10 di kinabatangan - Google Blog Search |
sabahkini.net: BANTERAS PENGUNDI HANTU <b>DI KINABATANGAN</b> Posted: 08 Nov 2012 10:14 PM PST WAWANCARA….Hj Ahdah sedang diwawancara Sabahkini.Net mengenai isu Lajim dan Pengundi Kinabatangan. Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI KITA bukan mahu mempertikaikan kedudukan Datuk Hj Lajim Hj Okin dalam UMNO atau di mana-mana sahaja beliau berada, tetapi kenapa tidak mahu mengisytiharkan keluar daripada UMNO sehingga menjadi satu teka-teki kepada rakyat di Sabah, khususnya kepada ahli-ahi UMNO itu sendiri. Mantan Ketua Daerah Kinabatangan, Hj Ahdah Hj Sulaimen berkata demikian kepada Sabahkini.Net kelmarin ketika mengulas satu kenyataan yang disiarkan Sabahkini.Net bertajuk 'Benarkah Lajim Under Cover Agen UMNO?' pada 7 November 2012. http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=15987:benarkah-lajim-under-cover-agen-umno&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72 "Saya amat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Sabahkini.Net mengenai senario ini dan saya fikir penulis tidak berniat memburukkan mana-mana pihak tetapi satu persoalan kenapa Lajim yang menderhaka kepada UMNO dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil sebarang tindakan, termasuk untuk memecat secara rasmi daripada UMNO. "Bukankah UMNO baru saja menubuhkan Jawatankuasa Khas Elak Mensabotaj Parti bagi mengambil sebarang tindakan terhadap ahli-ahlinya yang mensabotaj parti kenapa Najib takut memecat Lajim? Mungkin juga ada kebenarannya dakwaan yang menyebut Lajim 'Under Cover Agen' UMNO," tegas Hj Ahdah. Dalam Jawatankuasa yang telah dibentuk itu sudah memperuntukkan undang-undang kecil sebagai garis panduan yang termaktub bagi membolehkan tindakan diambil bagi memecat mana-mana ahli UMNO yang terbabit dalam mensabotaj parti, tetapi Haji Ahdah mempersoalkan sekali lagi, kenapa Najib sebagai Presiden UMNO tidak berani memecat Lajim? Dalam kesempatan ini juga Haji Ahdah ingin menyelongkar sebanyak sedikit mengenai kedudukan pengundi di Kampung Batu Putih dan Kampung Paris 1-2 dan 3 demi untuk pengetahuan umum. Menurut Hj Ahdah, dalam mesyuarat Penubuhan Pembentukan Jawatankuasa Daerah Pengundi Kg Batu Putih dan Kampung Paris di bawah DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan yang diadakan kelmarin, terdapat nama-nama yang terdaftar sebagai pemilih dalam buku semakan SPR mendapati pengundi sekarang seramai 1,500 orang; sementara jumlah pengundi di kampung Paris 1-2 dan 3 berjumlah 1,580 undi dan jumlah undi keseluruhannya yang membabitkan dua kampung itu telah mencecah 3,080 undi. Yang menghairankan kata Hj Ahdah, kampung Batu Puith tidak sampaipun seribu orang penduduk asal dan beliau mempersoalkan dari mana datangnya undi-undi sebanyak itu. "Begitu juga dengan penduduk kampung Paris. Kita difahamkan kebanyakannya pengundi bertaburan tersebut datangnya daripada luar Kinabatangan seperti dari FELDA Lahad Datu, Tawau, Kudat dan tempat lain yang disebut sebagai 'Undi Hantu'. Kata Hj Ahdah, pengundi-pengundi tersebut yang datangnya dari luar Kinabatangan tetapi berdaftar di Kinabatangan, nama-nana mereka juga berdaftar di tempat masing-masing, mungkin menggunakan MyKad yang berbeza kerana ada kita jumpa sehingga lima kali mengundi pada 2008. "Saya amat bimbang fenomena seumpama ini pastinya akan berulang kembali yang dilakukan oleh pihak yang tertentu untuk memboleh parti pemerintah khususnya BN/UMNO memperoleh kejayaan semula; demi untuk membolot semua kerusi parlimen dan DUN pada PRU 13 nanti," tegasnya. Tegasnya, beliau secara jujur menjelaskan tidak menentang sebarang dasar parti kerajaan yang ada sekarang, tetapi ada dua tiga dasar yang dianggap songsang termasuk memberi MyKad kepada PATI untuk mengundi dan amalan ini bukan rahsia lagi di Kinabatangan. "Sebagai penduduk asal Sukau dan Mantan Ketua Daerah Kinabatangan, saya meminta Panel Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) agar tidak menjadikan RCI sebagai gimik politik atau semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat di Sabah," katanya yang mendesak agar mereka yang diamanahkan menjalankan siasatan rapi tanpa tunduk kepada tekanan; terutama memastikan semua kerakyatan songsang melalui IC Projek dibenteras segera. |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |