ads

Selasa, 3 Disember 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


SPNB BINA RUMAH MAMPU MILIK <b>DI PAPAR</b> | SPNB

Posted: 09 Nov 2013 08:56 AM PST

media_press_logo

SPNB BINA RUMAH MAMPU MILIK DI PAPAR
Oleh: Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh, Pengarah Urusan

Papar, Sabah 19 Jun – Bersempena dengan Program Motivasi, Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Ahli Parlimen Papar dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA dan SPNB, telah turut diadakan Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci Rumah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga pameran hartanah SPNB.

Majlis yang berlangsung di Dewan Dato Salleh Sulong, Papar dirasmikan oleh Y.B. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Papar dan juga Ketua Puteri UMNO Malaysia. Ianya juga dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Shamshul Baharain Sulaiman selaku Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia SPNB.

Di Sabah, SPNB sedang membina 10,991 unit rumah di bawah Program Rumah Mampu Milik (RMM) bagi sembilan (9) projek yang merangkumi Taman Apas Permai di Tawau, Taman Cenderawasih di Kunak, Pangsapuri Darau Angkasa di Kota Kinabalu, Bandar Seri Gemilang di Lahad Datu, Pangsapuri Putatan Platinum serta Pangsapuri Vista Minitod di Penampang, Taman Permata serta Vista Leila Idaman di Sandakan dan juga Taman Saujana Kinabalu di Ranau. Selain itu, sejumlah 1,998 unit rumah berjaya disiapkan melibatkan lima (5) buah projek di Sabah.

Program RMR adalah program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang berhadapan dengan kesukaran membuat pinjaman dengan institusi perbankan untuk memiliki rumah yang selesa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Program ini telah mendapat maklumbalas yang memberansangkan di seluruh negara dimana sejumlah 44,199 permohonan telahpun diterima. Manakala pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM150 sebulan tanpa dikenakan sebarang faedah berdasarkan konsep Al-Qardhul Hassan.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc.) yang komited menyediakan rumah berkualiti yang mampu dimiliki untuk rakyat Malaysia melalui pelaksanaan program perumahan seperti Rumah Mampu Milik (RMM), Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai (PPT).

Di seluruh Negara, bagi Program RMM, sejumlah 14,740 unit rumah telah berjaya disiapkan dan sebanyak 21,355 unit masih ditahap pembinaan. Manakala, bagi Program RMR sebanyak 15,385 telah berjaya diserahkan.

Di Sabah, sebanyak 645 unit rumah RMR telah diluluskan dan 372 unit rumah telah diserahkan. Sementara itu, SPNB telah berjaya menyiapkan 82 buah projek yang melibatkan 24,856 unit rumah yang terbengkalai di bawah Program PPT di seluruh negara seperti yang diarahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kos pembangunan sebanyak RM557 juta.

SPNB berusaha keras demi membantu rakyat bagi memenuhi tuntutan keperluan hidup yang semakin tinggi. Dengan wujudnya Skim Rumah Pertamaku (SRP), SPNB turut bertindak sebagai one stop centre untuk membantu rakyat memiliki rumah SPNB di bawah Skim tersebut.

Lindsay Lohan <b>papar</b> gambar pereka fesyen Tal Cooperman <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2013 11:46 PM PST

NEW YORK — Khabar angin menyatakan dia berpacaran secara rahsia dengan seorang model berusia 18 tahun.

Tetapi nampaknya Lindsay Lohan gemar membuat peminatnya berteka-teki dan telah menunjukkan seorang lagi individu yang mungki menjadi teman lelakinya.

Dia berkongi dengan pengikutnya sekeping gambar seorang pereka fesyen Tal Cooperman sedang tidur di atas katil melalui Instagram pada Sabtu.

Lidsay Lohan papar gambar Tal Cooperman dalam instagramnya

"@tallywood haha #sleepingbeauty,' pelakon berusia 27 tahun itu menulis sebagai kapsyen di bawah gambar terbabit.

Pada Jumaat malam, Lindsay berkongsi gambar dirinya melalu blognya, menyatakan "'It's time for the weekend. sending love. fun. safety. blessings. xo -L' (ia masa untuk hujung minggu. Dengan kasih saying. Keseronokan. Keselamatan. Restu. "

Sementara itu, bintang bermasalah, yang meninggalkan pusat pemulihan tiga bulan lalu, dilaporkan berpacaran dengan model Morgan O'Connor, yang telahpun mempunyai teman wanita.

Lindsay juga dilihat bermesra dengan Floyd Mayweather Jr di sebuah parti Halloween di mana dia menjadi hos di Connecticut's Foxwoods Resort dan Casino.

Dia kini diperhati oleh Oprah Windfrey yang dilaporkan membayarnya sebanyak 2 juta dolar untuk merakamkan perjalanannya untuk pulih daripada tabiat mabuknya untuk sebuah rancangan dalam saluran Oprah's OWN.

Selepas laporan tentang pelakon itu terlibat dalam kemalangan kereta selepas menjalani pemulihan buat kali keenam, kontraknya dengan rancangan itu mungkin akan terjejas.

Sumber dalam memberitahu Star Magazine: 'Oprah membayar bil, dan Lindsay bercakap besar tentangnya. Oprah akan marah jika beliau tahu tentang Lindsay berparti dengan duitnya."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved