ads

Sabtu, 19 Januari 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


IdaMan: Ribuan Keluar Bertemu Anwar <b>Di Kudat</b>, Sabah

Posted: 26 Nov 2012 03:03 AM PST

             
                   (Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat)

KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu.

"Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah," kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.

Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam. harakahdaily

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


DSAI <b>Di Papar</b>,Sabah : SAMBUTAN MEMBAWA HARAPAN <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 10:37 AM PDT

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan mereka pula tidak bersedih hati. Wali-wali Allah itu ialah orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yunus 10: 62-63)

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


sabahkini.net: PAS MUNGKIN TANDING <b>DI KINABATANGAN</b>?

Posted: 19 Jan 2013 01:07 AM PST



SEMANGAT...Hj Ahdah bersama pemimpin kanan parti Pakatan Rakyat Kinabatangan. Gambar sisipan Nizar.
OLEH:  RICHARD P ANDIANG    Foto : JUHARI KADIR
PERHIMPUNAN  Kebangkitan Rakyat Kinabatangan siri kedua yang diadakan di kawasan kediaman  Haji Adhah Sulaiman Kampung Batu Putih Kinabatangan anjuran PAS Pusat  kelmarin telah dihadiri lebih 500  orang.
Kedatangan beberapa orang pemimpin kanan PAS pusat yang diketuai  Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Dato'  Mahfuz dan para pemimpin Pas Negeri Sabah  merupakan satu rahmat kepada para penyokong parti Pakatan Rakyat di kawasan Kinabatangan.
Antara ceramah yang disampaikan oleh Nizar ialah mengenai RCI di Sabah dan kepimpinan BN/UMNO yang sekarang kurang mendapat sokongan khususnya di Semenanjung; malah  semakin merosot terutama sekali bagi masyarakat Cina dan India yang sudah menolak kepimpinan BN di Negara ini.
"Saya tahu rakyat Kinabatangan memang memerlukan bantuan dan pembelaan sewajarnya daripada parti yang boleh membawa kemajuan rakyatnya untuk  menikmati pelbagai kemudahan asas dan sebagainya," ujar Nizar.
Kata Nizar isu di Sabah sekarang yang menjadi tarikan dan perhatian penduduk setempat khususnya rakyat Kinabatangan ialah isu tanah; iaitu tanah-tanah mereka yang sudah diusahakan sejak beberapa generasi dengan pelbagai tanaman, telah diceroboh oleh saudagar atau Mafia tanah dari Semenanjung yang didalangi oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal dengan restu Ketua Menteri Sabah,  Datuk Musa Hj Aman.
"Bila kita lihat secara dekat, penghidupan masyarakat kaum Sungai di DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan, amat menyedihkan berbanding dengan kehidupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menduduki perkampungan Kinabatangan yang telah diberikan Mykad oleh kerajaan BN/UMNO yang bertaraf bumiputera," ujarnya.
Kata Nizar lagi, PAS juga mendapat maklumat terperinci bahawa populasi  penduduk asal yang terdiri daripada suku Sungai baru  mencecah jumlah  seramai 31 orang berbanding PATI yang bergelar Bumiputera celupan seramai 174 ribu termasuk yang bekerja di ladang-ladang sawit.
Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN/UMNO di Kinabatangan,  kata Nizar mengutamakan PATI daripada rakyat tempatan. Apa tidaknya kerana PATI yang sudah mendaftar sebagai pengundi tegar BN/UMNO terus mendapat pembelaan yang sempurna dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti di Kampung Muhibbah, Bukit Garam; Kampung Paris 1; Kg Paris 2 dan Kampung Paris 3 yang majoritinya warga negara songsang.
Sementara suku Sungai lainnya, terus terpinggir dan kalau dapat kemudahanpun hanya terdiri daripada kroni-kroni dan suku sakat ADUN dan ADR sahaja, makala yang lainnya hanya menelan air liur.
"Inilah kita datang ke kawasan Kinabatangan untuk memberi tahu sekiranya PAS bertanding di kawasan DUN Sukau, maka ahli Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Kinabatangan harus bersatu memberikan kemenangan kepada calon PAS yang bertanding atas tiket Pakatan Rakyat," ujar Nizar dengan wajar penuh ceria.
Begitu juga, kata Nizar, jika PKR bertanding di Parlimen Kinabatangan, maka ahli-ahli PAS harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan kerjasama keras. Yang pastinya, calon-calon pakatan rakyat sama ada dari PAS atau PKR dapat  merampas kerusi DUN dan kerusi Parlimen dari  kedua-dua kawasan berkenaan," tambah Nizar.
Nizar menambah walaupun kerajaan BN/UMNO memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat, ini semuanya menggunakan wang rakyat untuk memancing undi, konon-kononnya UMNO/BN kerajaan yang baik namun sebaliknya rakyat diperbodoh-bodohkan rakyat tanpa disedari.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Parlimen <b>Penampang</b> Kekal Jadi Milik BN ~ Macam <b>Di</b> KK

Posted: 18 Jan 2013 01:44 AM PST

KOTA KINABALU, 17 Jan -- Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah yakin kerusi Parlimen Penampang akan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke-13 sekalipun digembar-gembur pembangkang sebagai kawasan 'kelabu'.

Ketuanya Datuk Awang Kadin Tang berkata tindakan pembangkang menguar-uarkan Penampang bukan lagi kawasan selamat BN adalah sekadar gimik politik untuk mengelirukan pengundi.

"Apa yang nyata ialah BN semakin kuat di kawasan Parlimen Penampang, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan saya yakin dengan kerjasama semua sayap Pemuda komponen BN, kerusi Parlimen Penampang akan terus kekal di tangan BN," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pemuda BN Penampang, di sini Rabu malam.

Kerusi Parlimen Penampang kini disandang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok.

Mengulas lanjut, Awang Kadin berkata Pemuda BN Sabah akan memperhebat kempen mendekati pengundi muda 'atas pagar' dalam usaha membantu BN meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.BERNAMA

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved