10 di sandakan - Google Blog Search |
Destinasi menarik <b>di Sandakan</b> Posted: 13 Jun 2012 05:05 AM PDT Sandakan, bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu, Sabah mempunyai banyak tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi anda ketika bercuti. Untuk menikmati keindahan Sandakan, anda tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang kerana dalam sehari anda boleh mengunjungi banyak tempat termasuklah Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Penjelajahan di Sandakan boleh dimulakan dengan melawat tempat warisan menerusi Jejak Warisan Sandakan. Jejak Warisan Sandakan adalah aktiviti berjalan kaki yang komprehensif dengan melewati tapak-tapak penting dan menarik selain mempunyai sejarah silam yang berwarna-warni. Keseluruhan perjalanan menerusi jejak warisan itu meliputi 15 lokasi menarik dan ia termasuklah Masjid Jamek yang berusia 100 tahun, Memorial Pryer iaitu struktur granit yang didirikan bagi mengenang jasa pengasas Sandakan, William B Pryer serta Pusat Penerangan Pelancongan. Mendaki Anak Tangga Seratus akan membawa anda menikmati pemandangan indah Sandakan dan teluknya. Pendakian itu juga akan membawa anda ke Rumah Agnes Keith iaitu kuarters kerajaan British yang didiami penulis Amerika terkenal, Agnes Newton Keith yang menulis buku Land Below The Wind pada 1939. Dari bangunan tinggalan kolonial seperti Rumah Agnes Keith dan Rumah Teh Inggeris / English Tea House sehinggalah ke rumah-rumah ibadat seperti Gereja St Michaels & All Angels, Kuil Sam Sing Kung (Tiga orang alim) dan Kuil Goddess of Mercy , perjalanan selama sejam itu akan membawa anda menyusuri kembali kehidupan 100 tahun lalu. Kunjungan ke Memorial Perang Dunia Pertama pula memberi pengalaman yang berlainan. Selain melihat cerita dan sejarah peperangan pada zaman dulu yang dipamerkan di dalam sebuah galeri dan tugu yang dibina, anda juga akan merasa tenang melihat bunga-bunga teratai di tasik yang terdapat di Memorial itu. Selesai melihat sejarah dan warisan yang ada di bandar Sandakan itu, apa kata anda keluar sedikit dari bandar itu untuk menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah iaitu Taman Buaya Sandakan. Perjalanan selama satu setengah jam dari bandar Sandakan pastinya berbaloi apabila sampai ke sana. Ini kerana, Taman Buaya itu adalah taman terbesar di Malaysia kerana memiliki lebih 3, 000 ekor reptilia itu di dalamnya. Selain peluang menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah, taman itu juga turut menawarkan beberapa tarikan lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular. Taman Buaya Sandakan itu juga memiliki zoo mini yang mempertontonkan ikan Amazon seberat 100 kilogram (kg) dan taman permainan kanak-kanak. Selepas melihat persembahan yang menggerunkan dan menghiburkan di Taman Buaya Sandakan, destinasi seterusnya di Sandakan yang akan menjadikan percutian ada cukup bermakna ialah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Kedatangan anda ke pusat pemuliharaan Orang Utan terbesar di dunia itu pastinya tidak sia-sia tatkala melihat aksi Orang Utan yang mencuit hati dan menghiburkan itu. Sebagai penutup percutian anda di Sandakan, luangkan masa melihat pemandangan matahari terbenam di Sandakan Harbour Square. Melihat keindahan panorama senja di tepi laut sambil menikmati hidangan makan malam, mungkin kenangan terindah anda bersama keluarga, rakan atau kekasih di Sandakan. Destinasi menarik lain di Sandakan * Pusat Perlindungan Monyet Probosis, Teluk Labuk * Batu Tulug * Pulau Lankayan * Pulau Taman Penyu / Turtle Island Park * Gua Gomantong * Sungai Kinabatangan |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan