ads

Isnin, 7 Januari 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


PENANAMAN RUMPAI LAUT <b>DI SEMPORNA</b> SABAH

Posted: 28 Nov 2012 11:36 PM PST


PENANAMAN RUMPAI LAUT UNTUK KOLAGEN HANYA DI SEMPORNA SABAH JE BUKAN DI MANA2 NEGERI YEK.
SEMPORNA, 3 Nov (Bernama) -- Projek Kluster Rumpai Laut Sabah yang dilancarkan di Semporna hari ini bakal melonjakkan industri rumpai laut negara sebagai industri berimpak dan bernilai tinggi kepada negara menjelang tahun 2020, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata berdasarkan pelan dan tindakan yang digariskan di bawah projek Bidang Ekonomi Uta

ma Negara itu, industri rumpai laut di Sabah, khususnya di Semporna yang kini diiktiraf sebagai ''Daerah Pengeluar Rumpai Laut Negara'' akan ditransformasi menjadi industri penting negara.

"Kita ingin menjadikan rumpai laut ini sebagai program berimpak tinggi yang dahulunya diusahakan secara tradisional atau setakat ''cukup makan''. Hari ini kita merancang rantaian nilai bukan sahaja untuk kita mencari kaedah dan teknologi untuk mengeluarkan rumpai laut tetapi juga aktiviti huluan.

"Rumpai laut diproses untuk membuat bahan kecantikan atau kosmetik dan sebagainya. Rancangan kita bukan sahaja untuk membantu nelayan tetapi kita juga mesti ada kilang dan institut penyelidikan rumpai laut negara," katanya kepada
pemberita selepas melancarkan program Mini MAHA dan Projek Kluster Rumpai Laut
Sabah di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli, mewakil Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Noh berkata berdasarkan perancangan di bawah Projek Kluster Rumpai Laut Sabah, pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat kepada 900,000 tan metrik setahun dan nilai eksport rumpai laut kering dan dalam bentuk ''karageenan'' dijangka melonjak kepada RM1.4 bilion.

Katanya berdasarkan perancangan itu, kerajaan memperuntukkan RM46 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melaksanakan projek Mini Estet Rumpai Laut manakala peruntukan RM8.3 juta lagi disalurkan kepada kira-kira 300 peserta program kluster di bawah Jabatan Pertanian.

Pada masa ini, katanya 11 kumpulan dibentuk di bawah Projek Mini Estate UMS merangkumi kawasan perairan Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tawau manakala di bawah projek kluster Jabatan Pertanian, terdapat empat kumpulan dengan kira-kira 300 peserta.

Noh berkata kerajaan juga melantik beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan UMS untuk melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan
peruntukan berjumlah RM17 juta.

Katanya institusi pengajian tinggi berkenaan bukan sahaja bertanggungjawab menjalankan penyelidikan berkaitan kaedah paling efektif mengeluarkan rumpai laut tetapi juga mempelbagaikan jenis kegunaan atau produk daripada rumpai laut berkenaan.

Mengenai program dwi-tahunan Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA), Noh berkata ia akan bermula pada 23 Nov ini di Serdang, Selangor dan berakhir pada 2 Dis.

Katanya agensi di bawah kementeriannya sudah menjelajah ke beberapa negeri melalui penganjuran Mini MAHA bagi mempromosikan MAHA serta memberi pendedahan dan pengetahuan kepada rakyat berkenaan program dwi-tahunan itu.

BERNAMA

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Pasukan Quilmes-Yayasan Sabah yang berpangkalan <b>di Kota</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 12:37 AM PST

Pasukan Quilmes-Yayasan Sabah bersaing di Jamsostek International Cup 2013

Pasukan Quilmes-Yayasan Sabah yang berpangkalan di Kota Kinabalu telah diundang bermain dalam Jamsostek International Cup 2013 di Panchoran, Jakarta Indonesia pada 7-14 Januari 2013. Jamsostek Cup 2013 ialah antara kejohanan futsal terbesar di Indonesia yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai Rp 235,000,000 @ RM 75,000. Hanya 20 pasukan undangan sahaja akan bertanding dalam kejohanan yang berprestij ini. Selain itu, skuad ini akan mengabungkan pemain-pemain dari 3 negara, seorang pemain dari Thailand dan 3 pemain Indonesia.

Pasukan ini juga berpeluang mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan futsal utama di Indonesia seperti PELINDO, MYFUTSAL dan FUTSAL KOTA BANDUNG. Kejohanan ini juga menjadi medan persiapan pasukan Quilmes-Yayasan Sabah sebelum menyertai Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan pada awal Febuari kelak. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved