ads

Sabtu, 3 Mei 2014

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


15 PATI ditahan dan disiasat kejadian culik <b>di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 02:43 PM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di sebuah pusat peranginan di Sabah ditahan dan sedang disiasat berhubung kejadian penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna Rabu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam usaha membebaskan dua wanita mangsa culik itu yang kini dipercayai berada di negara itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran berhubung lokasi dan nama pusat peranginan tempat 15 PATI itu bekerja.

"Sehubungan itu, saya menasihati pengusaha resort dan majikan tidak mengambil warga asing atau individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah kerana ia akan memberi pelbagai masalah kelak.

"KDN mensyaki 15 orang PATI yang ditahan ini menjadi tali barut (pemberi maklumat) kepada kumpulan penculik, bagaimanapun, kesemuanya masih disoal siasat sama ada mereka terbabit dalam penculikan tersebut," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di sini semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Rabu lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh Singamata Adventures Reef and Resort dan menculik dua wanita iaitu Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, China dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.

Ahmad Zahid berkata pihak pentadbiran ESSCOM bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia dan polis berperanan penting dalam memastikan kawasan pantai timur Sabah bebas daripada sebarang kegiatan jenayah namun sekiranya pengusaha resort dan majikan melindungi pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sah, agak sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan.

Beliau berkata KDN akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang dikesan membawa masuk, menggaji dan membenarkan PATI tinggal di premis mereka mengikut Seksyen 55A, Seksyen 55E dan Seksyen 56 (1)(d)Akta Imigresen 1959/63.

Seksyen 55A memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000, penjara maksimum dua tahun dan sebatan, Seksyen 55E memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya manakala Seksyen 56 (1) (d) memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000, penjara maksimum lima tahun dan sebatan.

"Majikan turut boleh didakwa mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010)," katanya.

Ahmad Zahid berkata KDN telah memberi masa secukupnya kepada majikan menerusi Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) yang dilaksanakan di Pusat Kelulusan Setempat (OSC) KDN yang tamat pada 20 Jan lepas. — Bernama

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat <b>Kota Marudu</b> 2014|Pelancaran <b>...</b>

Posted: 01 May 2014 05:50 PM PDT

Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
Megan, Juara Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan peringkat Kota Marudu 2014

Megan, Juara Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan peringkat Kota Marudu 2014

Pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Sabah telah di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman dengan di saksikan ribuan masyarakat yang hadir.

Turut sama hadir pada masa tersebut Ialah Timbalan Ketua Menteri dan juga 'Huguan Siou'[Ketua Masyarakat Kadazandusun], Tan Sri Joseph Pairin Kitingan‎

Dalam ucapannya, Musa mengingatkan masyarakat Kadazandusun untuk meneruskan semangat kerjasama yang sedia ada untuk mengekal kan kedamaian dan keharmonian

Sambutan Pesta Kaamatan ini di sambut di seluruh sabah sepanjang bulan may ini  merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

sugandoi 2014Juara Sugandoi Pesta Kaamatan Kota Marudu baru baru ini telah menobatkan Sheryll Josh sebagai juara dan akan mewakili daerah ini dalam Final yang akan di adakan di KDCA hujung bulan ini

Kemuncak sambutan pesta kaamatan yang di adakan sepanjang bulan Mei ini akan di adakan di KDCA pada 20 Mei Dan 31 Mei setiap tahun.  Ini merupakan cuti umum bagi negeri Sabah.

Acara Menarik yang akan diadakan pada kemuncak perayaan ini ialah pemahkotaan Unduk Ngadau yang di pilih dari wakil wakil setiap daerah.

imma

 Immaculate Lojuki, mewakili Bandaraya Kota Kinabalu telah dimahkotakan Unduk Ngadau 2013

Incoming search terms:

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Bejepin- sempat menyaksikan tarian zapin <b>di</b> Ice Box <b>Tawau</b>

Posted: 22 Mar 2014 05:54 PM PDT

 

 
Selepas menghadiri majlis perkahwinan si Cui di Kampung Pasir Putih Tawau, kami sempat ke Ice Box. Seorang lagi sepupu isteri saya, Hud mengadakan majlis tarian zapin atau bejepin menurut sebutan masyarakat Melayu-Bolongan-Arab di sana.

Mutahar sempat memukul ketipung. Ada yang memukul tabla, gambus, kerincing. Ahli-ahli kumpulan itu berganti-ganti menyanyi, lagu Melayu dan Arab, khusus ditujukan kepada pengantin baru dan hadirin dalam majlis itu.Biasanya lagu yang dinyanyikan dalam tarian berunsur keagamaan, kata-kata nasihat, pujian kepada nabi, agama, dan kesempurnaan budi pekerti.

Mungkin ia juga mengandungi kata-kata usikan kepada pengantin seperti senikata yang saya tangkap dalam satu lagu. "Syurga dunia malam pertama, sudah ada dalam dadanya".Lagu-lagunya memang mengasyikkan, lagu dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab itu kedengaran merdu dan mendayu.

Tapi ada sesuatu yang patut dipuji dan dihargai ketika menyaksikan anak-anak muda itu menari zapin. Budaya Zapin di Tawau itu dijangka mampu bertahan beberapa dekad lagi kerana kebanyakan pemainnya terdiri daripada golongan muda. Kelangsungan budaya zapin di kalangan komuniti itu, terutamanya ketika majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, dan sebagainya.

Menyaksikan tarian zapin itu memang mengasyikkan. Tarian Zapin adalah sejenis tarian Melayu tradisi, walaupunia jelas dipengaruhi seni gerak nyanyian Arab Hadramaut. Ia dikatakan berasal dari Yaman, dan dipercayai mulai tersebar di Nusantara selepas terbentuknya Kerajaan Melayu Johor Riau iaitu selepas kejatuhan Melaka pada 1511. Pada mulanya ia dikatakan sebuah tarian hiburan di istana. Zapin berasal dari perkataan Arab iaitu "Zaffan" yang artinya penari dan "Al-Zapin" yang artinya gerak kaki.

Tarian zapin berkembang ke negeri-negeri di kepulauan Melayu seperti Riau,Singapura, Sarawak, Brunei. Jika di Sabah, tarian Zapin popular di kalangan masyarakat Brunei di Membakut, Bongawan dan dikalangan masyarakat Melayu Arab Bolongan di Tawau.Zapin berkembang di alam Melayu dan kemudian dikenali dengan pelbagai nama termasuk Jipin, Jepin, Dana dan Zafin.

Ruang untuk menari di rumah Ami Umbai agak kecil tetapi majlis itu tetap meriah. Isteri saya yang sudah lama tidak menari zapin, tidak dapat mengelak apabila diminta untuk berjepin itu. Gerak langkahnya menunjukkan tarian zapinnya mantap, halus dan berseni.

Saya teringat sewaktu isteri saya hamil anak kedua kami, Ahmad Fawzan. Beliau agak asyik berzapin ketika majlis perkahwinan Syed Hassan anak Ya' Antung.

Mendengar lagu zapin dan tarian yang dipersembahkan dengan iringan petikan gambus itu mengingatkan saya tari sufi Jalaludin Rumi. Terutama pada gerak bebas tarian itu.Kita dapat lihat gerak yang dibuat seperti membebaskan jiwa dari ikatan duniawi.

Tetapi tarian zapin yang masih banyak unsur tarian arabnya itu, sudah berkembang sejak ratusan tahun di alam Melayu. Malah sewaktu berkunjung ke Tanjung Selor, tarian zepin itu amatah popular dikalangan masyarakat peranakan Arab di Kampung Arab, yang terletak di seberang Istana Tanjung Palas Kesultanan Bolongan. Bahkan, tarian zapin juga khabarnya popular di kalangan masyarakat Betawi.

Majlis yang sederhana itu memang seronok. Saya fikir jika dilestarikan terus menerus, tarian zapin di Tawau, salah satu kumpulannya dipimpin paman udin, tidak ingat pula nama penuhnya, akan terus bertahan beberapa puluh tahun lagi.

Saya menyaksikan minat anak muda, anak-anak yang mampu meneruskan tarian zapin Arab itu. Majlis itu terus berlangsung, mungkin hingga tengah malam, tapi kami harus pulang.

Mama' dan Yak Noi berjalan duluan. Saya dan isteri berpegangan tangan, menyeberangi jambatan. Ya, tarian zapin adalah satu jambatan yang menghubungkan masyarakat Melayu di zaman global ini agar tidak tercabut dari akar budayanya.

Juga agar mereka tidak tercabut dari akar dirinya.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Wujud Institusi Pendidikan Bidang Keselamatan <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 12:58 AM PDT


KOTA KINABALU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri hari ini mencadangkan institusi pendidikan berasaskan bidang keselamatan diwujudkan di Lahad Datu, iaitu lokasi pencerobohan sekumpulan pengganas dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, tahun lalu. 
Datuk Mohd Yusop Apdal (BN-Lahad Datu) berkata, antara institusi yang boleh dipertimbangkan diwujudkan ialah Akademi Kepolisan, Maktab Tentera, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Akademi Keselamatan Marin, Kolej Oseanografi atau Akademi Laut. 
"Unjuran daripada pewujudan institusi bersifat akademik dan latihan ini kelak sudah tentu keseimbangan pembangunan negeri Sabah dapat direalisasikan kerana kita sedia maklum wujud cawangan IPTA dan pusat latihan di Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Tuaran, Kudat, Ranau, Sandakan dan Tawau," katanya ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. 
Mohd Yusop berkata, penubuhan institusi berkenaan secara holistiknya akan membantu mengelakkan penghijrahan tenaga muda dan potensi anak Lahad Datu ke luar daerah untuk menuntut ilmu mahupun mengejar peluang kerjaya. 
Beliau berkata, pembukaan kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kolej Yayasan Sabah, Institut Perguruan dan Pusat Latihan Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga dialu-alukan di Lahad Datu. 
Sementara itu, Mohd Yusop turut mengalu-alukan langkah kerajaan menubuhkan sebuah pusat tahfiz di pedalaman pantai timur negeri yang membolehkan lebih ramai golongan muda meningkatkan pengajian Al-Quran dan syiar Islam. 
"Dalam hal ini, selaku Adun dari pantai timur, saya sangat mengharapkan supaya kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah lagi pusat tahfiz di pantai timur dan Lahad Datu sentiasa siap sedia untuk dijadikan tempat membuka pusat tahfiz itu," katanya. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WujudinstitusipendidikanbidangkeselamatandiLahadDatu-ADUN/Article


10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Perasmian pondok <b>di Keningau</b> di tunda pada tarikh yang akan di <b>...</b>

Posted: 03 May 2014 09:08 AM PDT

Kedatangan Hj. Shaari ke Keningau, Sabah, ditangguhkan kepada satu masa yang akan ditetapkan kemudian. Penangguhan ini, adalah daripada pihak pondok Keningau. Harap maaf.

Sehubungan itu, dalam kesempatan ini, ingin saya sampaikan ucapan terima kasih kepada ilmuan Singapura di atas sambutan yang amat hebat terhadap ilmu Tok Kenali pada 01 Mei lepas.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved