10 di semporna - Google Blog Search |
UMNO Online - 140 Penduduk DUN Senallang <b>Di Semporna</b> Terima <b>...</b> Posted: 11 Oct 2012 02:38 AM PDT Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota140 Penduduk DUN Senallang Di Semporna Terima Geran TanahSEMPORNA, 11 Okt – Sebanyak 140 pemohon tanah atau waris mereka dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang menerima geran tanah masing-masing hari ini, selepas permohonan mereka diluluskan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah. Penyampaian dilakukan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran pada satu majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Osman Jamal di sini. "Tanah-tanah ini memang sudah lama mereka usahakan namun disebabkan banyak perkara yang perlu diteliti dan diperhalus oleh Jabatan Tanah dan Ukur maka geran dapat diserah hari ini," kata Nasir kepada pemberita selepas majlis berkenaan. Katanya kira-kira 60 pemohon lagi akan menerima geran masing-masing dalam masa terdekat. Setakat ini terdapat lebih 4,000 permohonan bagi daerah Semporna, namun tidak bermakna semua permohonan akan berjaya kerana sesetengah kawasan yang dipohon termasuk dalam kawasan hutan simpan atau tanah kerajaan, katanya. Nasir yang juga Anggota DUN Senallang, berkata pemberian geran tanah itu adalah bukti kerajaan yang diteraju Barisan Nasional (BN) benar-benar berusaha membantu menyelesaikan masalah rakyat. Menurut beliau pemberian geran tanah berkenaan juga membuktikan setiap janji yang diberi oleh kerajaan dan pemimpin BN akan ditunaikan sebaik-baiknya. Sementara itu, Nasir menasihatkan penerima geran tanah berkenaan supaya menjaga, mengusaha dan memajukan tanah masing-masing sebaik mungkin agar dapat diwariskan kepada anak cucu selain memastikan tanah itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Seorang penerima, Amir Salleh,59, dari Kampung Tonggulangan, berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana permohonan memiliki tanah tanah seluas 4.45 hektar yang diusahakannya sejak tahun 1975 diluluskan. Bapa kepada lapan anak itu berkata beliau mengemukakan permohonan pada 1979 dan kini tanah itu ditanam dengan kelapa sawit yang memberi hasil sehingga 10 tan kelapa sawit sebulan dan menjana pulangan bersih antara RM4,000 dan RM5,000. Fatimah Hj Samah,53, dari Kampung Bubul yang mewakili ayahnya Haji Sama Bulatok, pula berkata mereka meneroka tanah seluas enam hektar pada 1974 dan mengemukakan permohonan geran pada 1980-an. Katanya beliau amat berterima kasih dengan kerajaan atas kelulusan geran tanah berkenaan dan akan berusaha menjaga dan membangunkan tanah berkenaan sebaik mungkin. Berita Bertarikh Pada 5:38 PM |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |