ads

Ahad, 18 September 2011

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: <b>LAHAD DATU</b> SEMAKIN TIDAK SELAMAT?

Posted: 18 Sep 2011 12:49 AM PDT



KLIP VIDEO HEBAT

Oleh : CITRA MASADI

BERAPA ramaikah lagi mangsa yang harus menjadi korban untuk membuktikan Lahad Datu tidak selamat kerana dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Ketua Polis Daerah gagal mengambil langkah berjaga-jaga setelah insiden seorang remaja dibunuh di bawah Pusat Hiburan setelah gagal mendapat bantuan daripada Pondok Polis yang tidak beroperasi?

Ketika untuk berhenti rehat di Lahad Datu selepas mengikuti Konvensyen Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu, saya dikejutkan dengan berita seorang Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu, Ali Jamal, mati ditikam berdekatan Public Bank Lahad Datu pada jam 4.30 pagi, hampir sama dengan masa kejadian remaja anak seorang bekas Pegawai MDLD.

Saya tidak hairan jika Lahad Datu pernah diserang Lanun pada siang hari pada 1989 kerana kawalan keselamatan Lahad Datu ketika itu terlalu longgar, sekalipun lanun mendarat berhampiran dengan Pangkalan Polis Marin.

Tetapi setelah banyak kejadian bunuh yang berlaku, sewajarnya Ketua Polis Daerah Lahad Datu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memastikan Ops Payung dan segala Ops yang dijalankan bukan sekadar menunjuk-nunjuk; sebaliknya untuk memastikan mereka bertindak segera bagi mencegah jenayah dan memastikan Lahad Datu bebas daripada penjenayah.

Dengan demografi Lahad Datu yang didominasi PATI, sewajarnya Polis memasang CCTV di kawasan penting terutama di hadapan lokasi tumpuan awam dan kemungkinan berlaku jenayah seperti di Bank, Pasar Rakyat dan Jalan Sunyi.

Nampaknya polis Lahad Datu tidak banyak berubah dan menjadikan kematian sebagai 'Pesta Memburu' kerana hanya selepas ada mangsa terbunuh atau dibunuh, polis akan mengadakan sekatan jalan sama ada melalui Ops Tutup atau Ops Sekat; tetapi hanya mereka yang bersubahat diberkas, tetapi penjenayah lepas lari.

Saya simpati dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsuddin Mat yang sepatutnya sudah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Kontingen Polis Sabah, tetapi bernasib malang kerana banyak kejadian jenayah berlaku di daerahnya sehingga KPInya boleh dipertikaikan.

Menurut Laporan Polis LDD/RPT/7513/2011 yang dibuat oleh pengadu, Mohd Rusdi Tatan, 34, seorang lelaki Idahan oleh pada jam 05.15 pagi; bapa saudara beliau, Ali Jamal, 47, telah dipukul oleh 14 lelaki dan ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali dengan menggunakan pisau dan luka di bahagian perut pada jam 4.30 pagi di hadapan Public Bank (20 meter daripada tempat serangan lanun 1989).

Menurut saksi, penjenayah berkenaan melarikan diri menggunakan van Nissan Vanette berwarna biru bernombor SA6950H. Namun Ali yang dihantar ke hospital sejurus selepas kejadian telah meninggal dunia pada jam 06.30 pagi.

Mohd Rusdi memaklumkan bahawa punca kejadian dipercayai akibat mangsa menegur kumpulan lelaki berkenaan yang telah melanggar papan tanda dan tembok tepi jalan; lalu mereka bertindak berang menyerang Ali secara berkumpulan.

Seramai empat orang saksi yang nampak kejadian berkenaan dan berjaya mengecam salah seorang penyerang daripadanya bernama BUDI. Setakat ini polis telah berjaya memberkas tiga orang penyerang dan masih memburu 11 lagi yang masih bebas.

Tindakan polis menjalankan Ops Tutup menyebabkan jalanraya di Lahad Datu sesak sekalipun hujung minggu kerana ramai yang ingin mendapat maklumat tentang kejadian.

Desas desus yang giat disebarkan bahawa serangan berkenaan disebabkan tindakan balas dendam kerana MDLD bertindak kejam merampas sayuran penjaja haram dan pilih kasih dalam pemberian gerai menjual pakaian rombengan di bekas Dataran Palma. Namun belum dapat dipastikan sejauh mana benar dakwaan tersebut.

Apakah serangan terhadap Ali akan melibatkan lebih ramai lagi pegawai MDLD termasuk Pengerusi MDLD; yang dianggap sebagai punca penyebab mereka kehilangan pendapatan ekoran Skandal Pasar Rombengan (kain terpakai) kerana hanya segelintir yang mendapat tempat sedangkan terdapat lebih 500 penjual rombengan di daerah ini!

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Biar Berakhirnya Di Sini: 548 : Santai <b>di Ranau</b>

Posted: 09 Feb 2010 09:15 PM PST

Baru-baru ini aku dan beberapa rakan yang lain sempat menjejakkan kaki di pekan Ranau, satu destinasi perlancongan yang agak terkenal di Sabah...

Tempat yang terletak dibawah kaki Gunung Kinabalu ini memang sangat indah dan menarik... Suasana sekitar amat tenang dan mendamaikan... Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki disini... Bila kembali, terasa seronok yang teramat... Banyak sungguh kenangan disini... Kalau hendak dibilang, Sabah merupakan destinasi yang tidak pernah jemu aku lawati... Pergi lah banyak mana sekali pun, aku yakin aku akan kesini sekali lagi... Keindahan alam sekitar dan kehijauan alam semulajadinya membuatkan aku jatuh cinta pada tempat ini...

Teman-teman juga kelihatan gembira... Masing-masing tidak melepaskan peluang bersantai dan merehatkan minda masing-masing... Setiap ceruk yang kami pergi, ada saja aktiviti bergambar yang kami lakukan... Macam tak pernah sampai/datang sini je... Heheheeee...

Jika anda terasa ingin pergi jauh dari kesibukan kota, aku memang cadangkan kalian kesini... Semestinya ia satu destinasi yang sangat mendamaikan fikiran anda... Terpulang; sekiranya terasa ingin mendaki, anda boleh mendaki Gunung Kinabalu dan menikmati panorama indah ciptaan Ilahi... Pemandangan mereka cantik dari atas sana... Tidak perlu lama... Mendaki cuma memerlukan masa 2 hari sahaja...

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Tiga Jalan raya utama <b>di kota Kinabalu</b> akan jadi tumpuan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 10:45 PM PDT

No of View :838

Tiga jalan raya utama yang sering berlaku kemalangan maut di sini akan diberi lebih tumpuan sepanjang Ops Sikap kali ke-24 pada kali ini.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata jalan yang dimaksudkan itu ialah Jalan Tuaran, Jalan Tuaran Bypass dan juga Jalan Tun Fuad Stephen.

"Ketiga-tiga jalan berkenaan menjadi tumpuan Ops Sikap pada kali ini memandangkan jalan berkenaan adalah jalan utama yang menyumbang kepada kes kemalangan maut di bandaraya ini sepanjang Januari hingga Julai tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan Jalan Tuaran iaitu bermula dari stesen minyak Shell Karamunsing hingga lampu isyarat Batu 5 mencatatkan empat kes maut dan 13 kes cedera parah.

Sementara itu, bagi Jalan Tuaran Bypass yang bermula dari lampu isyarat Batu 5 hingga ke lampu isyarat Jalan Tuaran Bypass mencatatkan dua kes maut dan lima kes cedera parah.

Manakala bagi Jalan Tun Fuad Stephen yang bermula dari bulatan Perkasa hingga ke lampu isyarat Yayasan Sabah, sebanyak lima kes kemalangan maut dan empat kes kecederaan parah dilaporkan berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, Sofi berkata enam kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya juga akan diberikan penguatkuasaan khusus sepanjang Ops Sikap kali ini.

"Antara kesalahan yang akan diberi penguatkuasaan khusus ialah mengakibatkan kemalangan jalan raya, pandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat kampu merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan yang menggunakan lorong kecemasan.

"Kadar kompaun saman ke atas semua enam kesalahan terbabit juga tidak akan dikurangkan," katanya menambah kabinet sebelum ini juga telah meluluskan pengurangan had laju sebanyak 10 kilometer sejam bagi semua jalan persekutuan dan jalan negeri.

Sementara itu, Sofi memberitahu sebanyak 26 kemalangan maut dilaporkan berlaku di daerah berkenaan sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 3,053 kes kemalangan yang berlaku di Kota Kinabalu sepanjang tempoh berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: KAFA <b>DI</b> SOOK DAN <b>NABAWAN</b> TERIMA RM34,000

Posted: 15 Sep 2011 10:24 AM PDT


CEK….Kurup menyampaikan replika cek kepada guru KAFA Sook dan Nabawan, disaksikan Elron.

Oleh : YAYASAN DALIMPOS

GURU Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di Sook dan Nabawan kini merasa lega kerana dapat dibantu oleh kerajaan melalui peruntukan yang diberikan Ahli Parlimen Pensiangan sebanyak RM34,000 sempena Hari Raya terbuka anjuran Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Tan Sri Joseph Kurup berkata, peruntukan itu adalah bermanfaat kepada guru-guru Kelas Agama Fardu Ain dan 52 buah sekolah agama di kedua-dua daerah iaitu Sook dan Nabawan bagi tujuan pengajian Al-Quran atau aktiviti agama.

Peruntukan itu mampu menjana perlaksanaan aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru KAFA di setiap sekolah di Sook dan Nabawan.

Kurup berharap rakyat di Sook dan Nabawan khususnya dalam Parlimen Pensiangan agar sentiasa melakukan aktiviti keagamaan yang dapat meningkatkan moral dan akhlak kanak-kanak dan belia-beliawanis di daerah ini dalam menghadapi zaman teknologi.

Beliau ingin rakyat di daerah ini agar bersatupadu dan menjalinkan silaturrahim melalui penganjuran perayaan-perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan dengan saling menghormati antara satu sama lain.

Katanya, melalui hubungan yang intim, sikap terbuka, kunjung-mengunjungi dan saling menghargai maka wujud keharmonian sebagai rakyat yang aman dan sentosa.

Mengenai transformasi negara melalui slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, amat bermanfaat kepada perpaduan rakyat demi bangsa dan negara yang tercinta terutamanya ketika sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut kemuncaknya pada 16 September ini.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, turut melafazkan ucapan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam di Sook dan Nabawan dan berterima kasih kerana sudi datang meraikan rumah terbuka yang diadakan di dewan masyarakat Sook.

Kira-kira 3,000 orang menghadiri rumah terbuka Hari raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen bersama Celcom tersebut di sini.

Dalam pada itu Kurup menyarankan rakyat di Sook dan Nabawan agar mengutamakan perpaduan sebagai landasan keamanan negara dalam mengelak segala perkara yang tidak diingini berlaku.

Sempena majlis rumah terbuka tersebut Kurup, Puan Sri Melinda dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Elron A.Angin menyampaikan duit raya kepada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak yang mengunjungi majlis yang berlangsung dari pagi hingga ke petang.

Turut memeriahkan majlis ialah artis Abby AF5 yang menghiburkan pengunjung dengan dendangan lagu Raya dan persembahan-persembahan karaoke oleh artis tempatan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat Nabawan Jubilin Kilan, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pensiangan Zaiton OKK Anik dan pemimpin masyarakat Sook.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Sabahdaily: 540 KELUARGA MISKIN TEGAR TERPINGGIR <b>DI BELURAN</b>

Posted: 09 Dec 2010 02:44 PM PST

SERAMAI 540 keluarga di Kampung Rancangan Nangoh Beluran yang sebahagian daripada mereka benar-benar terpinggir dan terus disisihkan daripada mendapat bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan E-Kasih kerana dasr pilih kasih, sebahagiannya ibu tunggal dan balu; memerlukan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah miskin tegar yang dideritai mereka selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Rancangan Nangoh, Mohd Pimpin Hj Mangas ketika mendedahkan perkara ini kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan menjelaskan walaupun mereka sudah memohon berkali-kali melalui pejabat Daerah Beluran dan agensi berkaitan, tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar berita, bagaikan menunggu sebutir hujan di gurun nan tandus sejak bertahun lamanya.

"Kitapun hairan kenapa pihak kerajaan khususnya kementerian yang berkenaan tidak mahu meluluskan permohonan mereka, sedangkan mereka ini anak jati Kg Nangoh dan juga penyokong kuat Barisan Nasional (UMNO/PBS/UPKO), tetapi masih juga tersingkir untuk mendapatkan agehan bantuan selayaknya," kata Mohd Pimpin.

Selaku pengerusi JKKK Kg Rancangan Nangoh yang dimanahkan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kemajuan kampung termasuk kebajikan para penduduk berkenaan, Mohd Pimpin mengharapkan sekiranya pihak berkenaan terbaca berita ini di Sabahkini.net harus mengambil tindakan drastik mengenai penyingkiran sebahagian keluarga yang tidak dapat walaupun satu sen daripada pihak kerajaan.

Tegas Mohd Pimpin lagi, pilihanraya umum Ke-13 semakin hampir tetapi para pegawai kerajaan dan dua ADUN serta Ahli Parlimen, nampaknya selamba sahaja tidak begitu menghiraukan permasalahan yang sedang dihadapi rakyat.

"Sebagai pengerusi JKKK yang sering kali jadi sasaran dan mangsa keadaan kerana saban hari ada saja mereka jumpa kita minta itu dan ini. Tanya itu tanya ini, sedangkan saya bukan wakil rakyat, sekadar menerima elaun JKKK RM200 sebulan saja. Itupun hanya cukup untuk beli minyak motorsikal sahaja," keluh Mohd Pimpin lagi yang menagih perhatian Ketua Menteri Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Wartawan Sabahkini.Net berkesempatan menemui Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut merangkap Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki untuk meminta pandangannya mengenai kenyataan Pengerusi JKKK berhubung mengenai penyingkiran tersebut.

James berjanji akan membawa perkara ini kepengetahuan ADUN Labuk, Pejabat Daerah dan juga Ketua Bahagian UMNO Beluran agar perkara ini akan dapat diatasi segera untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak tersebut.

"Kita tidak mahu sekiranya perkara ini terus berlarutan sehingga menjadi rumit dan isu kepada parti pembangkang yang sentiasa mencari apa saja kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya BN," ujarnya.

Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved