ads

Khamis, 26 Julai 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


PARLIMEN 174 <b>PAPAR</b>, DUN KAWANG, DAN PANTAI MANIS TETAP

Posted: 12 Jul 2012 06:07 AM PDT

Seorang penyokong parti barisan nasional yang mempunyai kredibiliti meramal tentang pilihanraya ke -13 ini, meramalkan DUN Kawang tetap dimenangi oleh calon penyandang jika direstui oleh pucuk pimpinan negeri sebagai calon atas pilihan rakyat.
Saudara  Haji AMG  yang ditemui semalam mengatakan, jika Yb Datuk Hj Gulam disenaraikan sebagai calon pada pilihanraya ke -13 ini, sudah tentu kali ini kemenangan bakal dalam genggaman beliau. Ujar saudara Hj AMG.
Hj AMG berpendapat, bahawa azam bagi merealisasikan kemajuan minda atau kemajuan dari segi ekonomi dan perancangan yang bersesuaian untuk rakyat, perlu dilihat bermula dari sekarang dan masa-masa akan datang.
Rakyat di DUN kawang sudah sebati atas kepimpinan Yb Datuk Hj Gulam. Rakyat tidak berganjak untuk memberikan sokongan kepada beliau,kerana rakyat tahu tanggungjawab beliau sentiasa turun ke padang untuk bersama-sama rakyat tidak pernah diabaikan, dengan demikian usaha ingin memastikan rakyat dalam kawasan DUN tersebut tidak mempunyai sebarang masalah yang timbul.
Jika ada masalah  di kalangan rakyat, maka Yb Datuk Hj Gulam sentiasa perihatin untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh rakyat di kawasan tersebut. Ini penting bagi menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Hj AMG menambah, bahawa pintu pejabat UMNO papar,  semestinya sentiasa terbuka kepada rakyat yang bermasalah, dan bukan sahaja hanya layanan di pejabat, malahan di mana sahaja rakyat yang di temui mesti di layan dengan penuh keukhuwahan yang berterusan. Agar permasalahan  rakyat dapat di usahakan untuk di bawa bersemuka dengan cara yang cukup berhemah.
Walaupun ada desa sesus konon ada  suara-suara yang sumbang mengatakan permohonan rakyat tidak dapat diselesaikan secara total dan teratur. Tapi ungkapkata para pemimpin UMNO rakyat didahulukan pencapaian diutamakan mesti menjadi amalan oleh pemimpin di kawasan tersebut. Dan jangan hanya dilihat sebelah mata tentang cogankata yang sering dilaung-laungkan di mana-mana media bacaan sentiasa tersiar. Dalam waktu yang sama pihak pembangkang akan mencari beberapa kelemahan dalam konteks masalah di setiap kampung yang masih belum diselesaikan jika ada, perlu cepat diambil tindakan, jangan hanya berjanji dimulut sahaja. janji tetap ditunaikan. Jika tidak pihak pembangkang senang  meracuni hati rakyat.
Walaupun rakyat tidak memberikan sokongan kepada pembangkang. Tapi dakyah-dakyah pembangkang sedikit sebanyak boleh melukai hati dan perasaan rakyat. Walaupun demikian pembangkang suka berjanji memberikan bulan dan bintang, kerana rakyat. Namun rakyat tidak semudah itu dapat dipujuk untuk memihak kepada pembangkang.
Sikap pemimpin yang selalu tidak muncul sebelum pilihanraya, perlu diubah ke arah pendekatan yang kerapkali untuk meninjau dan mendekati rakyat, meskipun pilihanraya masih belum ada tanda-tanda untuk diadakan dalam masa yang terdekat ini.
Tetap diyakini bahawa parlimen papar termasuk DUN pantai manis akan bakal menjadi milik parti barisan nasional. Pihak pembangkang jangan cuba-cuba mencari demam kekalahan. Dan akhirnya pembangkang bakal kegelapan di papar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved