ads

Selasa, 23 April 2013

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Terkini !! Letupan Kuat <b>Di Tawau</b> !! Foto | AAKJ

Posted: 06 Apr 2013 08:31 PM PDT


"Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, keadaan tiba-tiba menjadi huru-hara seperti tsunami selepas satu letupan disusuli gegaran kuat.
"Beberapa saat selepas itu, rumah saya bergoncang kuat lalu ranap,"


"Sekalipun terperangkap, saya sempat melepaskan diri dan menyelamatkan empat anak jiran dan kami keluar dari runtuhan secara meniarap.
"Nasib baik saya terdengar kanak-kanak itu menangis kerana ketakutan lalu mencari mereka dalam keadaan merangkak di bawah timbunan kayu.
"Mujur ada satu tiang menghalang batu itu daripada terus menghempap mereka," kata Edy Lasuasa, 57, yang cedera di kepala selepas rumahnya musnah dihempap tiga bongkah batu gergasi yang bergolek dari atas bukit di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu, di sini, semalam.
Kanak-kanak yang terselamat dikenali sebagai Mohd Hafiz Azizul, 9; Mohd Ajili Arwansyah, 6; Mohd Said Abdul Said, 5; dan adiknya, Norafdilah Abdul Said, 3.
Menceritakan kejadian jam 11.30 pagi yang menghempap 11 rumah itu, Edy berkata, dia terdengar satu dentuman disusuli gegaran kuat sebelum bunyi kayu pecah.
Menurutnya, ketika itu dia berehat di anjung rumah bersama empat kanak-kanak yang juga jirannya sebelum terdengar satu letupan dari kuari berhampiran.

EDY bersama Mohd Hafiz yang terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka.

Dia yang bekerja sebagai nelayan berkata, letupan dilakukan di kuari berhampiran adalah perkara biasa tetapi tidak menyangka rumahnya dihempap bongkah batu akibat letupan itu.
"Rumah saya musnah dan ketika kejadian berlaku (rumah ranap) saya terus pengsan.
"Sebaik tersedar, saya terperangkap di bawah runtuhan, saya turut mendapat luka di belakang kepala akibat dihempap tiang rumah yang patah," katanya.
Seorang lagi mangsa, Hula Igu, 58, berkata, dia bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian.
"Pada masa itu, saya di pasar kerana menjual ikan. Saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengatakan rumah saya runtuh dihempap bongkah batu besar yang jatuh dari atas bukit," katanya.
Katanya, terkejut dengan perkara itu, dia bergegas pulang ke rumah.
"Saya bimbang mengenai keselamatan tiga cucu, termasuk dua daripadanya kembar yang baru berusia sebulan, selain anak serta menantu di rumah.
"Saya bersyukur kerana walaupun rumah musnah, semua ahli keluarga terselamat," katanya.
Menurutnya, menantunya, Nisa Yusuf, 30, bersama bayi kembarnya, Noraisah dan Noranisah Fazlan berusia satu bulan dihantar orang ramai ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi cucunya, Mohd Khairul, 2, terselamat.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, satu bongkah batu sebesar rumah banglo manakala dua lagi sebesar kenderaan pacuan empat roda.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


2 terkorban <b>di Lahad Datu</b> bukti Najib remeh keselamatan negara <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 03:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Pakatan sambut Hari Malaysia <b>di Kota Kinabalu</b> dan Kuching <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2012 02:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA 15 Ogos: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kota Kinabalu untuk Sabah manakala Kuching untuk ...

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


GE13 Minute Update: Penamaan Calon <b>Di</b> Seluruh <b>Negeri Sabah</b>

Posted: 19 Apr 2013 10:10 PM PDT

Penamaan calon sedang berlangsung di seluruh negeri dan perhatian adalah tertumpu kepada semua dewan masyarakat di negeri ini.
Laporan setakat ini menunjukkan semua kawasan parlimen dan dewan undangan negeri ditandingi tiga penjuru atau lebih.

(disertakan gambar-gambar penamaan calon di Sipitang, Sabah) 

Berikut merupakan beberapa kawasan yang menarik. Di Sungai Sibuga, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj. Musa Aman dicabar oleh pesaing-pesaing dari parti lawan seperti berikut

N42: SUNGAI SIBUGA: SABAH: 28,038

1. Datuk Seri Musa Aman (BN)

2. Mohd Arshad Abdul (BEBAS)

3. A.M. Jafar @ Damaid Juana (SAPP)

4. Mohd Roslan Yussof (STAR)

5. Irwanshah Mustapha Ahmad (PKR)

(2008: DATUK SERI MUSA AMAN: BN: Maj: 7,657)

P174: PENAMPANG: SABAH: 44,323

1. Bernard Giluk Dompok (BN)

2. Melanie Annol (STAR)

3. Darell Leiking (PKR)

(2008: BERNARD GILUK DOMPOK: BN: Maj: 3,063)

Kawasan DUN Kiulu ditandingi oleh lima pihak iaitu BN, PKR, STAR, SAPP dan Bebas.

Berita lanjut menyusul.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Lawan tiga penjuru <b>di</b> Parlimen <b>Penampang</b> | The Borneo Insider

Posted: 20 Apr 2013 02:55 AM PDT

April, 20, 2013 - 5:55 pm
Dompok (dua kiri) bersama pemimpin BN ketika di penamaan calon kelmarin.

Dompok (dua kiri) bersama pemimpin BN ketika di penamaan calon kelmarin.

Oleh Donald Ragang

PENAMPANG: Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Penampang mendapat persaingan tiga penjuru darupada parti Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan STAR.

Penyandangnya Tan Sri Bernard Dompok akan ditentang hebat oleh calon baru dari PKR Ignatius Darell Leiking dan Melanie Annol dari STAR.


Sementara itu, kerusi DUN Kepayan pula menyaksikan penyandangnya ,Datuk Edward Khoo Keok Hai akan ditentang tiga parti pembangkang yang masing-masing dari DAP, Edwin @ Jack Bosi, SAPP, Chong Pit Fah dan STAR, Philip Among.

Selain itu, DUN Moyog juga menyaksikan pertembungan sengit empat penjuru oleh parti SAPP, Danim @ Aloysius Siap, PKR, Terrence Siambun, dan STAR Bernard Lawrence Solibun yang akan menentang penyandang kawasan itu dari BN yang mana penyandang sebelumnya ialah Datuk Donald Peter Mojuntin sebelum memberikan laluan kepada Datuk Philip Lasimbang sebagai calon.

Pengumuman penamaan calon itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Penampang, Wiliam Sumpil pada jam kira 10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Tun Fuad Stephen Penampang kelmarin.


Menurut Dompok, pihaknya yakin bahawa kesemua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Penampang mampu dipertahankan sekali lagi.


Keyakinan itu berdasarkan kepercayaan dan kesedaran yang diberikan rakyat terhadap usaha kerajaan BN yang benar-benar ingin mentransformasikan Penampang.


"Sudah banyak kemajuan yang dicapai dalam masa empat tahun yang singkat di sini dalam infrastruktur seperti bekalan elektrik, jalan raya, pendidikan dan banyak lagi.

"Usaha itu termasuklah memperkasakan keselamatan rakyat Sabah dan menyelesaikan isu Pendatang Tanpa Izin (PTI)," ujarnya.


Katanya, pelbagai usaha dilaksanakan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara inisiatif yang dinikmati di Penampang adalah sebuah lagi sekolah menengah akan ditubuhkan di kawasan Penampang, manakala Menteri Pelajaran Tinggi juga akan melancarkan kolej komuniti di sini dan banyak sekolah mubaligh kawasan Penampang juga menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

 

Katanya, walaupun masih terdapat kekurangan dalam infrastruktur, tetapi kesemua itu akan diselesaikan di masa hadapan.

 

Sementara itu, calon STAR yang akan bertanding di Parlimen Penampang, Melanie Annol, yakin bahawa peluang kemenangan adalah baik walaupun mendapat tentangan daripada calon parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Ignatius Darell Leiking.

 

"Saya tidak ingin berkata dengan lebih lanjut, kita akan tahu selepas undi nanti," katanya.

 

Manakala Darell berkata semua pihak mempunyai peluang yang adil untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

 

"Saya kini lebih yakin kerana suasana di sini lebih aman dan bersemangat kekawanan.

 

"Saya menyerahkan semua keputusan kepada pengundi kerana hanya mereka yang dapat tentukan apa polisi dan kepimpinan yang mereka mahukan di Penampang," tambahnya.

 

Manakala Calon SAPP bagi kerusi DUN Kepayan, Chong Pit Fah berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan cabaran dalam PRU13 di sini.

 

Chong akan berhadapan dengan penyandang DUN Kepayan, Datuk Edward Khoo Keok Hai selain dua parti lain iaitu DAP, Edwin @ Jack Bosi dan calon STAR Philip Among.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved