ads

Khamis, 14 Jun 2012

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


sabahkini.net: PAMERAN MINI JOB FAIR <b>DI TAMBUNAN</b> 17 JUN

Posted: 11 Jun 2012 02:08 AM PDT


KOTA KINABALU : Selepas sambutan menggalakkan bagi pameran mini Job Fair di Ranau tahun lepas, Kementerian Sumber Pembangunan dan IT kini akan menganjurkan dua pameran yang sama di tempat lain tahun ini.
Pameran pertama akan diadakan di Tambunan pada 17 Jun di Pisompuruan Square manakala Beaufort akan menganjurkan pameran yang sama pada Oktober. Pameran utama Job Fair itu sendiri akan diadakan di Kota Kinabalu pada 30 Nov-1 Dis.
"Sasaran kami adalah menyediakan kepada mereka peluang untuk menimbang pilihan majikan mereka dan mendapatkan pekerjaan yang diidamkan," kata Datuk Dr Yee Moh Chai, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan di sini.
Tahun lepas, apabila Kementerian mengadakan pameran pekerjaan pertamanya di Ranau, luar dari Kota Kinabalu, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Bagi mereka yang berminat menyertai pameran itu atau memerlukan maklumat lanjut mengenainya boleh menghubungi Moira David atau Susan Oh di talian 088-288325. (Bernama).

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


sabahkini.net: JEFFREY GANTI PAIRIN <b>DI KENINGAU</b>?

Posted: 14 Jun 2012 11:17 AM PDT


KOTA KINABALU : Pengerusi The State Reform Party (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi Parlimen Keningau dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekali lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.
"Saya akan bertanding di Keningau. Saya berharap beliau (abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) tidak akan merebut kerusi itu lagi. Beliau sudah berkhidmat bagi kawasan itu selama 30 tahun. Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.
Pairin adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri Sabah, Anggota Parlimen bagi Keningau dan Anggota Dewan Undangan negeri Tambunan.
Pada pilihan raya umum 2008, Jeffrey bertanding menentang Pairin di kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan tetapi dikalahkan oleh abangnya. (BERNAMA)

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Awan Pelik <b>Di Kota Kinabalu</b> | Cik Azizah

Posted: 13 Jun 2012 05:30 PM PDT

SubhanAllah! Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah
Ada beberapa gambar awan aneh tersebut, semoga kita dijauhkan dari segala musibah. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.
Apa yang merisaukan jijah adalah suami jijah ketika itu sedang belayar di Pantai Barat Sabah. Semoga dirinya dan krew kapal selamat dari di landa musibah. Semoga dirinya di bawah lindungan Allah SWT. Amin..

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Shafie Nor: 10 kampung <b>di Beluran</b> bakal nikmati bekalan elektrik

Posted: 08 Jun 2012 09:43 PM PDT

TELUPID, SABTU, 09 Jun, 2012: Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah. 
Ketika mengumumkan perkara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata projek tersebut diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tempoh pelaksanaan bermula tahun ini hingga tahun depan.
Katanya, kampung tersebut adalah Kolopis Laut, Muanad 2, Muanad 3, Manduring, Dantun Hujung, Tambalang-Balang, Lidong, Penimbanan, Lubuk Dungun 2 dan Rumidi Lama.
Beliau berkata, ini adalah komitmen kerajaan untuk memberi kemudahan asas di kampung di luar bandar yang belum menikmati bekalan elektrik. 
"Usaha ini akan dilaksanakan berterusan kerana kerajaan menyedari masih banyak kampung khususnya di daerah ini belum menikmati kemudahan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Barayong dekat sini, malam tadi. 
Ronald, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata pelaksanaan projek itu sejajar dengan komitmen kementerian terbabit di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara. 
Katanya, pelaksanaan projek itu menepis dakwaan parti pembangkang yang pada masa sekarang giat masuk ke kampung luar bandar di daerah ini dan menjaja isu pembangunan untuk meraih sokongan. 
Beliau berkata, kerajaan tidak bercakap kosong dalam melaksanakan pembangunan berkaitan penyediaan bekalan asas berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap serta berjanji kosong. - BERNAMA
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved