ads

Jumaat, 29 Mac 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Akhirnya Polis akui mayat anggota <b>di Semporna</b> diperlaku dengan <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 08:54 PM PST


Sebenarnya khabar mengenai kekejaman yang dilakukan oleh penceroboh dari Sulu ini terhadap jenazah-jenazah Anggota Polis yang berjaya dibunuh mereka telah tersebar beberapa hari lalu setelah berlakunya ertempuran di Kampung Simunul..


Cerita disampaikan oleh seorang sahabat yang punya sahabat yang terlibat secara langsung dalam pertempuran di sana.. (sekarang tak ada lagi cerita dari sana sebabnya depa dah tak boleh guna FB)

Apa yang diceritakannya sememangnya mengerikan cukuplah dikatakan apa yang dilakukan oleh Pengganas dari Sulu sememangnya diluar batas kemanusiaan apatah lagi sesama Islam..

Aku anggapnya sebagai khabar angin saja.. namun hari ini segalanya telah disahkan oleh pihak Polis sendiri..

Bacalah apa yang Malaysiakini laporkan ini...
Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina.

Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

"Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut.

"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..


Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu 'sebagai tidak Islamik'.

Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai "pengganas", tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan "pengganas".

"Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam.

"Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan," kata kenyataan itu ~ Malaysiakini

Tiada Perintah Berkurung <b>Di Semporna</b> | MyNewsHub

Posted: 02 Mar 2013 09:23 AM PST

semporna

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza bin Taib, menafikan khabar angin mengenai perintah berkurung di Semporna.

Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin melalui mana-mana plaform komunikasi termasuk media sosial, sms dan sebagainya.

Perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan.

(Sumber: Facebook PDRM)

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Senarai Nama Polis Terbunuh <b>Di Semporna</b>, Sabah

Posted: 03 Mar 2013 07:59 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


PKR: Agbimudin Kiram Pernah Jadi ADO <b>Di Kudat</b> - Suara Pakatan <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 01:05 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA : PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan ...

ZAKRI ALI: PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO <b>di Kudat</b>

Posted: 21 Mar 2013 05:30 PM PDT

SABAH: Tobat lahom media Umno nak siarkan fakta GEMPAR neh [Baca laa...]

Ketua Militant Raja Muda Azzimuddin Kiram adalah warganegara Malaysia dan juga Ahli UMNO... ada IC dan pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kudat... siasat konspirasi ini dulu... baru terlerai segala masalah...

Sebab tu UMNO takut membawa isu Lahad Datu ini ke meja rundingan kerana takut rahsia konspirasi dan Sandiwara mereka terbongkar..

Maka UMNO adalah Pengkhianat Bangsa dan Negara..

*******************************


PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat

PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi.
PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.

Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.

Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut.

Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.~ SH

Agbimudin Kiram pernah jadi ADO <b>di Kudat</b>...? | mae

Posted: 19 Mar 2013 10:13 PM PDT


PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenalai sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi.

PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.

Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.

Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut.

Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.

Photobucket

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kem PLKN <b>di Tawau</b>, Sandakan ditutup sementara – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 04:49 AM PDT

by Clarice Usopclater_2812@yahoo.com. Posted on March 19, 2013, Tuesday

Abdul Hadi (tengah) bersama para jurulatih PLKN di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

Abdul Hadi (tengah) bersama para jurulatih PLKN di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

TAMPALURI: Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini, iaitu di Kem PLKN San Shui, Tawau dan Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan ditutup buat sementara waktu bagi kemasukan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013 yang akan diadakan mulai 30 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Abdul Hadi Awang Kechil berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu perjumpaan dan dialog bersama seramai 160 jurulatih PLKN Zon Barat di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

"Keputusan ini telah dimaklumkan kepada pengusaha kem yang terlibat, dan mereka faham keputusan yang diambil oleh jabatan adalah demi kepentingan para pelatih PLKN dan keluarga mereka," katanya.

Seramai 142 orang pelatih dari Semenanjung yang telah ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan ditukar ke lima buah kem di Selangor dan Melaka.

"Seramai 846 pelatih dari kawasan keselamatan khas yang akan ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan pula ditangguhkan latihan mereka ke Kumpulan 3 Siri 10/2013.

"Manakala, seramai 516 pelatih yang ditempatkan di kem-kem di Semenanjung perlu meneruskan latihan mereka mengikut jadual," katanya.

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dilakukan atas beberapa faktor, seperti latihan untuk para pelatih perlu diadakan dalam keadaan berkesan tanpa memikirkan masalah lain.

"PLKN merupakan program yang melibatkan masyarakat setempat terutama Modul Khidmat Komuniti, yang mana para pelatih boleh mengadakan aktiviti bersama masyarakat," katanya.

Katanya, ibu bapa dapat menghantar pelatih mengikut latihan tanpa sebarang kerisauan akibat daripada insiden di Lahad Datu.

Selain itu, JLKN mempunyai pilihan sama ada menempatkan para pelatih ke kem-kem lain atau menangguhkan latihan kepada Kumpulan 3 Siri 10/2013 pada 12 Ogos tahun ini.

"Sebaik kejadian di Lahad Datu, kita telah mengambil tindakan drastik. Pada peringkat awal, tentera telah ditempatkan di kem yang terlibat.

"Para pelatih kumpulan pertama telah mendapat pengetahuan dan pengalaman yang cukup besar, mereka telah diberikan taklimat mengenai situasi di Lahad Datu," katanya.

Beliau berkata, para pelatih dipilih secara rawak melalui sistem komputer yang mana senarai nama telah diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Daripada jumlah yang dipilih, 60 peratus adalah bumiputera, 28 peratus Cina, 10 peratus India dan dua peratus lagi kaum lain.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata latihan yang sepatutnya bermula pada 16 April depan itu diawalkan kepada 30 Mac ini agar para pelatih diberikan pelepasan awal bagi memasuki IPTA dan matrikulasi.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah satu inovasi yang cuba diketengahkan oleh JLKN bagi menyelesaikan penangguhan latihan oleh para pelatih yang terpilih.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

sambutan peringati Hari Polis 206 <b>di tawau</b> istimewa | Mee String

Posted: 26 Mar 2013 09:30 PM PDT


TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah menyifatkan sambutan peringatan Hari Polis ke 206 di sini sangat istimewa berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, walaupun keadaan kurang menyenangkan berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu namun penghargaan dan peringatan kepada warga polis tetap dilakukan.

"Bagi kami ia adalah istimewa kerana walaupun dalam keadaan yang kurang menyenangkan akibat insiden di Lahad Datu tetapi kita masih boleh mengadakan perbarisan, perhimpunan dan peringatan untuk warga polis,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara dan memeriksa kawalan perbarisan bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 peringkat daerah Tawau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, sokongan kepada warga polis pada sambutan kali ini juga lebih pada tahun ini khasnya daripada pesara-pesara polis dan masyarakat yang sentiasa menghargai sumbangan yang dilakukan pasukan polis.

"Mereka datang beramai-ramai dan memberi sokongan padu dan memberi semangat untuk terus berjuang kepada pasukan polis kita,''katanya lagi.

Terdahulu seramai 34 orang terdiri daripada anggota polis dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) menerima sijil penghargaan daripada Awang Besar.

Sementara itu, beliau juga menyeru pesara-pesara polis memberi kerjasama dalam menyalurkan dan mendapatkan maklumat bagi memastikan ketenteraman di kawasan mereka lebih terjamin.

"Kita harap pesara polis terus menjadi telinga dan mata polis kerana sentiasa berdamping dengan masyarakat, mahir dengan keadaan sekitar dan tahu keperluan penduduk sekitar mereka,'' uajrnya.

Mereka ini juga katanya, berpengalaman dari segi kepolisan malah ada yang pernah terlibat dalam dan terlatih walaupun lama sudah tetapi semangat mereka ini masih kental dalam perjuangan memastikan keselamatan negara.

Jelasnya, orang ramai juga jika ingin mengetahui atau menyalurkan maklumat mengenai sesuatu kejadian boleh terus berhubung dengan polis atau pesara-pesara polis yang mereka kenali.

Pada majlis itu, sebanyak RM10,000 disumbangkan kepada Tabung Wira Lahad Datu oleh Syarikat Standra Sdn Bhd dan RM1530 daripada Persatuan Pemilik Pemandu Teksi Rumpun Melayu (PERSARUM)
-nst

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Kedahkini: Panas ! 600 Anak Muda <b>Di Tuaran</b> Sertai PKR

Posted: 26 Mar 2013 07:02 PM PDT




LENCANA PKR.......kelihatan Mohd Najlin Haji Awang Puasa (tengah) sedang disematkan lencana PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kanan) sambil disaksikan oleh Haji Ghulabdin Enjih (kiri).

SERAMAI 600 ANAK MUDA DI TUARAN SERTAI PKR


Oleh: KREW SABAHKINI.NET

TUARAN : Di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Tuaran termasuklah di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman kian tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini di kawasan berkenaan.



Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang penyokong parti itu sebagai bukti setelah menerima kemasukan 600 ahli baharu dari kalangan anak muda yang diketuai oleh Mohd Najlin Haji Awang Puasa, 28 tahun.

Ketua Umum PKR Pusat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang penyertaan kemasukan dalam PKR Tuaran di Majlis Jelajah PR yang berlangsung di Restaurant Transit Dalit, Kampung Lok Batik dekat sini pada malam Ahad lepas.


Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah; Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini; Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran; Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B); Dato Abdul Ghafir Abdul Hamid dan Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow.

"Penyertaan 600 ahli-ahli baharu yang sebilangan besarnya dari kalangan pemuda di Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Parlimen Tuaran akan menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memenangi Kawasan DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran dalam Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi," Kata Najlin yang juga merupakan bekas Ahli UMNO dari Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran.

Katanya, kemasukan ini haruslah disambut dan diterima oleh pimpinan PKR di Cabang Tuaran agar semangat dan kebangkitan anak-anak muda akan memberikan satu lagi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam membuat persiapan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

"Banyak sudah pemimpin UMNO yang telah berhijrah meninggalkan parti yang jelas sudah tidak relevan lagi. Jika perjuangannya untuk anak-anak muda sudah tidak relevan, apa lagi yang ditunggu? Lebih baik mereka tampil untuk memberikan kekuatan kepada PKR adan Pakatan Rakyat khasnya," kata Najlin lagi.

Sehubungan dengan perkembangan terbaru ini, Najrin berharap lebih ramai lagi ahli parti kerajaan yang akan menyertai PKR untuk memberikan satu keyakinan jitu terhadap kemantapan parti ini.

Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat telah diisikan dengan ucapan oleh Datuk Seri Anwar, Ketua Cabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Gafir Abdul Hamid; Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew; Aktivis Politik, Dr Chong Eng Leong dan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Video Tun M Belasah Pakatan <b>Di Lahad Datu</b> – .::Pisau.Net::.

Posted: 17 Mar 2013 11:07 AM PDT

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di beluran</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 07:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kes Bunuh Penyelia Ladang <b>Di Beluran</b> | Anjung Maya

Posted: 10 Sep 2012 07:11 PM PDT

BELURAN — Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penyelia sebuah ladang kelapa sawit di sini, yang mati ditetak dalam satu pergaduhan semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, DSP Sivanathan Velautham berkata, lelaki itu hanya dikenali sebagai Arsel berusia dalam lingkungan 20-an. Sivanathan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Manuel Quimson, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Sebelum kejadian, beliau berkata, mangsa telah menegur tiga pekerjanya mengenai sikap mereka yang sering meminum minuman keras.sumber

Tags: , ,

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved