ads

Isnin, 31 Disember 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: Karnival Kerjaya “BN Youth Job Fair” <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 12:00 AM PDT

Karnival kerjaya terbesar "BN Youth Job Fair" di negara ini akan kembali dianjurkan di negeri Sabah pada 22 dan 23 September 2012 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, Sabah.
Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussain berkata, pada tahun lalu ianya dianjurkan di Kota Kinabalu tetapi pada tahun ini karnival yang sama diterbangkan ke Sandakan, Sabah kerana mengambil kira keperluan dan permintaan rakyat di negeri Sabah khususnya golongan muda di Sandakan. YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan menyempurnakan majlis perasmian program ini pada hari pertama karnival.
"Negeri Sabah merupakan destinasi kedua BN Youth Job Fair 2012 selepas Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Mei yang lalu. Pada kali ini, BN Youth Job Fair terdapat sedikit kelainan dengan beberapa penambahbaikkan dalam pengisian penganjuran bagi memenuhi keperluan dan minat golongan muda negara ini.  Peluang yang diberikan bermula dari lepasan SPM hingga ke peringkat tertinggi termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja.
Penganjuran, BN Youth Job Fair 2012 mendapat kerjasama yang cukup baik oleh pihak Kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat korporat. Antara Kementerian dan syarikat yang akan menyertai karnival di Sandakan  ialah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MARA, PETRONAS, Brandt International dan banyak lagi yang bakal menawarkan hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di Sandakan dan seluruh Sabah," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Tambahnya, untuk warga Sandakan, BN Youth Job Fair 2012 ini menjadi lapangan yang cukup baik kerana kita menekankan peluang-peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya ditawarkan untuk berkhidmat di kawasan berkenaan sahaja. Ini memberi kemudahan yang cukup baik agar tiada berlaku penghijrahan golongan muda untuk bekerjaya.
Jika, diimbas dalam penganjuran yang sama pada tahun lalu di negeri Sabah, sebahagian besar pengunjung berjaya mendapat peluang pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran serta kelayakan yang mereka ada.  Saya yakin dan percaya penganjuran di Sandakan ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh warga Sandakan dan Sabah amnya dalam memperolehi peluang pekerjaan dan peluang-peluang yang ditawarkan sebagai kunci kejayaan membina masa hadapan yang lebih sejahtera dan berjaya.
"BN Youth Job Fair 2012 di Sandakan ini juga memperlihatkan bahawa peluang-peluang pekerjaan di negeri Sabah adalah banyak dan pelbagai. Ini semua terhasil di atas kebijaksanaan kerajaan negeri Sabah mengurus ekonomi serta membawa pelaburan yang berterusan ke negeri ini.
Oleh yang demikian, saya mengharapkan seluruh warga Sandakan dan Sabah serta golongan pencari kerja yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa hadir untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui BN Youth Job Fair ini yang dianjurkan selama dua hari pada 22 dan 23 September 2012 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Harbour Mall, Sandakan.
Suka untuk saya mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung yang akan datang supaya bukan hanya membawa resume yang lengkap malah apa yang lebih menjadi keutamaan adalah untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Rebutlah peluang serta kemudahan yang diberikan ini sebaiknya dengan usaha dan kesungguhan bagi meyakinkan majikan-majikan yang hadir kerana temuduga secara terus turut diadakan. Kami mensasarkan, lebih dari 80% peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sandakan ini dapat diisi melalui penganjuran karnival ini," tambahnya lagi.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


TPM Tiba <b>Di Keningau</b> Rasmi Kongress PBRS | MyNewsHub

Posted: 28 Dec 2012 08:00 PM PST


KENINGAU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini, hari ini, untuk merasmikan persidangan perwakilan ke-15 Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Dewan Masyarakat Keningau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tiba di sini jam 10.40 pagi menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Muhyiddin, Musa dan presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dijadual menghadiri menghadiri jamuan dalam suasana perayaan Krismas dan Tahun Baru di dewan itu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Keningau adalah sebuah pekan kecil di selatan Kota Kinabalu yang terletak di pinggir Banjaran Crocker.

Daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah itu adalah yang terbesar, terletak kira-kira 128 kilometer dari Kota Kinabalu ibu negeri Sabah. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


DEWAN FREEMASON <b>DI KOTA KINABALU</b>, SABAH - FREESTYLE <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 05:08 AM PST


Freemason sudah wujud di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Cuma tidak didedahkan, alasannya? ntahlah.. saya pun tidak tahu. MayB sebap organisasi ni memang penuh rahsia dan seperti yang semua maklum, cara organisasi ni bergerak sangat halus..so paham la... atau juga organisasi ini memang telah meresap ke dalam pentadbiran dan di lindungi oleh ''seseorang'' yang berpengaruh? siapa tahu kan.
 Salah satu tempat freemason bertapak adalah di Kota Kinabalu, Sabah. Ehh biar betul?? Ya memang betul..   Mungkin ada yang tidak perasan akan kewujudan freemason ni. Lokasi yang strategik iaitu berada di kawasan Bandar Kota Kinabalu berhampiran Karamunsing Shoping Complex. Saya suda mengetahui hal ini suda lama. Saja nak share untuk pengetahuan umum.
Sangat pelik kerana jarang terlihat kelibat orang di kawasan dewan tersebut. Adakah gerakan mereka hanya pada waktu malam? Subuh? Atau hanya akan ada perjumpaan pada tarikh-tarikh tertentu? Ntahlah nanti la kita siasat sama-sama ar. 

Melihat Keadaan dewan yang sunyi, tanpa pengunjung, sentiasa tertutup, umpama tempat tidak berpenghuni, terlindung oleh papan tanda iklan yang besar (mungkin senaja di pasang bagi mengaburi) tidak hairan lah, mungkin ada diantara penduduk Kota Kinabalu yang langsung tidak perasan akan kewujudan organisasi freemason ini.
Teringin juga masuk dalam dewan ni melihat apa yang ada dan apa yang mereka lakukan, tapi mungkin baik tak payah masuk, tanpa iman yang kuat takut kita terpengaruh pula. Ya la, untuk pengetahuan semua, ahli-ahli freemason ni bukan orang cikai-cikai, kebanyakan dari golongan elit, dato-dato, kira orang-orang atasan la. Sedangkan orang-orang atasan pun boleh terpengaruh, menjadi ahli freemason "siapa la juga sia ini, hanya urang biasa, kuli-kuli sahaja"  takut pula plak terpngaruh sama :D itu pun kalau boleh masuk, ingat pasar ikan ka tu suka hati mau masuk-masuk.. lupakan keinginan mu itu nak. Mari sini tulung mama tanam ubi tua.. ok off topic merepek suda…
So tanpa membuang masa jom layan gambar di bawah, biar gambar menceritakan segalanya.. 



  

TAPI APA ITU FREEMASON boss?
Itu la kau boss,, sebut jak free semua ko mau sapu, klu makanan kompom berbaris suda kau itu paling depan-depan..... lagi-lagi kalau BR1M.. kompom sesak lembaga Hasil oleh ko sija sturang. Tapi ini bukan cerita politik punya..ini pasal Dunia,  ini bukan free mcm yang ko sangka tu boss, memang free la juga, tapi kalau ko ambil..memang rugi, free yang merugikan...haha
Ok secara ringkasnya FREEMASON adalah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan  asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini Wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).
Freemasonry ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishaupt di Kota London, 1717. Ia kemudian diperkuat oleh Albert Pike , seorang general Amerika (1809-1891). Intisari gerakan Freemason ialah:
1. menghapus semua agama,
2. menghapus sistem keluarga
3. mengkucarkacirkan sistem politik dunia
Hasil drpd gerakan ini telah mencetuskan tiga perang dunia, tiga revolusi (termasuk revolusi Perancis), melahirkan tiga gerakan utama (Zionisme, Komunisme, dan Nazisme)
Rujukan: Bernard E Jones, 1982. Freemason's Guide and Compendium. London & Henley, Harrap Ltd
Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.
Untuk pertanyaan lanjut KLIK SINI :) taip key-words, apakah freemason..kompom akan menjawab segala persoalan..
Kesimpulannya, saya bukan ahli freemason dan juga bukan pengkaji freemason, hanya mengikuti perkembangan tentang freemason dengan tujuan agar tidak terjebak secara halus mahupun kasar. Akhir sekali dari pesanan penaja, JANGAN TERJEBAK DENGAN ORGANISASI NI!!! BAIK KITA P SOLAT BERJEMAAH DI SURAU RAMAI-RAMAI...ISLAM ITU INDAH... k bai..

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Tanah kosong <b>di nabawan</b> sabah – Land for sale Sabah : Spesel.com

Posted: 04 Dec 2012 12:45 PM PST

Area:Nabawan Property Type:Agricultural Price:RM2 000 Size:1000Acres Title type:Freehold Other info:Non Bumi Lot
tanah kosong sesuai untuk kelapa sawit dan getah
di nabawan sabah.ada rizab jalan.boleh beli berapa
ekar sahaja yang dikehendaki dan hendaklah bayar
tunai. harga rm 2000 perekar

admin

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved