ads

Jumaat, 14 Februari 2014

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search

Kes Culik Di Semporna: Pelancong Taiwan Bukan Sasaran Tunggal ...

Posted: 18 Nov 2013 07:16 PM PST

Datuk Hamza Taib,

SEMPORNA: Polis mendakwa pelancong yang menjadi mangsa culik, Chang An Wei bukan menjadi sasaran tunggal penculik kerana hubungan beliau dengan isteri kepada Presiden Taiwan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Isnin berkata laporan berita yang menyatakan mangsa diculik kerana hubungannya dengan Wanita Pertama Taiwan tidak benar, sambil menambah mereka sentiasa bekerjasama dengan polis Taiwan dan mengemaskini perkembangan antara satu sama lain mengenai kes itu.

Media melaporkan bahawa Chang 58 tahun, merupakan bekas rakan sekolah kepada Christine Chow Mei -ching yang merupakan isteri Presiden Taiwan, Ma Ying- jeou.

Mengenai dakwaan bahawa panggilan untuk meminta tebusan telah dibuat kepada keluarga Chang di Taiwan, Hamza berkata keluarga mangsa tidak menerima apa-apa panggilan daripada penculik dan ini telah disahkan oleh rakan sejawatan mereka Taiwan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid mendedahkan bahawa polis akan melancarkan operasi bersepadu besar-besaran untuk mencari dalang tempatan yang berkerjasama dengan penculik.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata di Bukit Aman di Kuala Lumpur bahawa polis tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat mengenai Chang kepada media demi keselamatan mangsa.

"Kami sedang melakukan segala-galanya dalam bidang kuasa kami untuk menyelamatkan wanita itu. Kami menjalinkan hubungan yang rapat dengan rakan-rakan kami di Filipina untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata penculik yang terlibat dalam kejadian itu adalah pengganas, tetapi enggan menyatakan jika kumpulan itu adalah orang yang sama yang menculik dua sepupu dari Malaysia, Tung Wei Jie dan Tung Wei Fei dari ladang di Lahad Datu pada 13 November tahun lepas.

Wee Jie melarikan diri pada bulan Ogos dan telah diselamatkan oleh polis Filipina dan berkata Wei Fei telah mati kerana sakit.

-mStar

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search

IKAN MATAHARI BESAR DITEMUI MATI DI SANDAKAN SABAH

Posted: 02 Jan 2014 01:01 AM PST

Ikan Matahari besar ditemui mati di Kpg Forest Sandakan Sabah

ikan matahari gergasi di kg forest sandakan sabah 1 ikan matahari besar ditemui mati di sandakan sabah

Seekor ikan bersaiz besar, Mola-Mola ataupun dikenali sebagai "ikan matahari" didakwa ditemui mati terdampar dekat pesisir pantai di kampung Forest Sandakan Sabah, baru-baru ini

Penemuan ikan matahari besar dengan tulang terberat di dunia, di lokasi berkenaan telah mendapat perhatian daripada penduduk sekitar kerana ikan ini jarang ditemui di perairan Sabah

Ikan mola-mola dan kerap disebut sebagai "ikan matahari" ekoran bentuknya bulat dan besar seperti matahari juga tergolong daripada spesis hidupan laut mempunyai bentuk yang aneh, iaitu pipih dengan sirip di atas dan di bahagian bawah tubuhnya, serta bentuk ekornya yang pelik

ikan matahari gergasi di kg forest sandakan sabah ikan matahari besar ditemui mati di sandakan sabah

IKAN MATAHARI BESAR DITEMUI MATI DI SANDAKAN SABAH

Meskipun mampu mencapai berat sehingga seribu kilogram dan panjang 1 meter bagi ikan dewasa namun makanan utamanya adalah obor-obor dan tumbuhan laut

Selain itu, ikan ini juga gemar berenang di kedalaman 600 meter di bawah permukaan laut beriklim tropika

Mola Mola akan muncul ke permukaan laut untuk mendapatkan cahaya matahari. Jadi tidak hairanlah juga jika ia dipanggil dengan gelaran Sunfish atau ikan matahari

Walaupun besar, pergerakkannya lambat dan tidak mampu melawan arus air laut yang bergelora dan ikan Mola Mola juga akan mudah tersangkut pada kapal-kapal kerana tidak mampu mengelak dengan pantas

Menurut sumber, ikan Matahari ini kerap muncul di perairan Indonesia sekitar bulan Jun hingga Oktober setiap tahun dan spesis ikan ini dikatakan semakin pupus

Informasi ini disiarkan pada 2.1.2014, Khamis

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search

Peniaga Warga Pakistan Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian ...

Posted: 12 Feb 2014 03:12 AM PST

KOTA KINABALU: 12 Feb — Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan seorang peniaga warga Pakistan daripada tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan di Kota Marudu dua tahun lalu.

Hakim Ishak Bakri memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Amir Ali Khan Nawaty.

"Setelah menimbang dengan teliti semua bukti yang dikemukakan dalam kes ini, saya dapati tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa dan punca kematiannya adalah disebabkan oleh tertuduh.

"Ini bermakna pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh," katanya.

Ishak turut memerintahkan Amir Ali Khan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk memeriksa dokumen perjalanan dirinya.

Amir, 40, didakwa menyebabkan kematian Norikoh Saliwa, 16, di dalam sebuah lori di sepanjang Jalan Km2.8, Jalan Kota Marudu-Langkon antara pukul 11 pagi dan 12.30 tengah hari pada 25 Nov 2012.

Amir Ali Khan, yang diwakili peguam Rakhbir Singh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Semasa perbicaraan antara Februari dan September tahun lalu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin mengemukakan lebih 10 orang saksi.

Sementara itu, Raja Zaizul Faridah berkata pihak peguam kanan persekutuan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. – BERNAMA

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search

Mufti Sabah dedah 17 permohonan nikah mutaah di Papar | ISMAWeb

Posted: 13 Dec 2013 04:53 AM PST

mufti sabah
KOTA KINABALU, 13 Dis – Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar hari ini mendedahkan beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.

Katanya perkara itu menunjukkan fahaman Syiah kini menular ke kawasan luar bandar di Sabah.

Kewujudan usaha untuk kahwin mutaah itu terdedah kerana pemohon perlu mendapat perakuan bersumpah daripada pegawai daerah, katanya dalam ceramah bertajuk 'Golongan Syiah Melalui Perspektif Ahli Sunah Waljamaah' bersama warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di Kepayan, dekat sini.

Bongsu juga berkata pihak berkuasa memantau rapi penularan fahaman itu yang boleh memecahbelahkan ummah dan memesongkan akidah umat Islam.

Fahaman Syiah ini dipercayai disebar menerusi perniagaan, pendidikan, parti politik dan juga badan bukan kerajaan, katanya. – BERNAMA

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

Gegaran Gempa Bumi Di Ranau KK Sabah 1 Februari 2014 ...

Posted: 01 Feb 2014 04:43 AM PST

Gegaran gempa bumi di Ranau Kota Kinabalu KK Sabah pada 1 Februari 2014. Dilaman sosial, ramai pengguna yang menetap disekitar kawasan Ranau, Inanam dan Tuaran mendakwa bahawa mereka merasai gegaran yang berlaku sekitar jam 7.35 petang tadi. Menerusi makluman dari Jabatan Metereologi Malaysia, dakwaan itu adalah benar dimana sebuah gempa bumi berskala 4.8 Richter telah berlaku dan dirasai terutamanya di Ranau. Gegaran akibat gempa bumi itu dipercayai berpusat dari 16km arah Timur Laut Ranau, Sabah.

Kenyataan Rasmi Jabatan Metereologi Malaysia

punca-gegaran

Kenyataan Saksi Isu Gegaran Di Sabah Menerusi Laman Sosial

gegarangegaran-2

gempa-bumi

Kenyataan Akhbar Gempa Bumi Di Sabah

https://lh6.googleusercontent.com/-qcAaROot9gM/Uu2uvj8WVYI/AAAAAAAADCs/A3t3KRIYvXY/s512/kenyataan%2520akhbar.jpg

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di beluran - Google Blog Search

10 di beluran - Google Blog Search

Anak Dan Bapa Maut Dalam Nahas Di Beluran - MyNewsHub.My ...

Posted: 25 Dec 2013 09:46 PM PST

BELURAN – Seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia dua tahun maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori di Km 80m, Jalan Beluran-Telupid semalam.

Sementara isterinya yang berusia lingkungan 30-an dan seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia empat tahun cedera dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran ASP Kamaruddin Ambo Sakka berkata bapa tersebut Ahmad Rafaie Daud, 33, dari Sandakan mati di tempat kejadian sementara anaknya Nur Amani Batrissya meninggal dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Telupid.

Isteri mangsa mengalami cedera parah sementara anak lelakinya cedera ringan dan dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan, katanya.

Beliau berkata kereta yang dipandu Ahmad Rafaie yang datang dari arah Telupid dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

Akibat dari pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke kanan jalan, katanya. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Anak Dan Bapa Maut Dalam Nahas Di Beluranhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/12/Maut.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/12/Maut-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

BELURAN - Seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia dua tahun maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori di Km 80m, Jalan Beluran-Telupid semalam. Sementara isterinya yang berusia lingkungan 30-an dan seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia empat tahun cedera dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu. Pemangku Ketua...

BELURAN - Seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia dua tahun maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori di Km 80m, Jalan Beluran-Telupid semalam.

Sementara isterinya yang berusia lingkungan 30-an dan seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia empat tahun cedera dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran ASP Kamaruddin Ambo Sakka berkata bapa tersebut Ahmad Rafaie Daud, 33, dari Sandakan mati di tempat kejadian sementara anaknya Nur Amani Batrissya meninggal dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Telupid.

Isteri mangsa mengalami cedera parah sementara anak lelakinya cedera ringan dan dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan, katanya.

Beliau berkata kereta yang dipandu Ahmad Rafaie yang datang dari arah Telupid dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

Akibat dari pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke kanan jalan, katanya. - BERNAMA

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved