ads

Isnin, 13 Februari 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Gambar Percutian Diana Danielle <b>di Semporna</b> Sabah. | ct N honey

Posted: 05 Feb 2012 08:53 PM PST

Diana Danielle, aktres jelita berusia 20 tahun itu saling tak tumpah seperti aktivis kemanusiaan dan kemasyarakatan yang sering dilakukan personaliti terkenal dunia seperti Angelina Jolie dan mendiang Puteri Diana. Semua aksi dalam foto berkenaan dirakamkan di Semporna, Sabah termasuk di Gusungan, Mabul, Omadal, Kapalai, Bohey Dulang, Tatagan, Maiga dan Sibuan islands pada percutiannya bertarikh 26-29 Januari 2012 yang lalu.


"Usaha saya ke sana tidak membawa motif tertentu. Nak bantu daripada segi kewangan tak mampu. Jadi saya sekadar mahu berkongsi perasaan dengan mereka dan jauh di sudut hati terdetik juga akan ada pihak yang sudi membantu mereka apa yang patut",kata Hos program MyEG Extra Time menerusi saluran ESPN ini.





10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Temuramah Pegawai Memerintah <b>Di Sandakan</b> FM

Posted: 31 Jan 2012 03:00 PM PST



Buat julung kalinya para pengunjung boleh mendengar hasil temuramah Pegawai Memerintah (PM) Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM di Radio Malaysia Sandakan FM, menerusi FM 90.1 MHz. 

Pn. Nurkisa Madkassim melalui Segmen Jom Santai telah bertanggungjawab mengendalikan temuramah dan ianya telah bersiaran melalui rancangan Personaliti yang ke udara pada setiap hari Isnin jam 1725H. 
Rakaman temuramah ini telah dilaksanakan di stesen radio utamanya yang bertempat di Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Sandakan, Sabah. 
Temuramah ini berlanjutan dari kunjungan kapal ke Sandakan sempena Karnival 1MINDEF pada 23 dan 24 Jul 2011 yang lalu. 
Pelbagai kisah suka dan duka serta pengalaman diceritakan oleh PM melalui temuramah yang dijalankan.

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


JAKE &#39;WINNABLE CANDIDATE&#39; <b>DI</b> PEDALAMAN

Posted: 13 Feb 2012 04:58 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Sumber-sumber tidak rasmi menyebut Pairin didesak di Tambunan untuk memberi peluang kepada Pengasas United Borneo Front (UBF), Datuk Dr.Jeffrey Kitingan sebagai calon Parlimen Keningau atau Tambunan. Pada ketika itu ...

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Guru <b>Di Lahad Datu</b> Mangsa Panas Baran Suami | Anjung Maya

Posted: 17 Jan 2012 06:44 AM PST

ALOR SETAR: Seorang guru yang tidak tahan didera secara mental dan fizikal, termasuk dipukul dan diugut akan disembelih oleh suaminya yang terlalu cemburu dipercayai akibat pengaruh dadah, meminta jasa baik Kementerian Pelajaran membantu segera masalah perpindahannya ke Semenanjung dari Lahad Datu, Sabah atas faktor keselamatan

Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah St Dominic, Lahat Datu, Siti Muniroh Mohd Shukri, 31, nekad melarikan diri bersama seorang anak lelakinya, Al Mustaqim Aldin yang berusia sembilan bulan selepas tidak tahan menanggung keperitan bersuamikan lelaki baran, cemburu dan sering berhalusinasi, terutama bila berada di bawah pengaruh dadah.
Sebelum melarikan diri, Muniroh yang berasal dari sini pernah berbincang dengan guru besar sekolah berkenaan dan tindakannya itu turut mendapat bantuan kakak ipar dan ibu mentuanya yang membelikan tiket penerbangan supaya dia boleh pulang ke Semenanjung.
Selain itu, beliau juga membuat laporan polis di Lahad Datu sebanyak dua kali selain ke Mahkamah Syariah untuk menuntut cerai. Siti Muniroh kini dalam proses menuntut fasakh di Mahkamah Syariah, Alor Setar.

Muniroh berkata, beliau dipukul, dikurung, dimalukan dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai guru, selain dibelenggu masalah hutang dengan along dan bank melalui pinjaman peribadi serta kad kredit yang dibuat oleh suaminya.

"Suami saya yang terjebak dengan dadah sekitar 2010 selepas kami berkahwin pada Jun 2009. Dia sangat cemburu hingga sanggup mengurung dan memukul saya saban hari hanya kerana saya bercakap dengan lelaki, termasuk dengan abang iparnya dan saudara maranya sendiri.

"Dia juga meminjam dengan along, memohon kad kredit dan beli kereta guna nama saya secara paksa. Selepas itu, dia paksa saya jelaskan pula hutangnya, jika tidak saya jadi mangsa terajang dan disepak.
"Sikap cemburunya pula semakin menjadi-jadi bila dia di bawah pengaruh dadah. Dia akan tuduh ada lelaki lain masuk ke rumah, sedangkan hanya saya dan dia saja yang ada ketika itu. Disebabkan cemburu juga, dia menutup semua lubang termasuk lubang paku pada dinding rumah kerana merasakan ada orang mengintai kami," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Siti Muniroh berkata, apa yang diinginkannya sekarang adalah Jabatan Pelajaran membantunya untuk berpindah ke mana-mana tempat di Semenanjung kerana dia masih sayangkan kerjanya selain ia adalah minatnya sejak kecil.

"Saya pernah menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah di tempat saya mengajar, namun maklum balas diterima kurang baik apabila pegawai di sana berkata bukan masalah saya saja yang dia kena selesaikan.

"Saya juga membuat permohonan secara dalam talian kepada guru besar dan Jabatan Pelajaran Sabah, selain bertemu pegawai jabatan itu di sini serta kaunselor," katanya.-Berita Harian

Tags: , , ,

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Najib bakal rasmikan acara pecah tanah <b>di Sipitang</b> | Broadcast.my

Posted: 13 Feb 2012 03:12 AM PST

Najib bakal rasmikan acara pecah tanah di Sipitang

13/02/2012 6:16pm

KOTA KINABALU 13 Feb. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan acara pecah tanah bagi projek kilang baja urea ammonia Sabah (SAMUR) yang bernilai US$1.5 bilion (RM4.6 bilion) di Sipitang Khamis ini.

Projek besar itu dimiliki oleh Petronas Chemicals Group Bhd. Pengurus besar pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung berkata kehadiran SAMUR bertaraf dunia di Sipitang akan mewujudkan kesan positif ke atas industri kimia dan berkaitannya, termasuk pertanian, hotel dan katering, penyenggaraan kilang dan pengangkutan.

"Ia juga akan menyediakan syarikat dan para usahawan prospek perniagaan yang meluas dan menjana pekerjaan untuk tempatan, sekali gus menyemarakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya untuk komuniti tempatan di Sipitang," kata beliau pada satu majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Group. — BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Short URL: http://broadcast.my/?p=44806

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


onggon.com: Pekan Nabalu dan Kampung Libang <b>di Ranau</b>, Sabah

Posted: 29 Dec 2011 07:37 PM PST

Nabalu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah entry ringkas je.. Pada 27 November 2011 yang lalu, aku and the gang bergerak ke Ranau untuk berjumpa dengan Komuniti 1Malaysia dibantu oleh Jabatan Penerangan Daerah Ranau. Sebelum ke Ranau singgah sebentar di tempat pemos-amos Pekan Nabalu. Kat sini, kita boleh mencuci mata melihat sendiri Gunung Kinabalu yang tersergam tinggi nan indah ececehh.. Ini kali ke berapa aku singgah sini aku pun tak ingat. Kali ni Gunung Kinabalu malu-malu kucing nak bergambar. Dia "bertapok" disebalik awan-awan tebal so dapat kaki dia pun jadilah, kaki kinabalu :P Dalam perjalanan ke Ranau, pilot kami si abang Awang memberhentikan kenderaan pacuan 4 roda di tepi jalan semata-mata mahu aku ambik shot waterfall yang aku tak ingat namanya hehe.. 
Setibanya di Ranau, kami singgah di pejabat Jabatan Penerangan dan berjumpa dengan PPD situ. Setelh habis bincang punya bincang kami pun ngeteh dulu. Lepas ngeteh kami ke Kampung Libang, Ranau bertemu dengan AJK Komuniti 1Malaysia untuk ditemuramah berkenaan dengan kajian yang dijalankan. Kebanyakan penduduk kampung situ adalah berketurunan Dusun dan beragama Islam. Kebetulan datang kat situ dorang sedang bergotong-royong mendirikan khemah kahwin ala-ala tradisional bukan khemah sewa punya daa..
Okeh.. tu je nak cerita pun. Semoga berjumpa lagi pada entry akan datang. Selamat berhari Jumaat dan selamat berhujung minggu. Adios amigos.. Carpe manana! ;)
Somewhere in Nabalu
Nabalu
Nabalu
Kampung Libang
Kampung Libang
Kampung Libang
Kampung Libang
Wakil Komuniti 1Malaysia
Kampung Libang

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Warga emas rentung dalam kebakaran <b>di Beluran</b> | piztool

Posted: 22 Jan 2012 09:37 PM PST

BELURAN: Seorang warga emas mati rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Cinabutan, Jalan Sapi Nangoh di sini malam tadi.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu, berkata mangsa dikenali sebagai Domine Tuati berusia 75 tahun.

Katanya, mengikut laporan yang diterima, ketika kejadian dua lagi keluarga mangsa iaitu anak perempuan dan cucunya tidak berada di rumah tersebut kerana keluar ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

"Sebuah jentera bersama empat anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam.

"Bagaimanapun, lokasi kejadian yang jauh menyebabkan anggota bomba hanya tiba di tempat kejadian kira-kira 2.45 pagi dan mendapati rumah tersebut sudah musnah terbakar sepenuhnya, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, rangka mayat mangsa ditemui di bawah rangka rumah yang terbakar itu.

"Punca kejadian masih disiasat,"

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved