ads

Jumaat, 12 Julai 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kudat</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Probitas Et Fides: {Gambar}: Tempat-tempat Menarik <b>di Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 04:59 PM PDT

Assalamualaikum wbt kepada sahabat blogger semua. Apa khabar kalian semua? Semoga kalian senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Pada 24-25 Februari lalu saya berpeluang ke Sabah atau lokasi lebih tepat lagi ke daerah Kudat. Inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke bumi Sabah ini dan kali pertama ke pekan Kudat. Kudat merupakan salah sebuah daerah di Sabah dan ia terletak di bahagian paling Utara bagi negeri Sabah ini. Ia terletak lebih kurang 153km ke utara Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan kalian semua, ada sebuah tempat di Kudat ini yang terletak di penghujung Kepulauan Borneo ini. Tempat yang dikenali dengan nama penghujung tanduk Borneo ini adalah Tanjung Simpang Mengayau atau The Tip of Borneo.
Jom kita layan sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa berada di Kudat :-
stand by to depart..masa ini masih berada di KLIA lagi ....tunggu pak pilot...tunggu saya hihihihh....

online check in boleh pilih seat..saya pilih antara seat paling hujung belah kiri sebelah tingkap..seat 24A .....economy class je tau..bisness mmg saya tak layak...hihihihhh...flight pukul 12 tengahari...

kira-kira jam 3.00 ptg kami sampai di airport, seorang sahabat telah menunggu saya di airport...sampai sahaja, terus beliau membawa kami solat jamak takhyir asar & zohor di masjid terapung Likas..masa tue, jam 3.45 dah masuk Asar...kemudian kami minum petang di situ dan meneruskan perjalanan selama lebih kurang 3 jam lebih ke Kudat..jam 7.30 malam kami sampai di Kudat dan ketika itu sudah kedengaran azan Isyak...kami menginap di Hotel Ria, Kudat.
Itu adalah gambar pekan Kudat yang terdapat di hotel ini. Jelas kelihatan bahagian paling hujung dalam Kepulauan Borneo ini di gambar tersebut.
Gambar pekan Kudat. Jangan terkejut jika saya mengatakan gambar ini dirakam pada jam 6.30 pagi. Waktu itu pekan Kudat telah terang benderang.

Inilah gambar Hotel Ria, Kudat pada waktu siang. Saya boleh katakan hotel ini merupakan bangunan tertinggi yang terdapat di pekan Kudat ini.

Ini merupakan pengangkutan awam utama yang menghubungkan pekan Kudat dengan kawasan kampung yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu ini adalah pengangkutan awam. Saya ingat ia hanya membawa barang, rupanya ia membawa orang sekali....
Setelah urusan kerja saya selesai, saya sekali lagi dibawa oleh sahabat saya untuk kembali ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ke K. Kinabalu, kami dibawa oleh sahabat saya tadi ke The Tip of Borneo. Sila jangan terkejut kerana ia adalah jalan utama ke The Tip of Borneo tersebut...huhuhuhhh...

Walaupun jalan ke sana agak teruk, tetapi apabila sudah sampai ke tempatnya, suasana di situ teramatlah cantik dan nyaman.


Inilah tanda aras The Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Pada sesiapa yang telah dan akan ke Kudat, tetapi tidak ke sini saya boleh katakan kunjungan kalian tidak lengkap kerana inilah satu-satunya tempat paling hujung di Kepulauan Borneo.
Disini kalian boleh lihat dua laut bertemu iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu..Memang jelas kelihatan dua arus dari dua lautan ini bertemu dan akan terbentuk seperti sebuah lorong air.
                                     Dapat juga saya bergambar di penghujung Borneo ini.
Gambar di penanda aras di The Tip of Borneo @ Tanjong Simpang Mengayau..

Kemudian, setelah selesai kami bertolak semula ke K. Kinabalu. Sampai di KK, sebelum check in  hotel sahabat saya membawa kami makan malam dahulu di sebuah gerai makan berhadapan dengan Kompleks Membeli Belah 1Borneo...Lihat sotong itu, sangat besar kan huhuhuhh..

Itu sahaja catatan perjalanan saya sepanjang berada di Kudat. Entri akan datang saya akan ceritakan catatan perjalanan ke K. Kinabalu dan Beaufort. Ketika di K. Kinabalu lah pencerobohan Lahad Datu telah bermula....Jumpa lagi ye kawan2..Assalamualaikum

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Pengadu tuntut keadilan atas kecuaian k-tangan Hospital <b>Kota</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2013 07:57 AM PDT

 
ActionLine telah dihubungi oleh seorang pengadu dari Kampung Sungoi, Kota Marudu, yang mahu menuntut keadilan di atas kecuaian kakitangan di Hospital Kota Marudu yang telah menyebabkan kematian anak lelaki yang baru dilahirkannya.

Mengimbas semula kejadian itu, pengadu menjelaskan yang dia dimasukkan ke wad bersalin di hospital berkenaan pada 12 Jun, sekitar jam 10.30 pagi dan diperiksa setengah jam kemudian.
Hasil dari pemeriksaan berkenaan mengatakan yang bayi saya berada dalam keadaan yang baik selain sudah terdapat bukaan sebesar 3sm.

Dua jam kemudian, saya pun dibawa ke bilik bersalin dan disambungkan dengan mesin untuk mengesan pergerakan bayi. Pada 1.40 petang, jururawat yang bertugas meninggalkan bilik tersebut selepas mengambil bacaan dari mesin yang dipasang," katanya.

Pengadu juga berkata sejurus selepas itu, dia terasa yang masanya untuk bersalin sudah tiba meskipun menjerit dengan kuat untuk meminta pertolongan, jururawat berkenaan tidak datang sehingga 10 minit kemudian dia terasa yang bayi tersebut sudah tidak bergerak lagi.

Jururawat itu cuma muncul pada 1.55 petang bersama dengan pembantunya.
Mereka bertanya sekiranya air ketuban saya sudah pecah oleh itu bila saya menjawab ya, mereka pun cuba untuk mengeluarkan bayi saya tetapi bayi saya itu sudah pun keras. Dua doktor kemudiannya datang dan jawapan yang saya dapat hanyalah mereka sudah melakukan yang terbaik dan bayi berkenaan akan dihantar ke Likas, katanya.

Pada hari berikutnya, pengadu bersama suami pun pergi ke Hospital Likas bagi melihat keadaan bayi mereka dan diperjelaskan oleh seorang doktor yang pihak hospital sudah tidak dapat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan anak lelaki mereka itu kerana dia mengalami kecederaan otak yang serius.

Kami juga diberi kebenaran untuk membawa anak kami pulang ke rumah tetapi disebabkan kami masih mempunyai harapan bahawa dia akan sembuh, maka kami memilih untuk membiarkannya tinggal sahaja di hospital berkenaan.

Pada 21 Jun, sekitar pukul 9.40 pagi anak saya disahkan meninggal dan ketika suami saya bertanya kepada doktor mengenai punca sebenar kecederaan otak anak saya, kami tidak diberikan jawapan tetapi diarahkan supaya merujuk perkara itu kepada doktor di Hospital Kota Marudu.

Pengadu kemudiannya menyatakan yang pada hari yang sama juga suaminya telah ke Hospital Kota Marudu untuk berjumpa dengan pengarah bagi mendapatkan penjelasan terhadap sebab kematian anaknya.

Jawapan yang diterima langsung tidak membantu malah ianya berbunyi seperti sindiran. Malah suami saya diminta untuk bertanyakan soalan tersebut kepada doktor di Likas kerana anak kami meninggal di sana.

Selang dua minggu kemudian, saya menerima panggilan telefon yang meminta saya untuk datang je Hospital Kota Marudu. Seorang doktor kemudiannya menjelaskan yang punca kematian sebenar anak saya ialah saluran darah yang tidak normal pada tali pusatnya yang mana hanya terdapat satu saluran darah.

Bagaimana pun, saya merasakan yang ianya tidak masuk akal kerana masalah ini tidak pernah dinyatakan ketika anak saya masih dalam jagaan di Hospital Likas. Malah, laporan bulanan pemeriksaan di klinik sehingga ke saat saya melahirkan anak tidak pernah menunjukkan sebarang masalah, katanya.

Dalam hal yang lain, pengadu turut mengatakan bahawa masalah itu juga pernah mendapat perhatian dari kementerian yang berkenaan selepas menulis surat aduan kepada mereka. Sepasukan badan bebas juga turut datang ke Kota Marudu bagi menyiasat aduan terbabit.

Saya diberitahu yang hasil dari siasatan itu menyatakan bahawa punca kematian anak saya adalah sama seperti yang dilaporkan oleh doktor di Hospital Kota Marudu tetapi dalam masa yang sama pihak mereka tidak menafikan yang ada berlakunya kecuaian di mana jururawat meninggalkan bilik itu meskipun saya berada dalam kondisi yang memerlukan perhatian penuh.

Tambahan pula, penjelasan yang diberikan tidak konsisten. Di Likas, saya dimaklumkan yang anak saya meninggal disebabkan kecederaan pada otak sementara di Kota Marudu ia disebabkan masalah saluran darah. Di sijil matinya pula dinyatakan punca kematian ialah Hypoxic Ischemic Encephalopathy yang mana bermaksud bayi tidak mendapat oksigen yang cukup. Jadi mana satu yang tepat?

Saya juga percaya bahawa sekiranya jururawat berkenaan tidak meninggalkan bilik bersalin pada hari itu, kejadian ini tidak akan berlaku,” katanya sambil menambah yang dia menganggap masalah ini belum selesai.

Kami mahukan pampasan di atas kecuaian yang pihak mereka lakukan,” akhirnya.
Sementara itu, Pengarah Hospital Kota Marudu gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas kerana sedang menghadiri mesyuarat di Pejabat Daerah.

 
By : Action Line
 
New Sabah Times

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2013 11:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 May 2013 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2013 11:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

adun48sukau: Jumlah anggota keselamatan <b>di Kinabatangan</b> perlu <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 08:45 PM PDT


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah jumlah anggota pasukan polis dalam Daerah Kinabatangan bagi memperkasakan tugas melindungi keselamatan rakyat di kawasan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, penambahan anggota itu agak penting memandangkan kedudukan daerah Kinabatangan yang amat luas, selain memiliki kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau yang berhadapan perairan Laut Sulu, kawasan  menjadi laluan pengganas di Kampung Tandou, Lahad Datu dan Semporna ketika ini.
"Saya mencadangkan langkah penambahan anggota ke kawasan Kinabatangan.  Kerana ketika ini  saya  merasakan jumlah anggota pasukan keselamatan Di Balai Polis Kinabatangan  perlu dipertingkatkan.
"Selain daripada kedudukan perairan ini dan Sandakan begitu bebas daripada kegiatan penyeludupan dan kemasukan rakyat asing suatu ketika dulu, anggota yang bertugas di dakawasan persekitaran daratan dan kampung-kampung terpencil di Dun Sukau perlu diadakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, DSP Martin Lugu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kinabatangan di sini.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah pegawai-pegawai kanan Polis IPD Kinabatangan, Pegawai Platon Rela Kinabatangan  dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit.
Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah  berkata, terdapat  hampir 90 buah kampung dalam kawasan jagaan Pejabat Polis Daerah Kinabatangan merangkumi kawasan-kawasan Kampung Dalam Daerah Kuamut dan 42 buah lagi terletak dalam kawasan Dun Sukau. 16 darinya kampung dalam Dun Sukau, kata Saddi, berkedudukan di persisiran Pantai yang menghala perairan Sulu dan 26  buah Kampung terletak di kawasan daratan yang bersempadan Dun Tungku dan Lahad Datu dalam kawasan Parlimen Silam.
"Saya dan pihak polis sependapat kawasan dalam Dun Sukau ini amat memerlukan perhatian pasukan keselamatan termasuk pihak polis kerana kedudukan penduduknya yang saya anggap terdedah daripada ancaman luar dan golongan subresif," katanya.
Saddi difahamkan pihak IPD Kinabatangan juga sudah mengemukakan permohonan menambah bilangan anggotanya kepada pihak tertinggi pasukan itu.
Saddi berkata, sektor pelancongan, perladangan dan perikanan di dalam Dun Sukau akan menjadi lebih mantap dengan meningkatnya jumlah kawalan keselamatan di polis di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, kata Saddi, beliau amat berbangga dengan persiapan serta pengawasan keselamatan yang terus diberikan pihak polis daerah ini.
"Selain mereka meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan di daerah berhampiran seperti Sandakan dan Lahad Datu, pasukan polis ini juga meningkatkan rondaan ke seluruh kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan termasuk di kampung-kampung terpencil seperti dalam kawasanMukim Litang dan sepanjang pintu masuk ke daerah ini," kata Saddi.
"Saya begitu berbangga dengan tanggungjawab  harian mereka. Saya mendoakan semua anggota keselamatan ini terus terlindung daripada bahaya dan daerah ini bebas daripada sebarang ancaman pencerobohan pengganas," kata Saddi.
Saddi juga juga berpuas hati dengan aktiviti  pelancongan dan perladangan di sini yang dapat berjalan seperti biasa atas keupayaan pengawasan itu.

bila aku bercerita...: Memancing <b>di</b> Kg Bilit <b>kinabatangan</b>

Posted: 20 May 2013 06:26 AM PDT

Trip memancing ni nda dirancang rapi, main ikut-ikut saja. (kejadian berlaku pada hujung tahun 2012 masa cuti sekolah, baru buat cerita di sini sebab bosan hehe) Kebetulan pakcik-pakcik ku pegi rumah nenek di Kg Bilit, jadi aku pun apa lagi besiap la juga mau memancing. Hentam saja lah janji dapat lepas gian memancing.
Dipendekkan cerita, kami pun apa lagi sampai saja di rumah nenek ku, mencari cacing di bawah kolong sampai kena marah lagi haha. Tapi bukan aku la yang kena marah, aku jadi bos saja menunggu cacing.
Hm hasil pancingan kami boleh tahan juga la, walaupun memancing di siring sungai saja. Tapi adik ku si aming yang jadi juara sebab pancingnya yang banyak dapat udang dan ikan. aku? adalah satu dua ekor huhu

gempar!!!... isu nurul izzah <b>di</b> halang masuk sabah... - Omak Kau!!!!

Posted: 30 May 2013 08:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.

Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar berkata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.

Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut.

Nurul Izzah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah dan diarahkan pulang. Beliau dimaklumkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke Sabah untuk bersama rakyat sabah menyambut Pesta Keamatan.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 25 May 2013 09:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SIDANG RAKYAT: Muslisah wakil Unduk Ngadau <b>Nabawan</b>

Posted: 23 May 2013 04:47 AM PDT


NABAWAN: Cik Muslisah Pangawai dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Nabawan yang berlangsung di Pentas Terbuka Tamu Pekan Nabawan pada Rabu.
Muslisah, 21, berasal dari Kg. Sabinait Baru, Murni C, Nabawan yang bertugas sebagai Kerani di sektor swasta dengan hobinya menari dan bermain badminton pada masa lapang menewaskan enam peserta yang layak ke pusingan akhir.

Tempat kedua disandang oleh Leu Kui Ink, 18, dari Kg. Bahagia A, Nabawan  yang bekerja sebagai juru kecantikan dengan hobi membaca.

Tempat ketiga jatuh kepada Yesomeh Makiong dari Kg. Layon satu-satunya peserta dari kampung yang terpencil di Mukim Pamuntarian.

Yesomeh, 20, yang berhobi menari dan membaca pada masa lapang seorang pelajar Kolej ILHAM bercita-cita menjadi 'assistant manager'.

Serama 14 peserta menyertai pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Perigkat Daerah Nabawan.


Klinik <b>Nabawan</b> janji 1999,Janji ditepati tak leh pakai UMNO/BN

Posted: 04 Apr 2013 12:21 AM PDT

by Mohd Haizuren Abdullah 
 
Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut

"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."

Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.

Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..

(Keluhan seorang penduduk Nabawan)

PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


mystories: berjimba <b>di Kota Kinabalu</b>! (1)

Posted: 08 Jul 2013 12:11 AM PDT

29 jun hingga 2 julai lalu, kami sekeluarga bersama keluarga besar mertua berkampung di KK, negeri di bawah bayu.... hahah, memang havoc la plane AirAsia dek kerna ramainya anak menantu aji Manan... cucu-cuculah yang paling excited, ramainya yang first time naik airplane! :) 
booking di buat seawal bulan March kalau tak silap.... mase promo..... dalam promo pun, kami anak-beranak je dekat RM1500 untuk AA saje..... garu kepala kejap!!
pagi-pagi lagi budak-budak ni dah bangun, punyalah semangat nak berjalan..... senang je kejutnya, tak macam kejut bangun tuk gi sekolah hahaa :p
my gurl dgn jejaka-jejaka hencem
tgh tunggu mak-mak bersiap [ayah snap the pic]
flight AA yang akan menerbangkan kami adalah pada jam 10.20 pagi Sabtu.... Alhamdulillah, meredah jalan ke LCCT jam 7 lebih pagi sangat mendamaikan, bersama mood yang sangat baik.... berjumpa dengan geng dari Perak dan KL lainnya di LCCT untuk makan pagi..... :)
my anak teruna di'usha' oleh anak dara sebelah semasa breakfast... 
rambut jarang pun ada yang nak..... hahaa.... 
anak i yang pemalu, dia nak larikkkk!!
usai breakfast, settle urusan luggage dan check in semua, menunggu detik nak panjat airplane la pulak......
travel atas awan dengan nabihah di bahagian kanan mamanya di sebelah tingkap, mamanya yang dok di tengah meriba nuha dan fawwaz di belah kiri.... owwhhhhhh sangat tidak selesa.... ayah? di kerusi belah sana duduk sama-sama dengan mat saleh..... kejap-kejap fawwaz nak pegi kat tempat ayah.... kejap-kejap datang kat seat mama dan dok berdiri mengadap passenger seat belakang main cak-cak..... kejap-kejap gaduh dengan kakak...... kejap-kejap adik merengek lemas...... pastu tetiba abang nangis nak susu dia....... gawat!! bagi main henpon, barulah duduk elok..... mujurlah hanya 2 jam setengah saja dok terperosok dalam perot pesawat...... [tu pun rasa macam sepuloh jam]..... mase tuh rase tobat sangat tak nak naik plane lagi, kalau boleh gi kk naik ferry, sanggup lagik kuredah hahaa :)
aktiviti anak-anak dalam flight....
 akhirnya sang hero pun 'tumpas'
 budak tembun ni 'tumpas' lagi awal
dapatlah mama makan nasi briyani dengan aman bahgia.... :)
 anak dara ni paling excited..... langsung tak zzzzz
mengadap spageti sorang-sorang.... habis licin!!
bagi orang yang sangat susah tidur dalam kenderaan mahupun pesawat..... mama merasa adalah sangat tak best travel atas awan ni.... takde benda lain yang boleh ditengok kat luar tingkap.... mase nak take off dan landing je nampak pemandangan indah..... yang lain, putih melepak..... sangat bosan..... nasib lah ada anak-anak yang mencetuskan 'keceriaan' pertama kali naik AA... hahaaa
yang bestnya AA ni, makanan dia sangat sedap..... nasi briyani tuk mama dan ayah, spageti bolognese untuk kakak dan sate untuk fawwaz, markah A+ mama bagi...... gud job AA!
sampai KK melepasi waktu makan, alhamdulillah perut sudah diisi, kita pun senang hati....
selamat menjejak kaki ke Kota kinabalu..... 
ayah sembang dengan adik iparnya aka my luvly biras
kami menyewa sebuah avanza dan 2 buah van 12 seater untuk membawa ahli rombongan yang besar ni... 15 dewasa dan 19 cucu kesemuanya..... aisehh, lupa pulak tangkap gambar ramai-ramai..... ade dalam camera.... bukan dalam henpon mak..... nantilah update kemudian.... ngheee
selama 4 hari dan 3 malam ni, kami menumpang di Likas Square apartment, bersebelahan sabah trade center..... 4 apartment kami sapu bersih..... hahaaa.... kaya tokeynya.... dalam tiap apartment, ada tiga bilik tidor yang selesa, ruang tamu yang luas, dapur untuk memasak megi pun ada..... oleh kerana mak yang tua di apartment itu, jadi mak pilih master bedroom laa.... hehee sian my biras yang tudung biru di atas tue.... jangan marah!! :)
petang itu selepas sampai di apartment, kami yang ibu-ibu ni hanya berehat di rumah masing-masing.... yang bapak-bapak dan ibu-ibu yang takde anak kecik keluar meronda kawasan dan cari makan malam......  likas ke KK hanya memakan masa lebih kurang 15 minit saja by kereta.... depends on traffic juga.....

malamnya, dijamu dengan seafood segar dari pasar malam, belakang pasar philipines yang famos di tengah kota Kinabalu tu..... tapau aje kaedahnya.... dengan anak-anak kecik sangatlah haru okey, kalau makan kat kedai..... :)
udang harimau bakar, ikan apa ke namanya ntah bakar [lupa la tuh :P ], sotong bakar, ayam panggang..... dan paling special warna hijau tu adalah kerabu rumpai laut, latok namanya..... sangat sedap dan mama memang rasa kulit muka kembali menegang..... hahahaaaa apekah?
owwhhh abc orang kk juga sangat sedaaappppp, yummmmmmeeeeeeeh!!
alhamdulillah, malamnya, kami tidur dalam keletihan dan kekenyangan sambil teruja menunggu aktiviti esok hari....

salam dari fawwaz di likas.......
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved