ads

Khamis, 7 Februari 2013

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Wow!!! 2 Video Reviu BlackBerry Z10 Bocor, <b>Papar</b> Kehebatan <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 07:50 PM PST

Wow!!! Perkataan pertama yang kami mampu luahkan apabila mengetahui bahawa 2 video yang membuat reviu tentang peranti terbaru dari Research In Motion (RIM) iaitu BlackBerry Z10 telah dimuat turun hari ini di Jerman. Seperti yang kita sedia maklum bahawa RIM akan memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka iaitu BlackBerry 10 (BB10) pada 30 Januari nanti.

Bersama-sama pelancaran BB10 nanti, RIM turut akan memperkenalkan 2 peranti terbaru mereka iaitu BlackBerry Z10, telefon pintar dengan skrin sentuh sepenuhnya dan BlackBerry X10, telefon pintar dengan pad kekunci QWERTY. Sebelum ini, beberapa kali gambar peranti BlackBerry Z10 telah bocor begitu juga dengan sistem operasi BB10.

Apa yang menarik kali ini, ia adalah dalam bentuk video berdurasi 7 minit 29 saat yang mana mereka membuat ulasan dan reviu terhadap BlackBerry Z10 yang belum dilancarkan. 1 lagi video pula berdurasi 34 saat yang memaparkan contoh rakaman video yang diambil dari kamera BlackBerry Z10 pada waktu malam. Kedua-dua video ini diberi ulasan dalam bahasa Jerman.

blackberry z10 video 03

Walaupun peranti BlackBerry Z10 yang digunakan oleh mereka adalah peranti bagi tujuan pengujian, namun berdasarkan video tersebut, kami berpendapat produk akhir yang akan dilancarkan nanti tidak jauh berbeza. Berdasarkan apa yang kami lihat pada video tersebut, sistem operasi BB10 sangat mengujakan di samping prestasi peranti BlackBerry Z10 yang tampak lancar.

Spesifikasi BlackBerry Z10

Antara spesifikasi utama BlackBerry Z10 ialah:

  • Pemprosesan 1.5Ghz dual core OMAP 4470
  • Skrin bersaiz 4.2 inci dengan definasi tinggi (HD) beresolusi 1280 x 768 piksel
  • Kamera belakang 8Mp dan kamera hadapan 1.9Mp
  • Memori bersaiz 2Gb
  • Storan berkapasiti 16Gb
  • Bateri 2,100 mAh (boleh dibuka/ditukar ganti)
  • Dimensi saiz : 129 x 65 x 8mm
  • microSD, microUSB, HDMI

Selain daripada spesifikasi di atas, skrin BlackBerry Z10 juga dilindungi oleh kaca tahan calar. Manakala pada bahagian belakang peranti dilindungi oleh pelindung yang boleh dibuka dan diperbuat daripada bahan yang tidak licin bagi memberi keselesaan kepada pengguna memegangnya.

Video dan gambar yang dirakam menggunakan BlackBerry Z10 juga agak menarik walaupun dirakam pada waktu malam atau ketika kekurangan pencahayaan yang baik. Ini dapat dilihat pada rakaman video berdurasi 34 saat di bawah.

Sistem Operasi BlackBerry 10

RIM telah membuat perubahan besar pada sistem operasi BlackBerry 10 (BB10). Yang paling jelas ialah tiada lagi bebutang fizikal atau bebutang maya pada BlackBerry Z10. Bebutang fizikal atau maya yang kami maksudkan ialah bebutang kekal seperti Home yang semestinya ada tidak kira apa pun sistem operasi seperti Android, iOS dan Windows 8.

blackberry z10 video 06

Jadi, bagaimana pengguna ingin membuat navigasi pada BB10? RIM telah memperkenalkan cara baru bagi membuat navigasi pada sistem operasi BB10 melalui 4 gerak isyarat yang mudah (gestures) yang memerlukan pengguna meleretkan sentuhan pada skrin BlackBerry Z10. Gerak isyarat yang diperkenalkan oleh RIM bukan perkara baru, namun bagi sistem operasi lain, ia lebih kepada pilihan kepada pengguna. Namun, ia menjadi mandatori bagi sistem operasi BB10 yang baru nanti.

blackberry z10 video 04

Secara peribadi, kami sangat tertarik melihat kelancaran penggunaan gerak isyarat bagi membuat navigasi di dalam sistem operasi BB10 yang ditunjukkan melalui video peranti BlackBerry Z10. Apabila sentuhan dileretkan dari atas ke bawah, akan memaparkan konfigurasi telefon pintar. Apabila sentuhan dileretkan dari bawah ke atas, akan memaparkan Task Manager. Apabila sentuhan dileretkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya akan memaparkan BlackBerry Hub, Senarai Aplikasi dan sebagainya. Sukar untuk kami jelaskan dalam perkataan. Untuk memahami dan mempercayainya, apa kata pembaca luangkan masa 7 minit 29 saat dengan menonton video eklusif Reviu BlackBerry Z10 Bahagian 1 di bawah.

Apa yang menarik perhatian kami ialah efek animasi yang dihasilkan apabila sentuhan gerak isyarat dibuat terutama dari bawah ke atas. Ia seolah-olah sentuhan pada air dan ia nampak nyata dan sangat lancar. Walau bagaimanapun, kami merasakan pada peringkat awal mungkin agak sukar bagi pengguna baru memahami bagaimana navigasi pada sistem operasi BB10 ini berfungsi. Namun, setelah dipraktikkan, kami merasakan bahawa kaedah navigasi yang diperkenalkan oleh RIM lebih cepat dan lebih futuristik.

Rumusan

Walaupun RIM belum membuat pelancaran rasmi sistem operasi BlackBerry 10 dan peranti BlackBerry Z10, berdasarkan video yang telah dirakam, kami berpendapat bahawa RIM berusaha keras bagi menambat kembali hati pengguna. Setakat ini, kami merasakan banyak perubahan besar telah dilakukan dan mungkin semasa pengumuman rasmi nanti, lebih banyak keistimewaan dan kelebihan BB10 dan BlackBerry Z10 yang akan ditonjolkan.

blackberry z10 video 04

Perlu diingatkan bahawa penulisan di atas adalah berdasarkan peranti BlackBerry Z10 di peringkat pengujian. Produk sebenar yang akan dilancarkan oleh RIM pasti sedikit berbeza. Walau apa pun, kami merasakan tidak banyak perbezaan yang besar. Bahkan mungkin ia lebih baik.

Menurut sumber yang sama, RIM akan membuat pelancaran rasmi BlackBerry 10 pada 30 Januari ini dan akan diadakan serentak di 6 buah bandar utama. Pelancaran serentak buat kali pertama. Peranti BB10 dijangka akan mula dipasarkan pada bulan Februari. Apa pendapat pembaca? Adakah ia mampu memberi saingan kepada Sony Xperia Z yang telah dilancarkan semasa pameran CES 2013 pada minggu lepas?

Sumber : Telekom Presse via CrackBerry

Artikel ini menarik ?
Jika anda merasakan artikel ini menarik, sila berikan sedikit komen dibawah ini. Untuk mendapat update terkini, sila LIKE kami di facebook dengan klik di
pautan ini.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


PUNCA KEMATIAN 10 EKOR GAJAH <b>DI TAWAU</b> SABAH VIDEO

Posted: 29 Jan 2013 11:02 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Punca kematian 10 ekor gajah di Tawau Sabah – video

10 gajah mati di tawau sabah punca kematian 10 ekor gajah di tawau sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mahu Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan segera membuat siasatan menyeluruh berhubung kematian 10 ekor gajah di Tawau baru-baru ini

Beliau berkata, kerajaan memandang serius perkara berkenaan kerana gajah Pygmy Borneo itu merupakan spesis terancam

Ia tidak boleh diterima. Saya mahu siasatan menyeluruh tentang perkara ini. Pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Laurentius Ambu semalam bahawa 10 ekor gajah Borneo ditemui mati dalam tempoh dua minggu di hutan simpan di Tawau

Laurentius dipetik sebagai berkata, tujuh daripada gajah itu adalah jantan dan tiga betina dari satu kumpulan, yang seekor anak gajah berumur kira-kira tiga bulan didapati masih hidup di sisi seekor gajah yang dipercayai ibunya

Dalam pada itu pihak berkuasa tidak menolak punca kemungkinan kesemua gajah tersebut menjadi mangsa kekejaman manusia termasuk siasatan terhadap penggunaan racun tikus

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ruangan Komen Facebook Untuk berkongsi pendapat atau Maklumat

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 <b>Di</b> SK <b>...</b> - Parlimen <b>Sipitang</b>

Posted: 02 Feb 2013 04:24 PM PST

 PRIHATIN…Sapawi begitu prihatin mendengar permasalahan ibubapa pelajar di majlis tersebut.



 BANTUAN…Sapawi diperhatikan Oleh Adnan dan Birly menyampaikan bantuan khas awal persekolah RM100 kepada salah seorang pelajar di majlis tersebut.
SIPITANG: Pemberian bantuan khas awal persekolahan bukan dibuat disebabkan pilihan raya umum semakin hampir.
            Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, pemberian itu dibuat kerana Barisan Nasional (BN) mahu memastikan tidak akan ada lagi generasi muda akan tercicir daripada menikmati pendidikan.
            "Matlamat dan tujuan utama pemberian bantuan ini adalah kerana BN mahu membantu rakyat bagi memastikan anak-anak mereka bersemangat untuk menjalani persekolahan dan seterusnya berusaha mencapai pendidikan yang terbaik," katanya pada majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya di sini kelmarin.
            Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Wakil Pegawai Pelajaran Sipitang Adnan Othman, Guru Besar S.K Lubang Buaya Birly Johnny.
            Katanya BN amat mengutamakan pembangunan dan kemajuan pendidikan dan akan memastikan tiada lagi generasi yang tidak berpeluang untuk menikmati pendidikan.
            Menurutnya pembangunan dan kemajuan pendidikan akan terus menjadi agenda utama dan pada masa yang sama BN juga sentiasa menyedari keperluan rakyat.
            Selain bantuan tersebut, katanya, BN juga telah mengadakan pelbagai bantuan dan semuanya adalah untuk rakyat.
            Beliau berkata BN bukan pembohong sebaliknya berjuang untuk memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran untuk rakyat.
            Katanya pemberian itu juga adalah bukti kepada rakyat bahawa BN melakukan apa yang terbaik untuk rakyat.
            Menurutnya perjuangan BN yang ikhlas adalah untuk rakyat dan bukannya untuk memenuhi kehendak serta keinginan seseorang seperti yang dilakukan oleh pembangkang.
            Beliau memberitahu bantuan khas awal persekolahan itu akan diteruskan pada masa akan datang.
            "Jika rakyat terus mengekalkan sokongan dan terus meletakkan BN sebagai kerajaan, bantuan seumpama ini akan terus diadakan dan begitu juga dengan bantuan-bantuan yang lain," katanya lagi.
            Sapawi berkata BN bukan seperti pembangkang yang banyak menabur janji dan juga menabur pelbagai pembohongan.
            Katanya pembangkang sebenarnya mahu mengajak rakyat untuk menikmati kehidupan yang susah, ketinggalan dan terus mundur.
            "Rakyat boleh menilai apa yang diperjuangkan oleh pembangkang sebenarnya...perjuangan pembangkang bukan untuk rakyat sebaliknya mahu menunaikan hasrat dan impian seseorang," katanya lagi.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


IKLAN HANGAT: kereta sewa <b>di kota kinabalu</b> 0168054821

Posted: 15 Jan 2013 08:28 PM PST

Nama: sule
Email: wanie_carol@yahoo.com
Website: http://rentcarsabah.webs.com
Tajuk: kereta sewa di kota kinabalu 0168054821
Iklan: kereta sewa di sabah/kereta sewa di kota kinabalu/kereta sewa di kk/kereta sewa sabah/kereta sewa kota kinabalu..sila hubungi saya di talian 016805421..harga boleh runding!!!!
Ip Pengirim: 115.133.63.229

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Kunakians: Permai <b>di</b> Sekitar Perairan Daerah <b>Kunak</b>

Posted: 04 Feb 2013 04:40 AM PST

Laut di sekitar Daerah Kunak hanya wujud kira-kira 12,000 tahun lalu iaitu ketika berakhirnya zaman ais. Kawasan tanah rendah ditenggelami oleh air laut yang kini menjadi sebuah teluk, iaitu Teluk Lahad Datu. Gugusan pulau yang ada sekarang ini pada waktu itu merupakan bukit atau tanah tinggi. Oleh yang demikian ekosistem perairan Kunak semestinya cukup unik, iaitu dasarnya merupakan bekas daratan yang kemungkinan besar masih menyimpan rahasia aktiviti manusia zaman purba manakala terumbu karangnya secara relatif masih muda berbanding terumbu karang di kawasan-kawasan lain. Kemungkinan wujudnya organisma daratan yang telah beradaptasi atau bermutasi menjadi organisma marin juga tidak boleh dipandang sepi. 

Habitat daratan yang kemudian diambilalih oleh laut tidak dapat tidak akan menjelmakan suatu ekosistem yang mampu menyokong kehidupan kepelbagaian biodiversiti yang cukup tinggi. Oleh itu ,tidak hairanlah jika Encik Jumadi Hj Mohd Ajai, seorang penyelam amatur kelahiran Kunak, berjaya merakamkan gambar-gambar pelbagai spesis hidupan laut yang menakjubkan. 
Pulau-pulau yang terdapat di perairan Kunak juga tidak kurang menariknya. Oleh kerana kebanyakan pulau-pulau tersebut terbentuk akibat kawasan tanah rendah disekitarnya ditenggelami air laut dan bukannya muncul dari dasar laut atau terbentuk oleh longgokan terumbu karang, maka tumbuh-tumbuhan yang ada di pulau tersebut adalah pelbagai. Di persisiran pantai didapati pokok-pokok bakau dan seumpanya manaka beberapa puluh meter ke darat ekosistem hutan hujan tropika yang tebal dapat ditemui.
Kaum nomad yang dikenali umum sebagai Bajau Laut atau Pala'u menurut istilah tempatan, yang sering menggunakan pulau-pulau di sekitar Kunak sebagai tempat  persinggahan sementara masih mengekalkan cara hidup yang mereka warisi dari moyang mereka sejak ribuan tahun dahulu. Berbeza dengan yang biasa ditemui di kawasan pekan, Pala'u tradisional amat pemalu dan berusaha menjauhkan diri dari orang yang mereka tidak kenali. 
Mereka biasanya singgah di sebuah pulau apabila musim tengkujuh menjelang tiba, membina pondok dan tinggal di situ untuk beberapa hari sahaja. Kediaman mereka yang sebenarnya ialah di atas perahu.
Laut yang memisahkan pulau-pulau tertentu amat cetek sehingga ketika waktu surut, seseorang pada dasarnya, boleh berjalan kaki dari satu pulau ke pulau yang berhampiran. Contohnya ialah antara Pulau Silumpat dengan Pulau Tabawan. Dengan keadaan air laut yang amat jernih, sambil berjalan dan tanpa perlu menyelam, pelbagai jenis hidupan laut dapat dilihat.

Hendaknya Alam Menakjubkan di Daerah Kunak ini, baik di darat mahupun di laut terus dipelihara dan dilindung agar generasi akan datang dapat pula mewarisi dan menikmatinya.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved