ads

Jumaat, 16 Ogos 2013

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


sabahkini.net: KEMENANGAN BN <b>DI TENOM</b> SUDAH DIJANGKA

Posted: 08 May 2013 08:46 AM PDT



TENOM: Kemenangan calon-calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Tenom, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabong sudah dijangka berdasarkan sokongan rakyat di kawasan ini semakin kuat.
Ketua Anak Negeri Angkangon Sangul berkata, kerusi Parlimen Tenom yang berjaya dipertahankan oleh calon BN Datuk Raime Unggi kekal di tangan memandangkan sokongan rakyat yang kuat dan masih mahu pembangunan diteruskan di kawasan ini.
Katanya, rakyat di kawasan ini masih menaruhkan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan kerana rekod baik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di peringkat Kerajaan Pusat dan Datuk Seri Musa Haji Aman di Peringkat Kerajaan Negeri.
"Begitu juga bagi DUN Melalap dan DUN Kemabong yang masing-masing dipertahankan oleh Datuk Radin Malleh dan Datuk Rubin Balang kekal di tangan BN kerana rakyat masih mahu pembangunan di kawasan mereka," katanya ketika diminta mengulas kemenangan BN menyapu bersih tiga kerusi di kawasan ini.
Angkangon berkata, kemenangan BN di Parlimen Tenom, DUN Melalap dan DUN Kemabong memang sudah dijangka kerana sokongan rakyat majoriti masih kepada BN.
Ini katanya, bermakna kawasan kerusi Parlimen Tenom, DUN Kemabong dan DUN Melalap masih menjadi penyumbang kepada BN Sabah sebagai Simpanan tetap BN.
Sementara itu seorang pemimpin masyarakat Cina Kapitan Wong Tet Yun berkata, kemenangan BN di satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN di kawasan ini sudah dijangka awal kerana perpecahan parti pembangkang itu sendiri.
Katanya, parti-parti pembangkang masing-masing meletakkan calon dalam satu kerusi manakala BN hanya meletakkan seorang dalam kerusi itu.
"Ini sudah jelas memberi kelebihan dan kemenangan kepada calon-calon BN yang bergabung dalam satu pasukan berbanding pembangkang yang masing-masing beraksi di gelanggang yang sama," katanya.
Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen P.181 Tenom menyaksikan kemenangan calon BN Datuk Raime Unggi mendapat undi 9,771 dengan majoriti 3,886 menewaskan pencabar-pencabarnya Masidin Thomas (PKR) dengan Undi 5,885; Hasmin @ Azroy Abdullah (STAR) yang mendapat undi 2,446 undi; Jimmy Jawatah (SAPP) dengan perolehan undi 1,766 dan Mutang @ Sylvester Dawat (KITA) yang hanya mendapat 423 undi.
Bagi DUN Kemabong, Datuk Rubin berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak Kerajaan PBS dahulu yang mendapat undi 5,765 dengan majoriti 3,032 menewaskan pencabar-pencabarnya Biou Suyan (PKR) dengan undi 1,155 dan William Ensor Tingkalor (SAPP) yang mendapat undi 1,047.
Sementara itu bagi DUN Melalap, Datuk Radin Malleh yang diramalkan banyak pihak akan kecundang kerana kemunculan calon baru, berjaya mempertahankan kerusinya dengan undi 4,643 dan majoriti 2,599 menewaskan pencabar-pencabarnya Roger Stimin (SAPP) dengan undi 2,004; Norita Sual (DAP) dengan undi 1,992 dan Kong Fui Seng (STAR) dengan undi 924.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


KES PENCULIKAN REMAJA PEREMPUAN <b>DI LAHAD DATU</b> SABAH

Posted: 18 Jun 2013 04:06 AM PDT

Kes penculikan remaja perempuan di Lahad Datu Sabah

Pihak polis mengesahkan kes penculikan seorang remaja perempuan di Lahad Datu, Sabah. Namun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, mengesahkan tiada bukti kehadiran pengganas seperti didakwa seorang remaja perempuan yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki di Kampung Tanagian, FELDA Sahabat menurut laporan semasa yang disiarkan media

kes culik di sabah kes penculikan remaja perempuan di lahad datu sabah

Sebelum ini remaja perempuan yang berusia 13 tahun, Nurul Zulaikah Abdullah mendakwa dia telah diculik dan dilarikan oleh sekumpulan lelaki dalam ketika berehat dirumahnya

Mengenai kejadian itu, menurutnya sekumpulan lelaki itu datang dari arah belakang dan menutup mukanya dengan kain hitam dan menyebabkan mangsa pengsan

Berikut adalah video rakaman temubual Nurul Zulaikah Abdullah yang menceritakan detik-detik  kejadian itu kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM)

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


memmetlenggeng: Pengalaman <b>di Sabah</b> - Bandar Kota Kinabalu <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2013 10:47 PM PDT

Perjalanan dari Airport ke bandar KK tidak mengambil masa yang lama. Tak sampai 20 minit. Dari airport ini pengangkutan utamanya ialah teksi atau kenderaan yang disediakan hotel. Mungkin ada bas, tetapi saya tidak pernah menaikinya. Sewa teksi bergantung kepada jarak destinasi. Kalau anda hendak ke Centre Point (pusat bandar sabah) kadarnya RM30, manakala jika hendak ke UMS, tambangnya ialah RM40.
Saya sudah beberapa kali ke Kota Kinabalu. Pernah ke Kota Belud dan Pulau Gaya juga. Tapi masih tidak rata perjalanan  ke K.K itu. Ada banyak tempat yang saya tidak pergi lagi. Negeri Sabah punyai banyak tempat yang menarik. Tetapi entry saya kali ini adalah hanya untuk menceritakan sekitar Bandar Kota Kinabalu sahaja. Saya bercadang untuk bercuti di sini nanti, 
menyewa kereta dan berjalan di sekeliling Kota Kinabalu. 
Saya hanya memberi panduan serba ringkas tentang penginapan di K.K. Terdapat banyak hotel di sini, hotel bajet, hotel mewah, atau apartment hotel, semuanya ada. Anda boleh melihat-lihat dari laman web ini atau di sini.
Hotel-hotel yang saya pernah menginap pula ialah
1.Hotel Imperial International/The Klagan
Untuk The Klagan dan Promenade tarafnya ialah 5 bintang, manakala Imperial Boutec pula hotel tiga bintang sahaja. Saya mencadangkan untuk nilai ekonomi, pilihlah hotel Imperial Boutec. Ini bukan kerana ia hotel bajet, ia kerana perkhidmatannya sama saja dengan perkhidmatan di Promenade mahupun The Klagan cuma harganya jauh lebih rendah. Namun dari segi makanan, memanglah tidak dapat menandingi Hotel Promenade yang sangat mewah itu.
Ketiga-tiga hotel ini pula terletak di tempat yang sangat strategik. Berdekatan dengan pasar Filipina, jeti Jeselton dan sebagainya.

Saya pun tidak tahu mana yang spesifiknya tentang pasar filipina ini. Namun ia terletak dalam satu kawasan yang menghadap laut. Ada beberapa bahagian di sini. Ada pasar mutiara, pasar menjual ikan masin/keropok amplang dan pasar yang menjual bahan-bahan makanan atau gerai-gerai. Kesemuanya terletak berdekatan sahaja. Pasar Mutiara

Datang ke Kota Kinabalu jika tidak pergi ke pasar ini memang tidak sah. Kalau tidak belipun apa salahnya mengambil pengalaman. Banyak mutiara dijual di sini. Tetapi bagi saya yang sudah beberapa kali berkunjung  tidak ada lagi nafsu yang besar untuk membeli belah, hanya sekadar melihat-lihat. Bukan semua mutiara itu tahan lama. Kalau hendak beli yang berkualiti, mahal pula harganya. Mutiara ini ada bermacam gred juga. Kena pandai tawar menawar. Kalau pergi berkumpulan lebih baik, kerana pembelian dalam jumlah yang banyak biasanya akan mendapat harga yang lebih rendah.



Gerai makanan

Sebut Pasar Filipina, ia memang sangat terkenal dengan makanan laut. Bersepah-sepah peniaga menjual makanan laut yang sudah siap dibakar. Sotong, udang, ikan dan bermacam lagi dengan harga yang munasabah. Tetapi awas! Saya tidak galakkan beli makanan laut yang sudah terdedah lama. Takut-takut sakit perut pula. Pandai-pandailah pilih. Banyak gerai di sini tidak begitu menjaga kebersihan.

Ada satu gerai yang menjual makanan laut fresh yang di masak di situ. Yang ini lebih selamat. Anda boleh pilih apa makanan yang hendak dimakan. Mereka akan masak masa itu juga. Tetapi harganya agak mahal sedikit berbanding yang dah siap di masak seperti di atas.

Selain makanan laut, gerai-gerai di sini banyak juga menjual makanan tradisional Sabah seperti manisan. Ada yang rupa berlainan tapi rasanya sama seperti di semenanjung. Bagi saya, pergi ke mana-manapun cubalah rasa makanan tradisional tempat itu. Kalau tak mampu makan banyak, makanlah sedikit sahaja.


Pasar ikan masin/keropok amplang

Sebelah pasar mutiara terdapat sebuah lagi pasar yang menjual khusus ikan masin, udang kering, ikan bilis, rumpai laut, kopi tenom, keropok amplang dan bermacam snek lagi. Di sini pun kena pandai tawar menawar juga. Ada pelbagai ragam penjual. Ada yang marah kalau tidak beli dari kedai mereka. Kena pandai pilihlah. Yang kedekut pun ada juga. Sudah beli taknak beri kotak pula. Habis, takkan nak jining dengan plastik dalam kapal terbang? Memang kalau datang lagi, kakak tu saya akan banned. Tapi tak semua peniaganya kedekut, ada juga yang baik hati dan tidak berkira. Peniaga yang baik selalunya kita akan recommend pada kawan-kawan kita yang lain pula.


 Pangkalan Jesselton (Jesselton Point)
Pangkalan ini antara tempat kapal berlabuh untuk membawa penumpang ke Pulau-pulau di sekitar perairan Kota Kinabalu, terutamanya Pulau Gaya  Pemandangannya amat cantik. Kalau hendak ke Pulau Gaya boleh semak dari sini berapa bayarannya. Saya pergi dulu (tahun lepas) atas urusan kerja jadi tidak ada bayaran dikenak.





di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


BLOG SABAH: <b>di negeri sabah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2013 01:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

hikmah <b>di</b> sebalik nurul izzah mahu menyaman kerajaan <b>negeri sabah</b>

Posted: 01 Jun 2013 09:21 PM PDT

Hasrat naib Presiden PKR yang juga MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mahu menyaman kerajaan negeri Sabah ekoran penghalangannya memasuki negeri itu, dilihat mempunyai kesan politik yang sangat besar. Nurul Izzah dalam kenyataan medianya berkata kerajaan Sabah melanggar peraturan undang-undang negara kerana menghalang seorang warganegara memasuki negeri mengikut Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/1963. Dalam insiden 30 Mei yang lepas, Nurul Izzah ditahan di lapangan terbang kota Kinabalu, dan tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah, sebelum anak Ketua Umum Keadilan itu dihantar semula ke Kuala Lumpur. Berikutan tindakan pejabat KETUA MENTERI yang mengeluarkan arahan itu, pelbagai reaksi dari pelbagai pihak kedengaran. yang paling lantang adalah MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang menyifatkan tindakan itu sebagai satu kesilapan dan malapetaka.

Selang beberapa hari selepas kejadaian itu, akhirnya Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengeluarkan kenyataan sebab mengapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah. Dalam kenyataan itu Musa Aman menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izzah adalah sebab faktor keselamatan dan bukannya faktor politik. Musa Aman dipetik sebagai berkata bahawa pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu."Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.

"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan."Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan,"

Keistimewaan Kerajaan negeri Sabah mengenai perkara berkaitan imigresen adalah termaktub dalam 20 perkara dimana perkara 6 imigresen berbunyi

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

Ini bererti kerajaan negeri ada hak dari segi perundangan untuk menghalang seiapa juga pun yang pada hemat dan kaca mata kerajaan yang memerintah menganggu gugat keamanan dan keselamatan negeri Sabah.Justeru itu, perkara dan keisitimewaan ini secara lahiriahnya tidak boleh dicabar di mahkamah.Itupun bergantung kepada tafsiran sama ada perkara 20 itu "MASIH" dianggap perjanjian perundangan ataupun sudah menjadi catatan Sejarah.

Dengan tindakan Nurul Izzah membawa kes ini ke mahkamah, maka hikmah terbesar ialah status 20 perkara ini akan diketahui oleh mahkamah, sama ada ia boleh diterima sebagai perundangan ataupun sebaliknya.Termasuk taraf Sabah sebagai sebuah "NEGARA" yang turut menyertai pembentukan Malaysia.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved