di negeri sabah - Google Blog Search |
Biasiswa Kerajaan <b>Negeri Sabah</b> @ BKNS « Mata dan Pena Posted: 07 Jun 2011 07:55 AM PDT Hai, Post ni akan memperihalkan perkara2 berkaitan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS). Aku rasa bertuah sebab dapat tajaan daripada kerajaan negeri Sabah sepanjang pengajian di institusi pengajian tinggi awam. Post ni aku just nak citer hal2 BKNS ni kalau2 ada bakal student yang ingin tahu pasal BKNS ni berdasarkan student yang dah dapat, macam aku (yelah). Semua ni berdasarkan pengalaman aku setakat ni dengan tajaan BKNS ni. Akan di-update mengikut masa. Ok, sebelum apa2. Pemohon haruslah berasal dari negeri Sabah atau W.P Labuan macam aku. No K/P tu mesti 12 atau 15 atau nombor2 lain yang menunjukkan pendaftaran diri anda di negeri Sabah dan Labuan. Lagipun, duhh, biasiswa kerajaan negeri Sabah of course la untuk warga Sabah. Kenapa orang dari W.P Labuan pun dapat? Itu aku tak pasti sangat. Selain tu, ibu atau bapa pemohon mesti berasal dari Sabah dan Labuan. Banyak faedah yang dapat diperoleh kalau dapat tajaan dari BKNS ni. Kat sini aku nak senaraikan beberapa faedah yang utama. Pertama ialah wang yang diberikan untuk pengajian. Butirannya ada disenaraikan dalam surat tawaran. Silalah baca dan please DONT copy paste/save image. Copyrighted. Butiran mengenai elaun tu ada ditulis perkataan 'setahun'. Ikut pengetahuan aku la, wang biasiswa ini tidak diberikan secara berasingan mengikut jenis elaun tetapi diberikan mengikut semester. Maknanya jumlah penuh wang dibahagikan kepada dua dan dihantar ke jabatan bendahari untuk ditolak dengan yuran pengajian semester terkini terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam akaun bank penerima. Aku tau? Aku pun still ada beberapa kekeliruan pasal jumlah elaun yuran pengajian tu. BKNS ni pun bagi tiket penerbangan untuk pelajar dari Sabah dan W.P Labuan yang menuntut pengajian di luar negeri Sabah. Ini termasuk juga dengan pelajar tajaan yang menuntut di luar negara. Tiket pulang dan balik disediakan dan bagi student yang belajar di Malaysia dan of course naik Malaysia Airlines lah, ehehe. Tiket akan dikeluarkan setahun sekali sahaja kebiasannya dikeluarkan untuk semester kedua dalam tahun pengajian sebab cuti semester ni panjang. Mesti nak balik kan? Tiket yang diberikan adalah open tiket, maknanya student sendiri kena tetapkan tarikh dan masa penerbangan which is sangat convenient. Aku sekarang belajar kat UUM di Kedah, so aku dapat dua flight dari Alor Setar ke KL dan pastu dari KL ke Labuan. Best gak dapat dua flight. Student yang menuntut kat area selangor dan KL tu tak merasa la agaknya. Ehehe. (ceh!!) Ada lagi beberapa kemudahan dan faedah yang diberikan tapi aku setakat ni tak tahu sangat pasal benda tu. So next time akau update lagi. Kepada sesapa yang berasal dari Sabah dan W.P Labuan dan dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran untuk diploma atau sarjana muda bolehlah mohon. Biasanya permohonan dibuka dari bulan April sehingga awal bulan Mei. Sila lawat laman web ni: http://www.biasiswa.sabah.gov.my/default.asp Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
7 ulasan:
Assalamualaikum boleh bagi e-mail? Mau tanya serba sedikit berkaitan BKNS nih :D
Assalam...tumpang tnya...cmna mau dptkn Surat twaran bkns tu ya????
Assalam...tumpang tnya...cmna mau dptkn Surat twaran bkns tu ya????
bole minta email nak tya ttg bkns
haii, nak tanya kita blh claim ticket tu selepaz flight atau selepas tambang flight? ada maximam yg dtetapakn? blh bgtau detail cara claim ticket tu?. trma kasih😄
hai, nak tanya. bolehkah kita tukar jurusan dan universiti yang telah kita mohon dekat online bkns tempoh hari yang lalu? saya masih belum dapat tawaran lagi, but permohonan saya dah diluluskan.
Hello, boleh tanya, apa maksud satu set(bhgn A. Sehingga bhgn E) cetakan permohonan online, mksdnya salinan dpd permohonan online lah tu kan? Tapi sy x dpt login balik
Catat Ulasan