berita.

By: pengguna jalan raya

Aduan yang berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Aki Sabah: Aduan Rakyat : Isu tanah <b>di Nabawan</b> tertunggak puluhan <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2011 12:04 AM PST

NABAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Bobbey Suan meminta agar isu tanah tertangguh di daerah ini ditangani dengan segera.

Katanya, isu tanah perlu ditangani secara bijak bagi membolehkan permohonan penduduk yang sudah bertahun-tahun lamanya dapat diproses bagi memastikan tanah berkenaan menjadi hak milik mereka.

"Kita tidak mahu penduduk yang sudah memohon tanah begitu lama tidak mendapat hak pemilikan tanah kerana merekalah penduduk di daerah ini" katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Malinja dekat sini pada Selasa.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, adalah tidak adil jika penduduk di daerah ini yang sudah memohon tanah begitu lama tidak mendapat hak pemilikan tanah (geran) dan pemohon baru dari luar daerah pula mendapat geran.

Justeru itu katanya, pegawai-pegawai dan pemimpin-pemimpin yang berkaitan di daerah ini perlu mempertahankan hak penduduk di daerah ini.

Dalam hal ini katanya, pegawai-pegawai yang berkaitan perlu menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah bagi memastikan setiap permohonan tanah dapat diteliti dan diputuskan secara bijak.

Dalam masa yang sama Bobbey memberitahu pekan baru Daerah Nabawan akan dibangunkan tidak lama lagi.

Katanya, pekan baru yang berhampiran jalan raya utama Nabawan- Keningau berhadapan dengan Kg Malinja itu akan dibangunkan dengan tersusun dan bersistematik.

"Pembangunan pekan baru itu dirancang dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi pekan rojak atau bandar rojak pada masa akan datang seperti yang berlaku di daerah-daerah lain di negeri ini" jelasnya.

Beliau berkata, jabatan-jabatan yang terlibat sudah membuat perancangan dan sebaik sahaja perancangan dan pemaju sudah bersedia membangun pekan baru itu.

Mengenai dengan majlis pemimpin bersama rakyat Bobbey berkata, ia memberi peluang kepada rakyat bertemu dengan pemimpin dengan lebih dekat.

Katanya, majlis seumpama ini memberi ruang kepada rakyat mengemukakan masalah dan isu-isu setempat kepada pemimpin.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Nabawan Jubilin Kilan, Ketua Anak Negeri Mukim Pamuntarian Daibol Limbawang dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini.

Source : New Sabah Times

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


MARI BINA MASJID <b>DI PENAMPANG</b>, SABAH | Laman Blog Abu Al-Ghazali

Posted: 17 Jan 2011 10:52 PM PST

Sumbangan untuk dana wakaf masjid penampang. Kita memerlukan RM6.5 juta untuk merealisasikan cita-cita ini.

Akaun Bank Islam : 100 160 100 745 17. daerah penampang tidak mempunyai masjid untuk solat jumaat.

Untuk keterangan lanjut layari: http://wakafmasjidpenampang.blogspot.com/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


PRESIDEN PAS BUAT LAWATAN KE <b>SABAH</b> ESOK « Badan Perhubungan PAS <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2011 02:15 AM PDT

KOTA KINABALU : Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan turun bertemu dengan rakyat Sabah pada 4-6 Julai ini. Lawatan ini adalah merupakan program pertama beliau ke negeri-negeri selepas dipilih semula sebagai Presiden PAS pada Muktamar  Agung PAS baru-baru ini.

Menurut sumber Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah pada hari isnin (4 julai) Presiden PAS akan merasmikan pejabat PAS Kawasan Putatan di Asia City manakala sebelah malam beliau akan berceramah di Kota Belud.  Terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu PAS Putatan telah berjaya membeli bangunan tingkat dua tersebut pada tahun lepas dan kini menjadi salah satu mercu kejayaan PAS bertapak di negeri Sabah 25 tahun yang lalu.

PAS walaupun dilihat kurang menonjol namun perkembangan PAS sejak 25 tahun amat menggalakkan. Sebagai sebuah organisasi yang tersusun beberapa kawasan telah memiliki bangunan sendiri seperti pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri yang terletak di Kingfisher Kota Kinabalu, pejabat PAS Tawau, Pusat Pengajian Islamdi Kota Belud dan Merotai manakala mempunyai berpuluh Pusat Pendidikan Pra Sekolah dan bimbingan Al-Quran di seluruh pelusuk negeri Sabah.

Difahamkan Tuan Guru Abdul Hadi akan mengadakan sidang media di pejabat PAS Putatan sejurus beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS Sabah.

Pada keesokan hari Tuan Guru Abdul Hadi akan bersarapan dengan rakyat di Putatan, kemudian itu beliau akan terus ke parlimen Pensiangan bertemu dengan penduduk di sana sehari suntuk. Manakala sebelah malamnya Tuan Guru Abdul Hadi akan berceramah di Keningau.Presiden PAS akan mengakhiri lawatan beliau ke Sabah pada hari rabu dan meneruskan lawatan seterusnya ke Negeri Sarawak.

Filed under: News , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved