ads

Rabu, 29 Jun 2011

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


SEMPURNAKANLAH…..<b>SEMPORNA</b>! | RontogDaily.Com

Posted: 15 Jun 2011 12:11 AM PDT

Hello… Semporna!. Dalam keghairahan pembangunan, pembinaan pelbagai kemudahan yang memanifestasikan keamanan yang dikecapi masyarakat kita seringkali mengundang kealpaan. Pembinaan bangunan dan gedung-gedung perniagaan tentu sahaja mempamerkan kemakmuran ekonomi yang dijelmakan oleh keyakinan para pemodal terhadap prospek ekonomi yang terhidang. Bangunan yang serba indah didirikan. Peluang-peluang perniagaan dijana dan retorik wujudnya peluang pekerjaan yang melimpah ruah dijaja ke hulu ke hilir oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Ironinya, keadaan ini hanya menyedapkan halwa mata memandang. Realiti yang berlaku dalam putaran ganas kehidupan tidak pernah mengambilkira retorik dan omongan kosong. Situasi inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya di Semporna. Bangunan-bangunan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tidak mengira kawasan daratan atau tepi lautan, bangunan yang tentunya menempatkan gedung-gedung perniagaan milik pemodal-pemodal berkapasiti besar. Lantas, apakah nasib yang menimpa kelompok yang berinisiatif untuk membawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan. Para peniaga kecil-kecilan yang tentunya menjadikan  perniagaan kecil-kecilan yang mereka jalankan sebagai sumber utama pendapatan untuk menyara keluarga, persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Langkah mewujudkan gerai-gerai perniagaan secara tetap dan tersusun tentunya suatu langkah yang bijak dan harus diberi pujian. Sungguhpun langkah ini sepatutnya telah lama diwujudkan oleh pihak-pihak yang berkenaan, namun inisiatif baru ini tentunya melegakan para peniaga kecil-kecilan khususnya, yang selama ini berniaga di tempat dan premis yang tidak terurus, usang dan tentu sahaja tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air. Kita tentunya berharap, sebagaimana harapan para peniaga ini agar pihak-pihak berwajib turut mewujudkan hub-hub perniagaan kecil-kecilan seperti gerai-gerai tersusun ini di lokasi-lokasi lain yang strategik.

Lokasi gerai tersusun dan teratur di Taman Sem Paul ini bukan sahaja menyediakan tempat yang baik dan selesa untuk para peniaga, lebih dari itu, kewujudan gerai-gerai ini tentunya akan mengubah landskap pemandangan para pengunjung dan pelancong sama ada tempatan atau pelancong asing. Berbanding binaan gerai sebelum ini yang dibuat daripada kayu, memperlihatkan pemandangan yang usang, tidak tersusun dan kotor, gerai-gerai tersusun yang baru ini tentunya memberikan manfaat kepada banyak pihak. Selain para peniaga yang tersenyum lebar kerana bakal berniaga di tempat yang lebih selesa, pihak berkuasa tempatan juga bakal mendapat manfaat langsung sama ada dalam bentuk cukai atau usaha mengubah lanskap daerah Semporna ini secara khususnya.

Namun dalam keghairahan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ini, pihak-pihak yang berkenaan juga tidak seharusnya 'terlupa' menguruskan beberapa perkara penting. Pertamanya, pengeluaran dan pemberian lesen-lesen perniagaan khususnya yang menggunakan gerai-gerai serba baru ini harus diuruskan secara telus dan profesional. Seringkali kewujudan kemudahan seperti ini dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila pengeluaran lesen dan kebenaran menggunakan kemudahan ini diperolehi oleh individu yang tidak menjalankan perniagaan sebenarnya. Pihak yang berkenaan pula 'mengalibabakan' gerai perniagaan ini kepada pengusaha sebenar. Akhirnya, peniaga sebenar terpaksa menanggung cukai yang tidak perlu.

Bukankah lebih elok jika peniaga sebenar yang telah lama menjalankan perniagaan kecil-kecilannya dilokasi ini diberikan keutamaan memiliki lesen berkenaan. Jika selama ini mereka sanggup bertahan menjalankan perniagaan sungguhpun dengan keadaan yang sangat daif, maka adalah sangat tidak bermoral untuk memberikan lesen berkenaan kepada individu yang hanya tahu mengaut keuntungan daripada jerit perih peniaga yang bersungguh-sungguh menjayakan kehidupan keluarganya.

Kedua, harus juga diwujudkan sistem untuk membolehkan pemantauan dijalankan oleh pihak-pihak berwajib agar penyewa-penyewa premis ini benar-benar menjalankan perniagaan mereka. Sistem itu kelak bukan sahaja memantau para peniaga semata-mata, malah juga memastikan segala kemudahan yang ada tidak diubahsuai sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak berkenaan. Kemudahan yang ada juga boleh diselenggarakan dengan baik andai wujud sistem yang baik dan telus. Lebih dari itu, mekanisme pemungutan hasil cukai ke atas peniaga-peniaga ini juga diwujudkan agar tidak berlaku ketirisan yang akan merugikan pihak yang berkenaan.

Ketiga, projek ini juga harus dikendalikan secara profesional dan dijadikan 'bahan kajian' untuk mengumpul data-data tertentu yang akan memanfaatkan pengurusan pihak berkuasa tempatan. Melalui pengurusan yang profesional itu, bukan sahaja menaikkan imej pihak berkuasa tempatan sebagai agensi yang berautoriti, tetapi juga memungkinkan inisiatif baru boleh diperkenalkan dan sekaligus membudayakan tabiat inovasi dan kreativiti dalam kalangan pihak-pihak yang berkenaan. Paling penting lagi, 'pengalaman' yang dikutip daripada pengendalian gerai baru ini kelak, akan menyediakan maklumat berharga seandainya pihak berkenaan merencana hub-hub seumpamanya dilokasi yang lain pula.

Semoga inisiatif ini boleh dimanfaatkan. Kombinasi pihak berkuasa tempatan, para peniaga serta juga orang ramai yang berurusan dengan kawasan ini nati akan mendapat manfaat secara langsung daripada kejayaan projek ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Selamat Datang ke rumahdsabah: Soft Lunching Rumah Teres <b>di Papar</b>

Posted: 05 Apr 2011 12:00 AM PDT

Dua taman perumahan teres akan dilancarkan di Papar iaitu Jalan Buuzut (Vila Mutiara) dengan harga antara RM268,800 - RM298,800 dan Jalan Sapat RM178,800 - RM238,800. Taman ini akan dibangunkan oleh HBA Group www.theHBAgroup.com atau hubungi Miranda 017-8666711 untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Kelapa Mawar: HANYA CALON YANG BOLEH MENANG <b>DI KOTA BELUD</b> AKAN <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 05:31 AM PDT


Kenyataan Najib bahawa hanya calon yang berupaya untuk menang akan dipilih pada PRU 13 akan datang dilihat sebagai satu strategi ampuh untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang hampir terlepas pada PRU 12 yang lepas. Justeru kenyataan itu turut mengundang spekulasi bari di daerah dimana UMNO sabah dilahirkan iaitu di Kota Belud.

Rakyat bukan sahaja mula menceritakan makna tersirat disebalik kenyataan itu tetapi juga turut mempetsoalkan kerasionalanya di peringkat Kota Belud. Kerana kata mereka jika berpandukan kenyataan itu maka semua calon yang lepas termasuk beberapa calon yang digugurkan pada PRU 12 adalah terdiri daripada calon-calon yang 'boleh ' menang. Senario di Kota Belud menggambarkan ,letaklah sesiapa jua pun asalkan berlambang "dacing' sama ada calon itu calon anak kota Belud atau calon import pasti berpotensi untuk menang.

Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar, Datuk Rahman dahlan, datuk Musbah dan Datuk Japlin adalah antara calon yang boleh menang jika di calonkan pada PRU akan datang. Oleh yang demikian dijangka Najib akan pening kepala untuk melakukan pemilihan berhemah pada masa itu. Malahan diandaikan pada PRU akan datang pelung beberapa pemimpin muda untuk diketengahkan juiga akan bertambah tipis ekoran kenyataan Najib itu, kerana ada dikalangan mereka yang belum terbukti boleh menang sebagaimana yang dikehendaki oleh Najib.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


SABAH DAP: <b>Tambunan</b> telah membuktikan yang terdapat banyakmasalah <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2011 07:54 PM PDT

Tambunan perlu perhatian

Lawatan dari DAP Kota Kinabalu Sabah MP, Hiew King Cheu, Timbalan Pengerusi Edward Ewol Mujie dan ahli-ahli ke pendalaman kampung-kampung di Tambunan telah membuktikan yang terdapat banyakmasalah dari aspek pembangunan, infrastruktur, pertanian, perindustrian, sosial dan juga hal-hal kebajikan.

Dalam kenyataan Edward selepas lawatan di Tambunan berkata, terdapat banyak perkarayang boleh dibuat untuk memperbaiki pelbagai aspek dan hal-hal yang timbul di pendalaman dan kampong-kampung yang dipinggirkan ini. Dia telah memberi contoh semasa berjalan di pecan Tambunan iaitu mereka telah diberitahu dan menerima banyak aduan dari penduduk di sini tentang banyak perkara yang boleh mengancam kehidupan penduduk di sana. Edward berfikir, sepatutnya penduduk disana tidak seharusnya menghadapi masalah kerana Daerah tersebut adalah daerah yang telah lama dipegang oleh orang lama politik iaitu Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan. Dia berkata anda tidak akan tahu keadaan sebenar selagi anda tidak melawat tempat tersebut dan bertanya sendiri kepada penduduk di sana tentang masalah yang mereka hadapi.

Kita telah menerima aduan tentang tiada pembangunan, tiada pembukaan industri, sawah padi tidak produktif dan tanpa system pemparitan yang terkini dan moden, jalan kampung yang teruk, sekolah kampong tidak mendapat perhatian, kadar pengangguran yang tinggi, tiada pembangunan industry, adalah sangat susah untuk menampung kehidupan terutamanya golongan remajayang berpindah keluar, dan sebagainya.

Apabila MP KK Hiew memberi ucapan di bus stop mini, orang ramai berkumpul untuk mendengar dan meminta suratkhabar "roket" dan VCD-VCD DAP. Ramai orang menghargai lawatan MP KK dan mereka berharap kumpulan DAP akan kembali ke Tambunan lagiuntuk lawatan yang serupa untuk meringankan mereka tentang isu semasa di dalam negara, terutamanya arah politik negara. Mereka berkata mereka tidak pernah mendapat peluang mendengar ucapan dari parti pembangkang dan masih terlalu banyak yang mereka tidak tahu dan ingin memahami dengan lebih mendalam lagi.

Selepas mendengar Hiew bercakap tentang masalah yang dihadapi oleh golongan remaja yang berkerja di Singapura dan semenanjung, seorang lelaki muda dalam lingkungan 30an dari kampung di Tambunan dengan segera berkata dia akan membatalkan rancangan memohon untuk berkerja di sana dan dia akan terus memotong pokok getah di lading getah nya yang sebesar 10 ekar yang boleh mencapai sehingga RM 1200 sebulan dengan mudah. Edward memberitahu orang ramai supaya jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis agensi pekerjaan ini dan banyak agensi-agensi ini tidak mempunyai lessen yang sah.

Seorang penduduk kampung mengadu kepada kerajaan tentang jalan teruk di tempatnya dan meminta agar jalan tersebut di turap, tetapi jawapan mengejutkan ialah, "anda bernasip baik mempunyai sebuah jalan, jangan minta jalan tersebut di turap!". 

Kumpulan itu kemudiannya memandu ke kampung terpencil iaitu Kg. Kaigaran dimana keadaan jalan disitu sangat teruk. Ia hanya 15 km dan kerajaan masih tidak dapat menurap jalan tersebut. Kumpulan itu dihentikan oleh penduduk kampung yang berlalu di situ dan mereka mengajukan kekecewaan dan aduan mereka. Apabila mereka sampai di S.K. Kaigaran, mereka menyedari yang jalan sekolah itu dan pintu masuk jalan tersebut dalam keadaan yang sangat teruk, seperti tidak pernah diselenggarakan lansung.bagaimana keadaan sebegitu teruk boleh terjadi di sebuah kampung yang hanya 15 km dari pecan Tambunan sahaja?

Dari : Edward Ewol Mujie, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, merangkap Ketua Kerajaan Tempatan dan Biro Perumahan             

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Konsert LAGENDA ROCK <b>di Tawau</b> ~ Kalau bukan KITA,SIAPA lagi...

Posted: 02 Jun 2011 06:43 PM PDT

Alhamdulillah,nampaknya pemuzik pemuzik di Sabah ini sudah tidak sunyi dengan penyertaan BATTEL OF THE BAND.Belum habis satu,satu battel lagi menyusul.Inilah yang dikatakan keprihatinan penganjur yang melihat anak anak muda aktif dalam muzik.

Sebentar tadi aku dapat info dari seorang teman yang berada di daerah Tawau yang memaklumkan bahawa mereka akan menganjurkan satu acara BATTEL OF THE BAND terbuka Sabah.

So,dia nak bantuan melalui radio dan juga website serta blog untuk mencari band band yang bakal menyertai event ini.Pada umumnya,dalam masa terdekat mereka akan mengeluarkan flyers dan maklumat menggunakan Facebook.Ketika ini,mereka sedang menyiapkan segala maklumat yang penting untuk di letakkan di dalam flyers tersebut.


aku harap band band dari SANDAKAN,LAHAD DATU,SEMPORNA serta Kota Kinabalu akan mencuba nasib acara battel ini.Dimana selain wang tunai,JUARA akan layak menjadi BAND PENGIRING untuk acara KONSERT LAGENDA ROCK yang akan di anjurkan selepas acara battel ini.Itulah tujuan sebenarnya acara ini di anjurkan,dimana mencari bakat bakat baru dalam aktiviti muzik

Buat masa ini,aku tak dapat info lebih lanjut.Tetapi,member aku akan update dalam masa tersekat.So,korang get ready saja.Apa apa maklumat berkenaan acara ini,akan aku hebahkan melalui blog ini mahupun website onlinefm.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


sabahkini.net: NADI KEHIDUPAN <b>KENINGAU</b> TERANCAM

Posted: 18 Jun 2011 11:58 PM PDT


Oleh: KREW SABAHKINI.NET (BINGKOR)

SUNGAI Babayo merupakan 'nadi kehidupan' iaitu sumber air utama kepada penduduk di Keningau, terutama sekali kepada penduduk di Mukim Bingkor, Apin-Apin dan Keningau.

Sungai ini merupakan salah satu daripada sungai yang mempunyai kualiti air yang bermutu tinggi dan jernih di daerah Keningau sehingga menjadi tempat bagi penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih.

Selain untuk kegunaan pertanian dan pengairan, sumber air daripada sungai ini digunakan untuk memasak, membasuh, mandi, air minuman dan sebagainya.

Berikutan kebimbangan kerosakan dan pencemaran yang mungkin akan berlaku terhadap Sungai Bayayo, Ahli Jawatankuasa Pemikir, Koperasi Kelapa Sawit Kandang Besar Bhd. di Bingkor, Jonathan Likoh, menyuarakan pendapat beliau sewaktu ditemui baru-baru ini menyatakan bahawa; "perlu ada agen atau organisasi khas daripada pihak kerajaan untuk memantau perkembangan atau penerokaan hutan yang kian rancak diadakan di kawasan hulu Sungai Bayayo untuk menjaga dan memelihara bekalan sumber air di Bingkor."

Katanya lagi, ketika ini boleh dilihat terdapat beberapa individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab telah mula meneroka kawasan hutan berbukit di sekitar hulu sungai Bayayo.

"Mereka ini telah mula meneroka hutan untuk tujuan perladangan seperti penanaman kelapa sawit secara besar-besaran dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya tanpa membuat penilaian dan perancangan alam sekitar terlebih dahulu," ujar Jonathan.

Aktiviti perladangan seperti ini, kata Jonathan, pada amnya dilihat amat menguntungkan dan dapat menjana pendapatan dan ekonomi di kawasan Bingkor. Namun terdapat pelbagai kesan buruk yang mungkin akan terjadi jika aktiviti penerokaan itu tidak dirancang dengan betul atau dilakukan dengan sesuka hati.

Menurut beliau, penerokaan hutan akan membawa kepada aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan. Ini akan menyebabkan kitaran hidrologi di kawasan penerokaan tersebut menjadi tidak stabil dan terjejas.

Aktiviti pembalakan, kata Jonathan, juga akan mengakibatkan kekurangan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan kandungan paras air di dalam tanah tersebut sehingga menjejaskan kawasan tadahan air dan sumber bekalan air kepada sungai Bayayo.

"Kesan lain daripada aktiviti pembalakan ini juga akan menyumbang kepada kesan larian air permukaan yang akan membawa banyak lumpur atau kelodak ke dalam sungai," kata Jonathan yang kesal kerana aktiviti haram berkenaan akan menyebabkan kualiti, kejernihan air dan sifat fizikal air terjejas serta akan menyebabkan mendapan sungai.

Katanya lagi, Sungai Bayayo yang merupakan sumber bekalan utama air kepada penduduk di Bingkor mungkin akan tercemar dan terjejas akibat daripada aktiviti penerokaan hutan tersebut, termasuk menghanyutkan bahan kimia dan racun serangga ke dalam sungai sehingga menjadi tempat pembuangan toksik.

"Diharap wakil-wakil rakyat kawasan DUN Bingkor, Liawan dan Parlimen Keningau serta agensi-agensi kerajaan dapat membendung perkara ini daripada berlaku. Sungai adalah khazanah alam sekitar yang harus dijaga untuk generasi kita di masa hadapan, bukan hanya untuk dihari tua pihak-pihak tertentu," kata Jonathan lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Perantau <b>di</b> perantauan: :: Kisah temuduga terbuka ke IPG <b>di</b> Sabah...

Posted: 01 Jun 2011 09:27 PM PDT

29th May, 2011

TENOM: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh meminta Kementerian Pelajaran segera mengkaji semula keputusan temuduga terbuka bagi profesion perguruan melibatkan anak tempatan Nabawan dan Kemabong di pedalaman Sabah pada 7 Mei lepas.

Beliau berkata ini kerana ramai ibu bapa dan pelajar berpendapat temuduga itu tidak dilaksanakan mengikut sasaran ditetapkan.

"Objektif utama temuduga itu ialah untuk memberi peluang kepada anak tempatan di pedalaman Sabah, khususnya di Nabawan dan Kemabong, menjadi guru," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kata beliau, calon dari luar daerah itu turut diambil dan ini menafikan peluang anak tempatan menjadi guru.

Radin, yang juga naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata beliau dimaklumkan bahawa pada mulanya kumpulan sasaran bagi pengambilan itu ialah anak tempatan dari kawasan pedalaman yang mendapat enam kredit, termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

"Mendapat 'A' (kredit) tidak diwajibkan bagi pelajar dari kawasan pedalaman Nabawan dan Kemabong. Anggota panel temuduga datang jauh dari Putrajaya; mereka tidak kenal calon-calon ini, jadi mereka hanya pilih secara rambang, manakala kelayakan yang diambil kira pula adalah seperti biasa, contohnya 4A bagi lelaki dan 5A bagi perempuan dan ini mengenepikan peluang untuk anak tempatan," katanya.

Radin berkata perkara paling mengecewakan ialah pegawai pendidikan tempatan langsung tidak dilibatkan dalam semua proses pengambilan.

"Ini menyebabkan objektif utama untuk memberi peluang kepada anak tempatan tidak tercapai. Ini tidak adil bagi anak tempatan Nabawan dan Kemabong," katanya.

Beliau berkata sekiranya amalan itu diteruskan, sampai bila pun anak tempatan tidak berpeluang menjadi guru. "Sebab itulah ibu bapa mahu keputusan itu dikaji semula agar anak tempatan berpeluang mencapai impian mereka," katanya.

Radin berkata sekolah di pedalaman, termasuk di Nabawan dan Kemabong, masih kekurangan dalam banyak aspek, termasuk prasarana dan kemudahan teknologi maklumat.

Ini juga perlu diambil kira dalam pengambilan guru melalui temuduga terbuka, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sabah - Google Blog Search

7 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Biasiswa Kerajaan <b>Negeri Sabah</b> @ BKNS « Mata dan Pena

Posted: 07 Jun 2011 07:55 AM PDT

Hai,

Post ni akan memperihalkan perkara2 berkaitan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS). Aku rasa bertuah sebab dapat tajaan daripada kerajaan negeri Sabah sepanjang pengajian di institusi pengajian tinggi awam. Post ni aku just nak citer hal2 BKNS ni kalau2 ada bakal student yang ingin tahu pasal BKNS ni berdasarkan student yang dah dapat, macam aku (yelah). Semua ni berdasarkan pengalaman aku setakat ni dengan tajaan BKNS ni. Akan di-update mengikut masa.

Ok, sebelum apa2. Pemohon haruslah berasal dari negeri Sabah atau W.P Labuan macam aku. No K/P tu mesti 12 atau 15 atau nombor2 lain yang menunjukkan pendaftaran diri anda di negeri Sabah dan Labuan. Lagipun, duhh, biasiswa kerajaan negeri Sabah of course la untuk warga Sabah. Kenapa orang dari W.P Labuan pun dapat? Itu aku tak pasti sangat. Selain tu, ibu atau bapa pemohon mesti berasal dari Sabah dan Labuan.

Banyak faedah yang dapat diperoleh kalau dapat tajaan dari BKNS ni. Kat sini aku nak senaraikan beberapa faedah yang utama. Pertama ialah wang yang diberikan untuk pengajian. Butirannya ada disenaraikan dalam surat tawaran. Silalah baca dan please DONT copy paste/save image. Copyrighted.

Surat Tawaran BKNS.

Butiran mengenai elaun tu ada ditulis perkataan 'setahun'. Ikut pengetahuan aku la, wang biasiswa ini tidak diberikan secara berasingan mengikut jenis elaun tetapi diberikan mengikut semester. Maknanya jumlah penuh wang dibahagikan kepada dua dan dihantar ke jabatan bendahari untuk ditolak dengan yuran pengajian semester terkini terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam akaun bank penerima. Aku tau? Aku pun still ada beberapa kekeliruan pasal jumlah elaun yuran pengajian tu.

BKNS ni pun bagi tiket penerbangan untuk pelajar dari Sabah dan W.P Labuan yang menuntut pengajian di luar negeri Sabah. Ini termasuk juga dengan pelajar tajaan yang menuntut di luar negara. Tiket pulang dan balik disediakan dan bagi student yang belajar di Malaysia dan of course naik Malaysia Airlines lah, ehehe. Tiket akan dikeluarkan setahun sekali sahaja :(  kebiasannya dikeluarkan untuk semester kedua dalam tahun pengajian sebab cuti semester ni panjang. Mesti nak balik kan?

Tiket yang diberikan adalah open tiket, maknanya student sendiri kena tetapkan tarikh dan masa penerbangan which is sangat convenient. Aku sekarang belajar kat UUM di Kedah, so aku dapat dua flight dari Alor Setar ke KL dan pastu dari KL ke Labuan. Best gak dapat dua flight. Student yang menuntut kat area selangor dan KL tu tak merasa la agaknya. Ehehe. (ceh!!)

Ada lagi beberapa kemudahan dan faedah yang diberikan tapi aku setakat ni tak tahu sangat pasal benda tu. So next time akau update lagi.

Kepada sesapa yang berasal dari Sabah dan W.P Labuan dan dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran untuk diploma atau sarjana muda bolehlah mohon. Biasanya permohonan dibuka dari bulan April sehingga awal bulan Mei. Sila lawat laman web ni:  http://www.biasiswa.sabah.gov.my/default.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved