ads

Rabu, 18 Julai 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Rombongan ke <b>Kota Marudu</b> « Eman540705&#39;s Blog

Posted: 20 May 2012 06:55 AM PDT

Pagi ni, (20 Mei) pagi pukul 8 aku dah pergi ke rumah kakak tiri aku. Hari ni nak ikut rombongan bertunang anak lelaki dia si Boboy bertunang di Kota Marudu. Bertunang dengan orang Dusun sana.

20120520-094149.jpg

Rumah dia tak jauh belakang rumah aku seja di Pj telipok ni. Aku sampai sini (di rumah dia aku tulis blog ni dengan iPhone) aku pun tanya tanya la sama ada dorang pasal adat bertunang orang dusun ni. Maklumlah aku ada pengalaman sebab bini aku orang Dusun Ranau juga. Rupanya dorang tak tahu sangat pasal berian, belanja dapur, sogit dan lain-lain. Aku ingat dorang dah jumpa ketua kampung belah perempuan bincang pasal ni. Jadi aku ceritalah sikit-sikit pasal bayaran-bayaran ni.

Setiap kampung Dusun ni adat dia berbeza-beza antara satu dengan lain. Tapi yang basicnya ada 3 bayaran:-

1. Berian – yang ni sama dengan hantaran kalau di Semenanjung. Selalunya mengikut kampung, status perempuan tu, status lelaki tu, kekayaan belah lelaki dan sebagainya sama macam Semenanjung. Contoh kalau di Penampang, kalau tak silap aku dorang kira tiang rumah ada berapa lepas tu dorang tentukan berian dia.

2. Belanja Dapur – belanja dapur ni bayaran untuk keluarga belah perempuan untuk adakan kenduri di kampung belah perempuan. Tengok la keluarga belah perempuan tu nak adakan majlis macam mana. Kalau besar kampung atau ramai orang yang akan dijemput makin besar la belanja dapur ni. Kalau di Semenanjung aku fikir belanja dapur ni dah kira lump sum dengan hantaran kot. Wallahua'lam.

3. Sogit – yang ni bayaran kepada ketua kampung. Yang ni banyak jenis dan ada yang kena bayar cash ada yang kena bayar dengan kerbau. Sogit ni macam macam, ada sogit sebab bawa anak perempuannya masuk Islam ( macam aku kena dulu), ada sogit lambat kahwin dan macam-macam bergantung kepada adat kampung tersebut.

Yang peliknya, keluarga kakak aku ni bawak satu rombongan besar pergi bertunang. Siap sewa bas, sedangkan dorang belum jumpa ketua kampung belah perempuan tu, baru nak pergi jumpa la ni. Lagi besar jumlah yang datang makin besar la bayarannya hehe. Tak tau la, aku tulis perenggan ni masa naik bas ni, belum jalan lagi Masa sampai nanti tau la.

20120520-101655.jpg

20120520-101720.jpg

Kira-kira 2 jam perjalanan sampai di kota marudu. Pendek cerita, anak saudara aku tu kena berian belasan ribu plus belanja dapur pun belasan ribu. Belanja bawak masuk Islam seekor kambing, bayar kepada kakak-kakak yang belum kahwin pun ada (langkah bendul). Penat la juga perjalanan ni. Gambar-gambar di bawah antara yang sempat aku tangkap.

20120520-214734.jpg

20120520-214706.jpg

20120520-214909.jpg

20120520-214928.jpg

20120520-214955.jpg

20120520-215012.jpg

20120520-215030.jpg

20120520-215047.jpg

20120520-215107.jpg

20120520-215125.jpg

20120520-215148.jpg

20120520-215214.jpg

20120520-215239.jpg

20120520-215258.jpg

20120520-215319.jpg

20120520-215340.jpg

20120520-215410.jpg

20120520-215424.jpg

20120520-215438.jpg

20120520-215506.jpg

20120520-215523.jpg

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Santai Leeza: Lepak Makan: Makanan Yang HOT <b>di Tawau</b>

Posted: 05 Jun 2012 09:32 AM PDT

Salam Sejahtera ...  HeLLo0o0o...
Kembali lagi dengan kisah percutian di Tawau. HEAVEN OF FOOD amat bertepatan diberikan kepada negeri TAWAU. 4 hari menghabiskan masa di TAWAU, memang perut ini sentiasa penuh dengan makanan, nafsu makan tidak lengkang dek masa. Haaaaaaa............ 
So, kalau korang nak ke Tawau, jangan sesekali lepaskan peluang menikmati makanan yang ada kat sana. Serius meletop sih... Jom roLL santapan Santai Leeza.... 
Terjah kedai makanan area Heritage (hujung deretan Hotel Heritage) memang best. Gerai 24 jam!
dan, Kedai yang bernama KOPITIAM, old school sikit lah kedai ni (ala-ala vespa gitu).
 Mula-mula dapat mee kering jer without apa-apa kuah, terkejut jugak. Tiba-tiba datang sorang minah ni, tuang kuah kicap tu...
Tak ker berhasap-hasap depan mata. Amek kau... panas tu tak payah cakaplah kan.
Ni hidangan PALING BEST PALING FAVOURITE ar kat sana!! 
U all kena cuba Pisang Goreng + gula merah + cheese... Pasti leeza rindu Sanggar Cheese ni.
Sekarang leeza nak bawa u all kat area tepi laut. Deritan gerai makan JAWA. Antara yang mantop di sini :
4.5 bintang... 0.5 sbb kurang ais. Kalau ais lagi banyak.. memang mantap!
4.5 bintang... 0.5 lagi sebab terlebih air.....
A B C + Milo tabur + cincau (ramuan-ramuan abc).
Makanan yang perlu dinikmati secara umumnya: 
leeza tak ingat lah tempatnya, sbb kawan bawa ronda-ronda Tawau sampai pening! haaaaa
Mee Tauhu... Sedap sangat!! Sarapan pagi sebelum bergerak ke Pulau Mabul.
Menu akak leeza... Nasi Kuning... Konsep macam Nasi Lemak di semenanjung.
Gado-gado di Tawau (mungkin kedai ni jer) memang best!
-area Kampung Titingan 8, poskod 91000-
siap poskod lagi leeza bagi. haaaaaa
Soto Banjar Bebola Daging... Panjang tak nama?
 Ni decor kedainya... U all memang kena terjah kedai ni kalau pergi Tawau!!

Yang Terakhir yang MANTOP di Tawau....

 NASI LALAP...
Lalap mata leeza lepas makan ni... haaaaaaaaaaa
A da 1 jenis buah yang leeza tak sempat nak rasa. Apa nama tah...

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


MyGamanBorneo: Jalan-Jalan Sanaaaa <b>Ranau</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:17 PM PDT

Biasanya kalau saya balik guna flight setakat dari Kuching - Kota Kinabalu dan seterusnya menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu - Beluran, wajib singgah sebentar di Pekan Ranau untuk berehat dan makan tengahari.
Balik menggunakan jalan darat pada 30 Mei lepas, saya berkesempatan mengambil gambar pekan yang terletak di laluan bahagian pantai barat Sabah menuju ke bahagian Sandakan ini bertujuan untuk dikongsikan di blog.

Perkara yang saya suka di pekan Ranau ini ialah pembangunanannya yang terancang serta kebersihan pekannya.  Saya fikir, lokasi strategiknya sebagai tempat persinggahan merupakan faktor utama penyumbang kepada pembangunan ekonomi di pekan ini. 
Banyak lagi yang menarik di pekan ini tapi masa sangat suntuk untuk berada lebih lama di sini.  Bimbang hari gelap sebelum sampai ke Beluran.  Faham-faham sajalah jalan raya yang bengkang-bengkok bahaya dilalui pada waktu malam.

Jadi kalau berkunjung ke Sabah, apa kata cuba pengalaman menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan jangan lupa singgah di Ranau.  Pemandangan di sepanjang perjalanan juga cukup menarik dan pasti tidak akan menghampakan para pencinta alam.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah | Informasi Melayu Kini <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2012 01:30 AM PDT

Pernahkah anda berkunjung ke Terowong Jepun di Kunak Sabah? Terowong ini digunakan oleh tentera Jepun sebagai satu laluan rahsia untuk ke tempat simpanan senjata mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Misteri Terowong Jepun Di Kunak Sabah  | Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.  Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.

Melayukini.net - Jika anda hendak tahu, setiap tahun dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu. Ada sesiapa pernah berkunjung di sini?

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Tak Mungkin Benar | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suara Rakyat Kunak: Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah...

Posted: 14 Jul 2012 06:26 AM PDT

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


PENDATANG HARAM @ PTI BEBAS <b>DI NEGERI SABAH</b>...!!!

Posted: 18 Jun 2012 10:23 PM PDT

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved