ads

Khamis, 16 Jun 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Perjuangan Akinabalu Puteri: USUL KERUSI UMNO <b>DI KOTA MARUDU</b>

Posted: 09 May 2011 05:48 AM PDT

Oleh : Admin

1 kerusi di kawasan Kota Marudu. Sekali lagi usual ini dibawa oleh perwakilan puteri umno cawangan-cawangan yang dibangkitkan semasa mesyuarat cawangan bulan Mac yang lepas. Perkara ini disampaikan oleh ketua pergerakan Puteri UMNO dalam ucapannya semasa majlis perasmian mesyuarat perwakilan puteri umno bahagian tersebut.

Sebenarnya perjuangan menuntut kerusi diberi kepada UMNO ini bukan baru tahun ini sahaja, malahan sepanjang 2 tahun lepas. Perkara sama dizahirkan oleh Ketua Bahagiannya Mohd Fitri @ Wetron Bahanda dalam ucapan ketika perasmian mesyuarat UMNO bahagian Kota Marudu yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Mahyudin Yassin. Permintaan Dan keluhan ahli UMNO. Jelas permintaan itu bukan terhasil dare kepimpinan sendiri tetapi ianya dari akar umbi.

Tahun lepas, saya pernah menyertai program Puteri sebanyak 2 kali. Bertemu masyarakat terutama ahli UMNO. Menyatakan pengabaian berlaku terhadap mereka. Jika umno Kota marudu tidak privation, sudah pasti situasi mereka lebih teruk. Hmmmm... Saya tidak Akan ulas panjang. Cukuplah apa yang telah saya dengar ketika itu telah saya Dan rakan lain sampaikan ke pihak atasan untukan tindakan selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: SABAHHAWK BERAKSI <b>DI SANDAKAN</b>?

Posted: 16 Jun 2011 11:24 AM PDT


Saudara Pengarang,

SAYA merupakan seorang peminat bola sepak tempatan berbangsa Tiong Hua yang berasal dari Sandakan dan saya ingin mengesa dan meminta jasa baik Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang supaya mengatur satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan Liga Super Sabah dengan pasukan tempatan di Sandakan.

Menurut jurulatih pasukan Sabah, Justin Ganai, beliau akan mengadakan satu atau dua perlawanan persahabatan antara pasukan Sabah dengan pasukan tempatan semasa Liga Super berhenti rehat sebelum berlangsung perlawanan terakhir menentang Kelantan pada 6 Julai (seperti yang dilaporkan di surat khabar tempatan kelmarin).

Saya dan juga peminat bolasepak lain di Sandakan, selama ini sebenarnya tidak berpeluang menonton aksi pemain pasukan Sabah beraksi kerana kesemua perlawanan liga berlangsung di Kota Kinabalu.

Ini adalah tidak adil bagi kami penduduk di Sandakan kerana adalah agak mustahil untuk kami berangkat ke Kota Kinabalu setiap kali pasukan Sabah beraksi di tempat sendiri.

Saya masih ingat lagi kali terakhir pasukan negeri Sabah beraksi di Sandakan ini ialah beberapa tahun yang lalu semasa pasukan Sabah berada di puncak kegemilangannya; ketika itu dibarisi oleh Scott Ollerenshaw, Seslija Milomir, Vaselin Kovasevic, Jelius Ating, Khairul Azman dan sebagainya.

Kami penduduk Sandakan sebenarnya berhak juga menonton pasukan Sabah beraksi kerana ia adalah 'Pasukan Sabah' dan bukan 'Pasukan Kota Kinabalu' atau 'Pasukan Likas' ataupun 'Pasukan Penampang'; justeru itu adalah tidak 'molek' sekiranya pasukan negeri Sabah hanya beraksi di kawasan Kota Kinabalu sahaja!

Saya berharap Datuk Peter Pang selaku seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan dan juga kerana beliau merupakan seorang Adun Karamunting di Sandakan ini akan menunaikan permintaan saya dan juga peminat bolasepak di Sandakan ini.

Saya juga ingin meminta Datuk Peter Pang segera menaiktaraf stadium utama bolasepak di Kompleks Sukan di Sibuga dengan membina tempat duduk yang lebih banyak, sekurang-kurangnya berkapasiti 20,000 penonton dan kemudahan lain yang sesuai dengan sebuah stadium.

Sekiranya Sandakan mempunyai sebuah stadium yang berkapasiti besar dan menepati standard yang ditetapkan oleh FIFA, maka pasukan negeri Sabah boleh beraksi di daerah Sandakan ini pada masa hadapan dalam pertandingan bola sepak tempatan.

Keadaan ini sekaligus akan meningkatkan ekonomi perhotelan daerah ini kerana pemain-pemain dan pegawai bolasepak akan menginap di daerah ini. Selain itu, industri pelancongan di daerah ini akan juga berkembang kerana ramai peminat luar daerah Sandakan akan datang ke daerah ini untuk menonton perlawanan bolasepak ini dan ini secara tidak langsung akan mempromosi tempat pelancongan di daerah ini kepada orang luar daerah ini.

Jika tidak silap saya, Datuk Peter Pang pernah berjanji akan menaiktaraf stadium di Sibuga, Sandakan ini semasa beliau mula mula menjawat jawatan Menteri Belia Dan Sukan ini!

Saya berharap Datuk Peter Pang mencontohi Tan Sri Liew Yun Fah kerana semasa Tan Sri Liew menjadi Menteri Belia Dan Sukan dahulu, beliau pernah membawa pasukan negeri Sabah beraksi di daerah Tawau dalam beberapa perlawanan Piala Malaysia dan sambutan orang Tawau pada masa itu adalah mengagumkan dan tidak keterlaluan boleh saya katakan ia lebih meriah dan 'awesome' daripada pasukan negeri Sabah beraksi di Stadium Likas!

Akhir sekali, saya berharap Datuk Peter Pang tidak akan menghampakan harapan saya kerana saya percaya peminat bolasepak di Sandakan ini juga mempunyai impian yang sama dengan saya iatu mempunyai peluang menonton aksi aksi pemain SabahHawk ini di halaman Sandakan.

Saya juga berharap Datuk Peter Pang lebih proaktif dan juga berperanan sebagai seorang 'salesman' (seperti yang saya sarankan dalam artikel saya di Sabahkini.net yang berjudul 'sampai bila janji terang bulan ditunaikan') dengan 'menjual' Sandakan kepada dunia luar agar bandar yang saya cintai ini akan lebih maju dan dikenali ramai.

Anda, Datuk Peter Pang boleh bila-bila sahaja menghubungi saya dan saya bersedia memberi sebarang idea kepada anda dalam membangunkan lagi daerah ini kerana saya sebagai anak tempatan Sandakan lebih memahami keperluan rakyat di daerah ini.

Salam Hormat,

STEVE.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Polis menembak mati seorang lelaki <b>di Lahad Datu</b>, Sabah - Komunitikini

Posted: 28 Apr 2011 03:12 AM PDT

Polis Lahad Datu menembak mati seorang lelaki yang dikenali sebagai "Oyong" selepas disyaki terlibat dalam empat kes rompakan
di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditembak di Kilometer 14, Jalan Silam-Kunak pada 7.35 malam tadi setelah melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba meloloskan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib berkata sebelum itu, Oyong yang menunggang motosikal, dikatakan bertemu seorang rakan apabila terserempak dengan sepasukan anggota polis.

"Sebaik keluar di jalan raya, anggota polis memberi amaran agar berhenti, namun tidak diendahkan suspek, sebaliknya memecut motosikal sehingga polis terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer sebelum berjaya memintasnya.

"Selepas dipintas, penjenayah berkenaan turun dari motosikal dan terus melepaskan satu das tembakan ke arah polis. Polis yang bertindak mempertahankan diri melepaskan dua das tembakan dan mengenai perutnya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Polis Daerah seluruh Sabah hari ini.

Polis menemui sepucuk pistol yang berisi lima butir peluru dan 44 peluru hidup di tempat kejadian. Hamza berkata polis juga memburu rakan suspek yang dikenali sebagai Dul Kibe, berusia lingkungan 30-an dengan alamat terakhir di Ladang Permai Lahad
Datu, yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.

Katanya, Dul amat dikehendaki polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi polis dengan segera.

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gambar UFO <b>di Tuaran</b> Beach Resort Kota Kinabalu | Yusri.biz | Blog <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2010 09:21 PM PDT

Posted by Admin on July 20th, 2010

ufo kota kinabalu

gambar dari telefon bimbit

Semalam, Harian Metro melaporkan para pengunjung di Tuaran Beach Resort, lebih kurang 25 km dari Kota Kinabalu gempar apabila objek yang menyerupai piring terbang ataupun lebih dikenali sebagai UFO muncul di ruang angkasa pusat peranginan berkenaan.

Fenomena kemunculan UFO di ruang angkasa bukanlah cerita baru di Malaysia. Pada tahun 1950-an UFO dilaporkan muncul di Petaling Jaya dan sejak itu beberapa objek yang menyerupai piring terbang telah dilaporkan dilihat di beberapa lokasi oleh rakyat negara ini .

Kemunculan terakhir yang dilaporkan sebelum ialah di Tanjong Sepat, Selangor pada tahun 1999 dan kejadian di Tuaran ini adalah yang terbaru. Laporan akhbar tidak menyatakan dengan tepat masa kejadian tersebut. Namun daripada gambar yang diperolehi menunjukkan langit cerah pada masa tersebut dan objek tersebut berbentuk bujur dan kelihatan seperti hologram yang dipancarkan ke ruang angkasa. Hanya mereka yang melihat sendiri dapat mengesahkannya.

Sumber berita dan gambar diperolehi daripada Harian Metro

Tiada Artikel Yang Berkaitan.

You can leave a response, or trackback from your own site. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Public Complaints Bureau: Program KABB <b>di Kota Kinabalu</b> (17 April <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2011 08:28 PM PDT

Ucapan perasmian oleh Mayor DBKK Dato Abidin Madinkir.

Lawatan ke Kaunter-kaunter yang mengambil bahagian.

Orang ramai yang hadir.

 Datuk Abidin dan Dato' Dr. Tam sempat beramah mesra bersama pengunjung.

Lawatan dan penyampaian sijil penghargaan kepada kaunter-kaunter aduan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved