ads

Khamis, 26 Julai 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Huminodun: Tempat Menarik <b>Di kudat</b>

Posted: 17 Jul 2012 12:00 AM PDT

Selamat Datang Ke Bandar Kudat,..
biarpun nampak sederhana tapi indah,.indah bagi yang tahu menghayatinya.
Tapi sebelum aku cerita tempat-tempat menarik di kudat,aku nak cerita dulu tentang asal usul momogun kudat.sebab aku ini asalnya dari kudat hehe,.

Asal usul momogun kudat

Ringkas ja sebenarnya cerita ne,seperti yang aku cerita di post aku yang lalu,.tentang asal usul momogun rungus itu,kalau tak baca boleh baca sini,.
Rungusu di kudat ini sebenarnya berasal daripada Aki Rungusud yang telah berhijrah dari Nunuk Ragang.Aki Rungusud merupakan seorang tokoh momogun laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu.
Serba sedikit aku ceritakan tentang asal usul momogun kudat di sini.pada post aku yang selanjutnya nanti aku akan ceritakan lebih banyak tentang sejarah rungus kawasan kudat,tidak tertumpu di kawasan kudat saja sebenarnya.
Jadi,.jum kita p meronda-ronda tempat menarik di kudat pula,..

Tempat Menarik Di Kudat

The Trip Of Borneo Tanjung Simpang Mangayau..
Satu tempat yang sangat cantik untuk dikunjungi.Apa lagi kalau waktu senja,cantik sangat.Rasa macam mau buat rumah terus disitu hehe..
Gambar aku time p simpang mangayau hehe,..
Bersama dengan geng tersayang..
Peta Dunia ba kunun itu,..
Tempat aku dan geng aku duduk tadi,.kalau waktu senja ne,memang cantik sangat.samapi tak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
tak percaya,.trylh sendiri pergi sana..^_^
Tong sampah yang ada di simpang mangayau.Comel gitu haha..
Tempat untuk bersantai sambil menikmati pemandangan yang indah.
Siapa yang nak tidur sehari dua pun boleh,ada disediakan chalet untuk tidur.
Papan tanda pergi ke chalet.




Ne bukan chalet ya,.tapi tandas.

Dewam makan pun ada juga disediakan,jadi jangan risau ada juga tempat makan.


Salah satu kedai makan yang ada di simpang mengayau.
Itu saja aku dapat bagi gambar di simpang mengayau.
thank for my info gambar ^_^
Akan datang aku akan ceritakan asal usul simpang mengayau pula.
Sebelum itu aku sertakan gambar waktu senja di simpang mangayau.

Tindakon Dazang Beach

First tadi di simpang mengayau,.ne kali aku bawa kamu pula pergi ke Tindakon Dazang Beach yang terletak di kampung Terongkungan Kudat Sabah.

Sebenarnya,pantai Terongkungan ini juga ada sejarahnya sendiri,tapi nanti aku akan cerita di post aku yang seterusnya.Disini aku hanya sertakan gambar-gambar saja untuk rujukam kamu.



Cantik dan tenang bukan?..sejuk mata memandang..
Ne pula waktu senja di Tindakon Dazang,..
Habis cerita tentang Tindakon Dazang,sekarang nak cerita tempat lain pula.Buy the way,.
gambar kat sini sedikit saja yang ada,kamu boleh tengok selebihnya Disini..
Tak baik tau klu da ambil pic orang tak promote sekali sumber tu hehehe..

Pulau Kelambu Kudat Sabah

Ini gambar "ori" dari aku ya,.boleh ambil kalau ada yang nak ambil
Aku tak marah juga kikiki...
Walaupun jarang dengar orang sebut nama tempat ne,apatah lagi semenjak ada pesaing dia wujud iaitu Simpang Mangayau,tempat ne jarang sudah orang pergi.
 My mumy and my sister,.
yang budak kecil dua orang nun jauh disana itu ialah adik aku juga.

Itu saja untuk Pulau Kelambu.Pulau Kelambu ne tidak jauh daripada simpang mangayau.satu jalan juga tu cuma lain arah hehe..
Pulau Kelambu pemandangan dari atas.

Pantai Kimihang Kudat Sabah


 Tidak banyak maklumat yang aku tahu tentang pantai kimihang,ini kerana aku jarang pergi sana,dan jarang juga aku dengar orang-orang bercerita tentang kimihang.

Pantai Bak-Bak Kudat Sabah

Kita pergi pulau ke Pantai Bak-Bak kudat.sama juga seperti pantai kimihang tadi,tidak banyak yang aku tahu tentang pantai bak-bak ini.Aku pernah pergi 3 kali sahaja.Selepas wujudnya Simpang Mengayau(memang wujud dari dulu cuma belum terkenal) tidak pernah sudah aku pergi ke pantai bak-bak.


Habis cerita tentang pantai-pantai.Banyak lagi sebenarnya pantai yand ada di kudat tapi hanya itu yang aku rasa selalu orang sebut dan pergi,terkenallh ba katakan,..
And now,.aku bawa pula kamu meronda kat tempat-tempat menarik di kudat selain pantai.
Selain daripada terkenal dengan pantai yang indah,kudat juga ada tempat lain yang menarik.Apa ka dia itu?..jum kita skodeng dulu hehe..^_^

Maranjak LongHouse Kudat Sabah

Firstly,kita pergi dulu meronda di kg Bavangazo Kudat kerana disanalh terletaknya rumah panjang rungus iaitu Maranjak Longhouse.


 Tradisional bukan??..^-^


Sapa yang berminat untuk melihat rumah panjang rungus yang asli,bolehlah pergi ke Maranjak Longhouse di kg bavangazo kudat.Selain dari Maranjak Longhouse,di kg Gombizau pula ada madu.Bukan madu bini hehe,.tapi madu lebah,..jum kita pergi sana..

Gombizau Honey Bee

Gombizau Kampung Madu tulisan kat papan tanda tu..


Tak takut ke?..hehe.sakit ne kalau kena senget..
Mestilah diorang ada teknik yang hebat kalau nak ambil madu ne.
Tempat terakhir yang aku nak bawa kamu meronda ialah 
Kg Sumangkap kudat tempat buang gong.

Kg Sumangkap Kudat Sabah



 Okelah..penat sudah aku menaip ne haha,.
mau rehat dulu kejap ba,.pening kepala sudah ne tengok-tengok lappy(laptop).
Sebelum tu,aku nak cerita sikit tentang kg Sumangkap.Kg sumangkap ini seperti yang kita tahu,di kampung inilah terletaknya bengkel untuk membuat gong.Kira pengeluar utama gonglh ini kampung sumangkap.Orang kampung disini jugalh yang membuat gong besar itu,
(jangan dekat kang gong tu runtuh,pengsan nanti haha..)
Bengkel tempat untuk buat gong.
Bintang-bintang kat atas tu tandanya penutup kata da tu hahaha..
Sila komen kalau tak tahu,ingin tahu jangan malu nak tanya..

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Blog Aku ^_^

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


PARLIMEN 174 <b>PAPAR</b>, DUN KAWANG, DAN PANTAI MANIS TETAP

Posted: 12 Jul 2012 06:07 AM PDT

Seorang penyokong parti barisan nasional yang mempunyai kredibiliti meramal tentang pilihanraya ke -13 ini, meramalkan DUN Kawang tetap dimenangi oleh calon penyandang jika direstui oleh pucuk pimpinan negeri sebagai calon atas pilihan rakyat.
Saudara  Haji AMG  yang ditemui semalam mengatakan, jika Yb Datuk Hj Gulam disenaraikan sebagai calon pada pilihanraya ke -13 ini, sudah tentu kali ini kemenangan bakal dalam genggaman beliau. Ujar saudara Hj AMG.
Hj AMG berpendapat, bahawa azam bagi merealisasikan kemajuan minda atau kemajuan dari segi ekonomi dan perancangan yang bersesuaian untuk rakyat, perlu dilihat bermula dari sekarang dan masa-masa akan datang.
Rakyat di DUN kawang sudah sebati atas kepimpinan Yb Datuk Hj Gulam. Rakyat tidak berganjak untuk memberikan sokongan kepada beliau,kerana rakyat tahu tanggungjawab beliau sentiasa turun ke padang untuk bersama-sama rakyat tidak pernah diabaikan, dengan demikian usaha ingin memastikan rakyat dalam kawasan DUN tersebut tidak mempunyai sebarang masalah yang timbul.
Jika ada masalah  di kalangan rakyat, maka Yb Datuk Hj Gulam sentiasa perihatin untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh rakyat di kawasan tersebut. Ini penting bagi menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Hj AMG menambah, bahawa pintu pejabat UMNO papar,  semestinya sentiasa terbuka kepada rakyat yang bermasalah, dan bukan sahaja hanya layanan di pejabat, malahan di mana sahaja rakyat yang di temui mesti di layan dengan penuh keukhuwahan yang berterusan. Agar permasalahan  rakyat dapat di usahakan untuk di bawa bersemuka dengan cara yang cukup berhemah.
Walaupun ada desa sesus konon ada  suara-suara yang sumbang mengatakan permohonan rakyat tidak dapat diselesaikan secara total dan teratur. Tapi ungkapkata para pemimpin UMNO rakyat didahulukan pencapaian diutamakan mesti menjadi amalan oleh pemimpin di kawasan tersebut. Dan jangan hanya dilihat sebelah mata tentang cogankata yang sering dilaung-laungkan di mana-mana media bacaan sentiasa tersiar. Dalam waktu yang sama pihak pembangkang akan mencari beberapa kelemahan dalam konteks masalah di setiap kampung yang masih belum diselesaikan jika ada, perlu cepat diambil tindakan, jangan hanya berjanji dimulut sahaja. janji tetap ditunaikan. Jika tidak pihak pembangkang senang  meracuni hati rakyat.
Walaupun rakyat tidak memberikan sokongan kepada pembangkang. Tapi dakyah-dakyah pembangkang sedikit sebanyak boleh melukai hati dan perasaan rakyat. Walaupun demikian pembangkang suka berjanji memberikan bulan dan bintang, kerana rakyat. Namun rakyat tidak semudah itu dapat dipujuk untuk memihak kepada pembangkang.
Sikap pemimpin yang selalu tidak muncul sebelum pilihanraya, perlu diubah ke arah pendekatan yang kerapkali untuk meninjau dan mendekati rakyat, meskipun pilihanraya masih belum ada tanda-tanda untuk diadakan dalam masa yang terdekat ini.
Tetap diyakini bahawa parlimen papar termasuk DUN pantai manis akan bakal menjadi milik parti barisan nasional. Pihak pembangkang jangan cuba-cuba mencari demam kekalahan. Dan akhirnya pembangkang bakal kegelapan di papar.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Kelapa Mawar: DATUK &#39;T&#39;, PENCATUR POLITIK <b>KOTA BELUD</b>

Posted: 06 Jul 2012 03:29 AM PDT

Siapa Datuk "T' di Kota belud?
Datuk 'T' atau 'Trio' yang disebut-sebut sangat ideal dalam mencorakkan warna politik di Kota belud menurut kehendak dan inspirasi mereka dikatakan merencanakan strategi baru untuk memenangi PRU 13 nanti. Datuk 'T' yang dimaksukan itu ialah MP Kota Belud, Datuk Rahman dahlan,Datuk Salleh Tun Said, ketua UMNO KB dan Datuk Musbah Jamli Adun Tempasuk.
Ketiga-tiga pemimpin yang sebelum ini berada pada kedudukan 'stress' lantaran kurangnya persefahaman, kini memulakan langkah baru dalam percaturan politik mereka apabila keintimana hubungan diperhebatkan.Dalam beberapa majlis di Kota Belud, Datuk Musbah dan Datuk Rahman Dahlan dikatakan seperti "merpati dua sejoli' apabila kelihatan sentiasa bersama-sama, menjadikan mereka antara YB-YB di Kota Belud yang nampak rapat dan mempunyai persefahaman politik peribadi.
benarkah Datuk R menumpang tuah datuk S?
Namun begitu dijangka keintiman itu akan bertambah kuat apabila dengan  kehadiran Datuk Salleh dalam senarai calon DUN di usukan kelak. Datuk Salleh sebelum ini telahpun memulakan perang saraf politiknya apabila merestui Datuk rahman dahlan dicalonkan di Parlimen pada PRU 13 walaupun pada asasnya mendapat tentangan  dari AJK UMNO KB.
lengkap sudah gelaran Datuk 'T' di Kota belud?
Pemerhati politik di daerah koboi itu bersetuju bahawa ketiga-tiga datu 'T' ini sebenarnya saling memerlukan untuk menterjemahkan satu kemenangan mutlak pada PRu 13 nanti. Rahman dahlan sebelum ini dilabelkan antara pemimpin yang berjaya mendapatkan tempias pengaruh Datuk salleh sehingga berjaya dimertabatkan sebagai MP Kota belud pada PRu 12 lepas.pada PRu 13 ini8 di9jangka jika Datuk salleh menang di Usukan, maka tempiasnya juga akan terasa di Parlimen.Begitu juga kemenangan Datuk Musbah di Tempasuk kelak juga akan memanjangkan sokongan rakyat kepada Rahman di parlimen.Justeru itu Rahman pada benaknya merasakan sudah sampai masanya beliau merelakan percaturan politiknya menumpag pada tuah Datuk Salleh dan datuk Musbah.
seorang penganalisis politik tempatan memberitahu kelapamawar bahawa, Kota Belud seklai lagi akan terpaksa menerima calon import pada PRu 13 nanti, bila Datuk rahman Dahlan akan terus di kekalkan di Parlimen sebagai prasyarat datuk Salleh kembali ke Usukan dan pengekalan Datuk Musbah di Dun Tempasuk.Jika ini kebenarannya, pembangkang di Kota Belud yang sinonim dengan sdr Musli Oli terpaksa bekerja keras untuk memastikan sekurang-kurangnya majoriti kemenangan ketiga-tiga datuk "T' ini bakal merudum.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


sabahkini.net: RAMADAN KONTANG <b>DI TUARAN</b>?

Posted: 25 Jul 2012 11:51 PM PDT


TUARAN: Para penduduk di Kampung Giling Laut, Tuaran, dekat sini, merayu kepada pihak Jabatan Air agar mengambil tindakan segera terhadap masalah ketiadaan bekalan air di kampung mereka yang masuk hari kelima semalam.
Seorang penduduk prihatin yang hanya ingin dikenali sebagai Din, 38 tahun, berkata setiap rumah sebanyak kira-kira 200 buah di kampung itu mendapat bekalan air melalui paip besar dari loji penapisan air Telibong, Tamparuli.
Katanya, beliau telahpun membuat aduan beberapa kali kepada Juruteknik Jabatan Air di daerah tersebut dan telah dijanjikan penyambungan semula bekalan air pada Isnin namun, sehingga petang kelmarin masih belum ada air.
Juruteknik yang dikenalinya sebagai Abdullah Osman itu memaklumkan bahawa masalah yang berlanjutan tersebut dikatakan berpunca daripada projek pembaikan kebocoran paip di Kampung Lakang, Tamparuli menyebabkan kebanyakan kawasan termasuk Kampung Giling Laut juga terlibat.
"Sepatutnya jika mereka tahu bahawa masalah itu akan berlanjutan sehingga lima hari, perlu difikirkan inisiatif lain seperti penghantaran air melalui lori dari rumah ke rumah atau setidak-tidaknya mungkin sumber lain yang kami boleh pergi untuk mendapatkan air.
"Kami punya anak-anak kecil yang mahu ke sekolah, yang mahu makan dan minum, tetapi hal sedemikian nampaknya tidak difikirkan oleh pihak berkenaan, sehinggakan ramai penduduk kampung ini yang terpaksa menggunakan perahu untuk ke kampung berhampiran (Kampung Giling Tengah) semata-mata untuk mendapatkan sumber air," jelas bapa kepada 3 anak itu.
Menurut Din, oleh kerana tidak ada perigi langsung di kampung itu, beliau terpaksa mengangkut air dari Taman Sri Rugading menggunakan gelen kosong untuk keperluan mandi anaknya yang bersekolah.
"Kalau untuk minum, kebanyakan kami terpaksa membeli air dari mesin menjual air yang terdapat mana-mana di kawasan pekan.
Lebih menyedihkan, isteri beliau yang baru bersalin sebulan lepas juga terpaksa melalui situasi sedemikian, selain beberapa keluarga lain yang turut mempunyai anak-anak kecil.
"Mungkin ada di antara penduduk termasuk saya sendiri ada menyimpan air dalam tong-tong air sebagai bekalan tetapi kalau sudah sampai lima hari, mana cukup untuk menampung keperluan harian sekeluarga apatah lagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai," keluh Din.
Katanya, beliau juga ada menghubungi Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Abdullah Sani dan memaklumkan permasalahan itu, dan pegawai itu berjanji untuk memaklumkannya kepada pihak Jabatan Air segera.
Justeru, beliau menggesa pihak Jabatan Air agar mempercepatkan penyambungan semula bekalan air di kawasan itu sebelum terjadi sebarang perkara yang tidak diingini.
Beliau turut menggesa para pemimpin tempatan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Ketua Kampung agar memberi perhatian serius mengenai isu ketiadaan air di kampung itu untuk difikirkan cara penyelesaiannya pada masa-masa akan datang.(ST)

Gejala Kekurangan Bekalan Air Masaalah Utama <b>Di Tuaran</b>

Posted: 26 Jul 2012 09:30 AM PDT

Isu ketiadaan bekalan air berseh di Tuaran ketika bulan ramadan ini seakan-akan sudah menjadi trend di daerah tersebut. Tahun lalu dan dalam bulan yang sama penghuni perumahan Taman Sri Rugading mengalamai masaalah tragedi kekurangan air sehingga penduduk disana dikatakan terpaksa membeli air 'mineral' dari penjaja yang menyediakan khidmat tersebut.
Dalama masa itu, mereka terpaksa memohon untuk di Kasihani dan merayu untuk mendapat keperihatin sikit serta jasa baik dari YB datuk Hajiji selaku ADUN kawasan Sulaman merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.
  • Tahun ini giliran Kg Giling Laut pula yang berhadapan dengan masaalah yang sama sehinggakan para penduduk di Kampung tersebut terpaksa merayu kepada pihak Jabatan Air agar mengambil tindakan segera terhadap masalah ketiadaan bekalan air di kampung mereka yang masuk hari kelima semalam.
  • Dalam isu ketiadaan bekalan air di Kg Giling laut ini, seorang penduduk Kg tersebut yang dikenali sebagai Din, 38 tahun, berkata setiap rumah sebanyak kira-kira 200 buah di kampung itu mendapat bekalan air melalui paip besar dari loji penapisan air Telibong, Tamparuli.
  • Katanya, beliau telahpun membuat aduan beberapa kali kepada Juruteknik Jabatan Air di daerah tersebut dan telah dijanjikan penyambungan semula bekalan air pada Isnin lalu, namun sehingga petang kelmarin masih belum ada air.
Juruteknik yang dikenalinya sebagai Abdullah Osman itu memaklumkan bahawa masalah yang berlanjutan tersebut dikatakan berpunca daripada projek pembaikan kebocoran paip di Kampung Lakang, Tamparuli menyebabkan kebanyakan kawasan termasuk Kampung Giling Laut juga terlibat.
Kata Din selanjutnya, sepatutnya jika mereka tahu bahawa masalah itu akan berlanjutan sehingga lima hari, perlu difikirkan inisiatif lain seperti penghantaran air melalui lori dari rumah ke rumah atau setidak-tidaknya mungkin sumber lain yang kami boleh pergi untuk mendapatkan air.
  • "Kami punya anak-anak kecil yang mahu ke sekolah, yang mahu makan dan minum, tetapi hal sedemikian nampaknya tidak difikirkan oleh pihak berkenaan, sehinggakan ramai penduduk kampung ini yang terpaksa menggunakan perahu untuk ke kampung berhampiran (Kampung Giling Tengah) semata-mata untuk mendapatkan sumber air," jelas bapa kepada 3 anak itu.
  • Menurut Din, oleh kerana tidak ada perigi langsung di kampung itu, beliau terpaksa mengangkut air dari Taman Sri Rugading menggunakan gelen kosong untuk keperluan mandi anaknya yang bersekolah.
  • "Kalau untuk minum, kebanyakan kami terpaksa membeli air dari mesin menjual air yang terdapat mana-mana di kawasan pekan.
  • Lebih menyedihkan, isteri beliau yang baru bersalin sebulan lepas juga terpaksa melalui situasi sedemikian, selain beberapa keluarga lain yang turut mempunyai anak-anak kecil.
  • "Mungkin ada di antara penduduk termasuk saya sendiri ada menyimpan air dalam tong-tong air sebagai bekalan tetapi kalau sudah sampai lima hari, mana cukup untuk menampung keperluan harian sekeluarga apatah lagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai," keluh Din.
  • Katanya, beliau juga ada menghubungi Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Abdullah Sani dan memaklumkan permasalahan itu, dan pegawai itu berjanji untuk memaklumkannya kepada pihak Jabatan Air segera.
Justeru, beliau menggesa pihak Jabatan Air agar mempercepatkan penyambungan semula bekalan air di kawasan itu sebelum terjadi sebarang perkara yang tidak diingini.
Beliau turut menggesa para pemimpin tempatan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Ketua Kampung agar memberi perhatian serius mengenai isu ketiadaan air di kampung itu untuk difikirkan cara penyelesaiannya pada masa-masa akan datang.
Selain dari itu, fenomena kekurangan bekalan air di beberapa buah kampung saperti Kg Kindu, Kg Serusup dan kampung-kampung yang berhampiran maseh belum diselesaikan.
Sumber: SabahKini, Agensi
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved