ads

Sabtu, 16 November 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Pelancong ditembak, isteri dilarikan <b>di</b> perairan <b>Semporna</b> | Pilihan <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2013 10:00 PM PST

Desperado | 11/15/2013 | 0 comments

Semporna: Seorang pelancong warga asing ditemui mati ditembak, manakala isterinya dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu.

Category:

PERINGATAN:
Pilihan Anda tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Operasi Kesan Mangsa Culik Kumpulan Bersenjata <b>Di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2013 09:00 PM PST

Kota Kinabalu, 15/11/2013 - Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika usaha mencari seorang warga Taiwan yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipina menerusi laut dan udara secara besar-besaran dimulakan.

Tiada tuntutan dibuat oleh kumpulan tersebut terhadap seorang wanita berusia 58 tahun yang dikenali sebagai An Wei Chang.

Suaminya, Lim Min Hsu, 57, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di bahagian dada.

Kumpulan bersenjata itu tiba di resort tersebut menggunakan bot pam dan menyerang Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, kira-kira pukul 1 pagi Jumaat dan melarikan diri ke Pulau Mataking dekat selatan Filipina.

Tiada tanda-tanda kumpulan bersenjata itu yang melancarkan serangan di resort itu hanya satu kilometer dari sebuah pangkalan Pasukan Gerakan Am.

Pasukan keselamatan telah menghentikan semua laluan masuk ke negara jiran, selatan Filipina menerusi laut.

Menurut sumber, pasukan keselamatan cuba menjejaki kumpulan yang terlibat dengan insiden tembakan dan penculikan itu.

Seorang pegawai kanan enggan memberi komen mengenai operasi itu manakala beberapa sumber berkata, mereka cuba mengenal pasti sama ada kumpulan tersebut dari selatan Filipina.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


14/8/2013: Rondaan <b>Di</b> Sepanjang Jalan <b>Tenom</b>-Melalap Perlu <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2013 02:40 AM PDT

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi mengesa pihak berkuasa agar memperketatkan rondaan terutama di sepanjang jalan Tenom-Melalap.

Mengulas mengenai kejadian orang awam diekori kenderaan yang tidak dikenali baru-baru ini di jalan berkenaan, beliau berkata keadaan tersebut seharusnya perlu diambil tindakan awal bagi mengelakkan kerisauan di kalangan pengguna jalan berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media di Tenom.
Datuk Raimie turut menggesa penduduk setempat dan pengguna jalanraya agar melaporkan segera kepada pihak polis sekiranya mengetahui kejadian tersebut sekaligus membolehkan siasatan lanjut dibuat.

Beliau turut menasihati pemandu yang menggunakan jalan tersebut pada waktu malam agar mengelak memandu bersendirian, tidak panik sekiranya ada kenderaan yang tidak dikenali mengekori serta catit nombor dan ciri-ciri kenderaan tersebut seterusnya segera melaporkan kepada pihak polis.

~rb/Loy/Hacks/Tony/Amat/Cov-Radik

~mdre

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Addy Azizul Jeffry: Menara Kayangan <b>di Lahad Datu</b> :D

Posted: 04 Sep 2013 01:27 PM PDT

Well, good to see you're all again. Hahahaha. Baru dapat terupdate blog nie setelah 1 bulan menghilang. Baru mood kerajinan tue datang. Okey, 2 hari yang lepas bersamaan hari Selasa @ 3 September 2013. Aku dengan kawan baik aku, Azmi pergi ke Menara Kayangan yang terletak di Lahad Datu. Warga Lahad Datu mestilah tahu tempat nie, kan. Actually, it was happen without much thinking. Tiba-tiba kami pergi sana, beli tiket dan terus bawa kereta sampai atas gunung tue. Gunung ? Kenapa pulak gunung ? Eyaps. Menara Kayangan nie terletak di Gunung Silam yang ketinggian 770 meter dari paras laut. Mengikut fahaman aku lah, permukaan tanah yang melebihi daripada 600 meter dikenali sebagai gunung dan kurang daripada itu, dikenali sebagai bukit. Tapi kalau salah, just komen jak di ruang bawah tue. Hehehehe. 
Untuk bayaran masuk ke Menara Kayangan nie terbahagia kepada 2 iaitu untuk Malaysian dan Foreigner. For Malaysian, dewasa = RM5.00 dan kanak-kanak yang berusia daripada 1 - 18 tahun = RM2.00. For foreigner pula, dewasa = RM10.00 dan kanak-kanak 1 - 18 tahun = RM5.00. Rasanya berbaloi kadar harga yang ditetapkan. Jauh jugaklah kalau masuk dalam dalam 9 atau 10 kilometer untuk sampai ke puncak gunung tue daripada pintu laluan utama ke Menara Kayangan nie. Waktu operasi untuk Menara Kayangan nie bermula dari Isnin - Jumaat 8.00 a.m - 5 p.m. Untuk Sabtu dan Ahad, aku not sure pulak sebab tidak alert sangat bila waktu operasinya. 

By the way, jangan risau untuk tempat parking sebab ada banyak tempat yang disediakan, cukup untuk menampung dalam 10 -15 buah kereta di atas sana. Tapi time kami pergi tue, kami lah orang pertama yang masuk ke Menara Kayangan tue. Maksudnya, pada hari tue, kami orang pertama yang beli tiket masuk ke Menara Kayangan. Rasanya awal jugaklah kami pergi naik dalam pukul 9.15 a.m. Time kami naik tue, cuaca sangat-sangat elok dan nyaman. Kalau kamu lihat gambar nie, ini lah tangga utama naik ke dataran Menara Kayangan tue. So, just scroll jak turun ke bawah untuk lihat gambar-gambar yang aku tangkap. So, untuk bahagian nie. Gambar-gambar di sekitar dataran Menara Kayangan tue. 
Menara Kayangan atau dikenali sebagai Tower of Heaven :D
Pemandangan dari sekitar dataran Menara Kayangan :D

Inilah pemandangan dari sekitar dataran Menara Kayangan tue. Memang sangat-sangat cantik. Kalau bawa keluarga jalan-jalan sekitar sini memang best. Macam lukisan alam jak kamu lihat daripada sini. Subhanallah :D
Inilah dia Menara Kayangan tue. So, kalau betul-betul mahu tengom yang lebih cantik, naiklah ke menara nie tapi kalau gayat, better jangan naiklah sebab tinggi nampak daripada menara nie. Honestly, memang best masa naik Menara Kayangan nie sebab angin sejuk-sejuk bahasa. Nyaman jak berada di atas. Kalau ada tilam dan bantal, boleh sudah tertidur di atas. Hehehehe :P
Laluan naik ke Menara Kayangan, guna tangga jak.
 Pemandangan daripada Menara Kayangan :D



Ada iklan kejap. Promosi dulu Menara Kayangan kepada sesiapa yang mahu pergi melawatnya. Memang tidak rugilah kalau pergi ke sini. By the way, time kami pergi nie, di sekitar Menara Kayangan masih lagi under construction. Rasanya dorang ada buat restoran atau kedai-kedailah sekitar sini bagi memudahkan pelancong tempatan dan luar negara untuk minum-minum dan menikmati keindahan alam semula jadi di sini. 

Yang ini pula, trail to the peak. Kalau sesiapa yang suka hiking tue, memang sesuailah masuk ke hutan simpan Silam nie. Dalam hutan nie, dorang provide 2 laluan iaitu Trail Kayangan di mana perjalanannya mengambil masa 1 jam 45 minit dan tahap kesusahannya ialah 4 bintang manakala untuk Trail Kalung-Kalungan mengambil masa 2 jam 35 minit dan tahap kesusahannya ialah 2 bintang. Macam best jak hiking dalam hutan nie tapi disebabkan aku dan kawan aku datang menerjah, memang tidak sempatlah mahu pergi hiking. Insya-Allah lain kali kalau ada masa :D. Cukuplah sekadar bergambar di starting point laluan hiking nie. Hahahahaha :P. 



That's all for today. Hahahaha, kalau ada tempat-tempat yang interesting, aku akan share lagi di blog. Hope to see me again :D. Semakin jauh kita berjalan, semakin luas ilmu pengetahuan kita. Insya-Allah :D. By the way, sorrylah kalau info yang dibagi nie salah atau kurang. Kalau nak betul atau tambahbaik kan, just komen di ruangan bawah ya. So, semua orang boleh up to date dengan apa-apa yang berkaitan dengan Menara Kayangan nie :D

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kunak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2013 03:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kunak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Oct 2013 03:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

JSJ <b>Kunak</b> tahan suspek kegiatan curi kenderaan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 03:56 PM PDT

by Mohd Nazib Macpee. Posted on October 10, 2013, Thursday

Radzali (dua dari kanan) sedang memerhati dan memeriksa salah sebuah kenderaan.

KUNAK: Polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daerah ini telah menahan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki JSJ Lahad Datu kerana disyaki terlibat secara aktif dalam kegiatan curi kenderaan di daerah Lahad Datu, dekat sini, pagi Isnin.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30an itu ditahan kira-kira jam 7 pagi di kawasan Jalan Giram Lama Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M Radzali Mahmud berkata bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota JSJ daerah Kunak telah bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang mana pada ketika itu suspek dilihat sedang berlegar-legar di kawasan lorong bangunan rumah kedai di kawasan terbabit.

"Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan dan diserahkan ke IPD Daerah Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya," katanya sambil menambah tangkapan itu dibuat hasil daripada Ops Bersepadu SJR seiring dengan pelaksana Ops Cantas.

Mengulas lanjut mengenai Ops bersepadu SJR yang diadakan bermula pada 7 Oktober lalu di Kilometer 19 Jalan Kunak-Lahad Datu, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari, Radzali berkata pihaknya telah menahan seramai tiga lelaki warga asing berumur 20 hingga 40 tahun selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri ketika diminta berbuat demikian.

Ketiga-tiga lelaki terbabit kini ditahan di bawah Akta Imigresen untuk tindakan lanjut.

"Secara keseluruhannya, pihak kita juga telah membuat pemeriksaan terhadap 60 lelaki, 20 wanita dan 75 buah kenderaan pelbagai jenis serta mengeluarkan sebanyak 30 keping saman trafik kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalulintas yang dikesan," katanya.

Beliau berkata Ops Bersepadu SJR selama dua minggu itu turut melibatkan seramai tiga pegawai kanan dan 15 anggota daripada pelbagai cawangan termasuk Sukarelawan Simpanan PDRM yang diketuai oleh beliau sendiri.

"Ops SJR bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa seiring dengan pelaksanaan Ops Cantas yang telah pun diaktifkan di seluruh negara bagi membanteras kegiatan kongsi gelap dan pencegahan jenayah secara amnya," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved