ads

Jumaat, 1 Mac 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Addin: Hanya Kanak-Kanak Sambut Najib <b>Di Kudat</b>?

Posted: 14 Oct 2012 12:03 AM PDT


Kehadiran perdana menteri Najib Altantuya ke Daerah Kudat di utara Sabah disambut dingin penduduk walaupun penganjuran karnival jelajah janji ditepati diadakan di daerah itu.
Buktinya, jika dilihat sambutan yang diberikan ternyata yang hadir di tapak karnival di Kompleks Sukan Kudat itu hanya kanak-kanak yang kelihatan yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berada di kawasan tersebut.
Seperti biasa Najib Altantuya terus menghentam Pakatan Rakyat tanpa rasa malu melihatkan betapa pembangunan di negeri ini jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 49 tahun lalu.
Najib Altantuya yang tiba dengan helikopter dari Penampang, 190 kilometer dari Kudat itu diiringi Ketua Menteri Musa Aman dan Bernard Dompok hanya seketika saja melawat tapak karnival berkenaan.
Jelajah tersebut yang dianjurkan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama media pencacai Umno nombor satu, Media Prima Berhad seperti biasa terpaksa mengerah beberapa artis tanah air membuat persembahan untuk cuba menarik perhatian penduduk setempat.

Cuma kira-kira 25 minit berada di tapak berkenaan, Najib Altantuya kemudian terus menghala ke pekan Kudat apabila melihat rata-rata pengunjung yang hadir hanya kanak-kanak yang diupah memakai baju t karnival berkenaan yang teruja dengan kehadiran beberapa personaliti media pencacai Umno itu seperti Fara Fauzana, Sharifah Aleya dan penyampai berita.

Tiba di pekan, Najib Altantuya bertemu dengan penduduk yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas termasuk pemilik kedai kopi yang sudah pasti bukannya anak muda seperti yang dilaporkan Bernama dalam beritanya sebentar tadi:

"Sebaik tiba, Perdana Menteri terus ke Pekan Kudat dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.

Beliau juga bersarapan pagi bersama-sama ketua-ketua suku kaum dan kapitan China di sebuah kedai kopi paling lama beroperasi di situ.
Pemilik kedai kopi itu, Fong Hon Khiong yang kelihatan gembira dengan kunjungan Najib itu berkata beliau begitu "gementar" dan teruja Perdana Menteri memilih untuk singgah di kedainya."
Nampaknya apa yang berlaku semasa program yang sama di Teras Jernang, Bangi, Selangor, beberapa bulan lalu kini berulang kembali dan beberapa sumber memberitahu Najib Altantuya kurang senang dengan sambutan penduduk di pekan itu. ~jalanpulang

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


592 keluarga mangsa banjir <b>di kota marudu</b> terima

Posted: 25 Feb 2013 06:59 AM PST

KOTA MARUDU, 25 Feb (Bernama) -- Seramai 592 keluarga mangsa banjir di KotaMarudu pada Januari lepas menerima wang pampasan sebanyak RM500 pada satu majlisdi dewan komuniti di sini hari ini. Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyampaikanbantuan menerusi peruntukan tabung Majlis Keselamatan Negara untuk bencana alam.Pada venue sama, fasa kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia ...

Suapan Am Kota Marudu Online

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Pemuda ditembak mati <b>di Tawau</b>, kawan cedera. - CariGold Forum

Posted: 22 Jan 2013 03:49 AM PST

Forum Jump

Kawekaki Motor: NSRC CNY RIDE aka <b>TAWAU</b> RIDE 2013 (DAY 2)

Posted: 13 Feb 2013 06:33 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

10.02.2013 - Hari ini merupakan hari kedua dalam kalendar jadual kami dan kawe bangun agak lewat tanpa bersarapan. Mungkin nak kata kepenatan tidak juga tapi mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan kawe untuk tidak bersarapan terlalu awal.

Jika diikutkan, beberapa program telah direncanakan untuk kami semua oleh pihak TBBOC. Acara pertama yang dirangka adalah untuk melawat rumah terbuka seorang ahli TBBOC sempena Tahun Baru Cina. Kami bergerak lebih kurang jam 10 pagi dan diketuai oleh Kak Linda sebagai marshal.

Kak Linda marshal kami di Tawau

Wife Yuhanis dan Wife Fredie. Pertama kali membonceng sejauh ini. 
Dalam perjalanan menghadiri rumah terbuka

Berhenti mengisi minyak petrol sebelum gerak
NSRC di rumah terbuka saudara Lee salah seorang ahli TBBOC
Kedatangan lori yang membawa rombongan Tarian Singa

Membakar mercun sebaik Tarian Singa bermula


Bini-bini perkasa aka pillion tegar


Tarian Singa dihadapan tetamu dan tuan rumah
Tiga buah bike yang diberi penghormatan untuk parking dalam rumah

Cikgu Adi dan Cikgu Zakaria @ Nyo

Selesai menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina saudara Lee, kami seterusnya bergerak kerumah salah seorang lagi ahli TBBOC dan kali ini sempena upacara aqiqah anak beliau. Kunjungan kami kesana ditemani dengan sedikit hujan. Walaupun tidak berapa lebat tetapi mampu membuatkan kami sedikit lembab. (GAMBAR TIADA SEBAB KAMERA KAWE SIMPAN SEBAB HUJAN DAN LUPA KELUARKAN DARI SIDE BOX)

Selesai menghadiri upacara aqiqah tersebut kami bergerak balik semula ke hotel tempat kami menginap. Jika diikutkan pada rancangan asal, kami akan bergerak untuk ke Sempoerna tetapi terpaksa kami batalkan atas beberapa faktor.

Oleh kerana itu, ini sedikit sebanyak memberi kami sedikit masa untuk berehat dan melakukan aktiviti sendiri sehingga jam 5 petang kerana pada jam 5 petang kami akan dibawa oleh rakan-rakan TBBOC untuk meronda sekitar Tawau.

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 5 petang kelihatan beberapa rakan bikers dari TBBOC telah menunggu kami di tempat parking bike. Tanpa menunggu lama kami seterusnya dibawa melawat sekitar Tawau dan antara lokasi wajib adalah di 0KM Tawau.

Rakan-rakan dari TBBOC yang menunggu kami
Tempat parking bike didepan hotel
Mula bergerak untuk jalan-jalan sekitar Tawau

Keadaan Tawau yang sunyi sempena Tahun Baru Cina. Banyak kedai tutup dari beroperasi

Konvoi dalam kelajuan yang perlahan

Deretan bike yang disusun
Kawe, Cikgu Adi dan Saudara Nazri
Kawe berborak dengan Bro Rosli. Membincangkan projek mega. Hahahaha 
Saudara Nazri dan saudara Ruly orang kuat TBBOC

Bergambar beramai-ramai sebelum bergerak balik
Dari 0KM Tawau, kami kini bergerak semula menuju ke hotel tempat kami menginap dan selepas itu kami terus ke Tawau Kopitiam untuk makan malam bersama-sama dengan ahli TBBOC. Kami mengambil keputusan untuk makan malam awal kerana kami ingin balik awal ke hotel untuk berehat kerana pada keesokan harinya kami akan memulakan perjalanan awal pagi sekitar jam 6.
Antara ahli-ahli TBBOC yang tak jemu-jemu melayan kerenah kami

Makanan dah sampai.... Nasi goreng kampung dengan ayam goreng. Terbaikkkk...



Pillion bergambar sebelum kami balik ke hotel untuk berehat

Selesai makan di Tawau Kopitiam, kami berjalan kaki balik ke hotel yang terletak lebih kurang 100 meter sahaja. Tetapi sebelum balik ke bilik masing-masing, terdapat tugas yang perlu kami selesaikan iaitu untuk memeriksa keadaan bike kami supaya agar semuanya selamat untuk mengharungi perjalanan yang agak mencabar pada keesokan harian.
Berbincang sedikit mengenai perjalanan pada esok hari

Membeli sedikit bekalan untuk bersarapan pagi
Sedikit keadaan Tawau pada waktu malam

Setelah semua urusan selesai kami bergerak balik ke bilik masing-masing untuk berehat. Sesampai dibilik kawe termenung panjang memikirkan keadaan jalan dan cuaca untuk hari esok kerana jalan yang akan kami lalui mampu melemahkan mental dan fizikal kami....

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


2 POLIS MAUT DISERANG PENCEROBOH <b>DI LAHAD DATU</b>.

Posted: 01 Mar 2013 12:21 AM PST

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
  
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
  
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


operasi <b>di sipitang</b> sabah dan sibu serawak 28 ogos 2012 hinga 10 <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 06:05 PM PDT

OPERASI DI SIPITANG SABAH DAN SIBU SARAWAK 28 OGOS 2012 HINGGA 10 SEPTEMBER 2012

Bertolak dari Kuala Lumpur 28 Ogos 2012 ke kota kinabalu  Sabah untuk menunaikan undangan keluarga hamba Allah untuk membantu mencabut saka dan menyelesaikan ganguan yang membelengu selama ini.

Lokasi Terlibat

Kampung Bangsal Sipitang Sabah

Pitas, Keningau,

Engkalat Sibu Sarawak

Bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan meneruskan undangan seterusnya.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Sokongan <b>Di</b> Kundasang Dan <b>Ranau</b> Setinggi Gunung Kinabalu - Tv3

Posted: 14 Oct 2012 12:24 AM PDT

14/10/2012 15:24:00

Ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Negara Kinabalu, malam tadi, Perdana Menteri menyifatkan sokongan rakyat khususnya di Kundasang dan Ranau kepada Barisan Nasional amat mantap dan setinggi Gunung Kinabalu.

Beliau percaya masyarakat di Ranau dan Kundasang tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang.

Katanya, sokongan berterusan rakyat kepada BN penting kerana segala yang diperjuangkan kerajaan untuk negara sejak 55 tahun lalu, hilang sekelip mata jika rakyat silap memilih.

Sebelum itu, Perdana Menteri menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin BN Sabah.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Muhyiddin bersarapan bersama rakyat <b>di Nabawan</b>, Sa... - Shafie Nor

Posted: 23 Feb 2013 09:33 AM PST

Muhyiddin bersarapan bersama rakyat di Nabawan, Sabah

NABAWAN, SABTU, 23 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin bersarapan bersama pemimpin dan rakyat di tapak tamu, di sini, sebentar tadi.

Program dikenali santai kopi bersama masyarakat turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup.

Timbalan Perdana kemudian menghadiri Program Sepagi Bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri lebih 10,000 masyarakat berbilang kaum di Padang Awam, di sini. - BH

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved