ads

Ahad, 9 September 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


KEJADIAN MISTERI PARANORMAL: bukit melingsung <b>papar</b> sabah

Posted: 02 Sep 2012 08:19 PM PDT

Group Kisah Seram
11.42 AM
30/07/2012

IKS <b>di Papar</b> berkembang hasil bantuan kerajaan

Posted: 19 Apr 2012 12:00 AM PDT

Dayang Itam Yusof menunjukkan pelbagai kuih tradisional yang diusahakannya di Kampung Laut, Papar, kelmarin. - utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

PAPAR 18 April - Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan.

Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora.

Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan.

Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof, 61, dari Kampung Laut di sini turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjahit baju dan membuat kerja-kerja kampung lain. Namun, ia masih tidak mencukupi.

Berkat sokongan suami tercinta dan anak-anak, beliau memulakan perniagaan membuat kuih tradisional seperti kuih lidah, cincin dan belacan secara kecil-kecilan dengan modal permulaan hanya sekitar RM200 sahaja.

Saban hari, hidup mereka semakin senang, tempahan daripada penduduk setempat semakin meningkat terutama semasa musim perayaan hingga tidak menang tangan untuk memenuhinya. Permintaan tinggi tetapi keupayaan untuk memenuhinya pula menjadi masalah.

Dayang Itam berkata, pada 2002, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu perniagaannya dengan memberi bantuan kira-kira RM5,000 untuk membeli beberapa mesin membuat kuih.

"Pada 2007, kami mendapat bantuan kira-kira RM50,000 untuk membesarkan lagi perniagaan, ia digunakan bagi menambah baik bangunan memproses produk dan pembelian mesin-mesin baru.

"Semua bantuan kewangan ini diberi percuma. Alhamdulillah semasa permulaan dahulu pendapatan kami sekitar RM1,000 sebulan tetapi kini boleh mencecah sehingga lebih RM10,000 dan jumlah itu bertambah pada musim perayaan.

"Saya amat bersyukur jika tidak kerana keprihatinan kerajaan yang membantu kami, saya tidak akan berada pada kedudukan sekarang ini. Terima kasih kerajaan," katanya di sini semalam.

Dia turut membuat kuih bahulu, rempeyek dan menjadi pemborong kepada beberapa jenis kuih tradisional lain yang dihasilkan oleh penduduk berhampiran.

Dalam pada itu, seorang lagi pengusaha kuih tradisonal Sabah dengan jenama Wanie, Nursiah Marjan, 49, dari Kampung Berundong di sini berkata, kira-kira tujuh tahun lalu beliau langsung tidak terfikir jenama kuihnya bukan sahaja dijual di pasar raya besar di negeri ini tetapi turut boleh dibeli di Sarawak, Brunei dan Semenanjung.

"Saya bermula secara kecil-kecilan dengan modal RM150 pada 2005. Kesungguhan saya mendapat perhatian kerajaan, pada 2009 dengan bantuan RM10,000 untuk membeli pelbagai mesin membuat kuih.

"Tahun lalu, saya sekali lagi mendapat bantuan kewangan sebanyak RM18,000 untuk membesarkan bengkel membuat kuih.

"Semuanya tidak perlu dibayar balik, tetapi sebagai balasannya saya perlu menghantar laporan bulanan kepada agensi kerajaan terbabit yang memberikan bantuan," katanya.

Dalam usaha untuk memantapkan lagi perniagaannya, Nursiah kini sedang dalam proses untuk mendapatkan pengesahan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Benoni <b>Papar</b> akan membangun selepas siapnya BCC, kata Susan <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 05:39 PM PDT

Posted by odop0vqya on September 1st, 2012

Thumbnail

SUSAN (tengah) menunjukkan tanda bagus bersama pasukan jualannya ketika di Pameran PropEX 2012 kelmarin. KOTA KINABALU: Kawasan Benoni Papar akan menjadi sebuah bandar kecil yang membangun selepas siapnya Pusat Perdagangan Benoni (BCC) yang terletak di jalan besar Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak, dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM200 juta. Pengarah Urusan WSG Development Sdn Bhd, Datuk Susan Wong Siew Guen mendedahkan kepada Utusan Borneo bahawa sebanyak tiga fasa akan dibangunkan di kawasan itu terdiri daripada 220 unit pusat perniagaan. "Dalam bandar kecil ini akan dibangunkan bangunan kolej, hotel bertingkat, pusat hiburan termasuk pawagam, pusat membeli-belah serta kemudahan fasiliti lain yang membolehkanya maju sebagai sebuah bandar. "Ini juga adalah salah satu daya tarikan kepada mereka yang dari negara Brunei untuk melakukan aktiviti bersiar-siar dan berhibur di dearah Papar. "Selain itu, ini juga adalah satu usaha untuk mentransformasikan daerah Papar untuk menjadi lebih maju dan membangun di masa hadapan," katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui di pameran PropEX 2012 di sini kelmarin. Susan yang juga Pengarah Urusan Mega Sunwise berkata, fasa pertama sebanyak 60 unit itu akan dilancarkan pada hujung Disember tahun ini dan selebihnya fasa kedua dan ketiga masing-masing 80 unit akan dilancarkan secara berperingkat. Menurutnya, ketika ini sudah ramai yang mendaftar untuk mendapatkan unit itu namum pihaknya tidak akan menerima sebarang pembayaran kerana masih sedang dalam pemprosesan beberapa dokumen. Susan juga telah menyeru kerajaan negeri untuk melebarkan jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan sepanjang jalan selepas Papar kerana jalan itu akan bertambah sibuk di masa hadapan.

Read the article:
Benoni Papar akan membangun selepas siapnya BCC, kata Susan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved