ads

Ahad, 17 Mac 2013

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Tiada Sebarang Pencerobohan <b>Di Tawau</b> | MyNewsHub

Posted: 03 Mar 2013 10:17 PM PST


Berita bahawa sekumpulan lelaki dari kumulan Tentara Diraja Kesultanan Sulu telah mendarat di Kg. Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di Tawau pada hari Sabtu telah diketepikan sebagai spekulasi oleh Ketua Polis Daerah, Awang Besar Dullah.

Menurut beliau, polis menjalankan carian di kawasan itu berikutan tip-off tetapi mereka mendapati bahawa tiada kejadian seumpama itu telah berlaku.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas sesi taklimat dengan ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan.

Beliau juga menafikan berlaku kejadian tembak-menmbak serta insiden cermin kereta dipecahkan pada malam hari yang sama di kawasan Batu 15, Jalan Apas.

"Insiden tembak-menembak hanya akan berlaku antara anggota keselamatan dan penceroboh dan ia tidak akan melibatkan orang awam dan kes kereta pecah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penceroboh," katanya.

Pada masa yang sama, Awang menggesa orang ramai untuk berhenti menyebarkan spekulasi atau menokok tambah maklumat di Internet kerana ia boleh membawa kepada keresahan dan panik di kalangan rakyat di sini.

"Jangan membuat spekulasi bahawa penceroboh telah mendarat di sini kerana keadaan di Tawau adalah selamat tanpa terdapat apa-apa maklumat pencerobohan.

"Jangan sebarkan khabar angin dan jika anda ingin tahu keadaan sebenar di sini, maka sila hubungi balai polis terdekat atau bertanya kepada saya.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah Tawau adalah tenang dan terkawal, "katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, langkah-langkah keselamatan telah meningkat dengan kakitangan keselamatan yang memantau keadaan di lokasi yang strategik.

Awang berkata menyebarkan spekulasi akan menjejaskan tugas mereka, terutama apabila spekulasi dibuat pada situasi yang berada di luar kawalan sedangkan keadaan sebenar adalah sebenarnya di bawah kawalan.

Penyebar khabar angin katanya, boleh didakwa di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

(Sumber: Daily Express)

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Musa yakin BN pertahan Parlimen Beaufort, <b>Papar</b>, Tuaran | Free <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 11:29 PM PST

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Barisan Nasional (BN) dapat mempertahan kerusi Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran dalam pilihan raya umum akan datang.

Sambil menangkis kempen yang dilaung pakatan pembangkang kononnya ketiga-tiga kerusi parlimen itu dalam genggaman mereka, beliau berkata majoriti rakyat Sabah menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuktikan kemampuan mentadbir negara dengan baik melalui pelbagai program transformasi kerajaan.

"Selama ini, para pemimpin Barisan Nasional khususnya wakil-wakil rakyat di Sabah sentiasa turun padang dan bekerja keras untuk membangunkan kawasan masing-masing.

"Saya yakin rakyat Sabah terutama di Beaufort, Papar dan Tuaran bijak menilai dan matang dalam membuat keputusan yang terbaik," katanya kepada Bernama di Kota Kinabalu hari ini.

Musa yang juga pengerusi BN negeri, berkata rakyat sedar bahawa pembangunan di kawasan itu bukannya hasil kapasiti individu dan pemimpin tertentu, tetapi atas perjuangan BN.

Beliau berkata rakyat telah memberi isyarat jelas pentingnya kesinambungan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN selama ini serta menghargai keprihatinan perdana menteri yang memperuntukkan pelbagai bantuan dan inisiatif bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan miskin.

Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia, katanya.

Beliau berkata berdasarkan pelbagai isu dan kelemahan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, rakyat lebih yakin BN boleh menepati janji, berbanding pembangkang.

Sehubungan itu Musa, yang mengemudi BN Sabah mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum 2008, merayu rakyat negeri terutama di kawasan Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN bagi memastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Parlimen Beaufort kini diwakili bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Seri Lajim Ukin. Pada Julai tahun lepas, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pakatan pembangkang.

Kerusi Parlimen Papar kini disandang Ketua Puteri Umno yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Parlimen Tuaran pula diwakili bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang kini mengetuai badan NGO Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Bumburing. Bumburing sebelum ini mengumumkan keluar daripada BN dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Dalam pilihan raya umum lepas, BN Sabah pimpinan Musa hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parlimen apabila hanya kalah kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

- Bernama

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=66560

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Colours Of Life : Hujung Minggu <b>Di Sipitang</b>.

Posted: 04 Dec 2012 04:52 AM PST

Agak senyap naz kan di hujung minggu? Actually naz berada di luar radar... luar area Kota Kinabalu time tu. Naz ikut kawan satu ofis balik kampung di daerah Sipitang.
Bertolak pada hari Jumaat, saja keluar awal dari ofis...singgah balik umah ambik beg, tukar pakaian sume..then naz drive ambik kawan naz. Kali ni, naz pakai kereta naz...Unser tu..besar dan lebih luas.
Actually offer dari kawan, untuk join dia balik kampung. Tengah musim buah sekarang. Woott Woot. Last week, dia ada bagi naz durian. Pergghh, soodap! So, kali ni naz join kawan naz...bawa Unser supaya senang nak angkut banyak-banyak durian dari Sipitang.
Gitu gini, jam 4.30pm camtu..baru bertolak dari umah Justina, sahabat naz tu. Jalan raya agak lengang..tak banyak kenderaan menuju ke Sipitang, tapi tak terlalu sunyi. Jam 7.15pm.. selamat sampai di rumah Justina :)
Sesampainya naz kat umah, mak Justina hidangkan durian. Hahaa..sabo jer la kan? ^_^
Esoknya, naz bangun awal sket..sebab nak gi kenduri kahwin sepupu Jus. Dekat jer ngan rumah. Pelamin simple, tapi tak sempat pun bergambar dengan pengantinnya. Naz, makcik Justina dan Justina jer sempat bergambar di pelamin. Jom layankan gambar :)

After dari majlis perkahwinan, kitaorang terus balik umah. Rehat jap..then tukar baju, masuk kebun yang ada di sekeliling rumah Jus...untuk pungut durian :)
Salah satu pokok durian depan umah. Rimbun kan buahnya? 
Sekitar rumah Justina. Penuh pokok buah-buahan
Agak best rasa memungut buah durian di kebun. Naz tak pernah lalui pengalaman ni kat kampung sendiri walaupun kampung naz kat Terengganu jugak ada kebun durian. Tapi, di sini...naz dapat merasakan pengalaman tu.
Dalam masa 20min, hanya disekeliling rumah..kami dah dapat banyak ni. Best. Then naz dapat jugak pengalaman mengikis durian, iaitu membuang daun2 dan tanah-tanah yang terlekat di duri-duri tu dengan menggunakan lidi yg dibuat macam penyapu lidi, tapi kecik. Penat, tapi best!
Esoknya Ahad, hanya duduk kat umah. Tidur jer banyak. Then petang tu..dah asing-asingkan buah nak bawa balik KK. Naz ambik durian jer, dalam 23kg.. ni naz beli la dari bapa Justina..tak bagus jugak kan ambik free2, sumber pendapatan diorg juga tu. Walaupun, mak dia mendesak untuk beri jer. Huhu. 23kg ni, dapatlah dalam 15 biji durian. Then mak dia tambah lagi free 4 durian. Kat Sipitang, durian hanya RM3 sekilo. Murah 2x ganda dari kat KK. Then bawa balik buah bambangan, rambutan, dan cempedak. Langsat tak sempat panjat..buah manggis fav naz tak masak lagi. Huhuh.
Naz balik ke Kota Kinabalu semula Isnin tu, after subuh. Jam 5.40am camtu baru bergerak dari umah Justina. Kali ni jalan raya betul-betul lengang, naz bawa dalam kelajuan 100-120km/jam. Sampai kat KK, hantar Jus ke rumah dulu...dalam jam 7.45am camtu...naz sampai kat umah plak dalam 7.55am...turunkan barang-barang, buah-buahan...then direct ke tempat kerja dalam keadaan tingtong. 

Warga Emas, Ibu Tunggal Diraikan <b>di Sipitang</b> - TV3

Posted: 10 Aug 2012 04:42 AM PDT

10/08/2012 19:42:00

SIPITANG 10 Ogos - Bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi terus memberi berkat dan manfaat serta limpahan rezeki buat mereka yang tidak berkeupayaan apabila golongan asnaf itu terus menerus mendapat bantuan sewajarnya.

Tidak ketinggalan di Lumadan, dekat sini golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain-lain turut mendapat limpahan rezeki bulan yang penuh berkat apabila mereka diraikan dalam majlis Ziarah Ramadan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Kamarlin Hj Ombi.

Bertempat di Masjid Kampung Bukau, Kamarlin serta pimpinan Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan turut berbuka puasa, solat maghrib, isya' dan terawih secara berjemaah bersama penduduk setempat.

Terdahulu berucap di majlis tersebut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Sipitang mengingatkan umat Islam setempat agar memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan barakah itu.

"Bulan Ramadan bukan sahaja untuk mempertingkatkan ibadah namun ianya juga wadah untuk menjalin hubungan harmoni di samping memperkukuhkan perpaduan melalui pelbagai program yang dijalankan di masjid dan surau di kawasan masing-masing sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.

Kata beliau lagi dengan adanya program seumpama itu, ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi hubungan antara satu sama lain sekaligus melahirkan masyarakat setempat yang harmoni.

Pidato 1Malaysia bukan Melayu <b>di Sipitang</b> 2 April 2011

Posted: 26 Mar 2011 01:20 PM PDT

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved