ads

Isnin, 20 Februari 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: PGM RAMPAS TELUR PENYU <b>DI SANDAKAN</b>

Posted: 20 Feb 2012 04:10 PM PST

PASUKAN Gerakan Marin (PGM) merampas 1,130 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk untuk pasaran haram di daerah ini.

Komander Markas PGM Wilayah Sabah, ACP Abdul Manaf Othman berkata bot yang membawa telur penyu itu berjaya dikesan di kawasan perairan laut Kampung Forest dekat sini, kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Telur penyu dianggarkan bernilai RM2,500 itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dijual di kawasan bandar Sandakan, katanya.

Beliau berkata juragan bot itu dapat melarikan diri dan kes disiasat mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Abdul Manaf meminta orang ramai tidak membeli telur penyu yang dijual secara haram di daerah ini kerana tindakan itu akan menggalakkan penyeludupan berikutan wujudnya permintaan. (BERNAMA)

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kutiyattam <b>di Semporna</b> – Bahagian 3 | Free Malaysia Today

Posted: 19 Feb 2012 06:50 PM PST

Encik Kutty meluahkan apa yang sebenarnya akan membuatkan beliau bangga dengan bakat gadis itu.

COMMENT

Cerita-cerita kutiyattam yang diambil daripada epik Ramayana, Mahabharata dan purana sentiasa membuatkan saya melupakan sebentar realiti di sekeliling.

Saya turut menemui sebuah buku khusus mengenai kutiyattam, lalu terpesona membaca sinopsis cerita "Valivadhanka" yang mengisahkan perselisihan antara Vaali, raja kera dengan adiknya, Sugriwa.

Sugriwa lalu meminta bantuan Rama untuk membunuh Vaali. Aksi pertarungan Sugriwa-Vaali dan Rama-Vaali pasti dipersembahkan secara penuh dramatik dalam drama tari kutiyattam. Saya pula membayangkannya dalam imaginasi.

Begitu juga kisah "Anguliyankam" yang berkisar tentang episod Rama meminta Hanuman meninjau keadaan Sita yang dilarikan oleh Ravana ke Lanka. Apabila bertemu Sita, Hanuman menyampaikan cincin pemberian Rama bagi membuktikan bahawa dia adalah utusan daripada Rama.

Kegilaan saya terhadap kutiyattam sejak lapan tahun lalu membuatkan rakan-rakan menganggap saya terlalu pelik. Malah, ada yang mengatakan saya mungkin terpengaruh dengan filem Tamil dan Hindi di televisyen.

Biar apa pun tanggapan dan teori mereka, bagi saya, kutiyattam membuka laluan berupa eskapisme yang sukar saya perjelaskan.

Bayangkan bahawa kutiyattam bukannya salah satu seni persembahan tradisional kaum India yang dikenali umum di Malaysia; termasuk di Semenanjung Malaysia.

Realiti itu saya sedari sepenuhnya apabila berpeluang melanjutkan pelajaran di Kolej Siru Kambam. Tidak seorang pun rakan-rakan kaum India di sini tahu mengenai kutiyattam.

Sebenarnya, saya tidak pula menjadi obses dengan kutiyattam. Sebaliknya drama tari itu menjadi semacam realiti imaginatif pada setiap kali saya mahu melupakan realiti kehidupan.

Capaian internet di kolej memungkinkan saya membuat rujukan di ruang siber serta menonton klip video persembahan kutiyattam yang saya rasakan tetap hebat walaupun tidak semewah kathakali.

Saya mendapat tahu bahawa corak persembahan kutiyattam yang bermula pada abad kesepuluh mempunyai beberapa persamaan dengan kathakali yang diasaskan pada abad ke-17. Hal ini tidaklah menghairankan kerana kathakali dipercayai menerima pengaruh daripada kutiyattam.

Bangga

Namun begitu, antara kedua-dua bentuk drama tari ini, masih terdapat beberapa perbezaan yang ketara. Misalnya, kutiyattam disertai oleh golongan cakyaras yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Kathakali pula dikhaskan untuk penari lelaki sahaja kerana teknik persembahan yang jauh lebih rumit.

Selain itu, kathakali secara tradisi dipersembahkan di tanah lapang terbuka di perkarangan kuil manakala kutiyattam dipersembahkan di atas kutambalam yang dibina di perkarangan kuil.

Selain itu, kutiyattam amat mementingkan bahagian imbas kembali; tetapi tidak demikian halnya dengan kathakali.

Apabila Hassan yang berasal dari Ranau mendapat tahu tentang "kegilaan" saya terhadap kutiyattam, dia memberitahu saya mengenai Encik Kutty yang tinggal di Siru Kambam.

"Saya fikir awaklah satu-satunya orang Sabah yang tahu mengenai kutiyattam dan begitu tergila-gila akan seni persembahan itu!"

Demikian kata rakan kolej itu selepas berjaya mengatur temu janji bersama Encik Kutty sekitar dua minggu lalu.

Sesungguhnya, pertemuan dengan Encik Kutty tidak memberikan maklumat tambahan yang banyak berbanding apa yang sudah saya ketahui mengenai kutiyattam hasil daripada pembacaan.

Bagaimanapun, hakikat bahawa saya benar-benar berpeluang bertemu seorang individu yang turut meminati dan mengenali seni drama tari tradisional itu membuatkan saya terasa amat gembira.

"Saya bangga dengan minat yang kamu tunjukkan."

Demikian kata Encik Kutty kepada saya semasa pertemuan sulung kami, dua minggu lalu. Dialog itu diulangnya pada hari ini.

"Terima kasih, encik. Saya juga berasa amat bangga dapat bertemu dengan encik untuk mendapatkan begitu banyak maklumat yang sangat menarik," saya membalas dengan penuh sopan.

"Ada apa-apa tujuan khusus mengapa kamu begitu berminat?"

Saya mencebikkan bibir dan mengerutkan kening. Kemudian menggeleng kecil.

"Tapi kalau ada peluang, saya mungkin akan cuba menulis artikel untuk majalah," saya menambah sejurus kemudian. "Biar lebih ramai penduduk Malaysia tahu mengenai kutiyattam."

Saya memandang ke arah Encik Kutty yang sedang duduk sambil memegang gelas minuman. Beliau sedang merenung lantai dengan pandangan yang serius.

"Ramai yang tidak tahu mengenai keunikan drama tari ini. Teknik pergerakan diolah dengan gaya. Cerita disampaikan melalui hastabhinaya iaitu pergerakan tangan atau mudra; netrabhinaya iaitu pergerakan mata; mukhabhinaya atau ekspresi muka; dan angikabhinaya iaitu pergerakan seluruh tubuh badan. Malah, ada masanya sebahagian cerita disampaikan melalui mukhabhinaya sahaja tanpa pergerakan tangan, kaki dan badan."

Semangat

Encik Kutty masih merenung lantai tanpa memberikan sebarang reaksi terhadap apa yang saya ceritakan dengan penuh bersemangat.

Mungkin akan ada reaksi apabila saya menyatakan bahawa saya pasti menyebut nama beliau jika saya menulis sebarang makalah mengenai kutiyattam. Saya tidak akan membenarkan kes yang berlaku dalam Dewan Budaya keluaran Februari 2012 berulang.

Namun, sebelum saya sempat menyambung bicara, lelaki berumur sekitar setengah abad itu mengalihkan pandangan ke arah saya.

"Saya amat menghargai minat dan kesungguhan kamu untuk mengenali drama tari kutiyattam. Malah kamu mungkin juga menulis rencana mengenainya."

Saya dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Bagaikan Encik Kutty sedang merenung jauh merentas tembok yang saya bina bagi memastikan saya tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat diri kepada orang lain.

Encik Kutty pasti tahu bahawa bahagian keempat dalam struktur persembahan kutiyattam adalah Nirvahana di mana penari menceritakan kisah masa lalu melalui nrittya.

Bahagian ini amat kompleks kerana imbas kembali dilakukakn secara tidak kronologi. Akan tetapi, kompleksiti ini tidak pernah menghalang penonton daripada menghayati jalan cerita sebenar.

Kini, sayalah seperti penari kutiyattam itu sementara Encik Kutty pula penonton yang sudah sedia mengetahui jalan cerita kisah-kisah yang diangkat daripada epik Ramayana, Mahabharata dan purana.

"Saya akan berasa lebih bangga jika kamu menggunakan bakat, ruang dan peluang yang ada untuk memperkenalkan budaya etnik Bajau dan Simunul kepada rakyat Malaysia."

Saya berasa sedikit terpukul. Bagaikan Encik Kutty sengaja mahu memaksa saya kembali mengenali jati diri dan budaya tradisional nenek-moyang.

"Kalau bukan kamu yang mempelajari, menghargai dan menghayati budaya tradisi nenek-moyang kamu, siapa lagi?" – Tamat

Uthaya Sankar SB yakin bahawa antara keunikan Bangsa Malaysia adalah jati diri serta kepelbagaian etnik dan budaya.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Ni Kali Lah!: Rumah terbalik <b>di Tuaran</b>. Magic!

Posted: 31 Jan 2012 02:52 AM PST

Magic owh kan? Kalau kamu mo tau, ini Rumah Terbalik ini dibina di Kg. Telibong, Tuaran, Sabah. Rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara ba ni! 
Ni rumah dibina ikut ciri-ciri asal rumah tradisional Sabah dan dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur yang dibina terbalik!
Satu kali masuk, memakan masa selama 30-45 satu round. Ni rumah terletak di dalam Perkampungan Kraftangan Tuaran, makanan dan cenderamata tempatan pun ada sana.

Nah, buli lah bertrip macam filem Inception!




Sumber : Facebook Rumah Terbalik

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Najib bakal rasmikan acara pecah tanah <b>di Sipitang</b> | Broadcast.my

Posted: 13 Feb 2012 03:12 AM PST

Najib bakal rasmikan acara pecah tanah di Sipitang

13/02/2012 6:16pm

KOTA KINABALU 13 Feb. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan acara pecah tanah bagi projek kilang baja urea ammonia Sabah (SAMUR) yang bernilai US$1.5 bilion (RM4.6 bilion) di Sipitang Khamis ini.

Projek besar itu dimiliki oleh Petronas Chemicals Group Bhd. Pengurus besar pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung berkata kehadiran SAMUR bertaraf dunia di Sipitang akan mewujudkan kesan positif ke atas industri kimia dan berkaitannya, termasuk pertanian, hotel dan katering, penyenggaraan kilang dan pengangkutan.

"Ia juga akan menyediakan syarikat dan para usahawan prospek perniagaan yang meluas dan menjana pekerjaan untuk tempatan, sekali gus menyemarakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya untuk komuniti tempatan di Sipitang," kata beliau pada satu majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Group. — BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Short URL: http://broadcast.my/?p=44806

Musim &#39;Durian Kampung&#39; <b>Di Sipitang</b> - Mustaffa

Posted: 05 Jan 2012 06:01 PM PST

Tawaran Hebat:

 

KULIT HIJAU TETAPI MASAK – 'Durian Kampung' (mengikut penduduk tempatan) ini memang banyak di Pekan Sipitang di Sabah pada ketika ini. Memang inilah masanya kepada sesiapa sahaja terutamanya 'Hantu Durian' untuk memuaskan nafsu makan durian. Harganya memang sedikit murah berbanding dengan harga durian di Kota Kinabalu.

Buah durian ini dijual secara tompok dan timbang. Setompok (4-6 biji) boleh didapati dengan harga dari RM15-RM30 (mengikut kualiti dan saiz buah) dan harga timbang paling murah yang saya lihat pada hari gambar ini diambil adalah RM5/kg.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kaunter khas BR1M <b>di Keningau</b>

Posted: 19 Feb 2012 03:03 PM PST

KENINGAU 19 Feb. – Seramai 11,236 orang ketua isi rumah bagi kawasan Bingkor dan Liawan dekat sini sudah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 bagi setiap penerima sehingga proses agihan fasa keempat bantuan tersebut hari ini.

Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof berkata, proses pembayaran BR1M secara tunai itu dilakukan di pusat agihan pada hujung minggu dan di lokasi yang jauh dari bank.

Katanya, langkah itu bagi memudahkan penerima menunaikan baucar tanpa menunggu masa yang lama untuk ke bank yang dilantik, apabila urus setia menyediakan kaunter khas pembayaran oleh bank yang dilantik oleh kerajaan.

"Memang ada penerima yang senarai namanya tidak termasuk di kawasan tempat mereka tinggal, tetapi tersenarai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain dalam daerah ini.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan mereka yang belum menerima surat tawaran BR1M untuk membuat semakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pejabat Daerah Keningau bagi memudahkan mereka menyemak senarai nama dan mengetahui kawasan pusat pengagihan yang telah ditetapkan," katanya di sini hari ini.

Amat berkata demikian selepas meninjau pengagihan BR1M fasa keempat di Dewan Masyarakat Keningau itu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Sairin Karno dan Pemaju Mukim Lingkudau, Amir Jani.

Proses agihan fasa keempat berjalan lancar dengan lebih 600 ketua isi rumah menerima baucar serta wang tunai RM500 di kaunter bayaran yang dibuka oleh pengurusan Bank Bumiputera Commerce (CIMB) Cawangan Keningau.

Sairin berkata, setiap penerima yang sudah mendapat BR1M dinasihat menyampaikan maklumat yang tepat kepada ketua isi rumah di kampung masing-masing yang belum berbuat demikian agar peka terhadap jadual agihan dan menuntut bantuan tersebut di kaunter penerimaan.

Beliau berpuas hati dengan proses agihan yang berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada petugas di semua pusat agihan bantuan itu.

"Saya harap tempoh agihan BR1M akan dilanjutkan agar semua masalah berhubung bantuan ini dapat diatasi, termasuk yang belum tersenarai, tetapi masih boleh mengemukakan dokumen sokongan pada bila-bila masa," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved