ads

Rabu, 15 Jun 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: &#39;LITTLE MANILA&#39; & &#39;LITTLE JAKARTA&#39; <b>DI SANDAKAN</b>

Posted: 13 Jun 2011 05:58 PM PDT


Saudara Pengarang,

SEBAGAI seorang penduduk Sandakan, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada wartawan Sabahkini.net iaitu Shaimon S. Jumadi dan Chang Shak Hung kerana kerap memaparkan permasalahan masyarakat Sandakan dan juga kepincangan pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Anda berdua adalah contoh wartawan yang saya sanjungi kerana melakukan kerja kewartawanan kamu tanpa 'fear and favour' kerana sebelum ini, jarang saya dapat membaca berita mengenai permasalahan penduduk Sandakan dan juga mengenai kelemahan MPS di akhbar-akhbar aliran perdana.

Contoh berita yang saya minati ialah mengenai kelemahan pihak MPS dalam mentadbir Sandakan ini seperti masalah kekotoran, kebanjiran PATI dan sebagainya. Di sini juga, saya berharap Presiden MPS iaitu Datuk Ir James Wong dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada segala berita yang dilaporkan oleh kedua-dua wartawan Sabahkini.net ini.

Saya juga ingin menyeru agar Presiden MPS lebih aktif dan lebih kerap turun padang meninjau segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Sandakan. Jangan sampai suatu ketika, penduduk Sandakan terpaksa meminta pertolongan program Aduan Rakyat terbitan TV3 untuk mengadu permasalahan hidup mereka.

Anda (Presiden MPS) harus ingat bahawa anda adalah seorang Presiden ataupun Yang Dipertua (seperti yang diguna pakai oleh Majlis-Majlis Perbandaran yang lain) kepada daerah Sandakan ini. Jadi sewajarnya, jalan tugas anda dengan penuh dedikasi.

Carilah jalan bagaimana hendak menambahkan pendapatan MPS dan menyelesaikan segala permasalahan masyarakat dan juga mentadbir serta penambah baikan MPS. Anda hendaklah mencontohi budi dan jasa bekas Presiden MPS yang lalu iaitu Datuk Adeline Leong dan Datuk Yeo Boon Hai.

Kedua dua Bekas Presiden ini sememangnya terkenal dan disayangi di kalangan masyarakat Sandakan di atas kerajinan, kesederhanaan dan keramahan mereka.

Contohnya, Datuk Adeline Leong; beliaulah antara watak penting dalam membawa projek pelaburan Sandakan Harbour Square ke daerah ini. Pembinaan projek ini di bandar Sandakan sememangnya telah mengubah wajah dan landskap bandar ini sehingga semakin maju dengan deretan kedai dan hotel.

Datuk Yeo Boon Hai pula sememangnya terkenal sebagai seorang presiden yang kerap turun padang dalam meninjau permasalahan rakyat. Beliau juga disanjungi kerana wataknya yang sederhana; sebagai contoh, beliau hanya menggunakan kereta 'Bighorn' sebagai kenderaan rasmi beliau.

Janganlah anda (Presiden MPS) hanya terperap di pejabat berhawa dingin anda selalu dan hanya mengharapkan laporan daripada kakitangan anda .Antara contoh permasalahan Sandakan yang patut Presiden MPS ambil berat dan selesaikan ialah:-

1)Masalah pelacur-pelacur yang berkeliaran setiap siang hari di belakang Hung Wing Hotel.

2)Kekotoran sampah sarap dan limpahan air kumbahan di belakang kebanyakan kedai di bandar terutamanya di kawasan Old Slipway.

3)Penjualan telur-telur penyu di jalan satu berhampiran AmBank dan Pasar Umum.

4)Kelembapan perniagaan di Wisma Sandakan kerana hanya tinggal beberapa kerat kedai meneruskan perniagaan di pusat membeli belah yang pernah suatu ketika dulu menjadi kebanggaan penduduk Sandakan. Anda hendaklah cuba mendapatkan pelabur lain mengambil alih pusat membeli belah ini dan mengubahsuai sebagi hotel.

5)Kebanjiran PATI di Bandar Sibuga Jaya di Batu 8 yang boleh saya gelarkannya sebagai 'Little Manila' atau 'Little Jakarta'.

6)Anda juga hendaklah membuat sebuah tapak yang lebih sesuai dan tersusun untuk menjual buah-buahan tempatan di hadapan Wisma Persekutuan.

7)Cuba mendapatkan pelabur untuk memajukan Pulau Berhala menjadi sebuah pulau peranginan untuk penduduk Sandakan beriadah. Selain itu, usahakan sebuah jambatan atau jalan untuk menghubungkan Sim Sim ke Pulau Berhala.

8)Majukan pantai Pasir Putih dengan membina resort atau hotel bertaraf antarabangsa seperti STAR Hotel, Sutera Harbour Resort atau Karambunai Hotel di Kota Kinabalu. Contohnya baru-baru ini, saya ingin membawa keluarga saya bermandi-manda semasa hari 'ketupat' tetapi saya terpaksa membatalkan hasrat saya itu kerana terlihat kawasan pantai yang begitu kotor dengan sampah sarap dan najis manusia yang timbul di permukaan air laut.

9)Lebarkan jalan raya kawasan sekolah SM Muhibbah dan SRJK Yuk Choi demi keselamatan pelajar-pelajar kerana kawasan ini begitu sempit dan sesak setiap kali selepas waktu persekolahan tamat.

10)Catkan semula warna dan baikpulih pintu gerbang 'SELAMAT DATANG' di hadapan Kelab Golf Batu 7.

11)Segerakan pembinaan Libaran ByPass demi keselamatan dan kesenangan pengguna jalan raya Sandakan.

Akhir sekali, saya berharap Shaimon dan Chang meneruskan usaha murni mereka. Jangan tertekan dengan tekanan politik di dalam kerja seharian anda. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada laman Sabahkini.net yang sememangnya berkesan dalam melaporkan permasalahan rakyat sesuai dengan motto laman iaitu 'Reveal The Truth, Prevail The Faith'.

Salam Hormat,

STEVE.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: SUMANGGAK DANCE GO NATIONWIDE

Posted: 15 Jun 2011 08:09 PM PDT

FOR the first time in the history of the Tombonuo people here, they made it to the national level in their cultural activity by getting the 'Sumanggak' dance into the Malaysia Book of Records.

The President of the Sabah Pitas Tombonuo People Association (PBTPS), En. Akian Ahkiew said that this is a significant achievement for the Tombonuos who have all this while been excluded in major cultural events.

"It was a proud moment last month when the association's dance group made it into the Malaysia Book of Records," he said. "Now we can look forward to more cultural activities and get our cultural heritage become an important part of Sabah's and Malaysia's cultural mosaic."

He regretted that even at the state level the Tombonuo dance has not been fully recognized unlike the dance of other ethnic groups. "This is not entirely the fault of cultural organizers," Akian admitted.

"It is also due to insufficient initiatives of the Tombonuo people themselves. But, now, under the association's new leadership, we are more aggressive in promoting the Tombonuo identity at the state and national level."

The sumanggak dance was part of the marathon dance performance organized by the Malaysia Book of Records in Kota Marudu on May 21, 2011. It involved the continuous performance of 24 dances by six Sabah ethnic groups which included the Kimaragang, Lobukon, Bajau, Tobilung and Rungus peoples. The deputy president of the PBTPS, Awong Ma Siu Lin informed that the Lobukons are a Dusunic tribe in the Kota Marudu district.

The Tombonuo group was roganised by Awong as the organizing chairman, assisted by other leaders of pBTPS, namely, Rahim Duyung, Mutting Duhilee, KK Serikau Kembura, Laiang Tingin, Eyang Singoron, Kuntingan Singoron, Dausieh bte Queek, Deus Amat and Tetmin Gawan.

TERJEMAHAN:

SUMANGGAK DICATAT DALAM MALAYSIA BOOOK OF RECORDS

BUAT pertama kali dalam sejarah bagi suku Tombonuo di Pitas, Sabah, telah menjangkau ke peringkat nasional dalam aktiviti budaya mereka dengan berjaya memasukkan tarian 'Sumanggak' ke dalam Malaysia Book of Records.

Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah (PBTPS), Akian Ahkiew berkata ini adalah satu pencapaian yang penting bagi suku Tombonuo yang selama ini tidak dimasukkan ke dalam majlis-majlis kebudayaan di peringkat negeri.

"Kami merasa begitu bangga apabila bulan lepas apabila kumpulan tarian persatuan ini berjaya masuk ke dalam Malaysia Book of Records,' katanya.

"Sekarang ini kita boleh percaya yang kita akan terlibat dalam lebih banyak aktiviti-aktivi budaya dan menjadikan warisan budaya Tombonuo sebagai satu aspek warisan budaya yang penting di Sabah dan juga di Malaysia."

Akian merasa sedikit kesal kerasa walau di peringkat negeri pun tarian Tombonuo belum mendapat pengiktirafan seperti tarian-tarian suku-suku lain. "Namun kita tidak dapat menyalahkan penganjur-penganjur pertunjukan kebudayaan," Akian mengakui.

"Ia juga disebabkan oleh kurangnya inisiatif di pihak masyarakat Tombonuo sendiri. Bagaimanapun, sekarang, di bawah kepimpinan PBTPS yang baru, kita lebih agresif dalam mempromosikan identiti Tombonuo di peringkat negeri dan nasional."

Dalam majlis tarian marathon di Kota Marudu pada 21 Mei lalu, tarian 'Sumanggak' telah dimasukkan sebagai satu daripada 24 tarian etnik tempatan yang dipersembahkan secara bersambung-sambung oleh enam kumpulan etnik tempatan, termasuklah tarian Kimaragang, Lobukon, Bajau, Tobilung dan Rungus. Timbalan presiden PBTPS, En. Awong Ma Siu Lin memaklumkan bahawa Lobukon adalah suku Dusunik yang tinggal di daerah Kota Marudu.

Kumpulan Tombonuo telah diurus oleh Awong sebagai pengerusi penganjur dengan dibantu oleh para pemimpin PBTPS, iaitu Rahim Duyung, Mutting Duhilee, KK Serikau Kembura, Laiang Tingin, Eyang Singoron, Kuntingan Singoron, Dausieh bte Queek, Deus Amat dan Tetmin Gawan.

- Sabahkini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gambar UFO <b>di Tuaran</b> Beach Resort, Kota Kinabalu? | Blog.4.Dead

Posted: 18 Jul 2010 12:00 AM PDT

KOTA KINABALU : "Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.

"Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau," kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata.

Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba 'mati' dengan semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.

Jemas berkata, dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu.

Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya.

"Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.

"Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba 'mati'. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu.

"Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara.

"Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang," katanya.

Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini.

Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

sumber : Harian Metro

Korang percaya ka kewujudan UFO?


Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


AADK <b>Negeri Sabah di</b> Program GALA Kokurikulum, Kem Malanggang <b>...</b>

Posted: 11 May 2011 01:22 AM PDT

Posted: 11 Mei 2011 by AADK Negeri Sabah in Ceramah, Pameran dll, Komuniti Bebas Dadah

Huhuu baru ada kesempatan untuk menulis setelah kerja-kerja 'Urgent' disiapkan… Yesss.. pada 21 – 23 April 2011, tu kami telah mengkuti pameran Sempena Program GALA kokurikulum, di Kem Malanggang, KiuluApa itu GALA Kokurikulum? Google ja di internet hahaha… Uiiinaaa punya main syokk haha.. Mulanya kami mau menginap di hotel saja, tapi jauh la pula kalau mau pi Tuaran… Last-last kami bukak Kem saja la hahaa…

Haaa.. nampak Kem di belakang tu?… tu la rumah kami untuk dua malam hehe…

Syokk ba tidur dalam kem ni hehee….

Apa la kwn ni sorang buat?  'Teknik Menelan Bula Purnama' kunu kekee..

Ini la pameran kami diwaktu malam… ;)

Ini la pameran kami diwaktu siang… ;)

3 jejaka pigitan haha… piley2…  hehe!

Antara tetamu yang melawat gerai pameran…… Aikk ada Chef di belakang, baju sama? hahhaa…

Adik-adik yang sedang melawat di gerai pameran kami…..

Suka adik sorang ni bermain Kiosk interaktif Antidadah….

Alalaaalaa… apa pulak ni? sempat juga kugiran AADK menghiburkan orang ramai di gerai Rakan Muda hahaa.. "Jujur Ikrar, Titah Negara…." kekee

Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas jemputan ini….. Serba sedikit kehadiran kami bersama-sama dalam program sebegini dapat memberi pendedahankan kepada orang ramai khususnya kepada para pelajar akan betapa pentingnya mengamalkan hidup sihat tanpa dadah… Selain itu, kami juga banyak berkempen mengenai Klinik Cure & Care kepada guru-guru, Ibubapa mahupun kepada orang ramai yang turut serta memeriahkan lagi program tersebut….

p/s – Banyak lg gambar yg belum diupload… ba nanti ada masa akan dikemaskinik ok…  banyak lagi koleksi gambar di bawah tu…… ;

Be the first to like this post.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved