ads

Rabu, 13 Jun 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Destinasi menarik <b>di Sandakan</b>

Posted: 13 Jun 2012 05:05 AM PDT

Sandakan, bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu, Sabah mempunyai banyak tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi anda ketika bercuti.

Untuk menikmati keindahan Sandakan, anda tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang kerana dalam sehari anda boleh mengunjungi banyak tempat termasuklah Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

Penjelajahan di Sandakan boleh dimulakan dengan melawat tempat warisan menerusi Jejak Warisan Sandakan. Jejak Warisan Sandakan adalah aktiviti berjalan kaki yang komprehensif dengan melewati tapak-tapak penting dan menarik selain mempunyai sejarah silam yang berwarna-warni.

Keseluruhan perjalanan menerusi jejak warisan itu meliputi 15 lokasi menarik dan ia termasuklah Masjid Jamek yang berusia 100 tahun, Memorial Pryer iaitu struktur granit yang didirikan bagi mengenang jasa pengasas Sandakan, William B Pryer serta Pusat Penerangan Pelancongan.

Mendaki Anak Tangga Seratus akan membawa anda menikmati pemandangan indah Sandakan dan teluknya. Pendakian itu juga akan membawa anda ke Rumah Agnes Keith iaitu kuarters kerajaan British yang didiami penulis Amerika terkenal, Agnes Newton Keith yang menulis buku Land Below The Wind pada 1939.

Dari bangunan tinggalan kolonial seperti Rumah Agnes Keith dan Rumah Teh Inggeris / English Tea House sehinggalah ke rumah-rumah ibadat seperti Gereja St Michaels & All Angels, Kuil Sam Sing Kung (Tiga orang alim) dan Kuil Goddess of Mercy , perjalanan selama sejam itu akan membawa anda menyusuri kembali kehidupan 100 tahun lalu.

Kunjungan ke Memorial Perang Dunia Pertama pula memberi pengalaman yang berlainan.

Selain melihat cerita dan sejarah peperangan pada zaman dulu yang dipamerkan di dalam sebuah galeri dan tugu yang dibina, anda juga akan merasa tenang melihat bunga-bunga teratai di tasik yang terdapat di Memorial itu.

Selesai melihat sejarah dan warisan yang ada di bandar Sandakan itu, apa kata anda keluar sedikit dari bandar itu untuk menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah iaitu Taman Buaya Sandakan.

Perjalanan selama satu setengah jam dari bandar Sandakan pastinya berbaloi apabila sampai ke sana. Ini kerana, Taman Buaya itu adalah taman terbesar di Malaysia kerana memiliki lebih 3, 000 ekor reptilia itu di dalamnya.

Selain peluang menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah, taman itu juga turut menawarkan beberapa tarikan lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular.

Taman Buaya Sandakan itu juga memiliki zoo mini yang mempertontonkan ikan Amazon seberat 100 kilogram (kg) dan taman permainan kanak-kanak.

Selepas melihat persembahan yang menggerunkan dan menghiburkan di Taman Buaya Sandakan, destinasi seterusnya di Sandakan yang akan menjadikan percutian ada cukup bermakna ialah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

Kedatangan anda ke pusat pemuliharaan Orang Utan terbesar di dunia itu pastinya tidak sia-sia tatkala melihat aksi Orang Utan yang mencuit hati dan menghiburkan itu.

Sebagai penutup percutian anda di Sandakan, luangkan masa melihat pemandangan matahari terbenam di Sandakan Harbour Square.

Melihat keindahan panorama senja di tepi laut sambil menikmati hidangan makan malam, mungkin kenangan terindah anda bersama keluarga, rakan atau kekasih di Sandakan.

Destinasi menarik lain di Sandakan

* Pusat Perlindungan Monyet Probosis, Teluk Labuk

* Batu Tulug

* Pulau Lankayan

* Pulau Taman Penyu / Turtle Island Park

* Gua Gomantong

* Sungai Kinabatangan

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


!..Cik Purple..!: Trip To <b>Kudat</b> The Tip Of Borneo Part #2 | Hadir ke <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 11:04 PM PDT

Assalamualaikum warahmatullah .. :)

AMARAN: ENTRI INI BERUNSUR DIARI, HARAP MAKLUM (nak baca silakan, saya sangat berbesar hati, taknak jangan komen bukan2, tekan [X] sudahlah.. oke? ^_^y)

Hari ni saya nak sambung balik citer pasal percutian singkat saya ke kudat.. :) sebelum ni saya dah cerita kat Part 1 macam mana saya boleh tersesat ke kudat.. hehehe.. now, nak sambung part 2 pulak.. :)

#1 Kudat Part 1

02 June 2012, 0030AM


Aku terjaga dari tidur, mungkin tak biasa tempat ni kot.. aku memang macam ni kalau pergi tempat baru. Aku selalu terjaga tengah malam dan tak bole melelapkan mata walaupun aku memang penat gila gila.. So aku meset2 dengan kawan aku yg masih belum tidur lagi.. sampai la aku tak sedar dah lebih kurang jam 3 pagi.. Tiba-tiba aku rasa sangat lapar, ye aku lapar.. =..=
Aku pun minum air mineral yg ada kat atas meja dan makan kacang goreng yang aku beli masa dalam perjalanan tadi. Boleh la, asal ada yg aku nak kunyah.. Kan? Masa aku tengah slow slow buka plastik kacang tu, tiba-tiba!! Sepupu aku tersedar pulak.. hahahaha.. Oppsss sori boss ku! :P
Kami pun berbual hingga ke subuh.. Tapi sekitar jam 4.30 pagi aku terlelap la pulak.. Masa tuh memang tidur mati tahap gaban..

0740AM


Aku terjaga dari tidur lena dan merasa masih belum puas tidur.. bole aku tidur balik ka ni? please.. +_+
Aku tarik selimut dan guling-guling atas katil.. hahaha.. Nurul plak tarik langsir, bukak besar2.. whoaaaa~~ cantiknya.. kita di kudat kah ini? matsam tida pisaya saya bah! hahahaha.. :D
mau tingu pemandangan di luar ka? ok jom! :D

hahahaha, agak jakun di situ.. padahal biasa biasa jak bah.. kekekekeke.. over eksaited plak kan? ngeee~~
So, aku pun bangun dan pergi mandi sebab jap lagi kita orang mau pi kenduri kawin.. 
Nah, bila suda siap.. apa lagi, ambil gambar tuh pekara wajib kan? hahahaha.. 
muka sebelum pi orang kawin.. cun kan tok? hahaha
oya, tudung dia sy yg buat, cantek ta? hahaha.. tu blaja dr tutorial Youtube.. kekeke..
ye, saya si momoi yg perasan nak posing macam Hanis Zalikha.. =..= hahaha.. 
Penat jugak nak story hari ni punya hal.. nampaknya kena buat part 2.1 nih.. hahaha.. buhsan lak aku nak taip panjang panjang ni.. takpe, aku sambung lagi sikit la.. hehe..
Kita orang di jemput oleh abang pengantin perempuan merangkap abang kepada buah hati cik Nurul kite menaiki Honda City kesayangan buah hati cik Nurul.. hehehe.. Sepanjang perjalanan ke rumah beliau, perghhh aku lak yang berdebar.. Pehal? bukan aku family dorang nak tengok, Nurul ok.. Nurul.. aku cuma temankan jer.. hahaha..
Perjalanan dari pekan kudat ke rumah pengantin lebih kurang 15 minit kot.. oke la jugak.. macam dari kampung aku ke pekan pun dalam 15 minit macam tuh.. tapi kalau dari rumah aku ke pekan 10 minit jer la sebab rumah aku hujung kampung.. hehe..
Sampai jak di sana, aku terus pegang tangan sepupu aku.. eh? aku plak yg nebes gilak kan? ape cer? hahahahaha.. sepupu aku pun malu malu.. ha, aku pun duluan la jalan, salam kat orang orang kampung, bagi senyuman paling indah, tersipu sipu malu.. laaa~~ over! =..=
Orang pertama yang aku nampak, lelaki baju hitam! tinggi, kurus dan stail- stail muka dia macam Gintulak.. ya, c Gintulak.. Takkan kot? Hahaha.. C Nurul kata itu adik lelaki boifrenggg dia.. Mustahil la dia si Gintulak.. Kan? Agak pemalu, tapi dengan Nurul oke jer kot.. mungkin aku ni orang yang dia tak kenal memang la dia malu.. kan kan? Nama dia Biarlah Rahsia. Hahaha.. OMG, malu nak mention! :"> rasa berdebar-debar! hahaha.. Tapi sayangnya, sudah berpunya.. =..=
Oke, meh la tengok gambar pengantin, asyik citer aku jer kan.. hahaha..



Korang nak tau, best woo jadik pengantin kat Kudat nih.. sekali sanding sampai 4 kali tukar baju.. perghhh.. seronok tau! sebelum ni ada lagi dorang pakai baju warna biru, tapi tak sempat ambik gambar sebab masa tu baru sampai.. heee.. nak kawin orang kudat la jugak! hahahaha.. :P Blueekkk.. muntah mak dengar nakkk~~ hahahaha.. 
Oke, yang kat atas ni, makanan tradisional dorang.. kalau macam tempat cp ada Kelupis yang di perbuat dari beras pulut, tapi kalau dorang plak ada Bamban yang diperbuat dari ubi kayu yg di taburi kelapa jugak kot.. hehehe.. sedap! Sebenarnya kat KK pun ada jugak macam nih, tapi dalam plastik.. tu dorang panggil 'potto' kalau tak silap.. 
Sebelum balik, ambek gambar jap ngan kak Ctie.. hehehe.. dah kenal akak ni kat facebook.. beliau sepupu kepada pengantin.. so kat kudat baru penah jumpa face to face u know! hehehehe.. beliau memang seorang yg peramah dan baik hati.. hehehe..
Oke, tu je la.. nanti cp sambung part seterusnya lagi oke? jenuh la nak menaip.. hehehe.. babai! :-*

❤..Senang hati tak?? like yea!..(◕‿◕✿)❤

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Gayus <b>Tambunan</b> Sudah Tak Ada <b>Di</b> LP Cipinang | Bisnis Jabar

Posted: 05 Jun 2012 02:46 AM PDT

Gayus Tambunan (bisnis-jabar.com)

BANDUNG (bisnis-jabar.com): Diam-diam Gayus Halomoan Tambunan sudah tak lagi mendekam di Lapas Cipinang, Jakarta Timur. Hampir sepekan, Gayus kini menikmati hawa segar Bandung di Lapas Sukamiskin, Bandung.

Kepala Kantor Wilayah (Kakanwil) Kementerian Hukum dan HAM (Kemenkumham) Jawa Barat Nasir Almi membenarkan jika terpidana korupsi pajak tersebut sudah mendekam di Sukamiskin.

"Betul itu. Sejak pekan lalu tapi saya lupa persis tanggalnya," saat dihubungi wartawan melalui ponselnya, hari ini Selasa (5/6).

Menurut Nasir, proses perpindahan Gayus dari Jakarta ke Bandung tidak dilatarbelakangi alasan yang luar biasa.  "Hal itu sesuai dengan aturan yang ada sepanjang permintaan itu berdasarkan alasan yang tepat," katanya.

Cipinang memiliki kapasitas terbatas bagi tahanan sedangkan LP Sukamiskin menurutnya masih punya kapasitas besar. Nasir membenarkan jika proses perpindahan tersebut atas permintaan dari Gayus. Namun, ia belum mengetahui alasan perpindahan itu."Saya dengar itu supaya dia (Gayus) dekat dengan keluarga dan supaya lebih tenang," katanya.

Kepala LP Sukamiskin Dewa Putu Gede mengatakan Gayus pindah ke Sukamiskin sejak hari Jumat, tanggal 1 Juni 2012 lalu. "Sampai di Sukamiskin jam 00.15," kata Dewa. Gayus saat ini menempati ruang tahanan di Blok Barat Atas 16.

Gayus terakhir divonis 6 tahun penjara dan denda Rp 1 miliar oleh Pengadilan Tindak Pidana Korupsi Jakarta. Mantan pegawai Direktorat Jenderal Pajak ini terjerat dalam perkara korupsi dan pencucian uang.  Ia sebelumnya divonis untuk tiga perkara lain, yakni pemalsuan paspor, penggelapan pajak, dan penyuapan dengan total hukuman selama 22 tahun.

Lelaki yang pernah kabur ke Singapura ini disebut melanggar dakwaan pertama yaitu Pasal 12 huruf b ayat 1 dan 2 UU Pemberantasan Korupsi Nomor 31 tahun 1999, dakwaan kedua yaitu Pasal 12 huruf b ayat 1 dan 2, dakwaan ketiga yaitu Pasal 3 ayat 1 (a) tentang UU Tindak Pidana Pencucian Uang dan dakwaan keempat yaitu Pasal 5 ayat 1 UU Pemberantasan Korupsi Nomor 31 Tahun 1999. (k57/yri)

Berita Terkait

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Sabahdaily: Jeffrey Bertanding <b>Di</b> Parlimen <b>Keningau</b>?

Posted: 13 Jun 2012 09:03 AM PDT

Pengerusi The State Reform Party (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi Parlimen Keningau dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekali lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.

"Saya akan bertanding di Keningau. Saya berharap beliau (abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) tidak akan merebut kerusi itu lagi. Beliau sudah berkhidmat bagi kawasan itu selama 30 tahun. Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Pairin adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri Sabah, Anggota Parlimen bagi Keningau dan Anggota Dewan Undangan negeri Tambunan.

Pada pilihan raya umum 2008, Jeffrey bertanding menentang Pairin di kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan tetapi dikalahkan oleh abangnya.

Beliau juga bertanding di DUN Bingkor tetapi dikalahkan oleh calon Barisan Nasional, Justine Guka dengan 171 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan dua calon Bebas lain - Victor Leornadus dan Uling "Sedapat mungkin saya berharap ini tidak terjadi, namun merasakan kawasan di sana sangat-sangat mengharapkan perubahan."

"Dengan lain perkataan, mereka inginkan sesuatu yang baru. Ia tidak ada kena mengena dengan keluarga, lebih kepada politik," katanya.

Jeffrey, seorang lulusan Harvard, telah bertukar parti politik beberapa kali sejak dua dekad lalu pernah menganggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR Bersatu) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Beliau juga pernah menyertai PKR dan kemudian dilantik sebagai naib presiden parti itu sehinggalah beliau meletakkan jawatannya pada 28 Oktober 2009.

-mstar

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


GAMBAR AWAN ANEH <b>DI KOTA KINABALU</b> SABAH | TANDA <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 01:12 AM PDT


Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan.

Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.


Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku. sumber
p/s : Memang kecut perut sesiapa yang tengok awan macam ni, dalam hati terdetik kecil dan kerdilnya diri kita ni. Ini mungkin sebagai peringatan Allah SWT kepada kita. Marilah kita semua berdoa dan bermuhasabah diri agar dijauhkan dari segala bala dan musibah. Hanya Allah yang mengetahui. Allahuakbar...

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


10 kampung <b>Di Beluran</b> Nikmati Bekalan Elektrik

Posted: 08 Jun 2012 10:10 PM PDT

TELUPID – Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata projek tersebut diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tempoh pelaksanaan bermula tahun ini hingga tahun depan.

Katanya, kampung tersebut adalah Kolopis Laut, Muanad 2, Muanad 3, Manduring, Dantun Hujung, Tambalang-Balang, Lidong, Penimbanan, Lubuk Dungun 2 dan Rumidi Lama.

Beliau berkata, ini adalah komitmen kerajaan untuk memberi kemudahan asas di kampung di luar bandar yang belum menikmati bekalan elektrik.

"Usaha ini akan dilaksanakan berterusan kerana kerajaan menyedari masih banyak kampung khususnya di daerah ini belum menikmati kemudahan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Barayong dekat sini, malam tadi.

Ronald, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata pelaksanaan projek itu sejajar dengan komitmen kementerian terbabit di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.

Katanya, pelaksanaan projek itu menepis dakwaan parti pembangkang yang pada masa sekarang giat masuk ke kampung luar bandar di daerah ini dan menjaja isu pembangunan untuk meraih sokongan.

Beliau berkata, kerajaan tidak bercakap kosong dalam melaksanakan pembangunan berkaitan penyediaan bekalan asas berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap serta berjanji kosong. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Nama Pelik dan Unik <b>di Sabah</b> ~ Just Another Story

Posted: 20 May 2012 11:17 PM PDT

Hari ini waktu meninjau-ninjau tajuk penting di portal berita online (mStar Online), tertarik dengan satu tajuk berita "Banyak Nama Pelik Di Sabah". Disebabakan ingin mengetahui kisah sebenar di sebalik 'nama pelik' itu, membuka URL dan kandungan berita berkenaan.
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia kelahiran negeri Sabah, saya memang mengetahui sedikit-sebanyak tentang beberapa nama pelik di negeri ini. Ia memang sesuatu yang unik dan tidak salah jika saya kongsikan di sini.
KOTA KINABALU: Mereka yang bukan berasal dari Sabah sering keliru dengan nama-nama pelik yang digunakan penduduk pelbagai etnik di negeri itu.
Nama-nama pelik seperti Mogumbirak, Tigabelas, Ponyrace, Samalia Cuba dan Rothmans sering menjadi bahan gurauan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.
Namun, terdapat cerita menarik di sebalik bagaimana nama-nama tersebut diberikan seperti dalam kes melibatkan seorang bekas Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin.
"Agak sukar untuk membawa nama ini. Di sekolah, saya sering diusik dan sukar untuk berkawan tetapi saya belajar membiasakan diri dengan keadaan itu," katanya.
Beliau berkata, nama tersebut diberikan selepas kematian tragik berturut-turut yang menimpa keluarganya.
Nama itu sebenarnya diberikan untuk menyelamatkan nyawa beliau.
"Sebelum kehadiran saya, ibu bapa saya memiliki 12 cahaya mata dan kesemuanya meninggal dunia.
"Mereka (ibu bapa) mendapatkan nasihat daripada penduduk kampung di Kota Belud termasuk bomoh dan mereka memberitahu sama ada memberikan saya nama unik atau menyerahkan saya kepada keluarga angkat," katanya.
Tigabelas berkata, doktor yang menyambut kelahirannya mencadangkan nama tersebut kepada ibu bapanya selepas mengetahui mengenai kematian adik-beradik saya.
"Selepas mengetahui saya anak yang ke-13, dia mencadangkan agar saya dinamakan Tigabelas.
""Saya percaya, saya anak ke-13 yang bertuah kerana hanya saya seorang terselamat. Ibu melahirkan dua anak selepas saya tetapi mereka turut meninggal," katanya.
Dalam kebanyakan kes melibatkan nama aneh, ibu bapa yang buta huruf pada 1960 dan 1970 merupakan penyebab utama.
Mereka memberikan nama berdasarkan bunyi atau memilih perkataan popular seperti Ponyrace atau jenama rokok terkemuka seperti Rothmans atau Benson.
Mogumbirak, seorang lelaki dari etnik Rungus berusia 50 tahun yang berasal dari Kudat menarik perhatian tanpa diminta. Pekerja buruh, Samalia Cuba yang namanya diangkat sempena dua negara iaitu Somalia dan Cuba enggan memberikan sebab keluarganya memilih nama tersebut. "Tidak apalah, tidak payah tanya. Saya ada kerja sekarang," katanya ketika dihubungi Ahad.

Itulah antara keunikan di negeri Sabah. Cuma kita berharap selepas ini tiada lagi mana-mana individu yang menjadikan nama-nama tersebut sebagai gurauan.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved