ads

Ahad, 19 Jun 2011

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Gempa <b>Di Tawau</b> Berskala Kecil | Beliafun Blogging 2010 - 2011

Posted: 24 May 2011 04:30 AM PDT

by Mrbelia on 08:00 PM, 24-May-11

TAWAU: Gegaran akibat gempa bumi berukuran 2.4 pada skala Richter yang dilaporkan berlaku jam 4.32 petang tadi di kedudukan 4.1 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur, tidak dirasai oleh ramai penduduk Tawau. Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penduduk yang ditemui memaklumkan bahawa mereka tidak merasai apa-apa gegaran dan masing-masing menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan 5 petang tadi dan difaks kepada Bernama menyebut bahawa pusat gempa berkenaan berlaku 52 kilometer di Barat Daya Tawau. Kenyataan itu juga menyebut bahawa gegaran akibat gempa lemah itu mungkin dirasai di beberapa kawasan di bahagian Tawau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Pekan <b>Tuaran</b> | my.Mustaffa

Posted: 11 Nov 2010 12:00 AM PST

Pekan Tuaran 4 Gambar Kedai Lama Pekan Tuaran

EJAAN 'RUNCHIT" YANG MASIH KEKAL – Deretan kedai lama di Pekan Tuaran ini masih lagi utuh berdiri walaupun ada bahagian-bahagian tertentu bangunan telah rosak. Pekan ini tidak jauh dengan pekan lama di tempat-tempat lain juga. Semasa di Sarawak lepas aku ada kongsikan gambar kedai lama di Oya dan Matu.

Info Mengenai Tuaran

Tuaran adalah sebuah bandar serta merupakan sebuah daerah yang terletak di Daerah Pantai Barat, barat laut Sabah, Malaysia di Pulau Borneo. Daerah Tuaran berkeluasan kira-kira 1,166 kilometer persegi dan mempunyai jumlah kepadatan penduduk kira-kira seramai 94,100 orang pada tahun 2006. Kira-kira setengah dari populasi penduduk ialah dari suku kaum Dusun, manakala diikuti etnik Bajau, dan Cina. Tuara juga terkenal dengan binaan 9 tingkat Pagoda Cina yang dijadikan lambang / mercu tanda bandar ini.

Berdekatan dengan tempat pelancongan seperti Kampung Air Mengkabong dan Kampung Air Penimbawan, yang merupakan rumah perkampungan yang kedudukannya seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai. Terdapat beberapa lokasi resort pelancongan yang bertaraf 3 hingga 5 bintang seperti The Shangri-La's Rasa Ria Resort, The Mimpian Jadi Resort dan  The Sabandar Resort. Tambahan dari itu terdapat juga beberapa resort kecil yang turut menyediakan khidmat penginapan, katering dan makanan serta aktiviti sukan air pada kos yang lebih rendah dan berpatutan sesuai bagi mereka yang menginginkan keriangan yang sederhana ketika melancong.

Bandar ini merupakan destinasi persinggahan yang begitu popular kepada para pelancong dan masyarakat yang dalam perjalanan pergi/balik ke/dari bandar-bandar di utara Sabah seperti (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, dan Tenghilan) dan bagi mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu. Bandaraya Kota Kinabalu terletak hanya 34 km ke selatan Tuaran. Kota Tuaran telah mengalami suatu betuk pembesaran kawasan yang drastik tetapi kini pembesaran kota ini mengalami sedikit renjatan akibat bentuk muka bumi Tuaran yang agak terhad berikutan terdapatnya sungai yang mengelilingi bandar ini.

Setiap pagi ahad, Tuaran akan dimeriahkan dengan pembukaan Pasar Tamu yang merupakan pasar besar ala tradisional yang menjual pelbagai barangan domestik rakyat Sabah khususnya dari daerah Tuaran dan sekitarnya. Diantara barangan yang dijual adalah seperti sayur-sayuran tuaian, buah-buahan tuaian, ikan dan makanan laut, kek tradisional, produk tembakau tradisional, cenderamata dan banyak lagi.Pasar Tamu sudah banyak menarik ramai pelancong ke Tuaran kerana barangan dan hasil tuaian yang dijual sanagt mengujakan dengan harga yang sangat munasabah. Pasar Tamu yang tedapat di Tuaran ini adalah yang kedua selepas satu lagi Pasar Tamu yang terdapat di Kota Belud. Perbezaan antara kedua-dua Pasar Tamu ini boleh dilihat dari segi saiz pasar dan nilai barang esotik yang dijualnya.

Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan bahasa Melayu yakni tawaran yang beerti 'jualan' atau 'tawar' atau 'diskaun' atau 'promosi'. Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke Tuaran untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.

pixel Gambar Kedai Lama Pekan Tuaran

Baca Ini Juga!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Bertemu <b>di</b> Seri <b>Keningau</b>

Posted: 18 Jun 2011 07:20 PM PDT


Basuni Hamim menunjukkan outlet terbaru Seri Keningau di Seksyen 13, Shah Alam,


SERI Keningau menjanjikan masakan Melayu pelbagai ragam meliputi masakan dari seluruh pelosok tanah air. Kepelbagaian itu sekali gus memberi pilihan kepada pengunjung untuk menikmati juadah bergantung kepada selera saat itu. Puluhan masakan kampung yang tersedia membuatkan mata rambang membuat pilihan.

Ada ayam masak merah, sambal goreng Singapura, nangka masak lemak, kari ayam, ikan bakar, dan himpunan sayuran yang macam-macam.

Sejam di Restoran Keningau terbaru di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini cukup mengenyangkan apabila semua juadah tersebut disediakan di dalam sebuah pinggan besar.

Pengarah Urusan Seri Keningau, Basuni Hamim berkata, pihaknya amat cerewet dalam memastikan kualiti setiap hidangan.

"Semua makanan dijual dengan harga berpatutan. Kami memang menyediakan juadah paling sedap, segar dan terbaik," kata Basuni.

Lelaki berasal dari Klang, Selangor itu turut menawarkan tiga hidangan terbaik kepada pengunjung selain hidangan lauk-pauk sedia ada. Menu itu adalah mee udang dengan harga RM7, char kue tiau (RM4) dan nasi mandi (RM15) yang masing-masing punyai rasa tersendiri.

Contohnya mee udang menggunakan bahan mentah paling segar. Kuah yang siap tersedia cukup mewah dengan kemanisan udang.

Begitu juga dengan rasa char kuetiau di Seri Keningau. Cukup sempurna dipadankan dengan telur mata kerbau. Sementara keenakan nasi mandi umpama menikmati juadah nasi Arab apabila dicicah dengan sambal pelengkap juadah.

Restoran Seri Keningau dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam. Selain di Seksyen 13, Shah Alam, pengunjung boleh menikmati masakan tersebut di cawangannya yang lain termasuk di Keningau, Tawau di Sabah, Bandar Baru Klang dan Seksyen 18, Shah Alam (Selangor).

Restoran tersebut juga giat mempromosikan Kentang Ball berintikan daging yang digoreng dengan telur. Menu itu dihidangkan bersama sup. Begitu juga dengan masakan ayam masak putih menggunakan bahan mentah dari organik yang cukup sihat.

Dalam perkembangan lain, Seri Keningau juga menyediakan perkhidmatan tempahan. Antara juadah paling kerap menjadi pilihan adalah daging dendeng, ayam goreng berempah, daging masak cili padi dan udang masak mentega.

Semuanya ditawarkan dengan harga berpatutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NADI KEHIDUPAN <b>KENINGAU</b> TERANCAM

Posted: 18 Jun 2011 11:58 PM PDT


Oleh: KREW SABAHKINI.NET (BINGKOR)

SUNGAI Babayo merupakan 'nadi kehidupan' iaitu sumber air utama kepada penduduk di Keningau, terutama sekali kepada penduduk di Mukim Bingkor, Apin-Apin dan Keningau.

Sungai ini merupakan salah satu daripada sungai yang mempunyai kualiti air yang bermutu tinggi dan jernih di daerah Keningau sehingga menjadi tempat bagi penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih.

Selain untuk kegunaan pertanian dan pengairan, sumber air daripada sungai ini digunakan untuk memasak, membasuh, mandi, air minuman dan sebagainya.

Berikutan kebimbangan kerosakan dan pencemaran yang mungkin akan berlaku terhadap Sungai Bayayo, Ahli Jawatankuasa Pemikir, Koperasi Kelapa Sawit Kandang Besar Bhd. di Bingkor, Jonathan Likoh, menyuarakan pendapat beliau sewaktu ditemui baru-baru ini menyatakan bahawa; "perlu ada agen atau organisasi khas daripada pihak kerajaan untuk memantau perkembangan atau penerokaan hutan yang kian rancak diadakan di kawasan hulu Sungai Bayayo untuk menjaga dan memelihara bekalan sumber air di Bingkor."

Katanya lagi, ketika ini boleh dilihat terdapat beberapa individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab telah mula meneroka kawasan hutan berbukit di sekitar hulu sungai Bayayo.

"Mereka ini telah mula meneroka hutan untuk tujuan perladangan seperti penanaman kelapa sawit secara besar-besaran dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya tanpa membuat penilaian dan perancangan alam sekitar terlebih dahulu," ujar Jonathan.

Aktiviti perladangan seperti ini, kata Jonathan, pada amnya dilihat amat menguntungkan dan dapat menjana pendapatan dan ekonomi di kawasan Bingkor. Namun terdapat pelbagai kesan buruk yang mungkin akan terjadi jika aktiviti penerokaan itu tidak dirancang dengan betul atau dilakukan dengan sesuka hati.

Menurut beliau, penerokaan hutan akan membawa kepada aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan. Ini akan menyebabkan kitaran hidrologi di kawasan penerokaan tersebut menjadi tidak stabil dan terjejas.

Aktiviti pembalakan, kata Jonathan, juga akan mengakibatkan kekurangan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan kandungan paras air di dalam tanah tersebut sehingga menjejaskan kawasan tadahan air dan sumber bekalan air kepada sungai Bayayo.

"Kesan lain daripada aktiviti pembalakan ini juga akan menyumbang kepada kesan larian air permukaan yang akan membawa banyak lumpur atau kelodak ke dalam sungai," kata Jonathan yang kesal kerana aktiviti haram berkenaan akan menyebabkan kualiti, kejernihan air dan sifat fizikal air terjejas serta akan menyebabkan mendapan sungai.

Katanya lagi, Sungai Bayayo yang merupakan sumber bekalan utama air kepada penduduk di Bingkor mungkin akan tercemar dan terjejas akibat daripada aktiviti penerokaan hutan tersebut, termasuk menghanyutkan bahan kimia dan racun serangga ke dalam sungai sehingga menjadi tempat pembuangan toksik.

"Diharap wakil-wakil rakyat kawasan DUN Bingkor, Liawan dan Parlimen Keningau serta agensi-agensi kerajaan dapat membendung perkara ini daripada berlaku. Sungai adalah khazanah alam sekitar yang harus dijaga untuk generasi kita di masa hadapan, bukan hanya untuk dihari tua pihak-pihak tertentu," kata Jonathan lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved