Even sebelum kawen pon, klu nk jumpa aku, dia sanggup ambik lesen kete utk naik kete datang jumpa aku sebab TAK MAU naik bas...
Suatu hari, aku paksa dia datang ke Sabah ni...
Setelah berkali2 pujuk, last2 dia kata "OK"..
Haaaaa....dengan serta merta aku booking tiket utk dia...
Untuk datang ke Sabah ni, en. Husband kena lalu 1 perjalanan yg sangat panjang... dari pagi sampai ke tengah malam...
Pantai Remis to Manjung →8.00 a.m. - 8.40 a.m→40minit (kete)
Manjung to LCCT → 9.00 a.m. - 2.00 p.m.→5 jam (bas)
LCCT to Tawau → 6.40 p.m. - 9.30 p.m.→2 jam 50 min (flight)
Tawau to Semporna → 9.30 p.m. - 11.30 p.m.→2 jam (kete)
Haaa..camtulah perjalanannya... Risau gak...
Dia nak ke naik kapal terbang??
Dia ade kata, kalau dia sampai kat airport & dia xtau nak ke mana, dia xkn naik flight... Haihhh.... Oleh sebab itu, utk mengelakkan si abg aku ni dari sesat kat LCCT tu, aku lukiskan peta kt bawah ni & post kat dia...
:: Mudah2an dia dapat datang sini dgn selamat..... ::
Kali ini Kak News nak post gambar si cantik manis Diana Danielle. Diana kelihatan begitu simple & bahagia ketika bercuti diaSemporna, Sabah. Walaupun Diana tidak memakai sebarang alat solekan(make-up), Diana tetap yakin dan bercahaya Kak News tengok,hehehee memang Diana ni natural beauty la!!cantik kan uolss????kelassssss
[unable to retrieve full-text content]2 Ogos 2012/ 13 Ramadhan 1433H. Seorang rakan seusaha dari Semporna, saudara Isnani syahid di jalan Allah sewaktu sedang khuruj 40 hari fi Sabilillah menjalankan usaha dakwah dan tabligh. Wajah...
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepimpinan UPKO keluar parti seterusnya keluar BN berkuat kuasa serta-merta.
Majlis yang diadakan di sebuah restoran di Kota Marudu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing dan bekas menteri penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Senator Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata.
Menurut bekas Naib Presiden 2, parti PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.
Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN Ahad lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.
"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"
"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.
Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.
Terdapat kira kira 900,000 warga asing di Sabah dan saya mengesyaki terdapat beratus ratus ribu lagi yang bersembunyi disebalik identiti Melayu, Bajau dan kaum bumiputra yang lain. Orang orang ini tiba tiba menjadi bumiputera malah lebih bumiputera dari orang KDM. Cuba bayangkan apa yang kami rasa?" ujar beliau lagi.
Menurut Maijol, orang orang KDM kekal orang yang paling miskin di Malaysia, sama kedudukannya dengan orang asli di Semenanjung.
Menurut statistik EPU, katanya, tahap kemiskinan di hampir setiap daerah di Sabah adalah sangat tinggi.
"Sebagi contoh pada tahun 2004, tahap kemiskinan di Nabawan adalah 70%, Kota Marudu 42% dan Tambunan 44%. Daerah daerah yang lain juga menunjukkan peratusan yang lebih kurang sama."
"Saya telah membaca statistik untuk semua daerah di dalam Dewan Negara baru baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri mengatakan kadar tersebut telah pun turun, tetapi apabila saya meneliti angkanya, penurunan yang berlaku hanya sebanyak 5%. Dalam erti kata lain, purata kemiskinan di setiap daerah masih sekitar 40%. Dasar dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan telah gagal." ujarnya.
Maijol juga mengeluh apabila masalah tanah masih terus menghantui penduduk dikawasan luar bandar, satu satunya harta asas yang mereka miliki atau lebih dikenali sebagai tanah adat, telah diambil/dirampas oleh syarikat syarikat besar dan agensi agensi kerajaan dan menjadikan mereka berstatus penghuni haram atas tanah milik mereka sendiri.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepimpinan UPKO keluar parti seterusnya keluar BN berkuat kuasa serta-merta.
Majlis yang diadakan di sebuah restoran di Kota Marudu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing dan bekas menteri penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Senator Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata.
Menurut bekas Naib Presiden 2, parti PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.
Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN Ahad lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.
"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"
"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.
Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.
Terdapat kira kira 900,000 warga asing di Sabah dan saya mengesyaki terdapat beratus ratus ribu lagi yang bersembunyi disebalik identiti Melayu, Bajau dan kaum bumiputra yang lain. Orang orang ini tiba tiba menjadi bumiputera malah lebih bumiputera dari orang KDM. Cuba bayangkan apa yang kami rasa?" ujar beliau lagi.
Menurut Maijol, orang orang KDM kekal orang yang paling miskin di Malaysia, sama kedudukannya dengan orang asli di Semenanjung.
Menurut statistik EPU, katanya, tahap kemiskinan di hampir setiap daerah di Sabah adalah sangat tinggi.
"Sebagi contoh pada tahun 2004, tahap kemiskinan di Nabawan adalah 70%, Kota Marudu 42% dan Tambunan 44%. Daerah daerah yang lain juga menunjukkan peratusan yang lebih kurang sama."
"Saya telah membaca statistik untuk semua daerah di dalam Dewan Negara baru baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri mengatakan kadar tersebut telah pun turun, tetapi apabila saya meneliti angkanya, penurunan yang berlaku hanya sebanyak 5%. Dalam erti kata lain, purata kemiskinan di setiap daerah masih sekitar 40%. Dasar dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan telah gagal." ujarnya.
Maijol juga mengeluh apabila masalah tanah masih terus menghantui penduduk dikawasan luar bandar, satu satunya harta asas yang mereka miliki atau lebih dikenali sebagai tanah adat, telah diambil/dirampas oleh syarikat syarikat besar dan agensi agensi kerajaan dan menjadikan mereka berstatus penghuni haram atas tanah milik mereka sendiri.
Rogol Adik Sendiri Kota Marudu. Akhbar SabahTimes hari ini melaporkan seorang lelaki berasal dari kota marudu sabah telah merogol adik kandung sendiri semasa adiknya sedang tidur nyenyak. Akibat perbuatan melampau lelaki yang tergamak merogol adiknya sendiri dia dikenakan tindakan undang-undang.Hakim Azreena Aziz juga mengarahkan lelaki berumur 27 tahun itu dikenakan sembilan sebatan selepas didapati bersalah atas kesemua dakwaan.
Bagi tuduhan pertama, lelaki berkenaan didapati bersalah merogol adiknya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kota Marudu pada akhir Julai, kira-kira jam 11 malam.Dia didapati melakukan kesalahan yang sama pada 7 Ogos, kira-kira jam 11 malam di tempat yang sama.Bagi tuduhan terakhir, dia yang merupakan abang sulung a dalam keluarga mereka merogol mangsa sekali lagi pada 9 Ogos, kira-kira jam 11.30 malam di tempat yang sama.
Kesemua kesalahan adalah di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan juga sebatan.Berdasarkan fakta, mangsa membuat laporan polis pada 12 Ogos yang menyatakan bahawa dia dirogol oleh abangnya ketika sedang tidur.Siasatan lanjut menunjukkan bahawa tertuduh merogol adiknya sebanyak tiga kali dan juga mengancam untuk mencederakan mangsa jika mengadukan perkara itu kepada sesiapa. Fakta kes juga menunjukkan bahawa tertuduh menampar mangsa ketika cuba melawan.
Dalam rayuan, tertuduh yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam, merayu kerana dia adalah penyara tunggal dalam keluarga mereka.Katanya, ibu bapa mereka sudah meninggal dunia dan dia terpaksa menjaga adik beradiknya.Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia hanya bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara ahli keluarganya.Timbalan Prosekuter Awam, Chow Siang Kong, menyangkal rayuan tertuduh dan menggesa supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan tertuduh melakukan kesalahan serius dan merogol adik kandungnya sendiri.
Beliau turut mengemukakan bahawa kejadian itu membabitkan keganasan dan ancaman, justeru pihak mahkamah juga perlu mengambil kira mengenai keadaan psikologi mangsa serta masa depannya. Chow kemudiannya meminta supaya hukuman terus dilaksanakan kerana ia melibatkan tiga kejadian berasingan.
SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ
Ketika berlangsungnya Gala Night UN Matunggong 2012 yang diadakan di daerah Kudat, Sabah pada bulan Mei yang lepas. Pemenang "Best Dress Gala Night UN Matunggong 2012" telah berjaya disandang oleh seorang wanita yangmempunyai wajah mirip selebriti terkenal negara kita, Memey Suhaiza..
Amacam? sama tak...sama cantik, sama lawa...lesung pipit pun sama...hehe..
Mahu berkenalan dengan empunya wajah mirip Memey ini? ini facebooknya..klik sini...
Sudah beberapa kali saya terlepas peluang untuk berziarah ke pulau terbesar di Malaysia ini. Apabila Tuan Haji Abu Aslam mengajak berziarah dan jaulah dakwah ke pulau ini untuk menyampaikan bantuan umat Islam kepada sebahagian kecil penduduknya di Kampung Daranan, saya mengiyakan saja tanpa berfikir panjang. Ini adalah program jaulah dakwah Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS dan JAKIM Cawangan Sabah.
Perjalanan kami terdahulu bermula sekitar jam 7.30 pagi dari Kota Kinabalu seramai 5 orang (Hj Abu Aslam, Dr Shafie, Nordin Sakke, Azman Talib dan saya) membawa sepuluh kotak berisi pakaian terpakai, 200 bungkusan ubatan asas, kurma dan sedikit wang sebagai sumbangan hari raya yang dikirimkan oleh ramai pihak di Kota Kinabalu. Perjalanan dengan kelajuan sederhana ke daerah Kudat sejauh 190 km memakan masa hampir 3 jam, sementara perjalanan dari tanah besar di Kudat ke Pulau Banggi pula mengambil masa 70 minit menaiki feri ekspess dengan tambang promosi sebanyak rm10 sahaja seorang.
Kami difahamkan ada beberapa feri ekspress yang membawa penumpang dua hala Kudat-Pulau Banggi-Kudat. Kampung Daranan yang kami tuju ini memakan masa perjalanan 50 minit dari Pekan Karakit, Pulau Banggi. Perjalanan 15 minit pertama dari Pekan Karakit menuju ke lokasi agak selesa dengan jalanraya yang berturap kecuali sedikit yang rosak. Baki 35 minit berikutnya perjalanan dengan jalan tidak rata dan beralun-alun, sehingga kenderaan bergerak perlahan sahaja. Namun sesuatu yang sangat memukau ialah pemandangan indah di sepanjang perjalanan. Foto-fotonya saya kongsikan bersama di dalam entri ini dan entri berikutnya secara bersiri.
Pulau Banggi terletak di timur laut Kudat. Kudat ialah daerah paling utara di Sabah (atas sekali dalam peta Sabah). Keluasan Pulau Banggi ialah 440.7 km persegi. Penduduk utama pulau ini ialah suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi diikuti oleh kaum-kaum lain seperti Bajau, Kagayan dan Suluk. Penduduk seluruh pulau ini tidak kurang daripada 20 ribu, dan daripada segi persempadanan pilihanraya, kawasan dewan undangan negeri mereka dinamakan sebagai DUN N1 Banggi dengan menggabungkan pulau dan sebahagian daerah Pitas di tanah besar.
Foto yang dirakam dalam entri ini adalah sepanjang perjalanan sebelum tiba ke Kampung Daranan. Program di kampung berkenaan akan disiarkan dalam entri berikut nanti.
Kami melalui sebuah rumah yang di aras bawahnya sebuah kedai runcit, diusahakan oleh orang Kelantan yang dikhabarkan berkahwin dengan orang pulau ini. Kelihatan bendera Kelantan.
Sabah pastinya sangat berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh kumpulan penari kebudayaan dari Malaysia, Sabah, Kudat iaitu Kudat Folklore @ KUFA kerana telah menjadi pasukan terbaik dalam festival tersebut yang berlangsung di Perancis.
Galeri aktiviti pasukan dari Kudat ini boleh dilihat di laman-laman berikut
SANDAKAN – Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah van ketika menyerang jalan di Jalan Pasir Putih dekat sini, Rabu.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arifin berusia dalam lingkungan 40-an itu mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata kejadian dilapor berlaku pada pukul 5.30 pagi dan pemandu van berkenaan telah membuat laporan polis.
Mayat lelaki itu masih ditempatkan di kamar mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil bagi mengecam mayat mangsa. – BERNAMA
Iklan Teks:
Berita Berkaitan:
Penulis Kriket Terkenal Maut Jatuh B'gunan Hotel
3 Maut Termasuk Seorang Bayi Berusia 1 Tahun
Maut Diserang Kelawar Di Ecuador
Remaja Maut Tertimbus Tanah
Penunggang Maut Rempuh Belakang Kereta
Penoreh Mati Akibat Bom Ikan Buatan Sendiri
32 Maut Apabila 2 Bas Bertembung Di Nigeria
Pengawal Keselamatan Maut Digilis Treler
Polis Selesai Siasat Kes Pelumba Basikal Maut
Sepasang Kekasih Lemas Terhidu Asap Tilam
PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
"Sandakan, formerly known as Elopura is the second-largest city in Sabah, East Malaysia, on the north-eastern coast of Borneo. It is located on the east coast of the island" -Wikipedia
Nota: Lagu dan video lagu hanyalah selingan semata... XD
Tenom sudah, Nabawan pun sudah. Seterusnya, Sandakan...! v(^^,)
Dayang Itam Yusof menunjukkan pelbagai kuih tradisional yang diusahakannya di Kampung Laut, Papar, kelmarin. - utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
PAPAR 18 April - Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan.
Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora.
Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan.
Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof, 61, dari Kampung Laut di sini turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjahit baju dan membuat kerja-kerja kampung lain. Namun, ia masih tidak mencukupi.
Berkat sokongan suami tercinta dan anak-anak, beliau memulakan perniagaan membuat kuih tradisional seperti kuih lidah, cincin dan belacan secara kecil-kecilan dengan modal permulaan hanya sekitar RM200 sahaja.
Saban hari, hidup mereka semakin senang, tempahan daripada penduduk setempat semakin meningkat terutama semasa musim perayaan hingga tidak menang tangan untuk memenuhinya. Permintaan tinggi tetapi keupayaan untuk memenuhinya pula menjadi masalah.
Dayang Itam berkata, pada 2002, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu perniagaannya dengan memberi bantuan kira-kira RM5,000 untuk membeli beberapa mesin membuat kuih.
"Pada 2007, kami mendapat bantuan kira-kira RM50,000 untuk membesarkan lagi perniagaan, ia digunakan bagi menambah baik bangunan memproses produk dan pembelian mesin-mesin baru.
"Semua bantuan kewangan ini diberi percuma. Alhamdulillah semasa permulaan dahulu pendapatan kami sekitar RM1,000 sebulan tetapi kini boleh mencecah sehingga lebih RM10,000 dan jumlah itu bertambah pada musim perayaan.
"Saya amat bersyukur jika tidak kerana keprihatinan kerajaan yang membantu kami, saya tidak akan berada pada kedudukan sekarang ini. Terima kasih kerajaan," katanya di sini semalam.
Dia turut membuat kuih bahulu, rempeyek dan menjadi pemborong kepada beberapa jenis kuih tradisional lain yang dihasilkan oleh penduduk berhampiran.
Dalam pada itu, seorang lagi pengusaha kuih tradisonal Sabah dengan jenama Wanie, Nursiah Marjan, 49, dari Kampung Berundong di sini berkata, kira-kira tujuh tahun lalu beliau langsung tidak terfikir jenama kuihnya bukan sahaja dijual di pasar raya besar di negeri ini tetapi turut boleh dibeli di Sarawak, Brunei dan Semenanjung.
"Saya bermula secara kecil-kecilan dengan modal RM150 pada 2005. Kesungguhan saya mendapat perhatian kerajaan, pada 2009 dengan bantuan RM10,000 untuk membeli pelbagai mesin membuat kuih.
"Tahun lalu, saya sekali lagi mendapat bantuan kewangan sebanyak RM18,000 untuk membesarkan bengkel membuat kuih.
"Semuanya tidak perlu dibayar balik, tetapi sebagai balasannya saya perlu menghantar laporan bulanan kepada agensi kerajaan terbabit yang memberikan bantuan," katanya.
Dalam usaha untuk memantapkan lagi perniagaannya, Nursiah kini sedang dalam proses untuk mendapatkan pengesahan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
SUSAN (tengah) menunjukkan tanda bagus bersama pasukan jualannya ketika di Pameran PropEX 2012 kelmarin. KOTA KINABALU: Kawasan Benoni Papar akan menjadi sebuah bandar kecil yang membangun selepas siapnya Pusat Perdagangan Benoni (BCC) yang terletak di jalan besar Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak, dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM200 juta. Pengarah Urusan WSG Development Sdn Bhd, Datuk Susan Wong Siew Guen mendedahkan kepada Utusan Borneo bahawa sebanyak tiga fasa akan dibangunkan di kawasan itu terdiri daripada 220 unit pusat perniagaan. "Dalam bandar kecil ini akan dibangunkan bangunan kolej, hotel bertingkat, pusat hiburan termasuk pawagam, pusat membeli-belah serta kemudahan fasiliti lain yang membolehkanya maju sebagai sebuah bandar. "Ini juga adalah salah satu daya tarikan kepada mereka yang dari negara Brunei untuk melakukan aktiviti bersiar-siar dan berhibur di dearah Papar. "Selain itu, ini juga adalah satu usaha untuk mentransformasikan daerah Papar untuk menjadi lebih maju dan membangun di masa hadapan," katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui di pameran PropEX 2012 di sini kelmarin. Susan yang juga Pengarah Urusan Mega Sunwise berkata, fasa pertama sebanyak 60 unit itu akan dilancarkan pada hujung Disember tahun ini dan selebihnya fasa kedua dan ketiga masing-masing 80 unit akan dilancarkan secara berperingkat. Menurutnya, ketika ini sudah ramai yang mendaftar untuk mendapatkan unit itu namum pihaknya tidak akan menerima sebarang pembayaran kerana masih sedang dalam pemprosesan beberapa dokumen. Susan juga telah menyeru kerajaan negeri untuk melebarkan jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan sepanjang jalan selepas Papar kerana jalan itu akan bertambah sibuk di masa hadapan.
[unable to retrieve full-text content]Kesedaran Pengguna di Tenom Rendah? Sedcovest Tenom, 14 Julai 2012: Penduduk Tenom dinasihatkan agar mendalami pengetahuan berkaitan hak dan prosedur kepenggunaan. Ini membantu mereka mengelak dari ...
TENOM, 27 Mei – Golongan belia khususnya di luar bandar daerah ini digesa menyertai askar wataniah jika masih belum terlibat dalam mana-mana persatuan beruniform.
Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata penyertaan itu akan menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
"Bilangan belia yang menyertai askar wataniah masih lagi kurang sedangkan daerah ini mempunyai jumlah belia yang ramai.
"Apa yang paling penting, langkah ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam jiwa mereka selain mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah," ujarnya yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Beliau berkata penerangan dan penjelasan mengenai askar wataniah perlu dilakukan secara lebih aktif bagi menarik lebih ramai remaja yang merupakan golongan sasar.
Sejajar dengan itu, katanya, penubuhan Kompeni Askar Wataniah bukan sahaja di Tenom tetapi di seluruh negara adalah satu langkah yang tepat sekali.
"Kita harap golongan belia di setiap daerah khususnya di daerah ini menyertai askar wataniah. Penyertaan ini merupakan bukti kasih dan setia mereka untuk menyumbang khidmat mempertahankan negara.
"Dengan cara ini, mereka akan menyedari tanggungjawab menjaga keamanan negara bukan dipikul pihak berkuasa semata-mata," katanya.
Menurutnya, difahamkan 125 daripada 222 kawasan Parlimen sedang dalam proses untuk menubuhkan kompeni tersebut secara berperingkat dan dijangka selesai pada 2011. -MediaUMNO
SAYA menyokong penuh kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh supaya pucuk pimpinan BN menimbang untuk memberi peluang kepada PBS untuk mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom. Kini sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Datuk Rubin Balang, Ketua Bahagian UMNO Tenom sedang mempersiapkan jentera pilihanraya untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom atas tiket BN. Dan adalah diuar-uarkan bahawa pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju dengan pencalonan beliau. Beliau sekarang adalah ADUN N.36 Kemabong.
Saya tidak bermaksud untuk memperkecil-kecil parti komponen lain, tetapi saya menyatakan sesuatu yang hakikat sebenarnya dan juga atas rasa sayangkan kepada BN dan untuk menghindarkan kekalahan BN jika salah parti komponen yang dipertaruhkan untuk bertanding di kawasan Parlimen P.181 Tenom.. Selaku penduduk asal daerah Tenom saya melihat bahawa parti PBS lah yang amat sesuai untuk mewakili rakyat di kawasan ini di dewan rakyat, atas sebab-sebab berikut:-
Kawasan Parlimen P.181 Tenom mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.35 Melalap dan DUN N.36 Kemabong, yang mana sebilangan besar penduduknya mungkin dalam lingkungan 70% adalah dari suku kaum Murut, ia itu kawasan bumiputra (bukan Islam). Oleh itu PBS selaku parti komponen BN yang perjuangannya berasaskan KDM adalah amat sesuai untuk mewakili BN di kawasan ini. Ini bukan bermakna tidak menghormati komponen BN yang lain tetapi pucuk pimpinan harus melihat kesesuaian asas perjuangan sesebuah parti komponen berkenaan. Pada pendapat saya biarlah UMNO bertanding di kawasan Bumiputra Islam.
Secara tradisinya kawasan P.181 Tenom adalah kawasan kubu kuat PBS. Maka oleh kerana itulah kawasan ini adalah milik PBS semasa era PBS dalam BN dahulu. dan jika diberi peluang pada PRU13, saya yakin PBS akan menang di kawasan ini dengan majoriti yang besar.
Jika PBS yang dipertaruhkan untuk mewakili BN dalam kerusi P.181 Tenom, maka ini adalah membuktikan bahawa konsep BERKONGSI KUASA yang dilaung-laung oleh UMNO dan BN masih kekal utuh.
UMNO telah mewakili kawasan ini dalam 03 penggal iai itu dari 1999-2004 . (Y.Bhg.Datuk Rizalman Abdullah ), 2004-2008 (Y.B.Datuk Raime Unggi) dan 2008-sekarang (Y.B.Datuk Raime Unggi)..maka amatlah sesuai jika dalam pada PRU13 ini komponen lain khususnya PBS diberi pelaung untuk bertanding di kawasan ini. Ini juga adalah bertepatan dengan kata-kata PM bahawa tidak semestinya sesebuah parti komponen itu kekal bertanding di sesebuah kawasan. Kesesuaian dan keserasian di antara parti berkenaan dengan rakyat di kawasan berkenaan harus diambil kira dalam menentukan parti komponen yang lebih sesuai dan seterusnya boleh memenangi kerusi berkenaan bagi BN.
Tidak dapat dinafikan sentimen kurang senang dengan UMNO di kalangan rakyat umum, sudah mula menular di Tenom. Oleh itu, jika cadagan PBS itu tidak diberi perhatian yang sewajarnya, maka ia mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tenom. Lantas kenyataan Y.B. Datuk Radin yang mengatakan PBS boleh menang dengan mudah, jika dicalonkan, memang tepat sekali.
Pengembaraan di Sabah meninggalkan kesan cinta dan sayang pada negeri tersebut. Mengapa ada setengah dari kita membuat andaian buruk pada negeri lain, sedangkan beliau sendiri tidak menjejakkan kaki disana. Benarlah kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Tidak rugi menimba ilmu kehidupan yang merupakan ilmu pengetahuan bagi kita semua.
Melihat di sekitar daerah Ranau, kebersihan terjaga, udara yang nyaman, penduduknya mesra, pemandangan yang mempersonakan, bukit dan gunung menjadi tiang yang utuh dan kukuh.
Bagi meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di negeri Sabah ini, Telekom Malaysia (TM) melalui Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) telah mengadakan Ziarah Ramadhan di beberapa kampung Pedalaman yang terletak di sekitar pekan Ranau.
Ziarah Ramadhan yang diadakan selama dua hari, pada 4 hingga 5 Ogos (15 dan 16 Ramadhan 1433H) bertumpu kepada dua kawasan utama; kawasan Matupang dan Ulu Sugut. Perjalanan pada hari yang pertama di sekitar Matupang meliputi empat buah kampung, iaitu Kg Matupang Jaya, Kg Lungkidau, Kg Tompius dan Kg Bitoon.
Perjalanan hari pertama kami ialah ke Kampung Matupang Jaya yang jauhnya 45KM daripada Pekan Ranau. Walaupun terletak di tepi jalan utama menghubungkan Kota Kinabalu ke Sandakan dan Tawau, namun keadaan surau ini agak dhaif dan usang. Atas maksud itulah, ziarah kali ini turut menguruskan penyerahan bahan-bahan binaan seperti bata, pasir, simen dan batu. Selain daripada itu, ziarah ini turut menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung.
Seterusnya, lawatan kami ialah ke Kg Lungkidau yang terletak di seberang sungai dan jalan perhubungan untuk memasuki kampung ini ialah melalui jambatan gantung. Alternatif lain, ialah menggunakan kereta tinggi (4WD) untuk menyeberang sungai yang kebetulannya cetek pada masa ini. Ziarah ini juga menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung.
Kampung seterusnya ialah Kg Tompius yang terletak tidak jauh daripada Kg Lungkidau. Dari Kg Lungkidau ke Kg Tompius, terdapat dua jalan yang boleh dilalui iaitu; melalui jalan hutan yang mengambil masa selama sejam setengah atau melalui jalan utama Kota Kinabalu - Sandakan (perlu meredah semula sungai). Ziarah ini juga menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung serta pengagihan lampu solar kepada penduduk kampung yang bertujuan membantu kanak-kanak menelaah buku di malam hari. Di kampung-kampung ini, cahaya yang menerangi di waktu malam hanyalah lampu pelita selain daripada sinar bulan dan bintang. Untuk surau dan di kalangan yang berada, tenaga solar merupakan sumber tanaga yang menjana lampu dan peralatan elektrik yang lain. Kampung terakhir untuk kembara pada 4 Ogos ialah Kg Bitoon yang terletak tidak jauh daripada Kg Tompius. Di sinilah para rombongan beriftar bersama-sama penduduk kampung sambil menyerahkan sumbangan lampu solar, barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung. Jemaah disajikan dengan nasi berbungkus daun yang merupakan tradisi masyarakat di sini. Menu lauk istimewa ialah daging rusa dan sayur rebung segar.
Perjalanan hari kedua dimulakan ke Kg Tinotuan, yang jaraknya hanya 30KM dari Pekan Ranau... Walau bagaimanapun, masa perjalanan tidaklah sesingkat yang disangka kerana kenderaan kami terpaksa melalui jalan berbatu, berdebu dan naik turun bukit dengan kelajuan purata 30km sejam. Selepas itu, barulah kami menuju ke Kg Terawas, Kg Morungin Dua dan diakhiri di Kg Sumbilingon.
Sama seperti hari sebelumnya, ziarah ini juga menyerahkan sumbangan lampu solar, barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung. Syukur Alhamdulillah dan berkat ziarah-dakwah Ramadhan kali ini, hasil sumbangan warga Bakit TM Sabah & warga ex-TM KL, sebanyak 112 barangan dapur, 122 helai set (telekung & kain pelikat) telah berjaya disumbangkan kepada penduduk mualaf di 5 buah kampung terpencil di Ranau, buku panduan solat wanita & lelaki, buah buku Iqra dan terjemahan Al Quran. Sebanyak 90 buah lampu solar disumbangkan juga ke 3 buah kampong iaitu Kg. Sumbilingon, Kg. Bitoon dan Kg. Tompios di Ranau. Semoga usaha ini berterusan, menjadi manfaat kepada penerima dan pemberinya serta mendapat keberkatan yang Maha Esa. Wallahu a'lam.
Satu program Keibubapaan ' MASA ITU HANYA SEKALI' telah diadakan di SK Lohan pada 7-8 Julai 2012 bersama-sama masyarakat Kampung Lohan. Kampung Lohan terletak 9 km dari pekan Ranau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan guru di Kampung Lohan diatas layanan mesra yang diberi kepada kami semasa mengadakan program. Sama-sama kita doakan agar ilmu yang kami kongsikan diberkati Allah SWT, bermanfaat, dapat diamalkan dan seterusnya menjadikan anak-anak di Kampung Lohan anak-anak yang cemerlang, dari segi akademik dan agama mereka, membesar menjadi orang-orang yang berilmu, beramal, yang soleh dan bertaqwa. Amin.
Dalam foto ini : Cikgu Ann Lian dari Tadika Astana, Ustaz Nazri b. Abdullah, Encik Rusining Rusidi (Pegawai Pelajaran Daerah Ranau).
Pada pagi Sabtu, 7 Julai 2012 kami berada di Dewan SK Lohan untuk mengadakan 2 ceramah untuk ibubapa SK Lohan. Encik Rusining Rusidi telah merasmikan program ini dan turut bersama kami hingga tamat program - seorang pegawai yang sungguh komited dan sangat menggambil berat mengenai pendidikan kanak-kanak di kawasan Ranau. Terima kasih diatas sokongan tuan!
Ceramah kedua pada pagi itu bertajuk 'Perkembangan Menyeluruh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak' oleh pihak Tadika Astana mengenai pentingnya penglibatan ibubapa untuk merangsangkan anak-anak mereka di rumah dari lahir dan pentingnya menghantar kanak-kanak ke prasekolah. Umur 0-5 tahun adalah peringkat yang amat 'KRITIKAL' dalam perkembangan otak kanak-kanak yang mempengaruhi 'intelligence'. Ibubapa disarankan JANGAN mengsia-siakan MASA ini .Ceramah ketiga bertajuk ' Literasi Awal' - menekan peranan ibubapa untuk menyemaikan budaya membaca dan mendidik anak-anak membaca dari dalam kandungan hingga besar, atau umur seterusnya. Beberapa aktiviti literasi awal yang boleh dilakukan oleh ibubapa dikongsikan .
Encik Jabilin Hadimin, Timbalan YDP PIBG SK Lohan memberi ucapan. Beliau turut bersama kami dari awal hingga tamat program. Terima kasih diatas sokongan tuan dan semua ahli PIBG.
BENGKEL GURU di Tabika KEMAS, Kampung Lohan Ahad, 8 Julai 2012
Bengkel diadakan di Tabika KEMAS, Kampung Lohan dan dirasmikan oleh Encik Rusining Rusidi (PPD Daerah Ranau). Ibubapa turut hadir bersama guru-guru dari prasekolah, tabika KEMAS dan Perpaduan untuk bengkel ini yang dikendalikan oleh Cikgu Ann Lian dari Tadika Astana.
Foto : Encik Rusining b. Rusidi berucap dan merasmikan bengkel.
Cikgu Ann Lian berkongsi cara pengajaran yang digunakan di Tadika Astana. Bahagian pertama mengenai tema dan membuat 'webbing'.
SIPITANG 10 Ogos - Bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi terus memberi berkat dan manfaat serta limpahan rezeki buat mereka yang tidak berkeupayaan apabila golongan asnaf itu terus menerus mendapat bantuan sewajarnya.
Tidak ketinggalan di Lumadan, dekat sini golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain-lain turut mendapat limpahan rezeki bulan yang penuh berkat apabila mereka diraikan dalam majlis Ziarah Ramadan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Kamarlin Hj Ombi.
Bertempat di Masjid Kampung Bukau, Kamarlin serta pimpinan Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan turut berbuka puasa, solat maghrib, isya' dan terawih secara berjemaah bersama penduduk setempat.
Terdahulu berucap di majlis tersebut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Sipitang mengingatkan umat Islam setempat agar memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan barakah itu.
"Bulan Ramadan bukan sahaja untuk mempertingkatkan ibadah namun ianya juga wadah untuk menjalin hubungan harmoni di samping memperkukuhkan perpaduan melalui pelbagai program yang dijalankan di masjid dan surau di kawasan masing-masing sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.
Kata beliau lagi dengan adanya program seumpama itu, ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi hubungan antara satu sama lain sekaligus melahirkan masyarakat setempat yang harmoni.