ads

Isnin, 12 Mei 2014

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search

penjualan rokok seludup 24 jam di sandakan - Bersama Mazidul

Posted: 09 May 2014 08:41 PM PDT

Sewaktu minum pagi di restoran berhadapan Pasar Umum Sandakan, Sabah, saya didatangi oleh pembantu kenderaan mengangkut barangan.
"Siapakah penjual rokok seludup itu?," soal saya.
"Warga negara jiran, Filipina, suku kaum Suluk dan Bajau," balasnya.
Tambah Nelson, dipercayai mereka bermastautin di Sandakan tanpa dokumen perjalanan sah. Dalam bahasa mudah, mereka pendatang haram. Selepas bersalaman, dia beredar. Selesai minun pagi, saya mula merakamkan gambar kegiatan penjualan rokok seludup di Jalan 1 dan di kawasan sekitar.
Saya terlihat seorang anak muda membeli rokok daripada lelaki di atas dan pantas menghampirinya. Kata pembeli itu, rokok berjenama L.A dijual dengan harga RM5 sekotak.
Sumber berkredibiliti saya, penduduk Sandakan, 'Nelson' bukan nama sebenar, saya hubungi.
"Saya difahamkan, terdapat stor di kawasan berhampiran, penjual mendapatkan bekalan pelbagai jenis rokok di situ. Kalau sekatun rokok L.A dijual di antara RM30 dan RM35. Taukeh besar, Suluk. Purata 70 peniaga rokok seludup beroperasi di sekitar bandar Sandakan setiap hari, lelaki dan wanita. Mereka berniaga 24 jam, cuma bilangan peniaga berkurangan pada waktu malam," ujarnya.
"Pihak berkuasa, kastam, polis dan imigresen tidak menjalankan operasi memberkas peniaga?," soal saya.
"Ada juga tetapi melalui pengamatan saya, mereka hanya menahan peniaga rokok seludup kecil-kecilan, bukan taukeh. Ikan bilis ditangkap, jerung tetap bebas meraih keuntungan. Saya melihat, pihak berkuasa terus diperlekehkan secara terang-terangan," tambah Nelson.
Sebaik menyedari gambar dirakamkan, mereka semua menghilangkan diri, bersembunyi di celah deretan kedai.
Melihat senario penjualan rokok seludup secara terbuka, terfikir, tidak logik jika Ketua Polis Daerah Sandakan dan pegawai Kastam Diraja Malaysia bertugas di bandar itu  tidak menyedari aktiviti terlarang terbabit.

Mustahil.
Berikut gambar saya rakamkan berhampiran pusat membeli-belah, Genting Mas Mall.
Saya dimaklumkan, kegiatan penjualan rokok seludup berlarutan sejak 20 tahun lalu.  Telur penyu juga ditawarkan kepada pelanggan di tepi jalan, biarpun bahan itu terlarang di Malaysia.
Isyarat 'OK', menunjukkan telur penyu dijual di lokasi itu.
Pihak berkuasa, wajib memberhentikan kegiatan penjualan rokok seludup dan telur penyu dengan kadar segera.  Tidak perlu terus mengizinkan undang-undang diperlekehkan oleh warga asing di hadapan mata sendiri. Masyarakat tentunya melihat dan sebilangan barangkali mencetuskan tanggapan negatif terhadap pihak berkuasa.
Tentunya, bukan tanggapan sebegitu diinginkan.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di tawau - Google Blog Search

10 di tawau - Google Blog Search

Nelayan Di Tawau Diminta Segera Daftar Bot - MYNEWSHUB.MY ...

Posted: 08 May 2014 08:54 PM PDT

TAWAU – Nelayan di daerah Tawau yang belum mendaftarkan bot atau kapal masing-masing kepada pihak berkuasa diminta segera berbuat demikian, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Hasan Timbasal.

Beliau berharap semua nelayan mendaftarkan bot atau kapal mereka bagi memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal yang keluar masuk di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

"Kami menyambut baik peraturan pihak berkuasa yang mewajibkan semua bot atau kapal di ESSZone didaftarkan. Saya berharap langkah itu dapat membantu mengatasi masalah jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di perairan pantai timur Sabah, sekali gus memastikan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah terus terjamin," katanya.

Hasan berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai penguatkuasaan peraturan baharu yang mewajibkan semua bot atau kapal di ESSZone didaftarkan.

Rabu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan lima langkah drastik bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai timur Sabah termasuk mewajibkan semua kapal dan bot didaftarkan bagi membezakannya dengan bot yang digunakan pihak penjenayah rentas sempadan.

Langkah terbabit diambil susulan insiden penculikan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar, rakyat China dari Guangzhao, dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, di Pulau Baik, Lahad Datu, pada 2.45 pagi, 6 Mei lepas oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata.

Sementara itu, seorang nelayan Bacho Bedu, 50, berharap beberapa langkah drastik yang diumumkan itu dapat memastikan jenayah rentas sempadan tidak akan berlaku lagi.

"Jika ada kawalan keselamatan yang ketat kami para nelayan tidak takut lagi untuk turun ke laut walaupun keluar menangkap ikan pada waktu malam," katanya yang bekerja sebagai nelayan sejak 35 tahun lepas. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Nelayan Di Tawau Diminta Segera Daftar Bothttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Nelayan-Di-Tawau.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Nelayan-Di-Tawau-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

TAWAU - Nelayan di daerah Tawau yang belum mendaftarkan bot atau kapal masing-masing kepada pihak berkuasa diminta segera berbuat demikian, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Hasan Timbasal. Beliau berharap semua nelayan mendaftarkan bot atau kapal mereka bagi memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal yang keluar masuk di...

TAWAU - Nelayan di daerah Tawau yang belum mendaftarkan bot atau kapal masing-masing kepada pihak berkuasa diminta segera berbuat demikian, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Hasan Timbasal.

Beliau berharap semua nelayan mendaftarkan bot atau kapal mereka bagi memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal yang keluar masuk di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

"Kami menyambut baik peraturan pihak berkuasa yang mewajibkan semua bot atau kapal di ESSZone didaftarkan. Saya berharap langkah itu dapat membantu mengatasi masalah jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di perairan pantai timur Sabah, sekali gus memastikan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah terus terjamin," katanya.

Hasan berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai penguatkuasaan peraturan baharu yang mewajibkan semua bot atau kapal di ESSZone didaftarkan.

Rabu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan lima langkah drastik bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai timur Sabah termasuk mewajibkan semua kapal dan bot didaftarkan bagi membezakannya dengan bot yang digunakan pihak penjenayah rentas sempadan.

Langkah terbabit diambil susulan insiden penculikan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar, rakyat China dari Guangzhao, dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, di Pulau Baik, Lahad Datu, pada 2.45 pagi, 6 Mei lepas oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata.

Sementara itu, seorang nelayan Bacho Bedu, 50, berharap beberapa langkah drastik yang diumumkan itu dapat memastikan jenayah rentas sempadan tidak akan berlaku lagi.

"Jika ada kawalan keselamatan yang ketat kami para nelayan tidak takut lagi untuk turun ke laut walaupun keluar menangkap ikan pada waktu malam," katanya yang bekerja sebagai nelayan sejak 35 tahun lepas. - BERNAMA

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved