ads

Khamis, 26 Julai 2012

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Kelapa Mawar: DATUK &#39;T&#39;, PENCATUR POLITIK <b>KOTA BELUD</b>

Posted: 06 Jul 2012 03:29 AM PDT

Siapa Datuk "T' di Kota belud?
Datuk 'T' atau 'Trio' yang disebut-sebut sangat ideal dalam mencorakkan warna politik di Kota belud menurut kehendak dan inspirasi mereka dikatakan merencanakan strategi baru untuk memenangi PRU 13 nanti. Datuk 'T' yang dimaksukan itu ialah MP Kota Belud, Datuk Rahman dahlan,Datuk Salleh Tun Said, ketua UMNO KB dan Datuk Musbah Jamli Adun Tempasuk.
Ketiga-tiga pemimpin yang sebelum ini berada pada kedudukan 'stress' lantaran kurangnya persefahaman, kini memulakan langkah baru dalam percaturan politik mereka apabila keintimana hubungan diperhebatkan.Dalam beberapa majlis di Kota Belud, Datuk Musbah dan Datuk Rahman Dahlan dikatakan seperti "merpati dua sejoli' apabila kelihatan sentiasa bersama-sama, menjadikan mereka antara YB-YB di Kota Belud yang nampak rapat dan mempunyai persefahaman politik peribadi.
benarkah Datuk R menumpang tuah datuk S?
Namun begitu dijangka keintiman itu akan bertambah kuat apabila dengan  kehadiran Datuk Salleh dalam senarai calon DUN di usukan kelak. Datuk Salleh sebelum ini telahpun memulakan perang saraf politiknya apabila merestui Datuk rahman dahlan dicalonkan di Parlimen pada PRU 13 walaupun pada asasnya mendapat tentangan  dari AJK UMNO KB.
lengkap sudah gelaran Datuk 'T' di Kota belud?
Pemerhati politik di daerah koboi itu bersetuju bahawa ketiga-tiga datu 'T' ini sebenarnya saling memerlukan untuk menterjemahkan satu kemenangan mutlak pada PRu 13 nanti. Rahman dahlan sebelum ini dilabelkan antara pemimpin yang berjaya mendapatkan tempias pengaruh Datuk salleh sehingga berjaya dimertabatkan sebagai MP Kota belud pada PRu 12 lepas.pada PRu 13 ini8 di9jangka jika Datuk salleh menang di Usukan, maka tempiasnya juga akan terasa di Parlimen.Begitu juga kemenangan Datuk Musbah di Tempasuk kelak juga akan memanjangkan sokongan rakyat kepada Rahman di parlimen.Justeru itu Rahman pada benaknya merasakan sudah sampai masanya beliau merelakan percaturan politiknya menumpag pada tuah Datuk Salleh dan datuk Musbah.
seorang penganalisis politik tempatan memberitahu kelapamawar bahawa, Kota Belud seklai lagi akan terpaksa menerima calon import pada PRu 13 nanti, bila Datuk rahman Dahlan akan terus di kekalkan di Parlimen sebagai prasyarat datuk Salleh kembali ke Usukan dan pengekalan Datuk Musbah di Dun Tempasuk.Jika ini kebenarannya, pembangkang di Kota Belud yang sinonim dengan sdr Musli Oli terpaksa bekerja keras untuk memastikan sekurang-kurangnya majoriti kemenangan ketiga-tiga datuk "T' ini bakal merudum.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved