ads

Khamis, 19 Disember 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Kapal Terbang MASWINGS Terhempas <b>di Kudat</b>, Sabah <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 03:17 AM PDT

Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.55 petang hari ini, 10 Oktober 2013. Juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera. Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang. Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

Update: Polis mengesahkan seorang penumpang pesawat MASwings jenis Twin Otters yang terhempas di Kudat hari ini meninggal dunia di Hospital Kudat







Dijemput TWEET @ SHARE @ LIKE jika bermanfaat

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di papar</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2013 09:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SPNB BINA RUMAH MAMPU MILIK <b>DI PAPAR</b> | SPNB

Posted: 09 Nov 2013 08:56 AM PST

media_press_logo

SPNB BINA RUMAH MAMPU MILIK DI PAPAR
Oleh: Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh, Pengarah Urusan

Papar, Sabah 19 Jun – Bersempena dengan Program Motivasi, Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Ahli Parlimen Papar dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA dan SPNB, telah turut diadakan Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci Rumah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga pameran hartanah SPNB.

Majlis yang berlangsung di Dewan Dato Salleh Sulong, Papar dirasmikan oleh Y.B. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Papar dan juga Ketua Puteri UMNO Malaysia. Ianya juga dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Shamshul Baharain Sulaiman selaku Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia SPNB.

Di Sabah, SPNB sedang membina 10,991 unit rumah di bawah Program Rumah Mampu Milik (RMM) bagi sembilan (9) projek yang merangkumi Taman Apas Permai di Tawau, Taman Cenderawasih di Kunak, Pangsapuri Darau Angkasa di Kota Kinabalu, Bandar Seri Gemilang di Lahad Datu, Pangsapuri Putatan Platinum serta Pangsapuri Vista Minitod di Penampang, Taman Permata serta Vista Leila Idaman di Sandakan dan juga Taman Saujana Kinabalu di Ranau. Selain itu, sejumlah 1,998 unit rumah berjaya disiapkan melibatkan lima (5) buah projek di Sabah.

Program RMR adalah program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang berhadapan dengan kesukaran membuat pinjaman dengan institusi perbankan untuk memiliki rumah yang selesa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Program ini telah mendapat maklumbalas yang memberansangkan di seluruh negara dimana sejumlah 44,199 permohonan telahpun diterima. Manakala pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM150 sebulan tanpa dikenakan sebarang faedah berdasarkan konsep Al-Qardhul Hassan.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc.) yang komited menyediakan rumah berkualiti yang mampu dimiliki untuk rakyat Malaysia melalui pelaksanaan program perumahan seperti Rumah Mampu Milik (RMM), Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai (PPT).

Di seluruh Negara, bagi Program RMM, sejumlah 14,740 unit rumah telah berjaya disiapkan dan sebanyak 21,355 unit masih ditahap pembinaan. Manakala, bagi Program RMR sebanyak 15,385 telah berjaya diserahkan.

Di Sabah, sebanyak 645 unit rumah RMR telah diluluskan dan 372 unit rumah telah diserahkan. Sementara itu, SPNB telah berjaya menyiapkan 82 buah projek yang melibatkan 24,856 unit rumah yang terbengkalai di bawah Program PPT di seluruh negara seperti yang diarahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kos pembangunan sebanyak RM557 juta.

SPNB berusaha keras demi membantu rakyat bagi memenuhi tuntutan keperluan hidup yang semakin tinggi. Dengan wujudnya Skim Rumah Pertamaku (SRP), SPNB turut bertindak sebagai one stop centre untuk membantu rakyat memiliki rumah SPNB di bawah Skim tersebut.

Lindsay Lohan <b>papar</b> gambar pereka fesyen Tal Cooperman <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2013 11:46 PM PST

NEW YORK — Khabar angin menyatakan dia berpacaran secara rahsia dengan seorang model berusia 18 tahun.

Tetapi nampaknya Lindsay Lohan gemar membuat peminatnya berteka-teki dan telah menunjukkan seorang lagi individu yang mungki menjadi teman lelakinya.

Dia berkongi dengan pengikutnya sekeping gambar seorang pereka fesyen Tal Cooperman sedang tidur di atas katil melalui Instagram pada Sabtu.

Lidsay Lohan papar gambar Tal Cooperman dalam instagramnya

"@tallywood haha #sleepingbeauty,' pelakon berusia 27 tahun itu menulis sebagai kapsyen di bawah gambar terbabit.

Pada Jumaat malam, Lindsay berkongsi gambar dirinya melalu blognya, menyatakan "'It's time for the weekend. sending love. fun. safety. blessings. xo -L' (ia masa untuk hujung minggu. Dengan kasih saying. Keseronokan. Keselamatan. Restu. "

Sementara itu, bintang bermasalah, yang meninggalkan pusat pemulihan tiga bulan lalu, dilaporkan berpacaran dengan model Morgan O'Connor, yang telahpun mempunyai teman wanita.

Lindsay juga dilihat bermesra dengan Floyd Mayweather Jr di sebuah parti Halloween di mana dia menjadi hos di Connecticut's Foxwoods Resort dan Casino.

Dia kini diperhati oleh Oprah Windfrey yang dilaporkan membayarnya sebanyak 2 juta dolar untuk merakamkan perjalanannya untuk pulih daripada tabiat mabuknya untuk sebuah rancangan dalam saluran Oprah's OWN.

Selepas laporan tentang pelakon itu terlibat dalam kemalangan kereta selepas menjalani pemulihan buat kali keenam, kontraknya dengan rancangan itu mungkin akan terjejas.

Sumber dalam memberitahu Star Magazine: 'Oprah membayar bil, dan Lindsay bercakap besar tentangnya. Oprah akan marah jika beliau tahu tentang Lindsay berparti dengan duitnya."

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di tawau - Google Blog Search

10 di tawau - Google Blog Search


80 Rumah Papan Musnah Terbakar <b>Di Tawau</b> - MyNewsHub

Posted: 16 Dec 2013 09:08 PM PST


TAWAU – Kira-kira 80 buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya di sini, hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.05 pagi dan tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bersama 30 anggota.

"Kami turut dibantu 12 anggota dan satu jentera dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta beberapa anggota polis. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.58 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran untuk memadam api disebabkan keadaan rumah yang rapat dan cuaca berangin.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat, katanya.

Sementara itu, seorang mangsa, Ajid Sulaiman, 33, berkata ketika kejadian beliau berada di rumah bersama-sama isteri dan empat orang anaknya.

"Saya hanya menyedari ada kebakaran apabila terdengar suara menjerit meminta tolong dari kedai runcit yang terletak bersebelahan rumah saya dan saya cuba untuk membantu, namun api marak dengan cepat…oleh itu saya segera membawa isteri dan anak meninggalkan rumah.

Beliau yang menetap di situ sejak 12 tahun lepas, bagaimanapun hanya sempat menyelamatkan dokumen penting milik keluarganya. – BERNAMA

80 Rumah Papan Musnah Terbakar Di Tawauhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Kebakaran4.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Kebakaran4-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

TAWAU - Kira-kira 80 buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya di sini, hari ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.05 pagi dan tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bersama 30 anggota. 'Kami turut dibantu 12 anggota dan satu...

TAWAU - Kira-kira 80 buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya di sini, hari ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.05 pagi dan tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bersama 30 anggota. "Kami turut dibantu 12 anggota dan satu jentera dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta beberapa anggota polis. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.58 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran untuk memadam api disebabkan keadaan rumah yang rapat dan cuaca berangin. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat, katanya. Sementara itu, seorang mangsa, Ajid Sulaiman, 33, berkata ketika kejadian beliau berada di rumah bersama-sama isteri dan empat orang anaknya. "Saya hanya menyedari ada kebakaran apabila terdengar suara menjerit meminta tolong dari kedai runcit yang terletak bersebelahan rumah saya dan saya cuba untuk membantu, namun api marak dengan cepat...oleh itu saya segera membawa isteri dan anak meninggalkan rumah. Beliau yang menetap di situ sejak 12 tahun lepas, bagaimanapun hanya sempat menyelamatkan dokumen penting milik keluarganya. - BERNAMA

 

July 2011 – Nabawan, Sabah, kira-kira 160km dari Kota Kinabalu. Misi ziarah sahabat-sahabat lama yang banyak membantu usaha dakwah di pedalaman. Banyak perubahan sejak 18 tahun saya tidak ke sini.

nabawan

Bertemu kembali Abang Tommy (Mohammad Jun) dan keluarganya di Pekan Nabawan. Beliau berniaga servis komputer dan jahitan pakaian. Insan ini amat banyak membantu usaha dakwah. Rumahnya menjadi salah satu tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan dakwah ke Pensiangan, sempadan Sabah-Kalimantan.AbangTommy

'); (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) {return;} js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); } }); $.post('http://syahadah.dakwah.org/wp-admin/admin-ajax.php', { action: 'fbc_ping', post_id: '4', nonce: 'c2bf1d1887' }); })(jQuery);

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 10:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 25 May 2013 09:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SIDANG RAKYAT: Muslisah wakil Unduk Ngadau <b>Nabawan</b>

Posted: 23 May 2013 04:47 AM PDT


NABAWAN: Cik Muslisah Pangawai dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Nabawan yang berlangsung di Pentas Terbuka Tamu Pekan Nabawan pada Rabu.
Muslisah, 21, berasal dari Kg. Sabinait Baru, Murni C, Nabawan yang bertugas sebagai Kerani di sektor swasta dengan hobinya menari dan bermain badminton pada masa lapang menewaskan enam peserta yang layak ke pusingan akhir.

Tempat kedua disandang oleh Leu Kui Ink, 18, dari Kg. Bahagia A, Nabawan  yang bekerja sebagai juru kecantikan dengan hobi membaca.

Tempat ketiga jatuh kepada Yesomeh Makiong dari Kg. Layon satu-satunya peserta dari kampung yang terpencil di Mukim Pamuntarian.

Yesomeh, 20, yang berhobi menari dan membaca pada masa lapang seorang pelajar Kolej ILHAM bercita-cita menjadi 'assistant manager'.

Serama 14 peserta menyertai pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Perigkat Daerah Nabawan.


Klinik <b>Nabawan</b> janji 1999,Janji ditepati tak leh pakai UMNO/BN

Posted: 04 Apr 2013 12:21 AM PDT

by Mohd Haizuren Abdullah 
 
Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut

"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."

Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.

Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..

(Keluhan seorang penduduk Nabawan)

PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.

Projek PMR SLDB bawa harapan kepada pekebun kecil <b>di Nabawan</b>

Posted: 01 Sep 2013 04:21 PM PDT

September, 2, 2013 - 7:21 am

Juvarri02KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.

Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.

Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.

Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.

"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.

"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.

Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.

"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.

SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.

14/07/2013: Dua pesara guru terima Anugerah Tokoh Guru <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2013 05:00 AM PDT

Dua pesara guru, Paulus Tangkong dan Haji Arshad Ambikin Liang telah menerima Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan kali ke 42 yang berlangsung di dewan serbaguna di Nabawan.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut, Osman Aganduk turut menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan.

Selain daripada itu, dua guru Oguslina Siambing dan Zulkiflie Mohamad masing-masing turut menerima Anugerah Guru Inovatif kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah manakala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang disadang Sekolah Kebangsaan Kampung Enam Nabawan.

Sambutan Hari Guru peringkat Daerah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jame Alip.

Berucap merasmikan majlis tersebut, Jame mengesa warga pendidik agar sentiasa memperbahurui sistem pembelajaran dalam dan luar kelas mengikut keadaan semasa agar pelajar dapat menghayati dan memahami apa yang dipelajari.

Jelasnya, ini disebabkan kehendak dalam sistem pembelajaran masa kini jauh berbeza berbanding sistem dahulu.

End/rb/MA/Loy/Cov

~mfja~

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved