ads

Isnin, 20 Jun 2011

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM SABAH GAMES (SAGA V)<b>DI KENINGAU</b>

Posted: 25 May 2011 07:34 PM PDT

Sumber: http://paskeningau.blogspot.com/
Program Sukan SAGA (SABAH GAMES V )yang akan berlangsung di Keningau bakal berdepan dengan masalah infranstruktur dan prasarana yang tidak menepati standard.Kenyataan ini dikeluarkan oleh Hisammuddin Sulaiman,Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah.

Dalam tinjauan Pas Sabah,prasarana yang dibina hampir terbengkalai di samping, ada tempat seperti sekolah-sekolah yang dijadikan venue perlawanan SAGA V,tidak disalurkan peruntukan dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

Hisammuddin,turut menyokong gesaan Pegawai Daerah keningau,Tuan AmatMohd Yusof,supaya kontraktor mempercepatkan proses pembaikian di Kompleks Sukan Keningau memandangkan upacara SAGA V akan diadakan pada 6 Jun depan.

Upacara sukan terulung di Sabah itu memilih Daerah Keningau untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada kali ini.

Pada tinjuan Pas Sabah,setakat ini pembinaan dalaman dan luaran Kompleks sukan Keningau masih belum siap sepenuhnya dan jelas berlaku kebimbangan di kalangan masyarakat Keningau yang sudah pun bersedia menyambut tetamu dan orang ramai dari luar bersempena temasya tersebut.

Hisammuddin, yang merupakan YDP Pas kawasan Keningau melahirkan kebimbangan campur tangan politik dan pembahagian tender projek-projek sempena SABAH GAMES tidak diuruskan dengan baik sehingga akan memberi kesan kepada prestasi atlet-atlet dalam temasya itu.

Lebih membimbangkan lagi,sejauh mana ketahanan bangunan dan prasarana yang dibangunkan kerana merujuk kepada laporan akhbar Sabah Times peruntukan pembinaan venue sukan SAGA-V ini dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah sebanyak RM 12 juta.

"Inilah contoh terbaik kalau projek rakyat ini diagihkan kepada kroni-kroni yang akhirnya akan menghasilkan projek "instant noodles" ibarat "bagaikan mee maggi,sedap dimasak, sedap dimakan",kata Hisammuddin.

" Ada juga desas desus "kontraktor memboikot"kerana projek-projek bernilai tinggi diserahkan kepada kroni pimpinan Umno Sabah",luah beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Kembara Anak Muda 1: Semporna + <b>Kunak</b> + Tawau

Posted: 10 Jun 2011 09:16 PM PDT

Awas! Entri ini mengandungi banyak gambar. Dan yang paling menjengkelkan, gambar aku paling banyak!. Bhaaahahahhaha..



Air ini jernih. Dasar lautnya dapat dilihat dengan baik. Bagaimana dengan hati anda?
Hari pertama program, hanya empat orang sahabat datang ke Sabah. Bersama dengan seorang saudagar emas, kami menuju ke Semporna. Sebuah pantai peranginan bernama Tampi-Tampi (atau dikenali sebagai pantai Aspalela) menjadi mangsa kegilaan swimmer dan photographer.
Pemandangan yang indah di Semporna memang boleh digambarkan dengan ayat yang hebat. Tapi di sini aku hanya letakkan ayat terakhir di setiap penerangan..
"aku dah malas nak cerita. Baik ko pegi sendiri!. Rugiii oooo tak pegi!"
Empat sekawan ni bermalam di Kampung Sungai Imam. Sebuah kampung pertanian dan nelayan. Pada sebelah pagi, kami pergi ke lapangan terbang Tawau untuk menjemput sahabat lain.


Pada sebelah malam, kami menaiki bas ke Kota Kinabalu selama lebih kurang 10 jam… dan solat subuh di atas bas. Whoa!

Laporan versi skema

Tawau: Mendapat jolokan 'Bumi Peladang' kerana penuh dengan kawasan ladang terutama sekali ladang kelapa sawit. Antara tempat unik yang berada di Tawau adalah Pasar gantung; sebuah pasar yang sarat dengan barang jualan tergantung yang terdiri daripada pakaian dan cenderahati, Pasar tanjung; biasa dipanggil pasar besar dan pasar baru. Tempat membeli buah-buahan, sayur, barang makanan kering dan sebagainya, Taman Bukit Tawau; salah satu daripada sumbar air paip Tawau. Ada air terjun. Ada air tidak terjun. Semua ada air untuk mandi manda. Yang penting bayar sebelum masuk. Bukit Gemok; bukit yang tinggi dan indah di Tawau. Sesuai untuk aktiviti lasak memanjat bukit.

Semporna: Daerah yang sangat terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar dan murah. Terdapat banyak pantai yang indah dan beberapa pulau yang pasti menggamit perasaan. Whoa!. Barangan cenderahati seperti mutiara juga sangat mudah didapati di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved